Anda di halaman 1dari 2

Irsyad Fatwa: Edisi Haji & Korban

IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI 18 : BERI


MAKAN DAGING KORBAN KEPADA HAIWAN
U M A R M U K H T A R M O H D N O O R |
1 7 O K T O B E R 2 0 1 6 |
J U M L A H PA PA R A N : 2 6 4 8 9

SOALAN:

Salam. Apakah hukum memberi makan daging korban kepada haiwan peliharaan seperti kucing atau ayam?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Allah SWT berfirman:

‫ِّلَي ْش َه ُد وا َم َناِف َع َلُه ْم َو َي ْذ ُكُر وا اْس َم اِهَّلل ِف ي َأ َّي اٍم َّم ْع ُلوَم اٍت َع َلٰى َم ا َر َز َق ُه م ِّم ن َب ِه يَم ِة اَأْلْن َع اِم ۖ َف ُكُلوا ِم ْنَه ا َو َأ ْط ِع ُم وا اْلَب اِئ َس اْلَف ِق يَر‬

Maksudnya: "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut
nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban);
dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir
miskin.

Surah al-Hajj, (22:28)

Zahir ayat ini menunjukkan daging korban itu dimanfaatkan oleh manusia dan bukannya haiwan. Namun begitu tidak menjadi kesalahan
bagi seseorang yang menerima daging korban untuk memberi makan sebahagiannya kepada haiwan peliharaan kerana termasuk dalam
ruang tasarruf (kepenggunaan). Apatahlagi dalam hal kita sudah memanfaatkan semungkin bahagian korban seperti daging, tulang dan
kulitnya, tetapi masih berlebihan maka bolehlah diberi makan kepada haiwan dan itu lebih aula daripada dibuang begitu sahaja.

Memberi makanan kepada haiwan yang kelaparan adalah satu bentuk perlakuan ihsan kepada makhluk Allah. Daripada Syaddad bin Aus
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ِإَّن اَهلل َكَت َب اِإْل ْح َس اَن َع َلى ُكِّل َش ْي ٍء‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mewajibkan perlakuan ihsan dalam semua perkara.

Hadis riwayat Muslim (1955)

Rasulullah SAW pernah bercerita tentang seorang lelaki yang memberi minum anjing yang kehausan menggunakan sarung kakinya lalu
Allah meredainya dan mengampuninya. Lalu para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah bagi kami pahala jika (kami memberi
makan dan minum) kepada haiwan ternakan?”

‫ِف ي ُكِّل َكِب ٍد َرْط َب ٍة َأ ْج ٌر‬

Maksudnya: Dalam setiap hati yang basah terdapat pahala padanya.

Hadis riwayat al-Bukhari (2363)

Maksudnya sikap belas kasihan dan berbuat baik kepada makhluk adalah berpahala. Bahkan, Islam mencela orang yang tidak memberi
makan kepada bintang peliharaannya. Ibnu Umar R.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ َو َلْم َت َد ْع َه ا َتْأُكُل ِم ْن ِخ َش اِش اَألْر ِض‬،‫ َف َلْم ُت ْط ِع ْم َه ا‬،‫َد َخ َلِت اْم َر َأٌة الَّن اَر ِف ي ِه َّر ٍة َرَبَط ْت َه ا‬

Maksudnya: Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang ditambatnya, tidak diberi makan dan tidak dibebaskan untuk makan
daripada binatang melata di bumi.

Hadis riwayat al-Bukhari (3318)


Justeru, memberi makan bahagian korban kepada haiwan peliharan tidaklah haram dan berdosa. Ini termasuklah kepada haiwan jalanan
yang tidak terurus makan minumnya.

Wallahua’lam.

Irsyad Fatwa
Edisi Haji & Korban

Cetak

Anda mungkin juga menyukai