Anda di halaman 1dari 3

UNIT KEROHANIAN

PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PPpN – UKM – JHU CTY BAGI


SESI MEI/JUN 2013
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN HAFAZAN

1.0 Nama program


Pertandingan Hafazan

2.0 Pengenalan

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan hidup
manusia.Justeru, ia perlu dibaca, dikaji dan ditelaah sepanjang masa agar kehidupan
kitab benar-benar terpimpin dibawah naungan al-Quran. Antara cara yang berkesan
bagi memangkinkan seseorang itu mudah berhubung dengan al-Quran ialah melalui
aktiviti hafazan. Aktiviti ini sebenarnya amat sesuai bagi usia pelajar sememangnya
masih jernih dan bersedia untuk menerima sesuatu yang baru. Pelajar merupakan
satu aset yang amat berharga buat pembangunan dan kemajuan sesebuah institusi
dan negara. Pelajar mampu menghasilkan suatu perubahan jika dibimbing dan
diberikan kemahiran yang sewajarnya. Pelajar juga adalah generasi penyambung
bagi membentuk masyarakat di masa depan.

Dunia kini memaparkan pelbagai ragam dan kerenah pelajar dalam


menongkah arus pendidikan yang deras dengan perubahan-perubahan yang kian
menerpa. Situasi ini dapat digambarkan seperti lagak seorang pendayung sampan
mengharungi ombak. Ada yang berjaya mendayung ketepian dan ada juga yang
karam ditengah lautan. Dalam usia rebung pelajar inilah seharusnya dimanfaatkan
untuk menelaah, menghafaz dan memahami setiap bait huruf kalam Allah yang
merupakan amanat agung ummat Nabi Muhammad s.a.w. Ternyata tiadanya
peluang, semangat, disamping kurangnya bimbingan dan pendedahan terhadap
kepentingan al-Quran sebagai kitab mulia yang menjadi rujukan utama umat islam ini
menyebabkan golongan pelajar tidak mengetahui bagaimana cara untuk memahami
dan menghafaz al-Quran menyebabkan mereka merasa hafazan al-Quran adalah
satu aktiviti yang amat sukar.
3.0 Matlamat

Matlamat utama ialah memastikan pelajar-pelajar dapat membaca dan menghafaz


surah-surah lazim dalam solat dengan baik.

4.0 Tujuan dan objektif :

Tujuan dan objektif pertandingan hafazan ini adalah seperti berikut :


4.1 Pelajar dapat membaca dan menghafaz surah-surah lazim dalam solat
dengan baik.
4.2 Pelajar dapat menghafaz dan menguasai surah-surah pilihan dengan
baik dan sempurna.
4.3 Dapat mewujudkan daya saing antara wakil kumpulan untuk menghafaz
dengan baik dan lancar.
4.4 Menguji tahap kelancaran dan kefasihan pelajar dalam membaca
surah-surah yang dihafaz.

5.0 Tarikh dan tempat

Tarikh : 1 Jun 2013 (perempuan)


4 Jun 2013 (lelaki)
Tempat : Surau Kompleks Pusat Permata Pintar Negara UKM
Masa : 7.30 malam – 8.30 malam (selepas solat Maghrib)

6.0 Sasaran peserta


2 orang wakil bagi setiap kumpulan kursus.

7.0 Senarai ahli jawatankuasa :


Seramai 2 orang ahli jawatankuasa Unit Kerohanian ditugaskan untuk menjalankan
Pertandingan Hafazan peringkat Perkhemahan PERMATApintar di Kompleks Pusat
Permata Pintar Negara UKM seperti yang berikut :

7.1 Ustaz Mohamad Muhaimin bin Haji Mohamad Zaki


7.2 Ustazah Noor Izwani binti Ibrahim
8.0 Anggaran Perbelanjaan

Perbelanjaan :
8.1 Hadiah Pertandingan Hafazan
a) Tempat pertama RM 60 X 2
b) Tempat kedua RM 40 X 2
c) Tempat ketiga RM 30 X 2
d) Saguhati RM 20 X 6
e) Juri hakim RM 50 X 2
Jumlah RM 460.00

9.0 Penutup

Melalui program ini, diharapkan semua pelajar akan dapat merealisasikan


matlamat program untuk menghafaz surah-surah lazim dalam solat dengan
baik dan lancar disamping mewujudkan semangat daya saing antara pelajar
lain dalam menghafaz surah-surah hafazan. Unit Kerohanian mengalu-alukan
sokongan dan bimbingan dari semua pihak bagi membantu kami menjayakan
program ini.

Disediakan oleh :

.....................................
(Ustaz Mohamad Muhaimin bin Haji Mohamad Zaki)
Ketua Unit Kerohanian
Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2013
Pusat Permata Pintar Negara, UKM

Anda mungkin juga menyukai