Anda di halaman 1dari 4

Bissmillahirrahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh..

Yang Berusaha
Puan Zaliha Ismenyah
Guru Besar SK Tampulan

Yang Dihormati

En Ebly Kasssim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
En Nazri bin Jalil
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En Vincent Matambun

Ahli Jawatankuasa Kerja


Kem Bestari Solat Siri Pertama dan Kedua

Para peserta

serta

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke Majlis PerasmianPenutupan Kem Bestari Solat Siri


Pertam dan Kedua Peringkat SK Tampulan 2021

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan
izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Perasmian Penutupan
Kem Bestari Solat  siri pertama dan kedua Peringkat SK Tampulan 2021.
Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an
dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Indah mekar si bunga siantan


Mekar mewangi di taman larangan
Cintakan solat , fahami al-Qur’an
Moga terealisasi jadi kenyataan.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,


Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Fadzley

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fadzley atas bacaan
doa itu tadi.

UCAPAN ALUAN GURU BESAR.

 Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha


Puan Zaliha,Guru Besar SK Tampulan untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Zaliha atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PESERTA.

Sidang majlis sekalian,


Seterusnya acara penyampaian cenderamata dan hadiah kepada para
peserta.
Mari kita saksikan video ini.

Untuk menyempurnakan  majlis, dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan En Razali badar ,Penolongg Kanan Hal Ehwal
Murid  mengiringi Ustaz Busman Bin Ramli  bagi menyampaikan hadiah
kepada pemenang.Dipersilakan.

Dijemput Ustaz Wan Yusuf Wan Mumin,penceramah jemputan pada hari ini
untuk menerima sedikit penghargaan kenang-kenangan.

JK kuasa Kem Jom Solat turut sama mengadakan pertandingan antara


kumpulan.Untuk pengetahuan  pengadilan dikira berdasarkan  pelbagai
kategori seperti kerjasama diantara kumpulan,kerajinan,disiplin dan
kesebagainya.
Dipersilakan kumpulan:

Seterusnya diumunkan tempat ketiga ..dimenangi


oleh  kumpulan_____1_______________.

Tempat kedua diberikan kepada Kumpulan _____________7_____________

Dan tempat pertama diberikan kumpulan______________3___________

Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya dan kepada kumpulan


yang tidak berjaya. supaya tidak merasa hampa..Apalah ada pada hadiah ini
kerana dan sesungguhnya di mata Allah ada semua  adalah hambanya yang
mulia. yang berusaha untuk menjadi hamba yang soleh.Selepas ini khabar-
khabarkanlah kepada ahli keluarga,rakan rakan ,betapa indahnya Kem Jom
Solat ini.dan mana yang buruk itu buangkan saja disini dan lupuskan dari
kotak ingatan .Jangan jadikan ia satu ingauan ngeri untuk kita melaksana
ibadat wajib ini.

UCAPAN PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung majlis.

Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Bestari Solat siri


Pertama dan Kedua Peringkat SK Tampulan, ingin mengungkapkan ucapan
rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan Program ini berlangsung. Kepada anak –anak pelajar yang
dikasihi jadikan ilmu yang dikutip selama kem ini dijalankan sebagai titik mula
kepada kamu untuk mencintai solat , jadikan satu ibadat yang
mengembirakan. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in
sya Allah.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta.

Sekian saya akhiri dengan lafaz suci wabilah hitaufik wassalamualaikum


W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai