Anda di halaman 1dari 6

EseiBiorod2023

BIOTEKNOLOGI

DEFINISI
Bioteknologi adalah bidang sains biologi gunaan yang merangkumi teknologi berasaskan
aplikasi bahan biotik terhadap organisma hidup, sistem serta pemprosesan biologi untuk
penghasilan barangan dan perkhidmatan.
ATAU Bioteknologi bermaksud kegunaan organisma mikro dan sel haiwan serta tumbuhan
bagi mengeluarkan bahan seperti makanan, ubatan dan kimia yang berfaedah untuk manusia
sejagat. Termasuk teknik kejuruteraan genetik, modifikasi produk dan penggunaan
mikroorganisma untuk tujuan tertentu.

ISU-ISU SEMASA
• Kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara pada April 2005 bagi
menggariskan strategi dan langkah bagi memajukan bioteknologi di dalam negara.
• Banyak projek bioteknologi telah dijalankan melibatkan bidang biofarmaseutikal, pertanian,
perubatan dan industri. (Rujuk Dsar Bioteknologi Nagara)
• Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM2.021 bilion dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan industri bioteknologi.
Cth: Bioproducts Validation Centre dengan nilai peruntukan bajet tahun 2006 sebanyak
RM30 juta akan dilancarkan di Johor Bahru.

SUMBANGAN BIOTEKNOLOGI/ KEPENTINGAN/KELEBIHAN/KEBAIKAN


1.BIDANG PERTANIAN
• Merevolusikan bidang pertanian, teknik pengkulturan tisu menghasilkan tanaman yang
lebih tahan penyakit melalui organisma terubah suai secara genetik (genetically modified
organism atau GMO).
• Teknik Pembiakbakaan-mengacukkan tanaman, meningkatkan mutu, Cth: menghasilkan
baka padi berkualiti. Cth: MR 123, MR127 oleh MARDI.
• Cth: baka durian yang baik seperti D2, D88, D101 dan lain-lain. CM19
• Cth: lobak merah yang mempunyai antioksidan yang lebih atau tomato yang lebih enak
rasanya dan tahan lebih lama.
• Penggunaan mikroorganisma memastikan medium tanah sentiasa seimbang dari segi
zat mineral dan keadaan pH. Cth: Inokulasi rhizobium menggunakan Rhizobium sp bakteria
pengikat nitrogen.
• Penggunaan bioteknologi pertanian mengurangkan penggunaan bahan kimia. Cth: Kawalan
biologi mengawal makhluk perosak mengurangkan pencemaran.
• Cth: kerajaan menyediakan tanah seluas 800 hektar di Lembah Biologi (BioValley) di
Koridor Raya Multimedia (MSC).

2.BIDANG PENTERNAKAN
• Bioteknologi embrio memajukan pembiakan penternakan.
• Pensuperovuman(banyakkan penghasilan ovum) menambahkan bilangan hasil dengan
suntikan hormon gonadotrofin.
• Permanian beradas merupakan teknik air mani diinseminasikan kepada ternakan betina.
EseiBiorod2023

• Memperbaiki baka haiwan dan menghasilkan kepelbagaian.


• Persenyawaan in-vitro(IVF)-persenyawaan luar salur pembiakan.
• Pembangunan teknik fermentasi yang produktif untuk pengkulturan mikroorganisma
berguna untuk industri akuakultur.
• Rekombinan DNA-Pengeluaran gen hormon pembesaran daripada ikan rainbow trout
masuk ke dalam beberapa sepsis ikan daging.(di Scandinavia).
• Terapi genetik membetulkan dan mengawal penyakit genetik dan mengubah kandungan
genetik organisma.
• Cth: penyakit hemofilia dapat disuntik bahan hemophilian A & B (faktor protein VII dan IX).
• Cth: pesakit ‘immunodeficiency’(Penyakit yang disebabkan kukurangan enzim adenosine
deainase-ADA) menerima suntikan intravenous yang mengandungi T-limfosit yang
digabungakan dengan ADA(enzim adenosine deaminase) yang sihat.
• Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang diperkenalkan menjadi jalan
penyelesaian kepada beberapa permasalahan penyakit terutama penyakit genetik.
• Diagnosis penyakit: teknik PCR(Polymerase Chain Reaction) dan DNA digunakan untuk
mengenal pasti sesuatu patogen.
• Menyumbang dalam reproduksi seperti bidang embriologi dan genetik. Cth: “Louise
Brown” merupakan bayi tabung uji pertama dihasilkan melalui teknik IVF pada 25 Julai
1978.

3.BIDANG PERINDUSTRIAN
• Enzim mengeluarkan kanji untuk memelihara benang dalam industri tekstil.
• Enzim protease dapat mengeluarkan bulu daripada kulit dan melenturkan kulit.
• Bakteria digunakan dalam pembuatan tali guni dan kain daripada tumbuhan rami.
• Detergen biologi dapat memamah kotoran degil.
• Penghasilan biogas dengan pengurusan najis atau buangan organik.
• Etanol dihasilkan dan digunakan sebagai pelarut pelbagai bahan kimia.
• Bioteknologi juga penting dalam penghasilkan kosmetik, pencelup, cat, kertas dll.

4.BIDANG PEMAKANAN
• Mikroorganisme seperti yis digunakan dalam industri penapaian (fermentasi) spt
mengeluarkan tempe, kicap, tapai, tempoyak, budu, bir dan todi.
• Industri roti dan kek memerlukan penggunaan yis.
• Hasil fermentasi ini ialah 16 – 50% etanol dengan pH asid (rasa masam) yang dikenali
sebagai minuman beralkohol.
• Bakteria membantu dalam pembuatan dan pengawetan mentega, keju, cuka dan tairu.
• Bahan bergula seperti jus buah, sap tumbuhan dan madu atau bahan berkanji seperti bijian
dan umbisi diperam menggunakan Saccharomyces cerevisiae sehingga fermentasi berlaku.
• Pengeluaran makanan drpd alga mikro(rumpai air).
• Enzim amylum menukarkan kanji kepada glukosa dan fruktosa dalam madu, sirap dan
jem.
• Enzim selulosa digunakan untuk mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum dan
mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut.
EseiBiorod2023

• Anggur melalui proses penapaian akan menjadi wain dan wain menapai dengan asid
asetik akan berhasil cuka.
5.PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
• Mengatasi masalah pencemaran akibat lambakan kumbahan.
• Pembangunan fermentasi yis untuk penghasilan biojisim, gluthathione dan asid amino.
• Mikroorganisma mengurai bahan organik mati menjadi ringkas-mempercepatkan proses
pereputan.
• Cth: Indah Water Konsortium menggunakan rawatan biologi dalam pengurusan air
kumbahan.
• Kaedah Lagun aerob di mana bakteria serta alga menstabilkan bahan organik dengan
cara simbiosis.
• Bio-remediasi pula teknologi dan amalan yang menggunakan sistem dan proses semula
jadi untuk membersihkan pencemaran sisa dengan menggunakan mikroorganisma
• Cth: E. coli dan pseudomonas dalam pemprosesan sisa pertanian.
• Pelbagai mikroorganisma turut menukarkan logam reaktif dan toksik kepada tidak bertoksik.
Cth: organisma Pseudomonas(bakteria) menguraikan minyak mentah.

6. PENYIASATAN DAN FORENSIK


DNA(deoxyribonucleic acid) atau asam deoksiribosa nukleat (ADN) merupakan tempat
penyimpanan informasi genetik. RNA( ribonucleic acid ) atau asam ribonukleat merupakan
makromolekul yang berfungsi sebagai penyimpan dan penyalur informasi genetik.
Penting dalam perbicaraan kes2 jenayah dan sivil.
• Identiti mayat mangsa pembunuhan yang reput dikenalpasti melalui ujian RNA.
• Ujian genetik/ DNA membolehkan perogol disabitkan kesalahan.
• Teknologi DNA rekombinan menghasilkan Teknik Cap Jari DNA individu melalui analisis
RFLP(Restriction fragment length polymorphism), PCR(Polymerase Chain Reaction)
membantu dalam penyasiatan.
Memudahkan pergurusan imigrasi.
• Ujian DNA 1986- penting untuk mengelakkan pemilihan pasangan yang berpendarahan yang
rapat.
• Alat-alat diagnosis genetik memastikan masalah gen mengelak daripada melahirkan bayi
yang cacat.
• Merupakan satu kemajuan penting dalam bidang forensik.
• Mempercepatkan kerja penyiasatan dan mengurangkan kadar jenayah sedunia.

ISI KONTRA
PENYALAHGUNAAN BIOTEKNOLOGI
• Penyalahgunaan bioteknologi dalam bidang ketenteraan-senjata biologi.
• Penggunaan organisma sama ada dari kumpulan bakteria, kulat, virus, protozoa, fungi,
Ricketsia dan bioregulators atau toksin dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebagai agen
toksin untuk menyerang akan menyebabkan kerosakan yang tidak terduga.
Cth: Antraks, Virus Smallpox
• Bioteknologi moden telah memecah sempadan dan hukum alam semulajadi.
EseiBiorod2023

• Melalui proses GE, sel organisma diadun sebegitu rupa untuk mengeluarkan organisma
berlainan yang mempunyai ciri tertentu seperti boleh kebal daripada penyakit, kemarau atau
racun makhluk perosak.
• Penghasilan makhluk aneh seperti campuran gen tumbuhan dengan haiwan menghasilkan
organisma transgenik atau lebih dikenali dengan genetically modified organism (GMOs). -
berlaku penyeksaan haiwan.
• Pengklonan manusia menimbulkan masalah dan huru hara dalam masyarakat.
• Malah sesetengah disalahgunakan untuk jenayah.

KELEMAHAN/KESAN SAMPINGAN
• Klon yang diperolehi daripada kultur tisu tidak menunjukkan perbezaan dari segi genetik.
• Apabila persekitaran menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin terhapus sama sekali.
• Ada saintis yang risau makanan GE mendatangkan kesan negatif bagi kesihatan.
• Gen baru yang disuntik masuk ke dalam tumbuhan GMO boleh menyebabkan alahan kepada
manusia.
• Misalnya, apabila gen daripada kacang Brazil dimasukkan ke dalam kacang soya
menyebabkan orang yang alah dengan kacang Brazil juga alah kepada kacang soya hasil
kacukan ini.
• Hasil bioteknologi/GMO mungkin meninggalkan kesan toksik mengancam nyawa
pengguna.
• Isu keselamatan bahan-bahan yang dihasilkan secara genetik turut dipersoalkan.
• Mutasi gen dalam kejuruteraan menyebabkan mutasi tumbuhan lain.
• Cth: Gen yang dinyatakan mempunyai daya ketahanan racun kimia boleh berpindah daripada
tumbuhan GE kepada rumpai, misalnya melalui pendebungaan dan menghasilkan rumpai
yang lebih kuat.
• Mengakibat penyakit baru yang tidak berasas. Cth: Sars
• Berlakunya Neo-imperialisme /pemusatan hak milik : Sebuah syarikat ‘mencipta’ tanaman
GE akan mendapatkan paten baginya dan dijadikan hak komersial syarikat tersebut.
• Syarikat ini akan mengawal semua aspek pengeluaran makanan dan pemasaran.
Setakat ini hak milik ke atas tanaman GE terkumpul di tangan tiga syarikat besar iaitu Monsanto,
Bayer Crop- Science dan Syngenta.

MASALAH/CABARAN
1. Kos penggunaan bioteknologi yang tinggi.
2. Kekurangan pakar dan teknologi dari sumber manusia tempatan.
3. Kekurangan projek-projek R & D tempatan.
4. Bertentangan dengan hukum alam menimbulkan kontroversi dari segi agama dan moral
terutama dalam teknik pembiakan.
Cth: pengklonan, bayi tabung uji dll.

LANGKAH-LANGKAH
• Kerajaan sedang giat menyediakan perancangan dan dasar bioteknologi negara yang akan
menggariskan hala tuju sektor ini.
• Kerajaan sebagai pemudahcara cara bagi saintis dan usahawan.
EseiBiorod2023

• Cth: mendapat sokongan penuh kerajaan dan dianggap satu daripada bidang lanjutan dalam
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).
• kerajaan menyediakan tanah seluas 800 hektar di Lembah Biologi (BioValley) di Koridor
Raya Multimedia (MSC).
• Kerajaan juga menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Dasar
Bioteknologi dan Kepelbagaian Biologi dalam usaha membangunkan industri bioteknologi
di negara ini.
Dalam RMK-9, RM 2 billion diperuntukan untuk bidang bioteknologi dan sains hayat.

PENUTUP
• Bioteknologi kian berkembang di Malaysia dalam apa jua bidang membantu dalam
kehidupan manusia.
• Oleh itu R & D dalam bidang ini harus dipertingkatkan supaya meminimunkan kesan buruk
yang bakal timbul.

Maklumat Tambahan
Kepentingan Bioteknologi
Bidang bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai sektor di negara-negara
maju

1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan


Genetik seseorang dapat diubahsuai
Mengurangkan risiko penyakit mental
Mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit kencing manis(diabetes)
Genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal
Membantu ibu-ibu yang sukar mengandung

2. Sumbangan dalam Bidang Pertanian


Baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan
Kaedah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman
Dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat matang
Pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya
tahan penyakit
Penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang

3. Menjadi Tenaga Alternatif


Pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan
tenaga kepada manusia
Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil
Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
EseiBiorod2023

4. Dapat Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar


Alam sekitar yang kotor mengancam kesihatan manusia
Mikrob mampu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia
Mikrob juga mampu menghuraikan najis sepenuhnya
Pencemaran dapat dikurangkan dan manusia serta alam sekitar dalam keadaan baik

5. Dapat Memajukan dalam Industri Pengeluaran Makanan


Ramuan bahan kimia dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia
Menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama
Mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis, dan perasa dalam
makanan

6. Bidang forensik
Prosedur Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP) untuk mendapatkan imej
protein yang berlainan dalam DNA seseorang
Dapat mengenal pasti penjenayah melalui tisu dan bendalir badan seperti darah, air mani, dan
akar rerambut.
Mengenal pasti pertalian darah
Sebagai bukti di mahkamah dalam perbicaraan kes-kes jenayah

Penyelidikan dan pembangunan bioteknologi sedang giat dijalankan


Usaha ini perlu diteruskan kerana memberi sumbangan yang besar kepada kehidupan manusa
dan alam sekitar

Anda mungkin juga menyukai