Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PN.

HAJAH RAZANA AINI BINTI ALI DAWAM


(PENGETUA CEMERLANG SMK SERI TASIK)
SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8

Yang Berusaha saudari pengerusi majlis,

Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG , Tn. Haji Rosli Bin Bahari,

Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn. Zuruwati Binti Awang,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Khiruddin Bin Abdullah,

Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Khamisah Binti Mustafa,

Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Rosli Bin Omar,

guru-guru kanan, kaunselor, guru-guru ,dan para ibubapa sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. 


Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-
sama dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 SMK Seri Tasik.

Saya amat mengalu-alukan kedatangan ibubapa sekalian. Di sebalik kesibukan


tugas harian, ibubapa semua dapat juga mencuri masa untuk hadir. Tidak
dilupakan kepada para guru yang telah berusaha dengan gigih selama ini. Saya
rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di
atas sokongan dan prihatin semua ibubapa dan guru-guru. Bagi pihak PIBG
sekolah, saya yakin dengan kehadiran kita, akan dapat menyemarakkan lagi
semangat ibu bapa dan warga SMK Seri Tasik untuk melibatkan diri dengan
aktif dalam program sekolah.

Tuan/puan, hadirin dan hadirat sekalian, pada masa ini jumlah pelajar di SMK
Seri Tasik ialah seramai 1098 orang pelajar iaitu 1022 pelajar daripada aliran
perdana dan 76 pelajar daripada PPKI. Walau bagaimanapun, jumlah ini
sentiasa berubah dari masa ke semasa dengan pelbagai faktor seperti
perpindahan masuk atau keluar pelajar. Manakala kita mempunyai 86 orang
guru iaitu 65 orang guru perempuan dan 21 orang guru lelaki.

Hadirin sekalian,

Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke


masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu,
kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Apatah lagi, tanpa
kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai
masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin
mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.  Ini bermakna
peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya. Kita mahukan
anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan ke kolej
atau universiti.

Dengan adanya dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan, anak-anak kita ini
boleh merebut peluang yang ada. Hal ini kerana markah sebanyak 10 peratus
diperuntukkan dalam aspek kokurikulum. Anak-anak yang aktif dalam
kokurikulum boleh menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian yang
baik dan keaktifan pelajar itu sendiri.  Saya juga pasti pihak ibu bapa sendiri
telah pun sedia maklum berkaitan perkara ini dan pihak sekolah dalam usaha
untuk memastikan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang kurikulum
malahan dalam bidang kokurikulum.

Pada masa ini, semua pelajar terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah
pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Semua aktiviti kelab atau persatuan
dijalankan pada hari Selasa, aktiviti unit beruniform pada hari Rabu manakala
sukan dan permainan dijalankan pada hari Khamis. Waktu yang telah ditetapkan
adalah 2.30 petang sehingga 4.30 petang dan peraturan sekolah tidak
membenarkan sama sekali pelajar terus balik ke rumah sebaik sahaja kelas
tamat tetapi meneruskan aktiviti kokurikulum di sekolah. Saya melihat bahawa
penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak
daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti
yang baik seperti bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu
yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak.

Selain itu, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program yang bermanfaat
kepada pelajar sepanjang tahun 2010 dan kita boleh saksikan di slide yang akan
dipaparkan kepada kita. Antara program-program yang telah kita jalankan ialah
Majlis Anugerah Cemerlang, Sambutan Bulan Patriotisme, Kem Pengawas,
Program Dear, Program Motivasi, Majlis Graduasi, Program Ihya’ Ramadhan,
Qiamulai pelajar tingkatan 3 dan 5, Hari Keusahawanan dan banyak lagi.
Syukur ke hadrat ilahi kerana semua program yang dijalankan berjalan lancar
tanpa sebarang kesulitan.

Pada tahun ini juga pelbagai program telah dirancang dan telah pun bermula.
Antaranya ialah Program Julang Permata yang bukan sahaja melibatkan pelajar-
pelajar yang terpilih malahan melibatkan guru-guru yang sentiasa membimbing
pelajar-pelajar ini seperti anak mereka sendiri. Sekolah benar-benar
mengharapkan kejayaan program ini supaya ia dapat diteruskan pada masa-
masa akan datang.

Saya mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak,


terutamanya daripada ibubapa kerana setiap antara kita boleh menyumbang
demi kemajuan anak-anak kita . 

Saya percaya dengan keprihatinan semua kita boleh mencapai prestasi yang
lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan
terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi bersama-sama dengan kita
pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan
silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi
melihat kemajuan anak-anak kita jua.  Dengan lafaz bismillahhirahmanirrahim ,
saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 SMK Seri Tasik.

Anda mungkin juga menyukai