Anda di halaman 1dari 3

Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan ini ialah saya dapat mempergunakan

segala ilmu yang saya pelajari daripada Innovative International College untuk didedahkan ke alam
pekerjaan terutamanya dalam bidang pengurusan hotel ini. Saya juga dapat melihat dan merasai
sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan
industri dijalankan.

Sepanjang latihan saya di AVANI Sepang Goldcoast Resort, banyak kemahiran dan
pengetahuan baharu yang saya perolehi. Ekspektasi dan objektif saya sebelum menjalani latihan ini
saya ingin mengaplikasikan pengetahuan yang telah saya dalam kelas ke alam pekerjaan yang
sebenar. Setelah selesai menjalani latihan, saya mendapati bahawa objektif dan ekspektasi saya
adalah tercapai. Hal ini demikian kerana saya dapat mempraktikkan ilmu yang saya pelajari ketika
bertugas di department yang ditetapkan oleh supervisor AVANI seperti Front Office deparment,
housekeeping department dan Food and Beverage Department.

Bukan itu sahaja, keputusan daripada latihan ini dapat mempengaruhi matlamat
professional saya. Hal ini demikian kerana sebelum saya masih berasa ragu untuk mendalami bidang
pengurusan hotel. Namun, selepas menjalani latihan ini saya berasa lebih yakin untuk menceburi
bidang pengurusan hotel ini. Oleh itu, saya lebih bersedia untuk bekerja dalam bidang perhotelan
pada masa hadapan.

Pendek kata, kemahiran dan pengetahuan yang saya telah pelajari semasa di Innovative
International Kolej adalah selari dengan latihan yang saya jalani semasa di AVANI Sepang Goldcoast
Resort. Oleh itu, kemahiran tersebut sedikit sebanyak membantu saya ketika berada di lapangan
kerja. Namun begitu, banyak kemahiran baharu yang saya perolehi semasa latihan. Contohnya,
mengetahui bagaimana cara mmebersihkan bilik yang ingin dijual dan mengetahui pelbagai barang
barang yang perlu ada di setiap hotel . Keadaan ini membuktikan bahawa pentingnya latihan industri
kepada pelajar dalam bidang pengurusan hotel kerana mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan
sedia ada ke alam pekerjaan yang sebenar.

d) sepanjang saya menjalani latihan. saya telah memperolehi pengetahuan baharu dalam latihan
amali yang belum saya miliki , antara pengetahuan baru tersebut adalah saya dapat mempelajari
bagaimana cara pemakian chamicel dengan betul semasa saya berada di depatmant housekeeping.
bukan itu sahaja , saya juga mempelajari mengenali pelbagai barang dan tahu cara pemakiannya
seperti linen , alatan perbersih dan lain lain.

Seterusnya saya juga mempelajari banda baru di bahagian depatmnt food and baverg adalah
bagaimana menyediakan meja berhias yang telah di tempah oleh para tetamu yang di panggil (table
romantic) di situ juga saya belajar bahawa pentingnya kita mengetahui bagaimana mengendali
pelbagai peralatan yang perlu kita gunakan seperti set sudu , pelapik meja , hiasan , lilin dan lain lain
yang perlu sedia ada . selain itu benda baru yang saya dapati ialah bagaimana melakukan
pembukaan kedai restaurant yang di panggil sebagai ( opening ) berdasarkan pengalaman itu saya
banyak mempelajari bagaimana mengurus masa yang tepat untuk datang kedestinasi . sebagai
contoh kita harus datang lebih awal untuk mengambil kunci , megambil flot money dan membuka
kedai dengan tepat pada waktunya .
Di samping itu , apa yang saya pelajari apabila saya berada di front office adalah memdaftar masuk
para tetamu yang datang untuk yang sudah ditempah menggunakan pc yang sudah disediakan .
selain itu saya juga melayan tetamu yang datang di barisan hadapan mengucapkan selamat datang
ke avani sepang memberi sedikit pujian kepada tetamu dan membantu tetamu demi keselesaan
mereka apabila berada di tempat ini , hal ini sangat penting untuk kita pelajari agar bisa bertutur
dengan baik dan sedia mendergar luahan tetamu yang berada di tempat hotel tersebut . apa lagi
yang saya pelajari bahawa pemakianan yang kemas itu adalah peranan yang penting bagi industry
perhotelan .

Sebagai pelajar dalam pengurusan hotel saya perlu menerapkan beberapa kemahiran
penting untuk menjadi pengurus hotel yang berjaya. pada pendapat saya, salah satu kemahiran
penting untuk menjadi pengurus hotel berjaya adalah kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini
demikian kerana kemampuan berkomunikasi secara berkesan dengan pekerja, tetamu, pengurusan
atasan dan vendor adalah ciri seorang pengurus yang baik. Berkembang dalam kemahiran
komunikasi memerlukan latihan, tetapi ia membuahkan hasil yang besar. Dengan adanya kemahiran
komunikasi yang baik dapat membantu seorang pengurus itu untuk mengatasi masalah dengan lebih
professional. Kemahiran yang seterusnya adalah kemahiran kepimpinan. Seorang pengurus tidak
sepatutnya menjadi bos yang hanya mengarahkan pekerjanya untuk bekerja tetapi pengurus harus
menjadi pemimpin yang bekerjasama dalam membimbing pekerjanya untuk bekerja agar mendapat
keputusan yang baik. Oleh itu, kemahiran kepimpinan adalah bahagian penting untuk menjadi
pengurus yang baik. Mengetahui cara untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap orang dalam
pasukan adalah sangat penting. Akhir sekali, kemahiran yang perlu ada bagi pengurus hotel yang
berjaya adalah kemahiran organisasi. Pengurus yang teratur adalah orang yang akan berjaya.
Pengurusan selalunya bermaksud bahawa anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk
melindungi apabila seseorang hilang atau sedang berehat, jadi adalah penting anda dapat
mengikutinya. Selain itu, anda mungkin perlu membuat jadual atau carta untuk memastikan
perniagaan berjalan lancar dari hari ke hari. Ini adalah antara kemahiran yang penting untuk menjadi
seorang pengurus hotel yang berjaya menurut pandangan saya

Ciri peribadi yang perlu ada bagi seseorang pengurus hotel yang berjaya adalah pengurus
yang mempunyai rasa empati. Ini bermakna pengurus boleh memahami perasaan pelanggan dan
pekerja lain mereka. Dengan empati, seorang pengurus boleh melalui situasi yang sukar kerana
mereka bukan sahaja memikirkan sesuatu dari perspektif mereka sendiri, malah merasakan dari
pelbagai sudut yang berbeza. Ciri yang seterusnya adalah kepimpinan. Hal ini demikian kerana ciri
pengurus hotel yang berjaya mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan mampu
mengendalikan projek dan memberi sumbangan penting kepada kejayaan keseluruhan organisasi.
Akhir sekali, great enthusiasm. Bagi pendapat saya, bersemangat tentang pekerjaan mereka dan
berusaha untuk melakukan kerja yang terbaik adalah seorang pengurus hotel yang berjaya. Hal ini
demikian kerana mereka mahu memberikan pelanggan mereka pengalaman terbaik yang tersedia.
Sebagai pelajar saya merasakan pengalaman yang paling penting itu adalah komenikasi yang
baik apabila berdapan dengan tetamu mahupun sesame perkerja. Bukan itu saja kita juga perlu
berkerjasama anatara satu sama lain sebagai perkerja. Sebagai contoh saling tolong menolong
apabila dalam kesusahan di waktu perkerjaan. Itu juga dapat memberi kemudahan untuk kita . selain
itu perlu mempelajari skill yang dimiliki oleh orang yang sudah lama berkerja di sana untu di bawa ke
alam perkerjaan kita yang akan datang nanti agar kita tidak lagi ragu kerna kita sudah memeggang
skill yang kita bawa dari pemelajaran itu.

Selama saya menjalankan latihan di AVANI, terdapat beberapa perubahan yang perlu dibuat
dalam kurikulum kolej dalam menyediakan pelajar untuk jawatan peringkat permulaan berdasarkan
pengalaman dan pemerhatian saya. Antara perubahan yang perlu dibuat adalah mendedahkan
kepada peralatan yang digunakan semasa pratikel di dalam kelas seperti , membuat pengemasan
dan pembesrsihan di bidang housekeeping. Manakalah bahagia fnb pula , perlulah memperkenalkan
benda benda basic seperti melipat napkin , memgenali pelbagai peralatan fnb yang kerab digunakan
dan akhir sekali , di bahagia meja hadapan pula perlulah memperlajari cara menggunakan pc yang
betul apabila mereka sampai ke sana benda itu sudah dipelajari semasa di kelas . contohnya, dalam
subjek housekeeping management, food and beverage management dan front office management.
Selain itu, melatih diri dari segi percakapan yang baik agar apabila berada di sana sudah tahu akan
basic percakapan yang baik dan tidak kaku. Selain itu belajar memakai pemakian dan berdandan
secara kemas dan ini juga salah satu persediaan semasa pratikal nanti sebagai contoh , leture
perlulah melatih pelajar agar membiasakan pelajar apabila hadir ke kelas haruslah memakai pakian
yang kemas dan berdandan rapi . ini juga dapat memberi semangat kepada yang hadir ke kelas.
Akhir sekali, mengadakan program lawatan ke tempat-tempat yang berpotensi untuk pelajar
meneruskan karier hidup. Hal ini demikian kerana bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar
tentang situasi pekerjaan pengurusan hotel ini juga membolehkan mereka mempelajari susun atur
carta organisasi bagi sesebuah hotel dan juga dapat menjalinkan hubungan baik antara kolej dgn
sesebuah organisasi.

Anda mungkin juga menyukai