Present
Muh Nur Fahmi Dzulqaidah / 210203602001
Nuralisa / 210203601016
Muh. Raihan Fajri / 210203602004
Zulkarnaim / 210203602014
Firmansyah azhary/210203602003
Jufriadi/ 210203600001
I made neldi kurniawan/210203601013
Rayhan alfarizi/210203602013
Muh assiddik/1923152002
Puji syukur ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa. Atas rahmat dan hidayah-
Nya, kami dapat menyelesaikan tugas laporan praktikum dengan tepat waktu.
Kami menyadari makalah ini masih jauh dari kata sempurna. Oleh sebab
itu, saran dan kritik yang membangun diharapkan demi kesempurnaan makalah
ini.
Gowa,4,Oktober,2022
Penulis
DAFTAR ISI
Kata Pengantar
Daftar Isi
Bab 1 Pendahuluan
BAB 1
PENDAHULUAN
A. LATAR BELAKANG
Istilah lain yang menggunakan selain ragam bahasa baku adalah ragam bahasa
standar, semi standard an nonstandart.
a. Ragam standar,
b. Ragam nonstandard.
c. Ragam semi standar.
Brian Seaton (1982) berpendapat laras bahasa ialah satu variasi yang
wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk
perbualan. Laras juga terdapat dalam sesuatu bidang seperti kewartawanan,
perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeda sama ada dalam bentuk
penulisan atau tulisan. Oleh itu kita akan dapati seseorang itu akan memiliki
laras bahasa yang berlainan.
Menurut ahli bahasa tempatan seperti Nik Safiah Karim (1989), laras
bahasa berdasarkan penggunaannya, iaitu variasi bahasa digunakan oleh
penutur dalam situasi tertentu. Dia menganggap laras bermaksud variasi
bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap
penutur. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan juga
peringkat sosial.
Asmah Haji Omar (1987), menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri
khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan
atau variasi bahasa yang digunakan mempunyai disiplin ilmu yang berbeda-
beda.
Abdullah Hassan (1987), telah mengaitkan laras bahasa dengan
pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian
laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan bahasa yang baik. Bahasa yang
digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham di bursa saham ialah
laras ekonomi.
Kesimpulannya, laras bahasa ialah penggunaan bahasa atau
pemakaian kata-kata yang khusus untuk sesuatu penggunaan berdasarkan
situasi sosial seseorang itu ketika berkomunikasi dengan orang ramai.
Penggunaan istilah-istilah khusus yang membedakan antara variasi-variasi
bahasa menjadikan sesuatu komunikasi lebih berkesan.
d. Ciri-ciri Laras Bahasa
Menurut Nik Safiah Karim (1989), kajian terhadap laras bahasa
perlu mempertimbangkan dua faktor yang utama iaitu ciri keperihalan
peristiwa bahasa dan ciri linguistik yang wujud . Ciri keperihalan pula
dibagikan kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi
persekitaran.
Situasi luaran adalah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu
masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara
hidup yang menentukan perlakuan setiap anggota masyarakat. Contohnya ,
apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu lama, kita perlu
mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan dan
aspek-aspek lain anggota masyarakat zaman itu.
Situasi persekitaran pula meliputi aspek-aspek yang terlibat secara
langsung dalam penggunaan bahasa. Terdapat empat situasi persekitaran yang
menyebabkan wujudnya bahasa yang berlainan atau laras. Situasi yang
dimaksudkan ialah cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi,
bahan yang diperkatakan, dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.
Cara penyampaian yang terdapat dalam situasi persekitaran
menyebabkan wujudnya keberbagaian dalam laras bahasa. Cara penyampaian
merujuk bentuk perhubungan yang digunakan termasuk jenis bahasa lisan,
bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Bahasa lisan berbeda daripada bahasa
bertulis kerana terdapat banyak variasi bahasa bertulis seperti laporan, esei,
surat, wawancara, cerpen, karangan, sajak, drama, dan sebagainya. Hasil
penulisan pula berkait dengan diri penulis, pembaca dan perkara yang ditulis.
Latar belakang penulis membawa perbedaan dalam penghasilan bahasa,
penggunaan bahasa, kandungan bahan dan aspek panjang pendek sesuatu
peristiwa.
Aspek lain yang menimbulkan laras bahasa yang berbeda ialah aspek
peribadi dan aspek bukan peribadi. Aspek peribadi ialah perhubungan
individu dengan individu yang lain, hubungan kekeluargaan, rakan sebaya,
sahabat karib, pekerja, dengan majikan, rakyat dengan golongan istana dan
sebagainya. Aspek bukan peribadi pula adalah bukan bersifat peribadi seperti
antara penulis dengan pembaca, penghasil dan pembaca akhbar, penyajak
dengan pembaca dan sebagainya.
Unsur yang ada dalam situasi persekitaran bagi menentukan laras bahasa
termasuklah bahan yang diperkatakan. Bahasa yang digunakan adalah
meliputi aspek yang luas iaitu meliputi perkara-perkara biasa seperti
perbualan tentang makanan, pakaian, kesihatan dan sebagainya serta
termasuk perkara-perkara khusus seperti dalam bidang sains dan teknologi,
perubatan, astronomi, geologi dan sebagainya.
Ciri lain dalam mengenal pasti laras bahasa ialah tentang fungsi-
fungsi sosial perlakuan bahasa. Aspek perlakuan sosial termasuklah bahasa
untuk menyampaikan maksud seperti menggunakan bahasa dalam upacara-
upacara tertentu seperti majlis akad nikah, jual beli, dan sebagainya. Terdapat
juga situasi yang menggunakan bahasa yang berlainan yang dihasilkan oleh
interaksi seperti jenis perbualan, iaitu orang yang terlibat dalam perbualan
dan peranan situasi-situasi tersebut dalam masyarakat.
Empat ciri-ciri situasi persekitaran menimbulkan laras yang berlainan
dan terdapat hubungan yang erat diantaranya. Hal ini adalah disebabkan
interaksi antara kedua-dua pihak menghasilkan laras.
Laras bahasa juga mempunyai ciri-ciri linguistik yang melibatkan
unsur tatabahasa dan pemilihan perkataan atau leksis. Hal ini telah dijelaskan
oleh Nik Safiah Karim (1982) dengan melihat ciri-ciri tata bahasa yang
terdapat dalam susunan kata dan frasa dalam laras bahasa. Nik Safiah
berpendapat, tatabahasa yang disusun dengan cara tertentu akan menimbulkan
laras bahasa yang mempunyai pengertian yang berbeda-beda. Ciri linguistik
pula adalah berkait rapat dengan faktor sosial seseorang seperti latar belakang
orang yang bercakap atau menulis.
Laras bahasa juga turut menunjukkan manipulasi unsur-unsur
tatabahasa sesuai dengan wacana yang dibicarakan. Contohnya laras bahasa
aspek fonologi, morfologi dan sintaksis yang meneliti penggunaan bunyi,
pembentukan kata serta struktur dan binaan kata.
e. Jenis-jenis Laras Bahasa
Laras dapat dibagikan kepada tiga kategori utama yaitu, tajuk wacana,
cara penyampaian wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah
merangkumi bidang penggunaan bahasa seperti bidang Matematik. Cara
penyampaian wacana ialah media perlakuan bahasa samada secara lisan atau
bertulis. Gaya Wacana pula adalah bidang tentang perhubungan antara
peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal atau tidak formal.
Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan
penggunaannya dalam berbagai situasi. Antara jenis-jenis laras ialah laras
biasa atau laras umum, laras akademik atau laras ilmiah, laras perniagaan,
laras perundangan, laras sastera, laras iklan dan sebagainya.Hal ini kerana
terdapat hubungan yang erat antara susunan bahasa dengan situasi-situasi
disebabkan interaksi sehingga menghasilkan laras.
a. Laras Bahasa Biasa Atau Umum
Laras ini menggunakan bahasa yang tidak membabitkan sebarang
bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan
harian. Laras biasa tidak menggunakan istilah atau pola yang khusus. Ciri-
cirinya adalah bebas dan mudah dipahami serta kurang terkawal dari aspek
tatabahasa. Ia juga mempunyai unsur kemesraan seperti menggunakan
ganti nama diri pertama seperti aku, cek, makcik , kak ngah dan
sebagainya.
Laras bahasa biasa menggugurkan kata sendi nama seperti dari,
daripada, di, akan dan hingga. Ia juga menggunakan kata yang pendek dan
ringkas, dan ada kalanya menggunakan imbuhan asing. Terdapat juga
unsur ambiguiti atau kekaburan makna.
Contoh: Hai Mat! Mau ke mana tu? mampirlah dulu!
b. Laras Perniagaan
Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan barangan yang ingin
dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya
membeli barangan menerusi cara penyampaian yang amat menarik. kata
yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
Contoh : Buruan, setiap pembelian LCD Skrin Televisyen Pensonic bonus
Smartphone Samsung.
c. Laras Akademik
Laras akademik boleh dibagikan kepada beberapa bahagian
berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras bahasa sains,
laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya
terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu
bidang akademik. Misalnya dalam bidang sains, terdapat laras kimia,
biologi dan fisika.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan
kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang
berkenaan.
Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti
permintaan, penawaran, kos, modal, buruh dan susut nilai. Contoh laras
sains dalam bidang kimia : Air terhasil daripada kandungan hidrogen dan
oksigen (H2O).
d. Laras Undang-undang
Laras undang-undang merupakan salahsatu daripada laras ilmiah
yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Walau
bagaimanapun, pada masa sekarang laras undang-undang lebih bersifat
modern dan banyak menggunakan istilah teknikal. Contoh : Dependen
membantah pada awal prosiding kerana tidak setuju dengan cadangan
plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan
dengan perbicaraan berkenaan.
e. Laras Media Massa
Laras media massa kurang mementingkan gaya, khususnya
penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan logis dan
bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas
dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca
dan penonton.
Contoh : Pasukan merah putih telah memalukan pihak lawan di kandang
lawan dengan skor dua gol tanpa balas.
f. Laras Sastra
Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastra juga
mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bedanya, bidang yang
diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan
antara kedua-duanya.
Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusastraan, kita sebenarnya akan
membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej, dan watak
yang mengandungi unsur-unsur personifikasi dan metafora.
g. Laras Rencana
Laras rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh
mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah keberbagaian
idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan.
Contoh : Kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru belum dapat
diukur sepenuhnya. Berbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor
rekabentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu
diambil. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan berbagai rintangan
sebelum ia berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negeri.
BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Ragam bahasa adalah variasi penggunaan bahasa tergantung dari topik
yang sedang di bicarakan dengan kawan bicara maupun pada saat situasi
resmi. Kadang penggunaan bahasa yang ragam bahasa yang baik banyak di
gunakan oleh kalangan terdidik, kalangan pejabat, maupun kalangan
pengusaha. Sedangkan laras bahasa ialah penggunaan bahasa atau pemakaian
kata-kata yang khusus untuk sesuatu penggunaan berdasarkan situasi sosial
seseorang itu ketika berkomunikasi dengan orang ramai. Penggunaan istilah-
istilah khusus yang membedakan antara variasi-variasi bahasa menjadikan
sesuatu komunikasi lebih berkesan.
B. Saran
Lebih memberikan pengenalan ragam bahasa dan laras bahasa pada
masyarakat terutama pada anak-anak dan remaja untuk mengurangi terjadinya
penyimpangan-penyimpangan kaidah bahasa dan penggunaan bahasa tidak baku
yang bukan pada tempatnya.
DAFTAR PUSTAKA
1. Melyana Aprilia., 2013, RAGAM DAN LARAS BAHASA, [online],
(http://melyanaaprilia.blogspot.co.id/2013/01/ragam-dan-laras-
bahasa.html, diakses tanggal 28 Maret 2016)
2. Fajar pratama, 2013, RAGAM DAN LARAS BAHASA, [online],
(http://fajar-sic-035.blogspot.co.id/2014/10/ragam-dan-laras-
bahasa_16.html, diakses tanggal 28 Maret 2016)