Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang

panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal.

BAHAN 1: PETIKAN RENCANA.

Keharmonian hidup dalam keluarga memberikan impak yang besar kepada institusi kekeluargaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana keluarga yang bahagia membolehkan ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan sempurna
sekiranya institusi kekeluargaan diikat dengan pertalian ukhuwah dan silaturahim yang mapan. Institusi
kekeluargaan sewajarnya hidup dalam suasana harmoni dan bertolak ansur, sekali gus saling mempercayai dan
hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran
sesebuah negara. Impak seterusnya, ibu bapa dapat menumpukan kerjaya tanpa sebarang kebimbangan dan gusar
akan halhal rumah tangga.

Selain itu, seandainya sesebuah keluarga itu bahagia sudah tentu anak-anak mempunyai nilai moral yang
baik. Hidup tidak boleh keseorangan, sebaliknya hidup memerlukan interaksi sosial yang ditanggung bersama
sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, keluarga bahagia akan menjadi pemangkin untuk mengekalkan
keharmonian negara. Seterusnya, kerukunan hidup dalam berkeluarga boleh mewujudkan komunikasi yang baik
sesama ahli keluarga. Komunikasi yang baik akan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran. Di samping itu,
hubungan keluarga juga akan menjadi lebih harmoni.

Hubungan keluarga dengan masyarakat yang baik tentu saja akan memberikan hasil yang sangat baik,
sehinggakan ketika kita menghadapi masalah sudah pasti mereka akan mudah membantu malah keluarga yang
bahagia menyebabkan suasana kekeluargaan lebih mesra dan tenteram. Jika kita hidup dengan menjaga hubungan
baik, tentu saja tidak ada ancaman daripada pihak lain. Hal ini disebabkan oleh hubungan baik itu sendiri akan
memberikan impak yang sangat positif dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, hubungan kekeluargaan akan
semakin erat dan padu. Hal tersebut akan membuatkan kehidupan menjadi lebih damai dan juga tenteram.

Senarnya, kita perlu akui bahawa keluarga yang tidak bahagia akan menyebabkan berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan. Masa depan anak-anak akan terabai dan tidak terpelihara oleh ibu bapa yang berantakan.
Seterusnya, akan berlaku masalah-masalah sosial seperti budaya lepak, penagihan dadah, pelacuran, perjudian dan
sebagainya. Justeru jelas dapat dilihat, jika keadaan ini jika tidak ditangani akan merosakkan masa depan generasi
muda yang menjadi tonggak kepimpinan negara pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Keluarga Sejahtera Lahirkan Belia, Masyarakat Sejahtera’, oleh Jutri
Joha, Utusan Malaysia, 28 April 2018)

Bahan 2: GRAFIK

Anda mungkin juga menyukai