Anda di halaman 1dari 2

BENGKEL KERJA PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (19 – 21 OGOS 2014)

PEDAGOGI : KOMUNIKASI BERKESAN

Definisi :

Berkomunikasi, berhubung (secara langsung atau dengan perantaraan surat,


redio telefon dan lain-lain) mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar
pendapat dan lain-lain) bahasa ialah alat berfikir dan melahirkan buah fikiran. Menurut
Maimunah Osman (2000), komunikasi merupakan asas kepada perhubungan antara
seseorang dengan seorang yang lain.

Manusia berkomunikasi contohnya dengan penggunaan alatan media seperti


suratkhabar, radio, televisyen, komputer, surat, lisan dan sebagainya.

Ialah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seorang kepada pemikiran
orang lain. (Highet)

Konteks pendidikan : sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara


dua individu, atau antara seorang individu dengan sekumpulan orang.

Objektif Komunikasi :
1. Dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan.
2. Supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan lancar.

Tujuan Komunikasi :

Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009) keberkesanan komunikasi merujuk


kepada sumber atau penyampai maklumat yang dapat menyampaikan maklumat atau
perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima dengan tepat dan maksudnya
sama tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham.

Jenis-Jenis Komunikasi :

1. Komunikasi Secara Lisan (Verbal)


2. Komunikasi Secara Bukan Lisan (Non-Verbal)

Bidang-Bidang Komunikasi :

1.. Interpersonal
2. Intrapersonal
3. Kumpulan kecil
4. Komunikasi massa
5. Awam

Elemen Komunikasi

1. Penyampai
2. Penerima
3. Maklumat/ Mesej
4. Maklum Balas
5. Saluran
6. Konteks

Model-Model Komunikasi :

1. Model Shannon dan Weaver


2. Model Simetri Newcomb
3. Model Wilbur Schram

Aktiviti Komunikasi :

1. Tayangan video
2. Tunjuk cara
3. Lakonan
4. Permainan
5. Kad Arahan
6. Dialog
7. Ucapan
8. Syarahan
9. Perbahasan
10. Bercerita
11. Surat rasmi

Ahli Kumpulan :

1. MOHD SAUFIE BIN MANAF


2. MOHAMAD ZAIM BIN MOHD HASSAN
3. ABD. AZIZ BIN ALIAS
4. AHMAD KAHIRUL ANWAR BIN KUDUS
5. ISMAIL BIN HUSSIN

Anda mungkin juga menyukai