Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL EDUP3043 MINGGU 13

Terapi Muzik

Terapi muzik merupakan satu terapi yang melibatkan penggunaan elemen melodi
dalam proses pemuliharaan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental
dan fizikal. Muzik dapat didefinisikan sebagai satu getaran tenaga bunyi dimana
getaran bergetar pada tahap yang berbeza. Ramai juga yang menganggap bahawa
muzik merupakan satu ubat yang memulihkan kerana sekiranya getaran tenaga
bunyi bergetar seiring dengan tenaga di dalam badan kita. Terapi muzik merupakan
satu intervensi dan interaksi yang terancang serta bermatlamat, berdasarkan
penilaian keperluan, kekuatan dan kelemahan khusus individu.

Idea terapi muzik digunakan sebagai pengaruh pemulihan yang boleh membawa
kesan baik terhadap kesihatan dan tingkah laku individu. Ianya sekurang-kurang
telah bermula daripada penulisan Aristotle dan Plato di zaman tamadun Yunani,
lebih daripada lebih 2000 tahun dahulu. Dalam abad ke-20, terapi muzik mula
diaplikasikan di hospital selepas perang dunia pertama dan perang dunia kedua.
Pada masa itu, muzik amatur dan profesional bermain instrumen muzik untuk
anggota tentera yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma emosi dari medan
perang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik
muzik tertentu. Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih
di seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama
yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit
kanser, juga AIDS.

Terapi muzik juga dapat dilakukan dengan cara membuat pergerakan mengikut
lagu dan menulis lirik lagu untuk meluahkan perasaan seseorang. Sebagai contoh,
ada seorang individu yang rasa sedih dengan kehidupannya dan akhirnya
memutuskan untuk menukilkan satu lirik tentang kehidupan dirinya. Dengan ini, dia
dapat meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya ke dalam beberapa
rangkap lirik yang digarapnya.

Terapi Seni

Terapi atau psikoterapi kanak-kanak merujuk kepada teknik dan kaedah yang
digunakan untuk membantu kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah
emosi dan tingkah laku. Konsep terapi seni adalah untuk memberi bantuan rawatan
tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan
cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Hasil kerja daripada setiap pelajar dapat
menzahirkan luahan seni, sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan serta
membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.

Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja
pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja
seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat. Teori mengenai mengapa
kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di
mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di
dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai
penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam
gambar (Eve C .Jarboe, 2002).

Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan,


tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas (Silk & Thomas, 1990).
Contohnya, terdapat seorang kanak-kanak yang masih belum boleh bercakap, tetapi
dia meluahkan perasaannya melalui lukisan. Lukisan yang dihasilkan merupakan
lukisan yang agak menyeramkan, berupa seorang perempuan yang menggantung
diri untuk membunuh diri. Hasil siasatan pihak psikotari mendapati bahawa kakak
kepada kanak-kanak tersebut telah bunuh diri tetapi ianya dirahsiakan oleh keluarga
mangsa. Tuntasnya, terapi seni berbentuk lukisan ini dapat menunjukkan ekspresi
seorang kanak-kanak samada dia dalam keadaan gembira, sedih, gelisah atau lain-
lain.

Anda mungkin juga menyukai