Anda di halaman 1dari 25

TAJUK

PEMBANGUNAN BONEKA BERIRAMA MENINGKATKAN PERGERAKAN


LOKOMOTOR KANAK-KANAK 4 TAHUN

NAMA PENGKAJI
NUR AIN FARAHIN BINTI MARASAN
D20191088708

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2021
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian dan rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana

dengan izin-Nya jua maka tesis ini dapat disempurnakan. Dengan kesempatan ini, saya ingin

memberikan sejuta rasa penghargaan kepada pensyarah saya [nama pensyarah] kerana

kepercayaan yang beliau berikan kepada saya, dan juga bantuan dan sokongan beliau dalam

saya menjayakan tesis ini.

Selain itu, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menyokong dan mendoakan saya untuk menyempurnakan tugasan ini dengan penuh jayanya.

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa

saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha . Tidak dilupakan juga buat

sahabat-sahabat seperjuangan saya yang banyak membantu saya dari segi mental dan fizikal

dan bersama-sama dengan saya susah-duka untuk menyiapkan dan menyempurnakan tesis

kami bersama.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan

ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka

hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini

mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.


SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Bab 1 : Pengenalan


1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kerangka Teori
1.8 Kerangka Konseptual
1.9 Definisi Operasional Kajian
1.9.1 Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah
1.10 Batasan Kajian
1.11 Kepentingan Kajian
1.11.1 Kepentingan Kajian kepada Guru Prasekolah
1.11.2 Kepentingan Kajian kepada Bakal Penyelidik
1.10 Rumusan

2.0 Bab 2 : Tinjauan Literatur


2.1 Pendahuluan
2.2 Objektif 1
2.3 Objektif 2
2.4 Objektif 3
2.5 Teori Berkaitan Kajian
2.6 Kesimpulan

3.0 Bab 3 : Metodologi Kajian


3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.2.1 Fasa 1
3.2.2 Fasa 2
3.2.3 Fasa 3
3.2.4 Fasa 4
3.2.5 Fasa 5
3.3 Populasi dan Sampel kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Borang Soal Selidik
3.5 Kajian Rintis
3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
3.7 Prosedur Pengumpulan Data
3.9 Prosedur Analisis Data Kajian
3.11 Kesimpulan
SENARAI JADUAL

Jadual Halaman
SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

Rajah 1.7.1 Kerangka Teori Boneka Berirama Meningkatkan 5


Pergerakan Lokomotor Kanak Kanak 4 Tahun

Rajah 1.8.1 Kerangka Konseptual Boneka Berirama Meningkatkan 6


Pergerakan Lokomotor Kanak Kanak 4 Tahun

Rajah 1.9.1 Jenis-Jenis Boneka Berirama 7


BAB 1

PENGENALAN

1.9 Pendahuluan
Di dalam bab ini pengkaji telah membincangkan boneka berirama meningkatkan pergerakan
lokomotor kanak kanak 4 tahun. Pergerakan lokomotor merupakan asas kepada kanak-kanak
bermula dari umur 11-12 bulan, seperti merangkak, berjalan, berlari, ketawa dan aktiviti-
aktiviti lain yang melibatkan lokomotor mereka. Dari permulaan merangkak, sehinggalah
mampu berjalan, kanak-kanak sememangnya aktif dalam aktiviti yang mencabar dan ini
menunjukkan kanak-kanak tersebut dalam kondisi yang normal dan sihat.

Definisi pergerakan lokomotor boleh didefinisikan sebagai pergerakan yang kreatif dan aktif
iaitu sekiranya dilakukan akan menyebabkan tubuh badan berubah keduduk an atau
tempat,dari satu tempat berganjak ketempat yang lain. Terdapat dua (2) jenis lokomotor,
iaitu: Lokomotor BeritmaSekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata bersifat aliran gerakan
dari satu tempat ke tempat yang lain. Konsep Pergerakan lokomotor berkaitan dengan
gerakan atau aliran. Jika pergerakanlokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat
melihat arah gerakandalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan
dalamgerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Kanak-kanak dari lahir lagi akan memerhati dan meniru apa saja yang mereka nampak dan
belajar, dan apabila diajar, arahan amat penting dalam proses pembelajaran mereka. Dan
boneka merupakan salah satu ikon yang menyumbang kepada perkembangan pergerakan
lokomotor kanak-kanak, yang dimana mereka banyak mempelajari aktiviti seperti berjalan,
melompat, bahkan mempelajari apa itu sedih, gembira, takut dan macam-macam lagi.

Kanak-kanak sentiasa hidup dalam dunia fantasi dan akan berbicara dalam dunia mereka,
boneka merupakan teman untuk mereka berbicara dan belajar segala pergerakan lokomotor.
Boneka berirama yang sangat digemari kanak-kanak, terutama kanak-kanak berumur 4 tahun,
yang dimana pada usia ini, kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang kuat dan sangat
aktif dalam aktiviti pergerakan lokomotor.

1
1.2 Latar Belakang Kajian
Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi

salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani,

Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis “Boneca” yang

membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu

objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau

arahan bagi menyampaikan mesej.

Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka

selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak

boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh

terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan

oleh pemain dalam persembahan mereka. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah

direka oleh manusia. Sebagai contoh ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka

tongkat, boneka lidi dan boneka layang-layang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk

menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi dan melayan, yang dimana melibatkan

pergerakan lokomotor.

Dalam dunia kanak-kanak berumur 4 tahun, boneka berirama merupakan teman baik mereka,

dalam mempelajari pergerakan lokomotor. Terdapat dua (2) jenis lokomotor, iaitu:

Lokomotor BeritmaSekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata seperti yang dinyatakan

sebelum ini, dan adakah boneka berirama berperanan dalam meningkatkan pergerakan

lokomotor kanak-kanak amat penting dalam menentukan pengaruh dan fungsi benda tersebut.

2
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Barnett, L. M., Morgan, P. J., van Beurden, E., & Beard, J. R. (2008b), kanak-kanak
yang mahir mengawal objek lebih cenderung menjadi remaja yang aktif. Pembangunan
kemahiran motor harus menjadi strategi utama dalam intervensi kanak-kanak yang bertujuan
untuk mempromosikan aktiviti fizikal jangka panjang. Dari bayi sehingga umur mencecah 6
tahun, boneka merupakan kesukaan kanak-kanak dan boneka adalah aktiviti yang sesuai bagi
kanak-kanak untuk belajar dan bermain dengan selamat. Boneka merupakan permainan yang
memainkan peranan dalam pendidikan awal kanak-kanak yang dimana boneka bukan sekadar
sebuah alat untuk peneman, bahkan lebih dari itu. Tujuan utama boneka adalah untuk
mencipta interaksi yang menarik perhatian kanak-kanak melalui dialog yang seronok dan
tingkah laku boneka yang digerakkan membantu kanak-kanak dalam pergerakan lokomotor
mereka.

Menurut kajian, dari 20 sehingga 30 tahun kebelakangan ini, aktiviti fizikal kanak-kanak
semakin berkurangan, dimana bukan sahaja obesiti penyumbang utama, namun gajet
memainkan peranan dalam kemajuan teknologi pada masa kini. Dapat dilihat dengan jelas
pada masa kini, dari bayi sehingga berumur 4 tahun ke atas, kanak-kanak bergantung dan
fokus kepada gajet dalam mengisi masa mereka, seperti contoh ibu bapa yang memberikan
gajet kepada anak yang sedang makan, atau marah. Hal ini memberi kesan kepada pergerakan
lokomotor kanak-kanak. Boneka atau apa saja bentuk mainan yang secara semulajadi menjadi
alat permainan kanak-kanak, kini semakin diabaikan dan tumpuan dan keseronokan mereka
lebih kepada gajet.

Oleh itu, sekolah/taska dan juga guru memainkan peranan penting dalam memberikan
pendidikan awal kepada kanak-kanak dengan menjadikan boneka berirama sebagai alat
permainan dan pembelajaran utama kepada kanak-kanak berumur 4 tahun. Dengan habisnya
masa kanak-kanak di taska/sekolah, bermain dan belajar melalui boneka berirama, mereka
akan dapat meningkatkan pergerakan lokomotor mereka dan seterusnya membantu mereka
untuk menjadi anak yang aktif apabila dewasa kelak. Namun begitu, ekoran kebanyakan
kanak-kanak tidak dapat menikmati kebaikan boneka berirama ini, dan tidak ramai kanak-
kanak berumur 4 tahun dimasukkan ke sekolah/taska dek kerana sistem prasekolah di
Malaysia yang menerapkan 5 atau 6 tahun untuk sesi tadika.

3
1.4 Objektif Kajian
Secara spesifik kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak
langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan
satu kajian yang bersifat ilmiah mengenai boneka berirama meningkatkan pergerakan
lokomotor kanak-kanak 4 tahun.

2. Memahami dan mendalami mengenai pertumbuhan kanak-kanak berumur 4 tahun. Ini


kerana, melalui kajian ini, saya dapat mengenalpasti perkembangan lokomotor kanak-
kanak berumur 4 tahun bukan sahaja dari aktiviti yang mereka lakukan seharian, tetapi
boneka berirama juga memainkan peranan penting dalam membantu pergerakan mereka.

3. Menambah pengetahuan saya mengenai kanak-kanak dan peranan guru dan sekolah/taska
dalam membantu kanak-kanak berumur 4 tahun meningkatkan pergerakan lokomotor
mereka. Kajian ini menyedarkan masyarakat bahawa boneka berirama merupakan
penyumbang terbesar dalam membantu pergerakan lokomotor kanak-kanak dan
bagaimana kita sebagai guru dapat membantu kanak-kanak ini untuk menjadikan boneka
berirama sebagai alat permainan utama mereka, bukan gajet.

1.5 Persoalan Kajian


Kajian ini turut menjawab soalan-soalan kajian yang dikehendaki seperti
berikut:

1. Apakah terdapat hubungan antara boneka berirama dengan pergerakan lokomotor kanak-
kanak 4 tahun?
2. Bagaimanakah boneka berirama boleh meningkatkan pergerakan lokomotor kanak-kanak
4 tahun?
3. Apakah penghalang kepada peningkatan pergerakan lokomotor kanak-kanak 4 tahun?
4. Bagaimanakah guru boleh membantu kanak-kanak 4 tahun dalam menjadikan boneka
berirama sebagai alat permainan utama?

4
1.6 Hipotesis Kajian
Berdasarkan persoalan kajian di atas, kajian ini menguji hipotesis berikut:

1. H01: Boneka berirama memainkan peranan penting dalam peningkatan pergerakan


lokomotor kanak-kanak 4 tahun
2. H02: Terdapat banyak penghalang kepada peningkatan pergerakan lokomotor kanak-kanak
4 tahun
3. H03: Kanak-kanak boleh menjadikan boneka berirama sebagai alat permainan utama
dengan bantuan guru di sekolah/taska

1.7 Kerangka Teori

Boneka Berirama Pergerakan lokomotor


 Definisi boneka  Definisi pergerakan lokomotor
 Peranan dan fungsi boneka
 Jenis-jenis pergerakan lokomotor
berirama
 Hubungan boneka dengan  Muzik digunakan untuk pergerakan
lokomotor kreatif
 Boneka kepada kanak-kanak 4
 Pergerakan lokomotor dan bukan
tahun
lokomotor

Guru dan prasekolah


Kanak-kanak 4 tahun
 Definisi guru dan prasekolah
 Definisi kanak-kanak
 Peranan dan fungsi guru dan
 Perkembangan pergerakan
prasekolah
lokomotor
 Pemahaman dan pembelajaran guru
 Penghalang kepada peningkatan
terhadap boneka berirama kepada
pergerakan lokomotor
kanak-kanak 4 tahun

Rajah 1.7.1 Kerangka Teori Boneka Berirama Meningkatkan Pergerakan Lokomotor Kanak
Kanak 4 Tahun

5
1.8 Kerangka Konseptual

Boneka berirama meningkatkan pergerakan


lokomotor kanak kanak 4 tahun

Boneka berirama Pergerakan lokomotor

Guru Kanak-kanak 4 tahun

Boneka berirama membantu


kanak-kanak 4 tahun

Jenis-jenis boneka berirama

Guru sebagai pembantu untuk


penggunaan boneka berirama

Halangan dan cabaran


pergerakan lokomotor

Rajah 1.8.1 Kerangka Konseptual Boneka Berirama Meningkatkan Pergerakan Lokomotor


Kanak Kanak 4 Tahun

6
1.9 Definisi Operasional Kajian
Bagi memudahkan perbincangan dalam kajian ini, beberapa konsep atau istilah berikut telah
didefinisi secara operasional dan dijelaskan dalam konteks kajian ini;

1.9.1 Boneka Berirama


Melalui kajian ini, boneka berirama merujuk kepada alat yang digunakan untuk
membantu meningkatkan pergerakan lokomotor kanak-kanak 4 tahun. Terdapat pelbagai
jenis boneka berirama, dan contoh seperti rajah di bawah.

Boneka
Tangan

Boneka Shadow
Tali Puppets
Jenis-
Jenis
Boneka
Berirama

Boneka Boneka
Berbatang Jari

Rajah 1.9.1 Jenis-Jenis Boneka Berirama

1.9.1.1 Boneka Tangan


Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal
digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkankeseluruhan
pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.Bagi menyediakan
boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg
kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan
sebagainya, boleh digunakan bekas telor,bekas dadih dan lain-lain supaya menarik.Boneka
tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih
bebas.

7
1.9.1.2 Shadow Puppets
Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengannyanyian
dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pulaboleh
menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yangmenggunakan pemegang
kayu .Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk
memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarikseperti bentuk
yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dansayap yang boleh
dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan
pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita.

1.9.1.3 Boneka Jari


Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan
oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka
yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Boneka
tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jarikanak-kanak,
diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk
dimasukkan jari.
1.9.1.4 Boneka Berbatang
Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakanoleh
kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akandilekatkan pada
hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagianbadan watak turut
dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut.Kanak-kanak lebih gemar menggunakan
boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu
pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel.

1.9.1.5 Boneka Tali


Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Ia lebih
kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikatdengan tali dan bagi tujuan
pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akandibentuk supaya boleh digerakkan
dengan menggunakan tali. Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang
memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang
digunakan bolehberupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan

8
pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang
tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak.
1.9.2 Guru dan Prasekolah
Menurut Shulman (1986), semasa guru merancang dan melaksana pengajaran,
mereka perlu membuat adaptasi antara kedua-dua pengetahuan dan kemahiran melalui
interaksi bersama murid. Daam kajian ini, guru merujuk kepada seseorang yang
bertanggungjawab dalam membantu kanak-kanak prasekolah (4 tahun) untuk meningkatkan
pergerakan lokomotor mereka melalui boneka berirama. Manakala prasekolah dalam kajian
ini merupakan tempat dimana guru mengajar dan kanak-kanak 4 tahun belajar, iaitu
bagaimana boneka berirama boleh dijadikan alat untuk meningkatkan pergerakan lokomotor
mereka.

1.9.3 Pergerakan Lokomotor


Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan
suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru,amatlah penting agar
kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk
mempelajari sesuatu. Dalam kajian ini, untuk mengenal pasti jika boneka berirama mampu
membantu pergerakan lokomotor kanak-kanak 4 tahun, hendaklah terlebih dahulu mengenal
pasti jenis-jenis lokomotor dan bagaimana lokomotor kanak-kanak 4 tahun boleh
berkembang.

1.9.4 Kanak-Kanak 4 Tahun


Apabila kanak-kanak berumur 4 tahun berkembang secara fizikal, mereka bukan
sahaja menjadi lebih tinggi tetapi terus menguasai kemahiran motor kasar dan halus mereka
dengan lebih baik. Mereka menguasai kemahiran tangan dan jari, seperti yang digunakan
untuk melukis dan menulis. Seorang kanak-kanak berumur 4 tahun masih belajar mengawal
badan mereka dan lebih cenderung untuk mencuba perkara baru apabila mereka berjaya.
Dalam kajian ini, kanak-kanak 4 tahun adalah kajian utama untuk mengenal pasti bagaimana
boneka berirama boleh membantu perkembangan dan peningkatan pergerakan lokomotor
mereka.

1.9 Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah


Perancangan dalam mengurus bilik darjah amat penting. Sesi pembelajaran akan lebih lancar
dan menarik jika bilik darjah sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk dijadikan bilik untuk
9
belajar. Persediaan JERISAH(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-
Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan jaya, ceria dan cemerlang.

Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid
diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang
yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang:

a) Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan,atau


b) Menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya
pos

Dalam kajian Angelika Anderson (1989), pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya
adalah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti
pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan
pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisen. Justeru, penyediaan bahan
pelajaran seperti boneka berirama akan menjadi lebih menarik dan efisen bagi guru dalam
mengajar kanak-kanak 4 tahun jika bilik darjah selesa untuk diduduki dan menarik perhatian
mereka untuk fokus.

1.10 Batasan Kajian


Kajian ini hanya fokus kepada kanak-kanak 4 tahun yang tertumpu kepada persoalan kajian
yang dibina iaitu boneka berirama meningkatkan pergerakan lokomotor kanak-kanak 4 tahun.
Perkaitan antara boneka berirama yang memberi kesan kepada peningkatan lokomotor kanak-
kanak 4 tahun dan perkara yang menghalang kepada perkembangan lokomotor kanak-kanak
4 tahun yang memberikan kesan kepada proses tumbesaran kanak-kanak tersebut apabila
dewasa kelak. Selain itu, kajian ini juga terbatas kepada prasekolah dan guru prasekolah
sahaja dan tidak terlibat kepada kanak-kanak 4 tahun yang tidak menyertai prasekolah pada
usia tersebut. Kajian ini turut terbatas kepada

10
1.11 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi input tentang aspek:

1.11.1 Kepentingan Kajian kepada Guru Prasekolah


Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat mengenal pasti kepentingan guru
prasekolah kepada kanak-kanak 4 tahun, yang dimana boneka berirama merupakan satu alat
dan permainan yang banyak membantu kepada peningkatan pergerakan lokomotor kanak-
kanak tersebut. Selain itu, dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan kepada guru prasekolah
sebagai satu kelebihan dan kebaikan dalam mendidik kanak-kanak 4 tahun dan bagaiman
untuk menjadikan mereka seorang kanak-kanak yang cergas dan aktif sehingga dewasa kelak.
Jika dilihat dari sudut ilmu, guru prasekolah dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan
tumbesaran kanak-kanak bermula dari peningkatan pergerakan lokomotor mereka. Hasil
kajian ini akan memperlihatkan sama ada guru prasekolah memahami pendidikan mengenai
peningkatan lokomotor kanak-kanak 4 tahun berkaitan dengan boneka berirama dan
pengamalan permainan ini mampu membantu kanak-kanak 4 tahun.

1.11.2 Kepentingan Kajian kepada Bakal Penyelidik


Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberikan pemahaman lebih mendalam
kepada bakal penyelidik mengenai kaji selidik sesuatu topik yang dikaji. Dapatan dari kajian
ini boleh dimanfaatkan oleh bakal penyelidik dalam mendalami lebih lanjut mengenai boneka
berirama membantu peningkatan lokomotor kanak-kanak 4 tahun. Bakal penyelidik bukan
sahaja dapat menambah ilmu, malahan pengetahuan mengenai topik yang dikaji dapat
memberi input baru dari perspektif yang berbeza, iaitu, peningkatan lokomotor kanak-kanak
4 tahun bukan dari aktiviti lasak sahaja, namun boneka berirama sebagai salah satu alat yang
sangat membantu. Hasil kajian ini akan memperlihatkan penggunaan boneka berirama bagi
membantu kanak-kanak 4 tahun dalam meningkatkan pergerakan lokomotor mereka.

1.12 Rumusan
Bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang kajian yang dijalankan bermula dengan
pengenalan kepada latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif dan
soalan kajian, limitasi dan delimitasi kajian, kepentingan kajian kajian, serta definisi
11
operasional yang digunakan dalam kajian. Dalam bab seterusnya pengkaji membincangkan
mengenai tinjauan literatur dan pengenalpastian skop kajian dan kerangka konsep kajian.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang konsep penting kajian berdasarkan pandangan para

pengkaji dari segi teori dan amalan serta hasil dapatan empirikal yang lepas. Secara amnya,

perbincangan dalam bab ini merangkumi empat bahagian utama iaitu (i) boneka berirama dan

pergerakan lokomotor, (ii) peranan guru dan prasekolah, (iii) kanak-kanak 4 tahun, dan (iv)

teori berkaitan kajian. Bagi kajian ini permasalahan mengenai boneka berirama

meningkatkan pergerakan lokomotor kanak-kanak 4 tahun akan hanya berpandukan kepada

maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian-kajian literatur yang terdahulu dan

informasi-informasi sekunder yang berbentuk data , soalan selidik, pandangan pegawai atasan

serta pengalaman penulis sendiri. Rujukan melalui kajian-kajian literatur adalah dari kajian-

kajian tempatan dan luar negara.

2.2 Objektif 1 : Boneka Berirama dan Pergerakan Lokomotor

2.2.1 Boneka Berirama

Dalam kajian penyelidikan kecil Peck & Virkler (2006), Davis (1990) dan Appleby (2005),

boneka memainkan peranan dalam kelas penulisan. Kajian terkini yang dimana boneka dan

penulisan fokus dalam kelebihan pelajar untuk mencipta pertunjukan boneka ((Peck &

Virkler, 2006; Davis, 1990; Appleby, 2005). Dalam kajian tersebut, guru mendapati anak

murid mereka belajar dengan lebih bersungguh-sungguh mengenai isi kandungan apabila

menggunakan boneka dan bermain dengan cara mendedahkan informasi melalui boneka.

12
Appleby (2005) juga mendedahkan bahawa melalui boneka murid lebih selesa belajar dan

menilai informasi yang mereka peroleh.

Boneka merupakan bentuk hiburan yang digunakan oleh ibu bapa atau guru untuk mendidik

dan menghiburkan kanak-kanak. Melalui aktiviti boneka ini, banyak yang kanak-kanak boleh

belajar dan boneka juga dapat memberi pengalaman yang baru bagi kanak-kanak, terutama

lingkungan umur 4 tahun. Melalui boneka, kanak-kanak akan belajar dan berinteraksi dan

akan melakukan aktiviti yang boleh mengaktifkan mereka untuk bergerak.

Penggunaan boneka dalam bilik darjah mampu untuk:

i. Kanak-kanak mencipta watak multidimensional

ii. Kanak-kanak belajar untuk bercerita melalui dialog dan perkembangan watak yang

mereka mainkan

iii. Kanak-kanak akan belajar untuk bersosial bersama rakan-rakan dalam bilik darjah dan

mendapat inspirasi untuk menjiwai watak mereka melalui boneka

iv. Kanak-kanak meniru pergerakan dan sentiasa aktif kerana fokus mereka kepada

boneka, dengan ini mereka akan menjadi kreatif dan sentiasa mencipta idea baru

Mengajar kebarangkalian dan respon dari aktiviti dilakukan menurut Delue and Hayward

(1996), dalam "a playwriting curriculum for kids and teachers" yang dimana meneroka yang

bertentangan menggunakan kuasa imaginasi dan membantu murid dalam memikirkan idea

baharu untuk plot dramatik. Dalam kajian Piaget (1956, 1962) "theory of cognitive

development", kanak-kanak prasekolah di peringkat praoperasi, mereka boleh berfikir

dan menggunakan perkataan atau pun simbol yang mewakili objek dan peristiwa di

sekeliling mereka. Sepanjang proses didikan dan asuhan, kanak- kanak harus diberi objek-

objek konkrit supaya mereka dapat menjalankan aktiviti sendiri dengan objek-objek

13
tersebut. Objek- objek konkrit dalam kajian ini merujuk kepada boneka. Boneka dapat

membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan kognitif kanak-kanak prasekolah.

2.2.2 Pergerakan Lokomotor

Menurut kajian dari Donelly & Gallahue (2003), pergerakan lokomotor merupakan

pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang dimana kedudukan berubah dari satu tempat

ke satu tempat seperti berjalan, berlari, melompat dan macam-macam lagi. Peregerakan

lokomotor bagi kanak-kanak amat memerlukan sokongan dari lahir lagi. Titik pusat untuk

lokomotor kanak-kanak ini akan berubah ikut pergerakan tertentu, iaitu pergerakan mereka

semasa bergerak. Kanak-kanak 4 tahun dimana mereka akan mula lasak dan mempunyai

pemikiran ingin tahu, akan belajar dari setiap sudut untuk benda yang mereka nampak dan

inginkan. Oleh itu, pergerakan lokomotor mereka akan berkembang jika diajar melalui cara

yang betul.

Pergerakan lokomotor merupakan gerakan atau aliran yang bermaksud pergerakan dirangkai

dengan berturutan, beterusan dan licin. Dalam persembahan, lokomotor yang digunakan akan

menambahkan lagi tarikan persembahan yang dilakukan dan dapat dilihat dengan jelas

pergerakan yang terlibat dalam gerakan.

Pergerakan lokomotor bagi kanak-kanak terbahagi kepada banyak jenis, seperti aktiviti

lompatan, yang dimana bermula dengan lompatan rendah, lompatan sederhana dan terakhir,

lompatan tinggi. Aktiviti yang lainnya seperti berjalan, iaitu dengan cara lurus, berliku-liku

ataupun zigzag. Seterusnya melalui aktiviti pergerakan halus-ringan, iaitu berjalan secara

perlahan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan, masa yang terlibat bergantung kepada

14
pilihan kanak-kanak, jika berjalan maka perlahan masa yang diperlukan, jika berlari masa

yang diperlukan singkat kerana mereka cepat dalam melakukan aktiviti tersebut.

2.3 Objektif 2 : Peranan Guru dan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang

menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam

tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.

Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem

Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan prasekolah,

kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio

iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Mewujudkan suasana riang

dan mesra kepada kanak-kanak dapat mendorong mereka ke arah pembelajaran yang aktif

serta perkembangan yang seimbang. Program prasekolah seharusnya menggalakkan kanak-

kanak memperolehi amalan mental yang sihat,seperti suka dan bergembira membuat sesuatu

aktiviti,bersikap pengasih dan penyayang terhadap sesuatu aktiviti dan orang lain, sanggup

menolong dan membantu sesama sendiri,berkongsi menggunakan alat-alat permainan dengan

cara bergilir,menghormati dan menghargai hak orang lain.

Selain itu,guru prasekolah hendaklah mengetahui berbagai cara untuk membantu kanak-

kanak yang terlalu aktif (hyper-active) dan menguasai emosi mereka yang meluap-luap

15
dengan menggunakannya dalam aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanak-

kanak itu sendiri. Guru prasekolah perlulah meningkatkan kebolehan dirinya sendiri untuk

menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan lagi.

2.4 Objektif 3 : Kanak-Kanak 4 Tahun

Kanak-kanak berumur 4 tahun sememangnya di fasa yang taksub dengan ilmu dunia

sekitarnya, yang dimana mereka akan sibuk memerhati dan meniru. Dalam usia 4 tahun ini,

kanak-kanak sangat aktif, namun ada jugak yang kurang aktif disebabkan fakktor obesiti

ataupun penggunaan gajet semenjak bayi. Belajar melalui bermain merupakan satu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik bermain dalam

menyampaikan sesuatu isi pembelajaran.

Kanak-kanak empat tahun masih agak sukar untuk duduk diam dan menumpukan perhatian

kepada satu tugas lebih daripada 15 minit. Dalam usia ini, kanak-kanak akan melibatkan diri

mereka dengan benda yang menarik perhatian mereka, seperti boneka, yang merupakan

alatan utama yang boleh menangkap perhatian mereka. Imaginasi yang kuat dan pemikiran

yang tajam, kanak-kanak 4 tahun akan belajar melalui apa yang mereka rasa menarik dan

fokus.

Salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam pendidikan

prasekolah adalah belajar melalui bermain (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Pelbagai

kajian sama ada dalam atau luar negara berkaitan faedah belajar melalui bermain mendapati

bahawa bermain boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, bahasa,

psikomotor, kreativiti, sosial dan emosi kanak-kanak. Belajar melalui bermain adalah satu

pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar

dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna (Fromberg, 2002). Pendekatan belajar

16
melalui bermain diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain

menjadi fitrah kanak-kanak.

2.5 Teori Berkaitan Kajian

Menurut Nillie McCaslin (2005) boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan

menarik perhatian pelajar, menghidupkan susunan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya

membantu dalam peningkatan pergerakan lokomotor kanak-kanak 4 tahun. Dalam

menggunakan boneka sebagai alat bantuan mengajar, tidak hanya terhad kepada boneka

berbentuk orang ataupun haiwan, tetapi juga datang dengan berirama, dimana ia digerakkan

oleh muzik atau bunyi-bunyian. Melalui boneka berirama ini, guru boleh memainkannya

kepada kanak-kanak 4 tahun dan seterusnya memberikan mereka peluang untuk

menggunakan boneka berirama ini dan belajar darinya.

2.6 Kesimpulan

Bab ini menjelaskan berkenaan boneka berirama meningkatkan pergerakan lokomotor

kanak-kanak 4 tahun dari pandangan kajian-kajian literatur, dan bagaimana perkaitan antara

boneka berirama kepada pergerakan lokomotor kanak-kanak 4 tahun dan peranan guru serta

prasekolah dalam membantu murid. Kupasan mengenai metodologi kajian, analisis

penerokaan data dan persediaan analisis data dibincangkan dengan terperinci dalam Bab 3.

17
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam

menyelesaikan kajian ini. Dalam kajian ini, model ADDIE digunakan untuk membangunkan

boneka berirama. Oleh itu, fasa ADDIE mengikut prosedur dibincangkan dengan lebih

terperinci dalam bab ini. Terdapat beberapa aspek yang disentuh dalam bab ini antaranya

ialah reka bentuk kajian yang dijalankan, subjek kajian, instrumen, prosedur pengumpulan

data dan analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah merupakan perancangan tentang bagaimana suatu kajian itu

dilaksanakan (Bogdan & Biklen,2003). Pendekatan utama yang digunakan dalam kajian ini

adalah pendekatan kuantitatif. Kupasan tentang kajian kuantitatif akan dihuraikan dengan

lebih lanjut melalui fasa-fasa model ADDIE.

Model ADDIE digunakan untuk membangunkan .........................untuk

mengajar..............Jadual 3.1 di bawah menjelaskan tentang matriks kajian mengikut setiap

fasa model ADDIE.

18
Matriks Kajian mengikut Fasa- Soalan Kajian Huraian
Fasa
Fasa Analisis Apakah keperluan........... kepada murid-murid Tujuan – produk perlu dibangunkan atau tidak.
prasekolah? Prosedur – Soal selidik, dan temu bual guru
prasekolah.
Analisis data – SPSS, dan transkrip temubual
Fasa Reka Bentuk Apakah reka bentuk ...............? Tujuan – Reka bentuk fizikal produk, dan kandungan
aktiviti
Prosedur – Soal selidik
Analisis data – SPSS
Fasa Pembangunan Adakah pembangunan .........menepati Tujuan – Membangunkan produk dan mendapat
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan kesahan pakar PAKK (pensyarah dan guru
(KSPK)? prasekolah).
Prosedur – Mendapatkan kesahan pakar
Analisis data – Analisis dokumen borang penilaian
berkaitan produk.
Fasa Pelaksanaan Adakah ........boleh digunakan dalam sesi Tujuan - Mengetahui kebolehgunaan produk untuk
pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar mengajar ...............bagi murid prasekolah.
bagi murid prasekolah? Prosedur – Menggunakan produk di prasekolah dan
mendapat respon melalui soal selidik, dan temu bual
dari guru prasekolah.
Analisis data – SPSS, dan transkrip temubual.
Fasa Penilaian Penilaian formatif/ penilaian sumatif

1
3.2.1 Fasa 1

Huraian fasa berdasarkan fakta dan kaitkan dengan kajian

3.2.2 Fasa 2

Huraian fasa berdasarkan fakta dan kaitkan dengan kajian

3.2.3 Fasa 3

Huraian fasa berdasarkan fakta dan kaitkan dengan kajian

3.2.4 Fasa 4

Huraian fasa berdasarkan fakta dan kaitkan dengan kajian

3.2.5 Fasa 5

Huraian fasa berdasarkan fakta dan kaitkan dengan kajian

3.3 Populasi dan Sampel kajian

Nyatakan definisi dan nyatakan dalam kontek kajian anda

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Borang Soal Selidik

Nyatakan apa yang dimaksudkan dengan soal selidik

3.5 Kajian Rintis

Nyatakan definisi kajian rintis

3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

3.9 Prosedur Analisis Data Kajian

3.11 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai