Anda di halaman 1dari 4

Latihan 1 Intervensi Check Point 2

1. Apakah unit asas bagi organisma hidup?


A. Sel
B. Organ
C. Tisu
D. Sistem
(Jawapan: A)
2. Kajian sains tentang gen dan sifat organisma yang diturunkan daripada satu generasi
ke generasi yang lain dinamakan

A. Genetik
B. Pembahagian sel
C. Perwarisan
D. Pembiakan aseks
(Jawapan : A)

3. Albert telah mewarnakan rambut hitamnya menjadi merah. Kemudian, dia mencukur
rambutnya sehingga botak. Selepas beberapa bulan, rambut Albert kembali tumbuh
dengan warna hitam. Faktor yang manakah mempengaruhi keadaan itu?
A. Genetik
B. Persekitaran
C. Mutasi gen
D. Pemakanan
(Jawapan :A)

4. Rajah di bawah menunjukkan struktur sel tumbuhan.

Antara struktur berikut yang manakah terdapat di dalam sel tumbuhan tetapi tidak
terdapat di dalam sel haiwan?
A. P dan R
B. R dan S
C. S dan T
D. Q dan R
(Jawapan:B)
5.

Apakah proses yang melibatkan kesemua organ itu?


A. Rangsangan

B. .Perkumuhan

C. Penyahtinjaan

D. Respirasi

(Jawapan: D)

6. Antara bahan berikut, manakah yang diperlukan untuk proses fotosintesis?


A. Sap sel
B. Selulosa
C. Klorofil
D. Kromosom
(Jawapan : C)

7. Spirogyra mengandungi sejenis pigmen hijau yang disebut klorofil. Apakah persamaan
perkataan bagi proses yang berlaku yang melibatkan pigmen hijau tersebut dalam
keadaan bercahaya?

A. Karbon dioksida+ Air --> Glukosa + Oksigen


B. Glukosa + Oksigen -->Karbon dioksida + Air
C. Karbon dioksida -->Glukosa + Oksigen +Air
D. Karbon dioksida + Glukosa -->Oksigen +Air

(Jawapan: A)

8. Tumbuhan akuatik menjalani fotosintesis dan pernafasan selular seperti tumbuhan


darat. Eksperimen dijalankan menggunakan lumut Java (Vesicularia Dubyana) yang
biasanya ditanam di akuarium air tawar untuk mengkaji proses fotosintesis dan
respirasi sel. Dua set eksperimen untuk mengkaji hubungan antara proses fotosintesis
dan pernafasan selular kepada jumlah oksigen terlarut.

Petunjuk: Lumut Java di tempat gelap

Lumut Java di tempat bercahaya

Apa yang berlaku apabila Lumut Java menjalani respirasi selular?


A Tenaga dari cahaya matahari digunakan untuk membolehkan proses berlaku
B Glukosa bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida
C Glukosa terhasil untuk membolehkan proses berlaku
D Oksigen yang dibebaskan larut dalam air

(Jawapan: B)

9. Tumbuhan akuatik menjalani fotosintesis dan pernafasan selular seperti tumbuhan darat.
Eksperimen dijalankan menggunakan lumut Java (Vesicularia Dubyana) yang biasanya
ditanam di
akuarium air tawar untuk mengkaji proses fotosintesis dan respirasi sel. Dua set eksperimen untuk
mengkaji hubungan antara proses fotosintesis dan pernafasan selular kepada jumlah oksigen terlarut.
Petunjuk: Lumut Java di tempat gelap

Lumut Java di tempat bercahaya

Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan graf di atas?

Adakah ia berlaku semasa eksperimen? Ya Tidak

Oksigen terlarut di dalam air berkurang apabila Lumut Java terdedah kepada
cahaya.

Oksigen terlarut dalam air kekal sama bila Lumut Java diletakkan ditempat yang
gelap.

Lumut Java hanya menjalankan fotosintesis bila terdedah kepada cahaya.

(Jawapan: tidak, tidak,tidak)

10. Bolehkah pokok durian dan pokok rambutan yang ditanam bersama-sama menghasilkan satu
pokok durian yang mempunyai buah rambutan?

Ya
Tidak
Jawapan : Tidak

Anda mungkin juga menyukai