Anda di halaman 1dari 19

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (BIS) WITH HONOURS

SEMESTER MAY / 2022


SEMESTER 1

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21


MAY 2022

NO. MATRIKULASI : 850612025104001


NO. KAD PENGENALAN : 850612025104
NO. TELEFON : 0124172508
E-MEL : sitihajar@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : MANJUNG LEARNING CENTRE

1
Isi Kandungan Halaman

1. Soalan 1
Menunjukkan Kemahiran Kolaboratif 3-5

2. Soalan 2
Menilai Kemahiran Berkomunikasi 6-7

3. Soalan 3
Menunjukkan Kemahiran Pemikiran Kritis dan Menaakul 8-9

4. Soalan 4
Menunjukkan Kreativiti dan Kemahiran Inovatif 10-12

5. Soalan 5
Menunjukkan Literasi Digital 13-16

6. Soalan 6
Kesedaran Pendidikan Kewarganegaraan Global dan Cabaran Alam Sekitar 17-18

7. Apendiks 19

2
Soalan 1
Menunjukkan Kemahiran Kolaboratif
1. Academician: Malaysia should not rush to declare endemic phase under pressure.

Pendapat saya:

Kemahiran
Sikap/Nilai/Etika

3
Kemahiran Kolaboratif

Sikap/Nilai/Etika

Kemahiran

Kemahiran

Soalan 1
2. Adakah kita sudah bersedia untuk peralihan fasa endemik?

Sikap/Nilai/Etika

Kemahiran

4
Kemahiran Kolaboratif

Sikap/nilai/etika
Kemahiran

Kemahiran

5
Soalan 2
Menilai Kemahiran Komunikasi anda
Skrin Skor dan Tafsiran Skor
2b (i)

2b (ii)

Refleksi

Melalui tugasan menilai kemahiran komunikasi ini, saya dapat pelajari bahawa untuk menjadi
seorang yang baik komunikasinya, saya perlu merancang perkara apa yang saya nak sampaikan
kepada orang lain dan elakkan daripada berkata perkara yang tidak perlu diucapkan. Perlu
mengetahui objektif perkara yang hendak disampaikan, kepada siapa perkara tersebut
disampaikan. Tambahan lagi, saya perlu mempertimbangkan penerimaan orang menerima
mesej saya. Borang kaji selidik disediakan kepada penerima yang mendengar mesej saya sama
ada jelas untuk difahami atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, sebagai seorang komunikator,
saya perlu mengetahui dengan lebih jelas informasi berkaitan maklumat yang ingin
disampaikan kepada pendengar dan cuba elakkan daripada mengeluarkan maklumat yang
mengelirukan pendengar. Keadaan ini boleh membantu efisiensi komunikasi sesama rakan

6
sekelas, pensyarah atau sesiapa saja yang berkomunikasi dengan saya. Selain daripada itu, jika
menyampaikan sesuatu maklumat melalui tulisan, penulisan tersebut perlu jelas, menggunakan
perkataan yang jelas, formal tidak ada loghat sesuatu tempat yang menyukarkan kefahaman
pembaca yang datang daripada pelbagai latar belakang. Melalui ujian komunikasi, dapat
pelajari sebagai komunikator, perlu tahu juga latar belakang, asal pendengar jika bercakap
dalam suatu kumpulan. Perlu jaga percakapan agar tidak tersentuh sensitiviti pendengar
berkumpulan. Pada masa yang sama perlu tahu ke mana dan di mana saluran yang sesuai
digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat.

Jumlah patah perkataan: 200

7
Soalan 3

Menunjukkan Kemahiran Pemikiran Kritis dan Menaakul

i) Masalah Sam

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Sam sebelum membuat keputusan yang sukar
ini ialah:

 Perasaan Ibunya apabila dia berhenti belajar bermain piano yang tidak membenarkan
dia berhenti belajar piano
 Tidak minat bermain piano disebabkan suka bermain permainan digital di gajet
 Kurang masa bermain dengan kawan-kawan sekolah jika menghadiri kelas piano
 Tidak cukup tidur untuk menghadiri kelas piano pada waktu malam
 Rasa tertekan dengan kerja sekolah yang banyak diberikan oleh gurunya
 Tidak dapat menghadiri kelas tambahan sekolah
 Prestasi pelajaran merosot disebabkan tidak boleh membahagi masa antara kelas piano
dan kelas tambahan di sekolah
 Kemampuan diri untuk menghadiri kelas piano lain pada waktu lapang
 Tidak dapat mengikuti aktiviti sukan anjuran sekolah

ii) Cadangan penyelesaian masalah Sam

Jalan penyelesaian yang terbaik untuk Sam ialah mencari kelas piano lain bagi memenuhi
masanya untuk melibatkan diri dalam aktiviti lain. Misalnya, jika dia melakukan aktiviti yang
diminati pada waktu petang, dia boleh mencari masa belajar piano pada waktu malam. Selain
daripada itu, Sam boleh mendapat keizinan daripada ibunya untuk terlibat dalam pelbagai
aktiviti lain selain daripada piano sekiranya dia bijak membahagi masa untuk kelas piano dan
aktiviti sampingan lain. Keadaan ini membantu membaiki semula hubungan ibu dan Sam. Oleh
itu, ibu Sam boleh bertolak ansur untuk membenarkan dia melibatkan diri dengan aktiviti yang
lebih menarik selain bermain piano bila pulang dari sekolah. Akhir sekali, apa yang
dirancangkan oleh ibu Sam untuk Sam akan tercapai untuk apabila Sam dewasa nanti. Masa
depan Sam akan lebih cerah apabila tidak bergantung dengan satu kemahiran sahaja. Walaupun
begitu, masalah Sam yang tidak cukup tidur jika menghadiri kelas piano pada waktu malam,
Sam boleh diberi pilihan mengikuti kelas pada masa yang tidak lebih daripada setengah jam
setiap hari. Berikutan ini, Sam boleh rehat dan tidur awal untuk kesegaran pagi ke sekolah esok
harinya. Oleh yang demikian, Sam juga boleh turut menghadiri kelas tambahan di sekolah pada

8
waktu selepas sekolah, melibatkan diri dalam sukan sekolah dan menghabiskan masanya
dengan kawan-kawan di sekolah.

iii) Refleksi

Seandainya saya menjadi ibu kepada Sam, saya mempunyai kegusaran untuk membuat
keputusan untuk Sam menghadiri kelas piano lain memandangkan risau dia tidak boleh fokus
aktiviti sekolah dan mengalami tekanan perasaan. Maka, saya akan berbincang dengan Sam
secara dari hati ke hati, seperti ibu bercakap dengan anak dengan kasih sayang, membiarkan
Sam meluahkan perasaan sebenarnya belajar piano itu kepada saya. Dengan itu, saya dapat
buat keputusan untuknya dengan lebih jelas dan terbaik. Malah, saya juga ada berfikir samada
Sam ini mampu atau tidak menghadiri kelas piano berlainan waktu tersebut. Risau dia bosan
ke kelas piano lama-lama. Jadi, saya terasa lebih baik memujuk dia menghadiri kelas piano
dengan mengurangkan masa belajar piano daripada sejam kepada setengah jam. Supaya dia
ada masa melakukan aktiviti di sekolah, bermain dengan kawan-kawannya di padang bola,
menghadiri kelas tambahan sekolah, dan masa untuk mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.

Jumlah patah perkataan: 484

9
Soalan 4

b) Menunjukkan Kreativiti dan Kemahiran Inovatif


i) Membuat Sambal Roselle ikan bilis

Gambar copyright sekadar hiasan.

Pengenalan

Kebiasaannya, masyarakat Melayu menyediakan pelbagai jenis sambal yang dimasak bersama
cili padi, cili merah, cili hijau, ikan bilis, petai, udang kering, kacang panjang, tempe (kacang
soya) dan bahan-bahan lain. Jarang diwar-warkan di media, sambal ikan bilis Roselle. Sambal
Ikan bilis Roselle ini mengambil bunga Roselle sebagai bahan utama untuk diadunkan bersama
cili padi, cili merah dan ikan bilis mata biru bagi menghasilkan sambal. Roselle sejenis
tumbuhan berbunga yang mengandungi sejuta khasiat. Biasanya, Roselle ini dijadikan jem roti,
jus sirap Roselle, makanan kudapan kering.

i. Idea untuk kreatif

Penyediaan masakan sambal berasaskan Roselle ini mudah disediakan untuk dibuat jualan
komersial di Malaysia. Pokoknya yang mudah ditanam dan dijaga, rata-rata senang dijaga
untuk tujuan komersialnya. Penyediaan sambal Roselle ini bermula daripada pemilihan bunga-
bunga Roselle. Menu ‘Sambal Ikan bilis Roselle’ ini boleh dimakan bersama nasi lemak, nasi
putih, roti mahupun menu bersup. Idea kreatif ini dicipta bagi menggantikan menu sambal
tumis biasa yang dimakan bersama nasi lemak setiap pagi. Kosnya agak murah dan menarik

10
yang boleh membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga. Penyediaan bahan-bahannya seperti
cili kering merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, belacan, Garam halus, Roselle dan
ikan bilis.

ii. Idea untuk Inovasi


Idea untuk menyediakan menu Sambal Roselle Ikan Bilis ini diilhamkan ketika berada di fasa
Covid-19 di mana ketika itu produk sambal tumis ikan bilis biasa tidak lagi mendapat
keuntungan seperti sebelum ini. Maka, dengan memikirkan fokus kepada pelanggan setempat,
demografik, keadaan semasa yakni jualan atas talian, ekonomi keluarga, profit, maka
tercetuslah idea pembuatan sambal Roselle ikan bilis. Kebiasaanya, jika makan menu nasi
lemak, roti, mee goreng, bihun sup dan sebagainya mesti hendakkan sambal tumis ikan bilis
petai, daging, sotong dan lain-lain. Tetapi kali ini, inovasinya menghadirkan perisa baru dalam
adunan sambal tumis seperti ‘ribena’ daripada bau bunga Roselle yang diproses bersama ikan
bilis. Ini boleh menarik minat pelanggan di luar sana untuk mencubanya. Ianya bermula dengan
mencampurkan bunga Roselle bersama ikan bilis, bawang besar, bawang putih, belacan dan
asam jawa dikisar halus untuk dimasak bersama cili kering yang telah dibasuh.

Kemudian dimasak di atas dapur sehingga pekat kuahnya, dimasukkan pula garam, ajinomoto,
dan gula. Kemudian campuran itu digaul rata dan dibiarkan ianya mendidih lama. Proses
pendidihan dibiarkan lama supaya campuran sambal itu tahan lebih lama sebelum diangkat dan
dipakej.

Inovasi idea ini berlaku apabila berlakunya keterdesakkan hidup, ruang dan masa untuk
memikirkan idea baru dan kreatif tersebut.

Gambar sekadar hiasan

11
iii. Refleksi
Idea untuk menjadi kreatif timbul apabila diri sendiri ingin mencuba apa akan jadi
apabila sambal dicampurkan bersama bunga Roselle yang sudah dikisar? Roselle ni
pula ada baunya yang tersendiri. Kemudian, saya cuba buat ujikaji air roselle
dicampurkan ke sambal, ada rasa pedas manis. Roselle ini menggantikan petai atau
bahan lain di dalam sambal dan dicampurkan bersama ikan bilis. Sambal Roselle
ini mendapat tempat di kalangan ahli keluarga saya yang mencuba mengatakan
sedap dan wangi sambalnya. Sambal ini boleh dimakan dengan hidangan bersama
roti, roti canai, nasi lemak, nasi goreng, bihun, mee dan sup.

Jumlah patah perkataan: 507

12
Soalan 5

Menunjukkan Literasi Digital

b i) OUM (Universiti Terbuka Malaysia) telah menggalakkan pelajarnya mengunakan


sistem digital di web MyInspire bagi menghubungkan para pelajar dengan sistem pengurusan
Universiti. Bukan sekadar itu, malah para pelajar juga berinteraksi dengan para pensyarah
secara atas talian melalui MyInspire ini. MyInspire ini merupakan satu Sistem Pengurusan
Pembelajaran meliputi aplikasi perisian pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, pelaporan, dan
penyampaian kursus pembelajaran. Di bawah ini dinyatakan 5 alat yang ada di MyInpsire dan
fungsinya masing-masing. 5 Alat dan fungsinya:

Alat di MyInpsire Fungsi


1. Contents / Isi Kandungan Mengandungi nota subjek berbentuk e-buku
untuk rujukan pelajar.
2. Assignment / Tugasan Semua bentuk tugasan daripada pensyarah
untuk pelajar untuk dimuat turun disediakan
di ruangan ini. Pelajar boleh muat turun
koleksi soalan tugasan di Assignment
Question & Submission yang terdapat di
ruang bawah bahagian alat ini
3. Online MCQ / Kuiz atas talian Himpunan soalan kuiz untuk para pelajar
menjawab secara atas talian
4. e-Tutorial/ e-Tutorial Di e-Tutorial ini mengandungi video live
kuliah daripada pensyarah melalui aplikasi
google meet. Membantu pelajar supaya
menghadiri kelas, ruangan untuk pelajar
berinteraksi dan bersoal jawab dengan
pensyarah bagi setiap subjek. Rakaman
kuliah juga direkodkan di sini.
5. Assessment Info / Info Senarai sistem pemarkahan dalam bentuk
pemarkahan peratus (%) yang disediakan oleh pihak
universiti bagi setiap subjek untuk semua
jenis tugasan untuk maklumat pelajar.
6. Forum / Forum Papan perbincangan perbualan berbentuk
mesej yang diposting (dikirim). Forum
perbincangan berbentuk hierarki atau
berstruktur seperti pokok. Ianya boleh
mengandungi pelbagai topik yang berbeza di
subforum. Forum ini berada dalam format
tidak segerak iaitu bukan pada masa yang
sebenar (asynchronous) yang membolehkan
semua pengguna menyemak dan mengambil
bahagian dalam perbincangan mengikut
kelapangan masa mereka.

13
b ii) Celik Maklumat
Skrin Maklumat Pencemaran Air

Kriteria Maklumat Penilaian


Kewibawaan Research Assistant (RA) (Pembantu Penyelidik) di Jabatan Persekitaran,
Universiti Malaya (2017-2018), Pelajar Sarjana Sains Alam Sekitar di Jabatan
Sains Persekitaran, Universiti Putra Malaysia, Kuala Lumpur

Objektiviti Data kajian yang diperolehi seperti berikut:

14
Sumber kajian dan data daripada Journal of Society and Space, Jilid ke-11, isu
ke 6, dan melalui laman web: https://enviro.doe.gov.my/view.php?id=558.

Kebolehpercayaan

Liputan Artikel ini disiarkan untuk pembelajaran, pengetahuan umum dan juga untuk
bacaan penyelidik.

b iii) Celik Media

Video link di saluran you tube: https://www.youtube.com/watch?v=ugVaFRrCflQ

15
b iii) Celik Media
Penilaian Maklumat
Kriteria Penilaian Gambar Media 1 Maklumat Penilaian Gambar Media 2
Pencemaran Air Maklumat Pencemaran Air

Kewibawaan Penulis merupakan pelajar Sarjana Sains Wartawan Buletin TV3 bahagian
Persekitaran, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Alam Sekitar. Kelulusan beliau
tidak dinyatakan.
Objektiviti Data sumber air, pencemaran dan fungsi air
diperolehi seperti berikut:

Kebolehpercayaan

Laporan berdasarkan siasatan di


Rujukan: tempat kejadian bersama ahli
https://enviro.doe.gov.my/view.php?id=558 Jabatan Alam Sekitar Pulau
Pinang.
Liputan Fokus kepada penyelidik pencemaran sungai, Fokus kepada umum, pakar
pelajar sains alam sekitar dan juga umum penyelidik pencemaran air dan
juga Jabatan Alam sekitar.

Jumlah patah perkataan: 459

16
Soalan 6

b) c)

Kesedaran Pendidikan Kewarganegaraan Global dan Cabaran Alam Sekitar

Pendidikan di abad ke-21 diperkenalkan pula sistem Pendidikan Kewarganegaraan


Global GCED adalah transformatif, memberikan pelajar peluang dan kecekapan untuk pelajar
menyedari hak dan tanggungjawab mereka untuk membangunkan dunia dengan keadaan yang
lebih baik pada masa akan datang. GCED ini tertumpu kepada pembelajaran transformatif
seperti hak asasi manusia, pemahaman antarabangsa dan antara budaya, pembangunan lestari
dan juga pendidikan untuk keamanan, sikap kebersamaan dan hak milik bersama. Menurut
artikel. GCED ini memantapkan pelajar untuk berfikir, berkongsi dan bertindak demi dunia
yang lebih adil, aman, terangkum dan lestari. GCED ini mempunyai objektif utama iaitu
mewujudkan rasa hormat di antara sesama masyarakat, membangunkan keupayaan sesama
manusia dan membantu pelajar menjadi warganegara global yang bertanggungjawab dan aktif.
Sentiasa ada rasa ingin tahu apa yang sudah berlaku kepada keadaan masyarakat kini, dan
perubahan sekitarnya..

Menurut UNESCO, 2015, Terdapat tiga konseptual dimensi GCED iaitu kognitif,
sosio-ekonomi dan tingkah laku. Di mana, kognitif ini digunakan untuk membantu mencari
pengetahuan tentang isu-isu semasa di dunia global, menambah ilmu dan pengalaman
berdasarkan pemahaman mengenai pencemaran air yang betul, memiliki pemikiran yang
kreatif dan kritis, ada rasa kesalinghubungan antara negara dan penduduk. Pengetahuan yang
dimiliki ini memerlukan kemahiran tertentu untuk mengatasi masalah pencemaran air secara
global, Oxley, I & Morris (2013). Secara kognitifnya perlu ambil tahu mengenai apa itu
pencemaran air dan bagaimana ia berlaku melalui media cetak dan media elektronik,
UNESCO,2015. Pendidikan GCED terdiri daripada domain kedua iaitu Sosio-emosi yakni
melahirkan individu yang ada rasa prihatin, empati, rasa bertanggungjawab ke atas pencemaran
air yang berlaku. Menurut Banks (2009), dan Davis et. Al (2018), membincangkan isu ini
secara global menjadi tanggungjawab semua pihak dalam organisasi masyarakat sekeliling
dengan lebih meluas, Bank, J.A(2009). Melalui sikap ini, wujud kesedaran di kalangan
masyarakat Malaysia khususnya untuk melindungi, memelihara punca dan sumber air bersih
daripada terus tercemar. Mereka mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen melindungi
sungai daripada tercemar. Kelakuan ini adalah dimensi ketiga iaitu tingkah laku yakni
bertindak untuk menghalang daripada air negara ini tercemar dengan bahan-bahan toksik

17
kilang, sisa buangan kawasan perumahan, sisa makanan daripada restoran atau kedai makan.
Menurut artikel daripada Global Forum (2017), menjelaskan bahawa UNESCO telah memberi
sokongan penuh akan pelaksanaan GCE dan ESD ini bertujuan menjaga alam sekitar
khususnya pencemaran air daripada tercemar terus. Domain yang ketiga ialah tingkah laku
yakni masyarakat yang sudah mengetahui akan hal pencemaran ini mengambil Tindakan
tertentu bagi mengatasi masalah pencemaran air ini tidak terus menular. Sesebuah masyarakat
perlu mengadakan demonstrasi berterusan bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab
berterusan melakukan pencemaran air ini, Sauve, Brunelle & Berryman (2005). Melalui
tingkah laku ini juga, masyarakat mendapat manfaatnya dengan mengadakan kempen
pencemaran air di sekolah-sekolah, kuliah di universiti, dan mengambil Tindakan tegas
mengikut undang-undang supaya negara berterusan menerima bekalan sumber air bersih untuk
kehidupan seharian.

Kesimpulannya, melalui domain kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku yang


dikembangkan melalui Pendidikan Global Kewarganegaraan inilah yang membantu secara
keseluruhan menyelesaikan masalah pencemaran air yang kian menular berlaku sejak akhir-
akhir ini. Justeru itu, melalui domain dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global GCED, iaitu
kognitif, sosioemosi dan tingkah laku, maka adanya kesedaran masyarakat menjaga dan
mengawal sungai dan air tidak dicemari oleh bahan-bahan pencemar. Melalui GCED inilah,
timbul rasa ingin mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di negara ini dan apa yang perlu
dilakukan bagi mengatasi masalah-masalah yang berkaitan seperti pencemaran air ini secara
bersama.

Jumlah patah perkataan: 551

Jumlah patah perkataan keseluruhan: 2612

18
Apendiks

Rujukan / Referensi

Ang Kea Hua (2015), Kualiti Sumber Air di Malaysia: Satu Analisis. Georafia Online Malaysia

Journal of Society and Space 11(6), 98-108

Auu, Yoonil, Sim, Heejung Raina (2018, Ogos), Global Justice and Education for Global

Citizenship, Consideration for Education Policy-Planning Process, 26 (2), 221-238

Bahagia, Suhendrayatna, Zulkifli, Ak (2020, Julai), Analisis Tingkat Pencemaran Air Sungai

Krueng Tamiang Terhadap COD, BOD, dan TSS, Serambi Engineering, 3, 1099-1106

Bank, J.A (2009), Diversity and Citizenship Education in Multicultural Nation.,Multicultural

Education Review, 1 (1), 1-28

Carlin, Scott, UN Chronicle (2017), The Role of Civil Society in Advancing Global

Citizenship, 54 (4), 10

Naveen Naidu (2022, April), How Does the Global Citizenship Education (GCED)
Benefited the Society in Resolving Environtmental Issues? DiscoverHubPages, dimuat
turun daripada https://owlocation.com/academia/httpGCEDcom
Nina Kolleck, and Miri Yemini (2020), Environment-Related Education Topics Within Global
Citizenship Education Scholarship Focused on Teacher: A Natural Language
Processing Analysis, 51 (4), 317-331
Nur Syuhada Mustakim, Muhammad Wafi Ramli, Chan Ngai Weng (2019), Kesedaran
Komuniti terhadap Isu Pencemaran Sungai di Sungai Pinang Pulau Pinang, Geografia
Online Malaysian Journal of Society and Space 15 (3), 28-39
Prof Madya Dr Nantha Kumar Subramaniam, Dr Gurcharan Singh Bishen Singh, Dr

Harvinder Kaun Dharam Singh, Dr Raziana Che Aziz, Dr Thirumeni Subramaniam,

Dr Wirawani Kamarulzaman, Majumin Hanum Abdul Samad, Noor Zuleika Zulkipli,


Oo Cheng Keat (2019), OUMH1603 KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21,
Edisi Pertama, Open University Malaysia, 1, 18-259

19

Anda mungkin juga menyukai