NILAM Individu-Kumpulan-Bm-Sk1
NILAM Individu-Kumpulan-Bm-Sk1
Individu
kumpulan
2014
BAHASA MALAYSIA
LISAN INDIVIDU DAN KUMPULAN
SOALAN TERBUKA
1. Aspek-aspek yang dinilai dalam Penilaian Lisan Individu ialah:
INDIVIDU
TEMA 1 : SUKAN
Minat bersukan dikalangan remaja masa kini semakin berkurangan. Terangkan.
TEMA 2 : SENI
Warisan puisi Melayu lama seperti pantun, syair, gurindam dan seloka semakin terpinggir
dalam kalangan generasi muda hari ini.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara memartabatkan puisi Melayu lama ini.
TEMA 3 : TEKNOLOGI
“Rancangan televisyen hari ini lebih banyak membawa kesan buruk kepada kanak-kanak”.
Bicangkan.
TEMA 6 : PENDIDIKAN
Hukuman merotan patut dilaksanakan semula di sekolah Berikan pandangan anda.
TEMA 7 : MASYARAKAT
Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain.
Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.
Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru.
TEMA 8 : PATRIOTISME
Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah sepatutnya
menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bincangkan.
TEMA 9 : KEKELUARGAAN
Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Berikan pandangan anda.
TEMA 10 : KERJAYA
Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Huraikan.
KUMPULAN
TEMA 1 : SUKAN
Kegiatan sukan menyihatkan badan.
TEMA 2 : KEKELUARGAAN
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai
balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua
ibu bapa.
TEMA 3 : TEKNOLOGI
“Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk”. Berikan pendapat
kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
TEMA 6 : PENDIDIKAN
“Usaha sendiri lebih baik daripada mengikuti kelas tambahan”.Berikan pendapat kamu sama
ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
TEMA 7 : BAHASA
Peribahasa ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’ menggambarkan bahawa semangat
hidup bermasyarakat penting dalam kehidupan seharian. Bincangkan nilai-nilai murni
berdasarkan peribahasa tadi.
TEMA 8 : PELANCONGAN
Malaysia adalah antara destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan masyarakat
tempatan dan antarabangsa. Jelaskan faedah-faedah sektor pelancongan kepada negara
kita.
TEMA 9 : MASYARAKAT
Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli
masyarakat yang waras. Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk
menangani isu ini.
TEMA 10 : KERJAYA
“Bekerja sendiri lebih baik daripada bekerja makan gaji”. Berikan pendapat kamu sama ada
bersetuju atau tidak dengan pernyataan ini.