Anda di halaman 1dari 1

ANCAMAN ATAU CABARAN YANG PERNAH DIHADAPI OLEH RASULULLAH SAW

Abu Jahal Cuba Menghempas Batu Besar Ketika Rasulullah Sedang Solat

Pada awal perkembangan islam, terdapat segelintir orang yang masih lagi tidak
mahu mengikut ajaran yang dibawakan oleh baginda Rasulullah SAW. Salah satunya
mestilah Abu Jahal yang kita sedia maklum bahawa dia merupakan penentang utama
Rasulullah SAW dalam dakwahnya. Tidak hanya membenci baginda, Abu Jahal juga berniat
menyakiti tubuh badan baginda.
Pada suatu hari, Abu Jahal serta kaum quraisy yang turut membenci baginda
mengadakan pertemuan dan didalam pertemuan tersebut Abu Jahal mengatakan bahawa
dia akan menyakiti tubuh badan baginda dengan menghempas seketul batu yang besar
keatas baginda ketika sedang solat. Orang yang mendengarkan perkara tersebut sangat
gembira dan kagum dengan tindakan berani Abu Jahal tersebut. Mereka bersetuju dan
menyokong perbuatan tersebut.
Tiba keesokan harinya, Abu Jahal pergi ke sekitar kaabah dan mendapati bahawa
Rasulullah sedang solat dengan khusyuk. Tanpa membuang masa, Abu Jahal mengambil
seketul batu yang besar sambil dibelakangnya diikuti oleh para pengikutnya yang ingin
menyaksikan Rasulullah lenyap dihadapan mereka. Apabila tiba shaja Abu Jahal di
belakang Rasulullah dan ingin menghempas batu tersebut, tiba-tiba dia berjalan mengundur
serta batu yang dipegangnya jatuh ke tanah dan mukanya kelihatan pucat. Orang ramai
yang meilhat perkara tersebut bingung seolah melihat Abu Jahal ini seperti orang gila.
Abu Jahal masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. Mukanya terkejut, mulutnya
pucat dan tidak mampu untuk berkata-kata. Selepas beberapa ketika, orang ramai
menanyakan kepadanya apakah sebenarnya telah berlaku. Kata Abu Jahal, semasa dia
ingin melontarkan batu tersebut kepada Rasulullah dia meilhat dihadapannya terdapat
seekor unta gergasi yang sangat besar yang belum pernah dilihatnya. Dia berkata dia
sungguh terkejut dan sekiranya dia bergerak kehadapan lagi sudah tentulah unta tersebut
akan menendangnya.
Pengikutnya yang mendengarkan cerita tersebut ketawa dan mengatakan bahawa
Abu Jahal ini pembohong kerana tiada seorang pun dalam kalangan mereka melihat unta
tersebut pada ketika itu. Sejak pada hari itu, pengikutnya tidak mempercayai Abu Jahal dan
mengatakan bahwa Abu jahal ini merupakan seorang yang pembohong.
Begitulah perancangan Allah SWT dalam menyelamatkan kekasihnya daripada
ancaman orang kafir. Rasulullah SAW dipelihara oleh Allah SWT serta dijaga oleh para
malaikat.

Anda mungkin juga menyukai