Anda di halaman 1dari 20

Topik 9 Al!

Tawazun
dan Al!Ijabiyyah
dalam Islam

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memberi definisi al!Tawazun serta memberikan dua contoh al!Tawazun
dalam Syariat Islam;
2. Menghuraikan konsep al!Ijabiyyah serta memberikan dua contoh al!
Ijabiyyah dalam Syariat Islam;
3. Menyatakan dua bukti bahawa Islam agama yang mudah dan tidak
membebankan; dan
4. Menyenaraikan tiga sebab syarak yang menggugurkan taklif daripada
seseorang.

PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara mendalam ciri!ciri
keistimewaan Islam iaitu al!Tawazun dan al!Ijabiyyah. Perkataan al!Tawazun
dan al!Ijabiyyah mungkin agak asing bagi kita kerana ia merupakan istilah
bahasa Arab. Walau bagaimanapun, jika kita meneliti secara mendalam, kita
pasti akan memahami secara jelas kedua!dua sifat ini memandangkan tanpa kita
sedari, kita sebenarnya melalui kedua!dua sifat yang unik ini.

Oleh itu, dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang konsep serta
pengertian al!Tawazun dan al!Ijabiyyah. Selain itu, kita juga akan melihat dalil!
dalil daripada nas al!Quran dan al!Sunnah yang membuktikan kedua!dua sifat
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM ! 135

ini. Beberapa contoh al!Tawazun dan al!Ijabiyyah dalam Syariat Islam akan
diteliti. Kedua!dua sifat ini adalah antara bukti yang jelas bahawa Syariat Islam
adalah ciptaan Allah yang bersesuaian dengan fitrah kita.

Kewajipan bekerja adalah antara bukti sifat al!Tawazun dalam Islam seperti
yang digambarkan dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Kewajipan bekerja adalah antara bukti sifat al!Tawazun dalam Islam

AKTIVITI 9.1

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan sifat yang seimbang?


Berdasarkan pemahaman anda dari perkataan tersebut, cuba anda
senaraikan dua contoh sifat semulajadi manusia yang seimbang.
136 TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

9.1 AL-TAWAZUN

9.1.1 Konsep al-Tawazun

Al!Tawazun ($%# !"#) berasal daripada perkataan ( ()%# & - $%# !' – $%# & ) yang
bermaksud seimbang dalam sesuatu timbangan atau sesuatu urusan.

Manakala al!Tawazun dalam Islam bermaksud Syariat Islam bersifat seimbang


dalam semua aspek kehidupan. Ia merupakan satu sistem yang seimbang dan
lengkap, bukan sahaja mengatur hubungan manusia dengan Allah, malah ia
merangkumi hubungan sesama manusia. Firman Allah Taala yang bermaksud:

Maksudnya:

“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang
pertengahan dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia...”

(Surah Al!Baqarah: 143)

9.1.2 Dalil-dalil al-Tawazun dalam Islam

Banyak dalil!dalil yang membuktikan Syariat Islam adalah satu syariat yang
seimbang dan sederhana. Antara nas!nas tersebut boleh dilihat dalam Jadual
9.1.

Jadual 9.1: Dalil!dalil al!Tawazun dalam Islam

Dalil!dalil al!Tawazun dalam Islam

(a) Nas al!Quran yang mengingatkan kita untuk menunaikan hak Allah dalam ibadat
di samping kehidupan perniagaan. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Laki!laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari
mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat.
Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang..”

(Surah Al!Nur: 37)


TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM ! 137

(b) Nas al!Quran yang memberi peringatan kepada kita untuk berusaha dan mencari
rezeki selepas menunaikan hak Allah dalam beribadat. Firman Allah Taala yang
bermaksud yang bermaksud:

“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah
kurniaan Allah.”
(Surah Al!Jumu’ah: 10)

(c) Nas al!Quran yang menyuruh kita mengejar akhirat di samping tidak melupai
urusan kehidupan di dunia. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan carilah pada apa yang Telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri
akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat
baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah
kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang!orang
yang berbuat kerosakan”
(Surah Al!Qasas: 77)

(d) Nas al!Quran yang menegur orang!orang yang mengharamkan perhiasan dunia
serta rezeki yang baik terhadap diri mereka. Firman Allah yang bermaksud yang
bermaksud:

“Katakanlah; Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah


dikeluarkanNya untuk hamba!hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki
yang baik. Katakanlah; Semuanya itu (disediakan) bagi orang!orang yang beriman dalam
kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) pada Hari Kiamat....”

(Surah Al!A’raf : 32)

(a) Nabi Muhammad s.a.w pernah menegur sahabat yang ingin berlebihan dalam
beribadat. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud:

“Demi Allah! Aku adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah di antara kamu dan
paling takut kepadaNya, akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku salat dan tidur, dan aku
juga menikahi perempuan. Maka barang siapa yang tidak suka kepada sunnahku bukanlah
termasuk kaumku.”
(Riwayat Imam al!Bukhari dan Muslim)
138 TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

SEMAK KENDIRI 9.1


Uji pemahaman anda dengan menyenaraikan dan menghuraikan dalil!
dalil al!Tawazum dalam Islam menggunakan ayat anda sendiri.

9.1.3 Contoh-contoh al-Tawazun dalam Islam

Antara contoh!contoh al!Tawazum dalam Islam adalah seperti yang


diperjelaskan berikut.

(a) Seimbang dari Sudut Keperluan Rohani dan Jasmani


Syariat Islam telah meletakkan rukun!rukun iman serta ibadat!ibadat yang
khusus dalam mengukuhkan hubungan kerohanian kita dengan Allah.
Syariat Islam juga telah meletakkan hukum!hukum dalam perkara yang
berkaitan dengan keperluan jasmani seperti nafkah, makanan, perhiasan,
perkahwinan, pembahagian harta pusaka, prinsip ekonomi dan
seumpamanya.

(b) Seimbang dari Sudut Perundangan


Perundangan Islam bersifat seimbang mengatur perkara!perkara yang
berhubung dengan rohani dan jasmani. Misalnya hukuman hudud bagi
orang yang murtad, sebagai langkah pencegahan dalam memelihara
akidah. Manakala, hukum hudud bagi kesalahan mencuri, minum arak,
berzina, qazaf, merompak bermatlamatkan untuk menjaga harta, akal, serta
maruah kita daripada dicerobohi.

(c) Seimbang Mengatur Kehidupan Dunia dan Akhirat


Islam melarang kita hanya menumpukan kepada amal ibadat semata!mata
tanpa mempedulikan tanggungjawab di dunia ini. Misalnya tugas utama
kita dijadikan bukan sahaja ialah sebagai hamba Allah, adalah bagi
mematuhi segala perintahNya. Kita juga adalah khalifah untuk mentadbir
serta memakmurkan bumi ini dengan syariatNya.

(d) Seimbang Bertepatan dengan Fitrah Manusia


Islam mengharuskan hiburan yang baik serta gurauan yang benar. Misalnya
nyanyian pada hari raya dan perkahwinan diharuskan syarak. Begitu juga
diharuskan perhiasan yang baik seperti emas, perak, kenderaan dan
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM ! 139

seumpamanya. Semuanya ini adalah bertepatan dengan kehendak serta


fitrah manusia.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Dengan menggunakan ayat anda sendiri, berikan definisi al!


Tawazun.
2. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan al!Tawazum dalam
syariat Islam.
3. Senaraikan contoh!contoh al!Tawazum dalam Syariat Islam.

9.2 AL-IJABIYYAH

9.2.1 KONSEP AL-IJABIYAH

Al!Ijabiyyah (*+,(-.# ) adalah kata sifat yang berasal daripada perkataan ( /(-0
*,(-0 - 1+2' –). Ia membawa maksud menunaikan hajat serta memenuhi
keperluan. Ia juga bermaksud memperkenankan permintaan, sebagaimana
firman Allah Taala:

$ # &# ! #"$"% "#! !!# !!"$ ! ! "!#"

Maksudnya:

“.... Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada!
Ku,...”
(Surah Al!Baqarah: 186)

Oleh itu sifat al!Ijabiyyah dalam Islam bermaksud Syariat Islam membawa
pelbagai faedah dan maslahah untuk manusia, serta menolak kerosakan serta
kemudaratan dari mereka 34(56"# 789: ;"(<6"# 1=- .
140 TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

9.2.2 Dalil-dalil al-Ijabiyyah dalam Islam

Jika kita meneliti nas!nas Syarak, kita akan dapati banyak nas yang
membuktikan sifat al!Jabiyyah dalam Syariat Islam. Antaranya boleh kita lihat
dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2.: Dalil!dalil al!Ijabiyyah dalam Islam

Dalil!dalil al!Ijabiyyah dalam Islam

(a) Nas al!Quran yang menunjukkan bahawa Syariat membawa rahmat serta
kemaslahatan kepada seluruh alam. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan tiadalah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi seluruh alam”
(Surah Al!Anbiyaa’: 107)

(b) Nas al!Quran telah membuktikan bahawa al!Quran merupakan kitab yang
membawa petunjuk, penawar serta memberi rahmat kepada manusia. Firman Allah
Taala:

“Wahai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit!penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat
bagi orang!orang yang beriman..”.
(Surah Yunus: 57)

(c) Nas al!Quran juga menerangkan bahawa ibadat!ibadat yang diwajibkan seperti solat
mencegah kita daripada perbuatan mungkar yang memudaratkan. Firman Allah
yang bermaksud:

“...dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar..... “
(Surah Al!Ankabut: 45)

(d) Nas al!Quran juga menunjukkan faedah kewajipan zakat, dapat menyucikan harta
serta menyuburkan sifat!sifat yang baik. Firman Allah yang bermaksud:

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan
menyucikan mereka.... “
(Surah Al!Taubah: 103)
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM ! 141

(e) Nas al!Quran telah menyatakan bahawa perlaksanaan hukuman seperti hudud dan
qisas membawa kemaslahatan kepada umat manusia keseluruhannya. Firman
Allah:

“Dan dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang!orang yang
berakal fikiran supaya kamu bertakwa. “
(Surah Al!Baqarah: 179)

(f) Nas al!Quran juga menjelaskan bahawa sesuatu yang diharamkan itu membawa
kemudaratan jika diamalkan. Misalnya pengharaman menyetubuhi isteri ketika
haid. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) haid. Katakanlah
“Darah haid itu satu benda yang menjijikkan (mendatangkan mudarat). Oleh sebab itu
hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (isteri kamu) ketika haid, dan janganlah
kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.”
(Surah Al!Baqarah: 222)

(g) Nas al!Quran juga menjelaskan sebab pengharaman arak dan judi ialah kedua!
duanya membawa kepada permusuhan dan kebencian. Firman Allah Taala yang
bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di


antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan
itu).”
(Surah Al!Maidah: 91)

(h) Hadis Rasulullah s.a.w yang membuktikan bahawa prinsip Syariat Islam
mengharamkan kita melakukan tindakan saling memudaratkan. Sabda Rasulullah
s.a.w:
!"#$% "#$
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap dirinya dan tidak boleh
dimudaratkan oleh orang lain”
(Riwayat Imam Malik)
142 TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

SEMAK KENDIRI 9.2

Bagi memantapkan lagi pemahaman anda, tanpa merujuk


semula kepada apa yang baru anda pelajari, berikan empat
daripada lapan dalil!dalil al!Tawazum dan huraikan setiap
satu daripadanya.

9.2.3 Contoh al-Ijabiyyah dalam Islam

Syariat Islam bersifat al!Ijabiyyah, iaitu syariat yang membawa kemaslahatan


kepada kita, sama ada secara nyata atau tersembunyi. Antaranya ialah:

(a) Syariat Islam Panduan Lengkap Hubungan Manusia


Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah, hubungan
manusia sesama manusia, bahkan ia menyusun hubungan manusia dengan
alam sejagat. Islam mengatur dasar akidah, akhlak serta ibadah kepada
Allah. Ia merupakan syariat yang lengkap yang membawa rahmat serta
kebaikan kepada seluruh alam.

(b) Kebanyakan Hukum Dinyatakan Sebab Pembinaannya


Majoriti hukum!hukum dalam Syariat Islam telah disebut bersamanya
sebab!sebab pembinaannya, sama ada untuk menarik kebaikan atau
menghindarkan keburukan. Misalnya, kewajipan menjalankan hukuman
qisas akan membawa maslahah kepada kita. Ini kerana hukuman ini
menjamin ( &'()) iaitu suatu kehidupan yang sejahtera.

(c) Konsep Kemudahan dalam Melaksanakan Kewajipan


Pemeliharaan terhadap konsep darurat, hajat dan keuzuran ini bertujuan
untuk memberikan kemudahan kepada manusia serta menjauhkan mereka
daripada kesusahan dalam melaksanakan Syariat Allah. Misalnya,
diharuskan makan makanan yang haram ketika dalam keadaan darurat dan
terpaksa untuk menjaga nyawa. Ini dinyatakan dalam surah al!Baqarah ayat
188.
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM ! 143

(d) Syariat Islam Meletakkan Prinsip!prinsip yang Membawa Maslahah


Berdasarkan kepada nas!nas sebelum ini, jelas kepada kita bahawa Islam
telah meletakkan dasar!dasar yang membawa kepada kebaikan dan
maslahah, misalnya prinsip syura dalam pemerintahan, prinsip persamaan
dalam perundangan serta prinsip keadilan dalam kehakiman.

(e) Matlamat Utama Syariah ialah Menjaga Maslahah


Para ulama mendapati kesemua hukum yang disyariatkan membawa
kepada maslahah kepada manusia. Maslahah pula terbahagi kepada tiga,
iaitu:
(i) Daruriyyah
(ii) Hajiyyah
(iii) Tahsiniyyah

Jadual 9.3 yang berikut memperjelaskan ketiga!tiga bahagian tersebut.

Jadual 9.3: Tiga Bahagian Maslahah

Tiga Bahagian Maslahah

(i) Maslahah Daruriyyah Maslahah daruriyyah ialah perkara!perkara asasi


yang diperlukan dalam kehidupan seperti
memelihara nyawa, agama, akal, harta serta
maruah. Misalnya kewajipan ibadah solat untuk
memelihara agama.

(ii) Maslahah Hajiyyah Maslahah hajiyyah ialah perkara!perkara yang


diperlukan untuk memudahkan urusan
kehidupan. Misalnya dibolehkan bertayamum
ketika ketiadaan air, berbuka puasa serta
memendekkan solat bagi orang yang bermusafir.

(iii) Maslahah Tahsiniyyah Maslahah tahsiniyyah ialah perkara!perkara yang


dituntut oleh nilai!nilai maruah, adab serta akhlak
untuk mendapat kehidupan yang lengkap dan
sempurna. Misalnya dalam melaksanakan solat
disyaratkan berpakaian menutup aurat.
144 TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

(f) Penekanan terhadap Maslahah dalam Sumber!sumber Syariah


Selain daripada al!Quran dan al!Sunnah, terdapat pelbagai sumber
sekunder dalam Syariat Islam yang menitikberatkan kepentingan maslahah,
seperti Istihsan, Masalih Mursalah, ‘Uruf dan Istishab. Misalnya arahan
pengumpulan al!Quran oleh Khalifah Abu Bakar al!Siddiq bersandarkan
kepada maslahah umat Islam ketika itu.

Rajah 9.2 menunjukkan pelaksanaan hudud yang membawa maslahah


kepada masyarakat.

Rajah 9.2: Perlaksanaan hudud membawa maslahah kepada masyarakat.

AKTIVITI 9.2

Berikan dua contoh kebaikan perkahwinan kepada kita dan bincangkan


dalam kumpulan secara berpasangan.
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM ! 145

SEMAK KENDIRI 9.4

1. Dengan menggunakan ayat anda sendiri, berikan definisi al!


Ijabiyyah.
2. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan al!Ijiabiyyah dalam syariat
Islam.
3. Senaraikan contoh!contoh al!Ijiabiyyah dalam Syariat Islam.

9.3 ISLAM ADALAH MUDAH DAN TIDAK


MENYUKARKAN

9.3.1 Kemudahan dalam Ajaran Islam

Antara matlamat syariat Islam ialah menghilangkan kesulitan daripada


manusia serta mencapai maslahah dalam hidup. Ia merupakan syariat yang
bersesuaian dengan kemampuan serta fitrah manusia. Antara bukti!bukti serta
contoh Islam ajaran yang mudah dan tidak menyukarkan ialah;

(a) Allah Taala telah berjanji menjadikan Syariat Islam sebagai syariat yang
mudah. Ini bersandarkan Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat


lemah.
(Surah Al!Nisaa’: 28)

(b) Nabi Muhammad s.a.w melarang para sahabat daripada menyusahkan diri
dalam melaksanakan ibadat. Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu menyusahkan ke atas diri kamu, nanti ia akan menyusahkan


kamu.......”.
(Riwayat Imam Abu Daud)

(c) Rasulullah s.a.w menegur sahabat daripada bertanyakan sesuatu yang


menyebabkan mereka susah dalam melaksanakan sesuatu kewajipan. Sabda
baginda s.a.w yang bermaksud:
146 TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

“Tinggalkan aku apa yang dibiarkan kepada kamu, sesungguhnya telah binasa
umat yang terdahulu daripada kamu kerana banyak persoalan mereka serta banyak
perselisihan mereka dengan nabi!nabi mereka.”.
(Riwayat Imam Muslim)

(d) Pesanan Nabi Muhammad s.a.w terhadap dua orang utusan baginda iaitu
Ali dan Muaz ke Yaman, supaya mempermudahkan urusan.

“Hendaklah kamu berdua permudahkan dan jangan kamu berdua


memayahkan.....”.
(Riwayat Imam Bukhari)

(e) Kaedah syarak bahawa “sesuatu keyakinan tidak boleh diketepikan hukumnya
dengan semata!mata syak” ( !"#$ %&'() *+,+"&). Kaedah ini amat memudahkan
kita dalam melaksanakan sesuatu hukum atau ibadah. Misalnya orang yang
syak bilangan rakaat dalam solatnya maka buangkan bilangan yang syak
dan tunaikan bilangan yang diyakininya.

(f) Begitu juga salah satu daripada kaedah cabang yang “mengharuskan sesuatu
sehingga ada dalil syarak yang mengharamkannya” ( -.#$)& /#+01& 23 451& ).
Maka segala makanan, minuman, perhiasan, perkerjaan di muka bumi ini
adalah harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.

(g) Kaedah syarak bahawa “kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan
keringanan” (6+7+8"& 9:;< -,!="&). Maka kesukaran yang melampaui had
biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia menjadi sebab kepada
keringanan. Misalnya orang yang uzur daripada mengunakan air untuk
berwuduk diharuskan bertayamum.

(h) Kaedah syarak bahawa “kemudaratan hendaklah disingkirkan” ( %&'( >6?"& ).


Maka tidak harus seseorang melakukan kemudaratan terhadap saudaranya
sama ada memulakan atau membalasnya.

(i) Begitu juga salah satu daripada kaedah cabang “darurat mengharuskan yang
dilarang” ( @&>ABC="& D+E< F>G6?"& ). Ia mengharuskan sesuatu yang haram
kerana darurat tetapi kekal pengharamannya apabila hilang darurat tersebut.
Misalnya diharuskan makan makanan yang haram sekadar untuk menjaga
nyawa ketika ketiadaan makanan yang halal.
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM 147

(j) Kaedah syarak bahawa “adat dijadikan rujukan hukum” ( -=HCI FJ#K"& ). Maka
sesuatu yang telah menjadi kebiasaan manusia dalam urusan kehidupan
harian serta tidak berlawanan dengan nas syarak, adalah menjadi rujukan
dalam perlaksanaan sesuatu hukum.

(k) Konsep memberi kepada kita pilihan dalam melaksanakan sesuatu serta
mengikut kemampuan kita. Misalnya dalam konteks bilangan isteri yang
hendak dikahwini, kita diberi pilihan mengikut kemampuan kita. Firman
Allah Taala yang bermaksud:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak!hak) perempuan
yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita!wanita (lain)
yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan
dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja...”.
(Surah Al!Nisaa’: 3)

Berdasarkan kepada dalil!dalil di atas, jelas kepada kita konsep kemudahan


dalam Islam. Namun prinsip ini tidak boleh digunakan mengikut hawa nafsu
dan kepentingan diri sendiri. Ia juga tidak boleh menjadi cara untuk
menggugurkan kewajipan tanpa alasan yang dibenarkan syarak.

SEMAK KENDIRI 9.5

Isikan ruang!ruang kosong berikut.

1. ___________ bermaksud menunaikan hajat serta memenuhi


keperluan.
2. ___________ bermaksud keseimbangan dalam sesuatu timbangan
atau urusan.
3. Sifat ___________ dalam syariat Islam membawa pelbagai faedah
dan maslahah untuk manusia, serta menolak kerosakan serta
kemudaratan.
148 ! TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

9.3.2 Sebab Menggugurkan Taklif bagi


Melaksanakan Tuntutan Islam

Jika kita meneliti nas!nas syarak, terdapat beberapa nas yang menjelaskan sebab!
sebab yang menggugurkan taklif. Antaranya ialah:

(a) Firman Allah Taala yang menjelaskan kepada kita bahwa Allah Taala tidak
akan mewajibkan sesuatu perkara melainkan mengikut kemampuan kita.
FirmanNya yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia


mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada
orang!orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tak sanggup kami memikulnya...."
(Surah Al!Baqarah: 286)

(b) Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan konsep memaafkan kesalahan


yang dilakukan kerana terlupa. Misalnya tentang hukum puasa orang yang
makan dan minum kerana terlupa yang bermaksud :

“Sesiapa yang makan atau minum kerana terlupa maka tidak batal puasanya, tetapi
ia adalah rezeki daripada Allah”
(Riwayat Imam Tirmizi)

(c) Hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan konsep pengecualian taklif


terhadap golongan!golongan yang mempunyai kekurangan. Sebagaimana
sabda Baginda s.a.w yang bermaksud :

“Diangkat al!Qalam dari pada tiga golongan; daripada orang yang gila sehingga dia
sembuh, daripada orang yang tidur sehingga dia sedar, daripada kanak!kanak
sehingga dia bermimpi (baligh)”
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM 149

Oleh itu para ulamak fikah telah membuat kesimpulan serta menggariskan
beberapa sebab yang boleh meringankan serta menggugurkan taklif, antaranya
ialah:

(a) Sebab Keuzuran dan Sakit


Orang yang uzur tidak mampu untuk melaksanakan perintah Allah Taala
dengan kaedah yang sempurna. Ini kerana keupayaan mereka yang amat
terbatas. Contohnya, orang yang sakit diboleh tidak berpuasa Ramadan.

(b) Sebab Musafir atau dalam Perjalanan


Bermusafir membolehkan seseorang itu untuk mendapat keringanan dalam
melaksanakan ibadah. Contohnya dibolehkan orang yang bermusafir untuk
mengumpulkan (jamak) serta memendekkan solat fardu (qasar).

(c) Sebab Terpaksa Tanpa Kerelaan


Terpaksa tanpa kerelaan juga merupakan sebab yang membolehkan
seseorang Islam itu digugurkan taklif. Misalnya seseorang yang sangat lapar
boleh makan makanan yang haram jika tiada makanan yang halal.

(d) Sebab dalam Keadaan Lupa atau Tersalah


Melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Syariat Islam dalam keadaan
lupa atau tidak sengaja. Misalnya puasa kita tidak akan terbatal jika kita
makan kerana terlupa.

(e) Sebab Jahil Serta tidak Mengetahui


Orang yang jahil tidak akan dikira pentaklifannya kerana kejahilannya.
Misalnya kisah Arab Badwi yang telah kencing dalam masjid kerana
kejahilannya. Dia tidak dikira berdosa kerana dia tidak tahu bahawa haram
kencing dalam masjid sehingga dinasihati oleh Rasulullah s.a.w.

(f) Sebab Wujudnya Kesukaran yang tidak Dapat Dielakkan


Kesukaran serta kesulitan yang tidak dapat dielakkan juga tidak diambilkira
dalam pentaklifan. Misalnya najis yang terpercik di jalan adalah dimaafkan
kerana kesukaran untuk dielakkan.
150 ! TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

(g) Sebab Wujudnya Kekurangan pada Diri


Pentaklifan diangkat daripada seseorang yang mempunyai kekurangan dari
segi kelayakan seperti kanak!kanak yang belum baligh, orang yang sedang
tidur sehinggga dia tersedar dan orang gila sehingga dia sembuh .

Rajah 9.3 menunjukkan contoh kanak!kanak diangkat pentaklifan sehingga


mereka baligh.

Rajah 9.3: Kanak!kanak diangkat pentaklifan sehingga mereka baligh.

AKTIVITI 9.3

Bezakan tanda!tanda baligh antara lelaki dan perempuan dan


bincangkan bersama rakan!rakan anda.
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM 151

SEMAK KENDIRI 9.6


1. Berikan dua bukti Islam agama yang mudah dan tidak
membebankan.
2. Nyatakan tiga sebab syarak yang menggugurkan taklif daripada
seseorang.

Al!Tawazun dalam Islam bermaksud Syariat Islam bersifat seimbang


dalam semua aspek kehidupan sesuai dengan fitrah manusia;

Contoh al!Tawazun ialah Syariat Islam telah meletakkan ibadat!ibadat


yang khusus dalam mengukuhkan hubungan kerohanian dengan Allah di
samping meletakkan hukum!hukum dalam perkara yang berkaitan
dengan keperluan jasmani;

Al!Ijabiyyah dalam Islam bermaksud Syariat Islam membawa pelbagai


faedah dan maslahah untuk manusia, serta menolak kerosakan serta
kemudaratan LM#N="& />JG D"#O="& 9:P ;

Contoh al!Ijabiyyah ialah Syariat Islam mengandungi panduan yang


lengkap kepada manusia bahkan membawa rahmat serta kebaikan kepada
seluruh alam. Kebanyakan hukum dalam Islam dinyatakan sebab
pembinaannya;

Bukti!bukti bahawa Islam syariat yang mudah ialah kaedah syarak


bahawa asal bagi sesuatu itu adalah harus kecuali jika ada dalil yang
mengharamkannya. Begitu juga konsep rukhsah dalam ibadat yang
dikurniakan kepada orang yang dalam kesulitan;

Antara sebab!sebab syarak menggugurkan taklif ialah sebab terpaksa


tanpa kerelaan.
152 ! TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM

Akhirat Maslahah
Al!Ijabiyyah Mudarat
Al!Tawazun Qasar
Daruriyyah Rahmat
Dunia Rohani
Fidyah Rukhsah
Hajiyyah Tahsiniyyah
Jamak Taklif
Jasmani Tayammum

• Al!Quran al!Karim.

Abdul Karim Zaidan (1996). Madkhal Li Dirasati al!Syariah al!Islamiyyah.


Beirut: Muassasah al!Risalah.

Abdullah Nasih Ulwan (1989).Pengenalan syariah Islamiah; Penterjemah


Abdul Rashid Daud Selangor: Pustaka Salam

Abu Adam Sulaiman Ghanjif (2008). Al!Muazanah fi al!Tasyri’ al!Islamiy


Bain al!murunah wa al!hazm. Beirut: Dar al!Kutub al!‘Ilmiyyah.

• Al!Qardhawy, Yusuf (1993). Madkhal Li Dirasati al!Syariah al!Islamiyyah.


Beirut: Muassasah al!Risalah.

Imam al!Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail (1990). Shahih


Bukhari; Penterjemah: H Zainuddin Hamidy, H. Fachruddin Hs, H.
Nasharuddin Thaha, Johar Arifin, A. Rahman Zainudin Selangor:
Klang Book Centre

Imam al!Muslim, Muslim Bin Hajjaj al!Qusyairy (1986). Shahih Muslim;


Penterjemah ; Ma’mur Daud. Selangor: Klang Book Centre

Mohd Saleh Haji Ahmad (1999). Pengantar syari’at Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid
TOPIK 9 AL-TAWAZUN DAN AL-IJABIYYAH DALAM ISLAM 153

Muhammad Tahir ‘Asyur (1999). Maqasid al!Syari’ah al!Islamiyyah. Jordan:


Dar al!Nafais.

• Soleh Jawad, Daud Abduh, Ahmad Mukhtar, Ahmad ‘Aid, Nadim, Jailani
Yahya, Dr.(t.t). Al!Mu’jam al!‘Arabi al!Asasi. Al!Munazzamah al!
Arabiah li al!Tarbiah wa al!Thaqafah wa al!‘Ulum: Larus.

• Tafsir Pimpinan al!Rahman (1982). Bahagian Ugama Jabatan Perdana


Menteri .

Umar Sulaiman al!Asyqar (2005). Al!Madkhal al!Syari’ah wa al!Fiqh al!


Islamiy. Jordan: Dar al!Nafais

Wahbah al!Zuhaily Dr. (1997). Nazariyyah al!Dharurah al!Syar’iyyah. Beirut:


Muassasah al!Risalah

Anda mungkin juga menyukai