Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN I

A. SAJIAN

1. Memastikan perkhidmatan makan dan minum hendaklah disediakan pada


setiap hari berkursus sahaja dan masa seperti berikut:

SAJIAN WAKTU SAJIAN TEMPAT SAJIAN


Sarapan Pagi 6.30 – 7.30 pagi
Kudapan Pagi 10.00 – 11.30 pagi
Dewan Makan
Makan Tengahari 12.30 tgh – 2.30 petang atau di lokasi
Kudapan Petang 4.00 – 5.00 petang yang ditetapkan
oleh PLKPM
Makan Malam 6.30 petang – 8.00 malam
Kudapan Malam 10.30 – 11.00 malam

2. Bekalan makanan yang telah dimasak hendaklah tersedia selewat-lewatnya


tiga puluh (30) minit sebelum waktu makan seperti yang telah ditetapkan.

3. Syarikat hendaklah mempamerkan menu sajian seperti yang ditetapkan di


dalam kontrak di dewan makan PLKPM supaya setiap peserta mengetahui
apakah jenis hidangan yang akan diperolehinya. (Syarikat menyediakan papan
kenyataan untuk mempamerkan menu)

4. Kaedah menghidang makanan dan minuman hendaklah mengikut seperti yang


diarahkan oleh pihak PLKPM sama ada secara hidangan VVIP, VIP, buffet atau
lain-lain kaedah penyajian hidangan seperti yang ditetapkan dari semasa ke
semasa di mana-mana dewan makan atau mana-mana lokasi yang diarahkan
tanpa sebarang bayaran tambahan selain daripada amaun kontrak yang
ditawarkan.

5. Syarikat diminta memberi perhatian sewajarnya terhadap peserta- peserta


kursus yang menghadapi masalah pemakanan seperti ditentukan dalam menu
makanan atas sebab alahan atau kesihatan serta penganut agama lain (jika
ada) dan bertanggungjawab menyediakan sajian makanan pilihan dengan
kadar yang setara dan segera.
B. PEMATUHAN SYARAT PEMBEKALAN/PERKHIDMATAN

1. Pembekalan makanan serta minuman hendaklah daripada senarai yang telah


dipersetujui oleh Kerajaan dan halal, bersih serta bermutu tinggi selaras
dengan hukum Islam. Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan akan diminta
menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa di tempat penyediaan
makanan untuk memastikan peraturan dari segi penyediaan makanan dan
minuman serta kesihatan dan kebersihan pekerja yang berkuatkuasa adalah
dipatuhi.

2. Syarikat hendaklah menyempurnakan segala peraturan-peraturan Kerajaan


berkaitan dengan penyediaan makanan, kesihatan pekerja, peraturan
pengambilan pekerja warganegara dan kebersihan makanan, pekerja,
peralatan serta premis.

3. Syarikat perlu menyediakan bekalan makanan yang telah siap dimasak.

4. PLKPM adalah Kawasan Larangan Merokok. Oleh itu Syarikat dan pekerja
Syarikat adalah dilarang merokok di dalam kawasan PLKPM.

5. Syarikat hendaklah menyediakan peralatan dan kelengkapan yang tidak


disediakan oleh Kerajaan atau apa-apa peralatan dan kelengkapan tambahan
yang difikirkan perlu di dalam memberi perkhidmatan tanpa mengenakan kos
tambahan berasingan kepada PLKPM jika peralatan dan kelengkapan yang
disediakan oleh PLKPM sediakan tidak mencukupi.

6. Syarikat hendaklah bersedia dari semua segi untuk membekalkan makanan


bermasak bagi majlis-majlis rasmi anjuran Pejabat CGSO yang diadakan di
PLKPM.

7. Makanan yang disediakan perlu bersih dari sebarang benda asing seperti
serangga, rambut dan lain-lain.

8. Syarikat dikehendaki mengganti/memperbaiki sebarang kerosakan yang


berlaku ke atas barang-barang dan harta benda PLKPM kerana kecuaian
penggunaan atau pengendalian oleh pihak Syarikat.

9. Tidak dibenarkan mencacatkan atau merosakkan mana-mana bahagian


dinding atau lantai dewan makan dan dapur, meminda penyusunan di bahagian
dalam atau rupa bentuk luaran (external appearance) dewan makan dan dapur
tanpa persetujuan secara bertulis daripada pihak PLKPM.
10. Tidak dibenarkan menjual rokok, minuman keras atau lain-lain makanan atau
minuman yang diharamkan oleh agama lslam atau menggunakan bahan
makanan atau cecair sedemikian semasa menyediakan makanan.

11. Tidak dibenarkan mempamer sebarang rupa bentuk iklan atau sebarang
penunjuk mengenai perniagaan kecuali tanda nama bagi Syarikat di mana
ianya diluluskan oleh PLKPM pada jalan masuk ke dewan makan dan dapur
dan di tempat yang ditentukan oleh PLKPM.

12. Tidak dibenarkan menggunakan dewan makan dan dapur atau mana-mana
bahagiannya sebagai tempat tinggal pekerja atau untuk tujuan-tujuan selain
daripada penyediaan makanan dan minuman seperti yang dipersetujui oleh
PLKPM.

13. Syarikat tidak terikat dalam perkhidmatan penyediaan bekalan makanan


bermasak dengan mana-mana program/latihan, mesyuarat atau majlis rasmi
yang dijalankan oleh agensi/jabatan lain di PLKPM.

14. Kemudahan penggunaan gas asli telah disediakan di dapur Dewan Makan
PLKPM. Syarikat perlu memohon lesen gas asli daripada Suruhanjaya Tenaga
untuk menggunakan kemudahan tersebut.

C. PEKERJA

1. Syarikat hendaklah mengambil dengan perbelanjaan sendiri bilangan pekerja


yang secukupnya. Setiap pekerja mestilah diakui sihat oleh seorang pegawai
perubatan dan sijil pemeriksaan kesihatan setiap pekerja serta suatu senarai
pekerja-pekerja beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan
kepada Kerajaan selewat-lewatnya satu (1) bulan setelah perkhidmatan
beroperasi. Apa-apa pertukaran daripada senarai hendaklah dimaklumkan
secara bertulis kepada PLKPM.

2. PLKPM berhak meminta Syarikat menamatkan perkhidmatan mana-mana


pekerja sekiranya pekerja berkenaan didapati tidak sesuai dari segi kesihatan,
kebersihan atau tingkahlaku untuk menjalankan perkhidmatannya. Syarikat
tidak dibenarkan mengambil pekerja warga asing.

3. Memastikan pekerja-pekerja sentiasa memakai pakaian seragam yang


menutup aurat (bagi wanita adalah baju muslimah yang menutup bahagian
punggung/ paras lutut) yang dibekalkan oleh Syarikat, memakai tanda nama
dan memberikan layanan yang mesra, cepat, cekap serta penuh sopan santun.

4. Pekerja-pekerja Syarikat dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan


sebagai pengendali makanan sama ada di klinik Kerajaan atau swasta
sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Sijil Pengesahan pemeriksaan
berkenaan hendaklah dipamerkan pada sepanjang masa kontrak berkuat
kuasa di PLKPM.

5. Syarikat hendaklah menyediakan pekerja-pekerja yang mencukupi bagi


memberi layanan pada waktu makan kepada peserta-peserta mengikut kadar
seperti berikut:

5.1. Seorang (1) pengurus/penyelia yang bertugas secara tetap sepanjang


masa di PLKPM (sepanjang program rasmi berjalan).

5.2. Bilangan pekerja yang bertugas secara tetap sepanjang masa di PLKPM
(sepanjang program rasmi berjalan); sebagai pramusaji yang mencukupi
seperti jadual di bawah:

BILANGAN BILANGAN BILANGAN


BILANGAN
PRAMUSAJI TUKANG MASAK PEKERJA
PESERTA
(MINIMUM) (MINIMUM) PEMBERSIHAN
Bawah 50 orang 3 orang 2 orang 2 orang
51 hingga 100
5 orang 2 orang 2 orang
orang
101 hingga 150
7 orang 3 orang 2 orang
orang
151 hingga 200
9 orang 3 orang 2 orang
orang

6. Syarikat hendaklah menyediakan pekerja pembersihan yang tetap (selain


daripada pekerja/pengendali makanan) bagi kerja-kerja pembersihan mengikut
jadual yang disediakan oleh pihak PLKPM.

7. Syarikat perlu memastikan pembayaran gaji pekerja mengikut Pergerakan Gaji


Minimum (PGM).

D. KEBERSIHAN

1. Syarikat hendaklah mematuhi peraturan kebersihan dan peraturan-peraturan


lain yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) atau mana-mana Pihak Berkuasa Berkaitan dari masa ke
semasa.

2. Syarikat mestilah memastikan semua perabot, peralatan memasak, gelas-


gelas, pinggan mangkuk, pisau dan peralatan-peralatan Iain yang digunakan
hendaklah sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersih, dan jenis atau rupa
bentuk barang-barang itu mestilah dipersetujui oleh PLKPM.

3. Membersihkan dengan bahan pencuci yang sesuai semua dinding, tingkap,


pintu, sistem saluran longkang bahagian dalam dan bahagian luar yang
berhampiran dewan makan dan dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cucian lantai, dapur dan sinki mestilah dilakukan setiap hari supaya kebersihan
terjamin.

4. Membersihkan meja makan dan kerusi setiap kali selepas pengguna


meninggalkan meja makan. Meja makan, kerusi, sinki dan lantai juga
hendaklah bersih sepanjang waktu dewan makan dibuka. Memastikan sabun/
cecair pencuci tangan dan tisu sentiasa ada di sinki.

5. Syarikat bertanggungjawab untuk menyediakan tong sampah sendiri bagi


sampah bahan mentah masakan yang perlu disediakan dan sisa-sisa
makanan. Sampah berkenaan hendaklah dibawa keluar daripada kawasan
PLKPM dan dibuang atau dilupus mengikut kaedah dan peraturan yang
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Syarikat tidak dibenarkan
membuang sampah bahan mentah di dalam tong sampah lain yang terdapat di
kawasan PLKPM.

6. Sebarang perlanggaran peraturan-peraturan penyediaan pembekalan


makanan yang berkuatkuasa termasuk keracunan makanan adalah dibawah
tanggungjawab penuh Syarikat. Sebarang kos yang timbul hasil daripada
perlanggaran tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat.

E. PENYEDIAAN KEMUDAHAN

1. PLKPM ada menyediakan kemudahan-kemudahan di dapur dan dewan makan


seperti di Bahagian III — B. Sebarang kerosakan ke atas peralatan milik
PLKPM semasa di dalam tempoh kontrak dan berpunca dari kelalaian Syarikat
yang berjaya adalah menjadi tanggungjawab Syarikat yang berjaya untuk
membaikinya. Sebarang kehilangan hendaklah diganti dengan alatan dari jenis
yang sama dan kualiti yang sama.

2. Sebarang peralatan yang memerlukan penggunaan meter utiliti perlu


mendapatkan kebenaran bertulis daripada PLKPM terlebih dahulu.

3. PLKPM tidak menjamin atau terikat dengan apa-apa juga bahawa anggaran
yang telah dinyatakan berkaitan dengan program adalah tepat. Syarikat yang
berjaya hendaklah melaksanakan tugas-tugas perkhidmatan dikehendaki
berdasarkan tempahan semasa dengan kadar harga yang sama sekiranya
didapati jumlah anggaran pelanggan dan lokasi sajian perkhidmatan adalah
kurang atau lebih daripada jumlah yang dianggarkan.

4. PLKPM tidak mengenakan sebarang caj sewaan terhadap mana-mana ruang


di PLKPM yang digunakan oleh Syarikat yang berjaya sebagai tempat operasi
melaksanakan kontrak ini. Oleh itu mana-mana ruang berkenaan tidak boleh
digunakan oleh Syarikat yang berjaya untuk apa-apa kegunaan selain daripada
yang diarah dan dibenarkan oleh pihak PLKPM.
5. Syarikat perlu membayar bil elektrik Dapur dan Dewan Makan mengikut
bacaan meter elektrik yang tersedia. Bayaran perlu dibuat kepada PLKPM
dalam bentuk tunai/ bank deraf atau kiriman wang pos atas nama Pejabat
Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.

6. Penyediaan khemah berkipas, kerusi, meja dan kelengkapan lain bagi Acara
Utama yang diadakan dua (2) kali setahun.

F. KADAR DENDA/ TOLAKAN

BIL PERKARA PENALTI (RM)

Kegagalan menyediakan tempahan 10% daripada jumlah tempahan


1
yang telah dibuat.

Tempahan yang diterima dalam


2 25% daripada jumlah tempahan
keadaan rosak / tidak bersih
Peralatan yang tidak mencukupi dan
RM 50.00 setiap aduan dan
3 tidak mengikut spesifikasi yang
tempahan
ditetapkan di dalam kontrak.
Ketidakcukupan pekerja seperti yang RM 50.00 setiap hari yang
4
ditetapkan dalam kontrak. berkaitan

Ketidakpatuhan kod etika berpakaian


5 RM 50.00 setiap aduan
yang telah ditetapkan dalam kontrak.

Pekerja berkelakuan sumbang dan


6 RM 50.00 setiap aduan
tidak senonoh.

Kebersihan kawasan dapur dan RM 50.00 setiap laporan


7
dewan makan terabai. mengikut tarikh aduan

G. LAIN-LAIN SYARAT

1. Jika terdapat sebarang pindaan atau arahan-arahan terbaharu yang tidak


terdapat di dalam dokumen ini, Syarikat akan diberitahu secara bertulis dan
hendaklah ianya dipatuhi sebagai salah satu syarat tambahan.
2. Pejabat operasi Syarikat hendaklah terletak sama ada di Negeri Sembilan,
Lembah Klang atau Selangor sahaja bagi memudahkan urusan pentadbiran
tempahan.

Anda mungkin juga menyukai