Anda di halaman 1dari 8

BBA 4004 SK SERI SEKAMAT

BATU 12 ½ JALAN CHERAS KAJANG,


43000 KAJANG, SELANGOR

LAPORAN
KAJIAN TINDAKAN
2021

TAJUK

MURID AUTISMA: MENANGANI MASALAH TUMPUAN


PERHATIAN DALAM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
(PDPR)

OLEH:
DALILAH BINTI TARMUJI
(PENDIDIKAN KHAS)
1. Tajuk
Murid Autisma: Menangani Masalah Tumpuan Dalam Pembelajaran Atas
Talian (PDPR)

2. Nama Penyelidik
Dalilah Binti Tarmuji

3. Nama & Alamat Sekolah


Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,
Batu 12 ½ Jalan Cheras Kajang,
43000 Kajang, Selangor
Kod Sekolah: BBA 4004

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lalu


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) masalah tumpuan murid adalah suatu yang tidak asing lagi
walaupun bilangan murid adalah seramai 7 hingga 10 orang sahaja.
Di kelas PPKI terdapat murid dari pelbagai kategori seperti Autisma,
Sindrom Down, Hyperactive dan lain-lain. Mereka masing-masing mempunyai
masalah bahasa, komunikasi dan sosial pada tahap berbeza.
Bagi kelas 5 Ibnu Sina yang terdiri daripada 10 orang murid, 3
daripadanya mempunyai masalah Autisma. Setelah saya meneliti corak
tingkahlaku murid-murid ini, saya mendapati 1 orang murid autisma yang
bertingkah laku hiperaktif tidak boleh menumpu perhatian sewaktu
pembelajaran di dalam kelas dan hal ini juga berterusan semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Secara umumnya, autisma adalah satu penyakit yang kompleks
sehingga penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca
sebenarnya ia berlaku. Menurut Hamid Arshad (2009) Kanak-kanak autisma
ini suka bersendirian, sukar bergaul langsung dengan individu lain, menunjuk
tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami.

2
5. Masalah / Fokus Kajian
Masalah utama yang sering murid hadapi ialah masalah tu
mpuan semasa belajar. Mereka suka bersendirian dan seolah-olah hidup
dalam dunia sendiri. Dalam dunia sendiri mereka, mereka menjerit,
menconteng, berlari ke sana sini, menyanyi, memutar-mutar pensil dan
menepuk-nepuk tangan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan masalah murid
dalam tumpuan pembelajaran dengan penyekatan mobiliti mereka
(immobilization).

6. Rasional Kajian
Kajian ini dijalankan kepada 3 orang murid Autisma yang berbeza karakter
masing-masing sepanjang mengikuti kelas PdPR yang mana ianya memberi
cabaran kepada Ibu Bapa dan guru sepanjang tempoh PdPR.

7. Objektif Kajian
Objektif Umum:
Untuk memastikan semua murid kelas 5 Ibnu Sina boleh mendapat ilmu
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
Objektif Khusus:
1. Mengawal tingkahlaku 1 orang murid autisma yang bermobiliti tinggi.
2. Membina amalan rutin 2 orang murid autisma untuk mendengar arahan
guru semasa proses PdPR : mendengar arahan dengan baik
3. Menanam rasa minat belajar walaupun belajar dari rumah.

8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah seramai 3 orang murid autisma dalam kelas PPKI 5
Ibnu Sina (Imanuddin, Muaz Sulaiman dan Devraj A/L Desmond Devendran)

9. Strategi Tindakan
Aktiviti 1:
Menurut Hamid Arshad (2009) setiap kanak-kanak hiperaktif
memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan

3
kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang
memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification
therapy), terapi pemakanan, dan ubat-ubatan untuk mengurangkan keresahan
bergantung kepada keperluan. Dalam kajian ini, saya akan menggunakan
kaedah pemerhatian tingkah laku melalui Google Meet.
Aktiviti 2:
Pemerhatian:
Imanuddin dan Muaz Sulaiman amat sukar untuk mengeluarkan suara nya
bercakap dan memberikan respon. Imanuddin gemar mengulang semula
perkataan. Muaz pula hanya memberikan reaksi angguk dan geleng.
Aktiviti 3:
Pemerhatian:
Bagi Devraj pula dia akan trantrum bila menyertai Google Meet secara beramai
ramai. Maka pendekatan yang digunakan adalah dengan menghubungi
secara Video Call khusus untuk beliau sahaja.

10. Jadual Pelaksanaan Kajian


Masa/ Tempoh Aktiviti
 Guru menjalankan pembelajaran secara atas talian
“google meet”
 Guru memberikan link “google meet”
 Guru meminta murid membuka kamera sepanjang
Minggu Pertama
sesi ‘google meet’
(1 minggu)
 Murid mungkin tidak memberi respon secara dalam
talian.
 Jika murid tidak memberikan respon, guru akan
membuat teknik memujuk dan pemberian ganjaran.
 Guru memberikan modul secara berkala
Minggu ke – 2 dan
 Guru meminta murid belajar bersama sama
minggu ke – 3
menggunakan modul
(2 minggu)
 Guru membimbing seorang demi seorang.

4
 Guru meminta murid membuka kamera sepanjang
kelas berlangsung dan meminta murid menyiapkan
modul.
 Murid mungkin mulai menerima cara
pembelajaran ini.
 Guru membuka modul bersama-sama murid

 Guru tidak perlu membimbing bacaan


Minggu ke – 4 dan  Guru dan murid membaca bersama-sama.
minggu ke – 5  Guru membaca teks buku dan murid mengikut.
(2 minggu)  Guru memberi panduan ringkas untuk menyiapkan
lembaran kerja pada modul.

 Guru mengarah murid untuk memyiapkan


Minggu ke – 6 (1
tugasan
minggu)
 Guru hanya memberi penerangan ringkas
 Guru memantau gerak kerja murid

11. Anggaran Kos Kajian

Item Kos seunit Jumlah Kos


Kertas A4 RM 10.00 x 1 unit RM 10.00
Jumlah RM 10.00

5
12. Keputusan dan Analisis Kajian

Selepas pelaksanaan tindakan selama 6 minggu, satu penilaian diambil ke atas


ketiga-tiga orang murid. Terdapat 5 aspek tingkahlaku telah diambil kira untuk
mengkaji tingkahlaku murid-murid sasaran. Kemudian, perbandingan tingkahlaku
murid sebelum dan selepas kajian telah dilakukan untuk memperlihat perkembangan
pengubahsuaian tingkah laku murid.

Jadual 12a : Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid Imanuddin


Sebelum dan Selepas Tindakan

Tingkahlaku Sebelum Selepas

1. Mengeluarkan modul tanpa bantuan / /


2. Membuka modul tanpa bantuan / /
3. Membaca teks modul tanpa bantuan. / /

4. Menyiapkan modul tanpa kawalan tingkahlaku. /

5. Memberi respon semasa interaksi ‘google meet


/
dengan membuka kamera dan audio

Jadual 12b : Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid Muaz Sulaiman


Sebelum dan Selepas Tindakan

Tingkahlaku Sebelum Selepas

1. Mengeluarkan modul tanpa bantuan / /


2. Membuka modul tanpa bantuan /
3. Membaca teks modul tanpa bantuan.

4. Menyiapkan modul tanpa kawalan tingkahlaku. /

5. Memberi respon semasa interaksi ‘google meet


/
dengan membuka kamera dan audio

6
Jadual 12c : Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid Devraj
Sebelum dan Selepas Tindakan

Tingkahlaku Sebelum Selepas

1. Mengeluarkan modul tanpa bantuan / /


2. Membuka modul tanpa bantuan /
3. Membaca teks modul tanpa bantuan. /

4. Menyiapkan modul tanpa kawalan tingkahlaku. /

5. Memberi respon semasa interaksi ‘google meet


/
dengan membuka kamera dan audio

13. Refleksi Kajian

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang perkembangan


kemajuan murid dinilai dari kekerapan berlakunya tingkahlaku yang salah dalam
kelas, iaitu tidak fokus pada rahan, tidak menumpukan perhatian, tidak faham arahan
dan tidak memberikan respon. Berdasarkan pemerhatian selama 6 minggu selepas
pelaksanaan tindakan, didapati ketiga-tiga murid mendapat kemajuan yang
memberangsangkan.
Walau bagaimanapun pendekatan PDPR tidak sama dengan pendekatan dan
pencapaian dalam PdP bersemuka. Perkembangan murid akan dinilai semula
sewaktu pembelajaran secara bersemuka nanti.

14. Cadangan Lanjutan

Memandangkan pengubahsuaian tingkahlaku murid belum lagi mencapai kejayaan,


kajian ini akan diteruskan dengan penambahbaikan aktiviti lain seperti pemberian
token ekonomi dan reward menu, pendekatan ‘extinction’ agar masalah keriga-tiga
orang murid ini boleh dikurangkan kepada tahap minima.

7
8

Anda mungkin juga menyukai