Anda di halaman 1dari 34

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/313402462

KESEIMBANGAN KEFAHAMAN TERHADAP PRINSIP DAN PRAKTIS SEMASA


DALAM MEMAHAMI DALIL POLITIK

Conference Paper · September 2012

CITATIONS READS

0 1,545

2 authors, including:

Zaharuddin abdul rahman


International Islamic University Malaysia
16 PUBLICATIONS   67 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Islamic Hedging View project

Islamic Fintech View project

All content following this page was uploaded by Zaharuddin abdul rahman on 07 February 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

KESEIMBANGAN KEFAHAMAN TERHADAP PRINSIP DAN PRAKTIS SEMASA

DALAM MEMAHAMI DALIL POLITIK

Oleh

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman1

1.0 PENDAHULUAN

Jika sekiranya hukum asal berkaitan ibadat diambil dengan penyerahan dan pematuhan
kepada nas, maka hukum asal berkaitan perkara biasa dan muamalat – iaitu urusan hidup yang
berbeza-beza – perlulah melihat kepada illah dan tujuan di sebalik pensyariatannya. Perkara-perkara
ini disyariatkan sudah pasti untuk merealisasikan maslahat (perkara yang mendatangkan kebaikan)
dan menolak mafsadah (perkara yang mendatangkan kemudaratan).

Oleh itu, seorang mujtahid – terutamanya pemerintah yang dilantik- hendaklah mengamati
apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perintah dan larangan dalam perkara yang berkaitan dengan
muamalat dari sudut illah dan tujuan yang ingin dicapai oleh syara` supaya tidak mengabaikannya
ketika membuat rang undang-undang, ketika mengeluarkan fatwa atau ketika proses penghakiman
agar tidak luput kebaikan yang banyak daripada manusia dan agar mereka tidak ditimpa
kemudaratan yang besar.

Dengan pengamatan yang baik terhadap nas, mencantumkannya antara satu sama lain,
mengkaji maksud tersirat di sebaliknya, tidak tertumpu kepada luaran dan literalnya sahaja,
memperelokkan pemahaman terhadap apa yang di mahukan oleh Allah dan RasulNya, seorang alim
akan diberi petunjuk untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik nas yang terdiri dari rahsia dan
tujuan yang dibekalkan oleh syara` dengannya.

Inilah yang telah dicapai oleh fuqaha dari kalangan sahabat Rasulullah. Mereka tidak hanya
tertumpu kepada literal nas sahaja, bahkan mereka berusaha untuk menyelami sehingga ke dasar
nas tersebut dalam usaha mencungkil tujuan di sebaliknya untuk direalisasikan.

1
Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pengerusi NGO MURSHID. Boleh dihubungi
di zaharuddin@yahoo.com atau hubungi 03-6201 1062
1
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

2.0 ASAS KEFAHAMAN

Fiqh muamalat tidak terhad kepada hukum-hakam di dalam urusan kewangan semata-mata
tetapi ia tercabang kepada seluruh urusan di antara manusia sesama mereka. Urusan politik
(siyasah), pentadbiran, nikah kahwin (munakahat), hukum jenayah, cara dakwah serta akhlak juga
terkandung di dalam bab fiqh muamalat. Muamalat ini juga boleh diklasifikasikan dalam bab ‘Al-
Adat’.

Sheikh al-Islam Ibn Taymiah berkata :


‫ عبادات يصلح بھا دينھم وعادات يحتاجون إليھا في دنياھم‬: ‫تصرفات العباد من األقوال واألفعال نوعان‬
Ertinya : Urusan hamba (manusia) seluruhnya sama ada perkataan dan perbuatan itu boleh
diklasifikasikan kepada dua jenis : Ibadah yang baik untuk agama mereka dan hal adat yang
diperlukan oleh manusia untuk urusan dunia mereka (Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Nuraniyyah, hlm
111)

Sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama silam dan kontemporari, urusan hukum
dalam bab fiqh Ibadah adalah agak terhad dan terikat dengan dalil yang specifik (khusus) dan
sebahagian dalil umum. Pendek kata ia mesti mempunyai dalil naqli sandaran yang jelas. Kaedah
yang dipersetujui oleh para ulama menyebut:-
‫األصل في العبادة التوقف‬
Ertinya : Hukum panduan (asal) bagi urusan ibadah adalah tawaqquf (berhenti dari mencipta, mesti
datang dari dalil) 2

Firman Allah Taala :

َّ ‫ين مَا لَ ْم يَأْ َذن ِب ِه‬


ُ ُ ‫أَ ْم لَ ُھ ْم‬
ِ ‫شرَ َكاء َشرَ عُوا لَھُم ِّمنَ ال ِّد‬

Ertinya: “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari
ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al Syura:21]

Sabda Nabi :

‫من أحدث في أمرنا )أي ديننا( ما ليس منه فھو رد‬

2
Rujuk kaedah ini dalam, Ibn Hajar, Fath Al-Bari, 3/54 ; Ibn Mufleh, Al-Adab Al-Syar’iyyah, 2/265 ; Al_Zarqani,
Syarah Al-Muwatta’, 1/434 ; Al-Syawkani, Naylul Awtar, 2/20
2
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ertinya: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru di dalam urusan kami (agama kami) yang
bukan sebahagian darinya, maka perkara tersebut adalah tertolak”3 dengan maksud tidak diterima.

Sabda Nabi :

‫إياكم ومحدثات األمور فإن كل بدعة ضاللة‬

Ertinya: “Berhati-hatilah terhadap perkara yang baru, sesungghunya setiap bid’ah adalah sesat4".

Disebabkan inilah, para sahabat amat menjaga initipati tulen sesuatu ibadat,
mereka tidak melakukan penambahan di dalamnya, tidak mengubah parameternya dan tidak
melakukan pengurangan darinya. Jika terjadi sesuatu daripada perkara tersebut yang dilakukan oleh
orang yang jahil, maka ulama mereka akan segera melarangnya. Ini fenomena yang berlaku pada
zaman ibn Mas`ud, ibn Umar dan selain mereka. Para sahabat membezakan dengan jelas tujuan
sesuatu perkara agama itu disyariatkan dan cara mencapainya. Mereka menjaga tujuan
pensyariatannya dan mengembangkan cara mencapainya.

Sheikhuna Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan displin hukum dalam bab
ibadah dengan menjelaskan ciri sesebuah ibadah khusus itu dengan dua kaedah :
‫أال يعبد إال‬
Ertinya : Tiada yang layak diabdikan diri kepadanya kecuali Allah ( ertinya niat mestilah kerana Allah)
‫أال يعبد إال بما شرع‬
Ertinya : Tiada ibadah kecuali yang disyari’atkan ( mestilah bersumber secara specific atau umum
dari nas dalil al-Quran dan hadith).

Sedikit penambahan di sini iaitu kaedah yang telah disebutkan oleh Imam Hassan al Banna :
Satu lagi kaedah yang penting di dalam membezakan antara ibadat dan adat ialah : hukum asal
berkaitan ibadat atau perkara agama adalah dengan menuruti (apa yang dinaskan). Manakala
hukum asal berkaitan perkara biasa atau urusan duniawi adalah dengan melakukan
pembaharuan/inovasi.

3
Muttafaq `alaih daripada Aishah.
4
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al Tirmizi.
3
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Hasilnya tidak dibenarkan untuk sesiapa di kalangan manusia selepas kewafatan baginda
nabi dan khulafa al-Rasyidin, mencipta apa jua bentuk ibadah baru yang tidak didasari oleh dalil
naqli. Bukan itu sahaja, malah semua ibadah itu mestilah disandarkan kepada dalil dengan cara
istidlal dan istinbad yang sohih.
Manakala bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat termasuk
urusan politik atau pentadbiran, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama
yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya
boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum
mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu.

Displin, kaedah serta syarat tertentu adalah penting agar kebebasan ini tidak disalahgunakan
oleh sebahagian manusia yang berkepentingan peribadi. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan
pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa
berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia.

Kaedahnya menyebut :
‫األصل في المعامالت والعادات اإللتفات إلى المعاني‬
Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu’amalat dan adat adalah kembali kepada
penelitian objektifnya.5

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian besar PELAKSANAAN hukum-hakam dalam bab
muamalat dan siasah berubah-ubah disebabkan oleh suasana, pertimbangan mudarat dan manfaat
serta kebiasaan setempat yang dinamakan ‘uruf. Namun mestilah ‘uruf terbabit tidak secara jelas
bercanggah dengan nas dan dalil yang jelas, jika itu berlaku ia dinamakan ‘uruf fasid atau kebiasaan
yang tertolak dan rosak, hukumnya haram dilakukan dan mesti dihentikan.

Justeru, perlulah kita fahami urusan politik adalah bab Fiqh al-muamalat antara manusia
dengan manusia. Justeru, mewujudkan suatu kaedah pentadbiran yang tidak pernah wujud di
zaman Nabi adalah HARUS selagi prinsip keadilan dalam penjagaan hak rakyat dan pemerintah
dipelihara. Selagimana tiada larangan dan pengharaman yang bersifat thawabit serta qat’ie
dilanggari.

5
Al-Muwafaqat, Al-Shatibi, 2/300
4
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Mengapa ia diharuskan walau tiada yang sedemikian di zaman baginda Nabi sallaallahu‘alai
wasallam? Jawabnya, kerana ia adalah satu dari kebijaksanaan dalam Islam memberi keluasan serta
flexible (anjal) dalam hal pentadbiran kerana perbezaan suasana dan pendidikan manusia boleh
menjadi berubah menjadikan kaedah mencapai sesuatu keadilan dan keberkesanan pemerintahan
juga berubah dari semasa ke semasa agar boleh mencapai objektif kebaikan terbanyak buat
masyarakat.

Para sahabat Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam menggunakan konsep pembaharuan dan


inovasi dalam hal pentadbiran politik. Iaitu dengan mereka cipta cara, uslub, pegangan dan
mekanisma yang memajukan dunia, menggalakkan pembinaan, dan mengembangkan kehidupan
kepada tahap yang lebih baik. Perkara ini bertepatan dengan hadith sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim daripada Aishah dan Anas :

‫أنتم أعلم بأمر دينكم‬

Ertinya: “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”.

Dan satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga daripada Jariri bin Abdullah :

‫من سن سنة حسنة فله أجرھا وأجر من عمل بھا إلى يوم القيامة‬

Ertinya: “Barangsiapa yang menghidupkan suatu sunnah yang baik maka baginya pahala dan pahala
orang yang beramal dengannya sehingga ke hari Qiamat”.

Rangsangan inilah yang menjadikan Umar melakukan perubahan di dalam banyak perkara
yang dinamakan sebagai "‫ " أوليات عمر‬. Beliau mendapat petunjuk di dalam kerja- kerja beliau dengan
melakukan perbincangan dengan para sahabat terutamanya Ali bin Abi Talib yang dikatakan
padanya:

‫لو ال علي لھلك عمر‬

Ertinya: “Jika tiada Ali maka binasalah Umar”

3.0 PERBEZAAN PRAKTIS KHULAFA AL RASHIDIN DARIPADA NABI DI BIDANG MUAMALAT.

Antara perkara penting yang ingin diutarakan adalah kewujudan beberapa pandangan
khulafa al rashidin yang zahirnya kelihatan menyalahi sunnah Nabi di dalam urusan politik, ekonomi,
pengurusan, peperangan dan seumpamanya. Perkara ini berkaitan dengan apa yang disabdakan dan
5
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

dilakukan oleh Nabi dengan komposisi sebagai seorang pemimpin atau ketua sebuah negara Islam.
Ini bermakna tingkah laku Nabi dalam perkara berkenaan merupakan asas dalam menjaga maslahat
umat secara total atau keseluruhannya yang mana ianya dilakukan oleh Nabi pada zaman
pemerintahan Baginda. Maslahat yang wujud pada zaman Baginda boleh berubah dan perkara yang
berkaitan dengan maslahat ini boleh menerima perubahan. Ketika melakukan perubahan ini,
seseorang khalifah yang menggantikan Nabi dalam menegakkan agama dan menguruskan dunia
dengannya hendaklah memelihara maslahat baru. Perkara ini tidak dikira menyalahi perbuatan Nabi,
bahkan pada hakikatnya dikira sebagai menuruti Nabi dalam cara yang dijalankan oleh Baginda, iaitu
cara pemimpin memelihara maslahat umat ketika zaman permerintahannya.

4.0 KEFAHAMAN DALIL DAN INOVASI OLEH SAHABAT NABI

Antara perubahan atau inovasi yang dilakukan ialah menyediakan kalendar khas bagi orang
Islam yang bermula dari peristiwa penghijrahan Nabi, menubuhkan birokrasi, membangunkan
bandar dan sebagainya.

Manakala perubahan yang dilakukan oleh Uthman pula membuatkan manusia menggunakan
satu mushaf (mushaf al imam), memerintahkan Ali Abu al Aswad al Duali untuk mereka cipta prinsip
ilmu nahu dan seumpamanya daripada kerja-kerja yang diusahakan oleh para sahabat berkaitan
urusan duniawi. Ini kerana apabila orang Islam ketinggalan, mereka menjadikan situasi sebaliknya.
Mereka akan akan maju di dalam urusan duniawi, dan mula melakukan perubahan di dalam urusan
agama.

4.1 Pengiraan jizyah (cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di
negara Islam).

Dari sini kita akan memahami bagaimana Umar r.a mengubah pandangan beliau dalam menetapkan
kadar jizyah berbeza dengan apa dilakukan oleh Nabi. Beliau adalah seorang yang amat teliti
terhadap al Quran dan sunnah Rasulnya.

Dalam satu hadith :

‫ وأمره أن يأخذ من كل حالم )أي بالغ( أو عدله معافر‬,‫أن النبي بعث معاذ بن جبل إلى اليمن‬

Ertinya: Nabi telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, dan Nabi memerintahkan supaya beliau
mengambil jizyah daripada setiap orang yang baligh satu dinar atau yang sama kadar dengannya

6
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

daripada mu`afir6. Al mua`fir ialah pakaian Yaman yang popular. Maknanya diharuskan bagi beliau
untuk mengambil daripada golongan non muslim yang telah baligh sebagai ganti kepada duit :
pakaian yang ditenun di Yaman dengan kadar yang sama dengan dinar yang diperlukan. Ini adalah
untuk memudahkan dan memberi keringan kepada meraka.

Inilah perkara yang diarahkan oleh Rasulullah terhadap Muaz, dan Muaz telah
melaksanakannya di Yaman dengan mengambil jizyah samada dengan bayaran dinar atau pakaian
Yaman yang menyamai kadar satu dinar tersebut.

Tapi kita melihat bahawa Umar mempunyai pandangan yang berbeza pada zaman
pemerintahannya di dalam penetapan jizyah ke atas penduduknya. Beliau bukan sahaja tidak
komited dengan pembayaran dinar atau sesuatu yang menyamai kadarnya, di samping tidak
menetapkan satu kadar sahaja bagi semua orang, bahkan telah membahagikan jizyah itu kepada
tiga peringkat menurut tahap kemampuan mereka yang dikenakan jizyah. Maka di sana terdapat
peringkat tinggi, peringkat pertengahan, dan peringkat rendah. Setiap peringkat ini sesuai dengan
peringkat kemampuan orang yang dikenakan jizyah. Para sahabat memperakui pandangan Umar ini
dan tidak mengganggap perkara ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi. Lalu ia
boleh dianggap sebagai ijma’ para sahabat juga.

Umar telah menetapkan had tertinggi bagi jizyah adalah sebanyak empat puluh lapan
dirham, had pertengahan pula adalah sebanyak dua puluh empat dirham, dan had terendah pula
adalah sebanyak dua belas dirham. Pandangan ini telah dipegang oleh mazhab Hanafi7.

Dalam satu riwayat yang lain, beliau telah menetapkan ke atas ahli emas (wang emas)
sepertimana yang ditetapkan ke atas penduduk Sham : empat dinar, ahli perak (wang perak)
sepertimana yang ditetapkan ke atas penduduk Iraq : empat puluh dirham. Perkara ini telah
diriwayatkan oleh Abu Ubaid dalam kitabnya “ ‫ ”األموال‬dan pandangan ini dipegang oleh mazhab
Maliki.

Sebahagian fuqaha tidak memandang perbuatan Umar itu sebagai satu pandangan yang
berhubungkait dengan politik syar`ie berdasarkan kepada perkara yang dikira sebagai maslahat pada

6
Lafaz hadis :
(( ‫ ومن كل حالم أو عدله معافر‬,‫ ومن كل ثالثين تبيعا أو تبيعة‬,‫ من كل أربعين مسنة‬,‫ فأمرني أن آخذ من البقر‬,‫)) بعثني رسول ﷲ إلى اليمن‬
Diriwayatkan oleh Ahmad (5/230), Abdul al Razzaq (6841), Abu Daud dalam bab zakat (1578), al Tirmizi dan
beliau menyatakan ini hadis hasan (633), al Nasaie (5/52,62), ibn Majah (1803), al Darimi (1/283), ibn Hibban
dalam Sahihnya (al Ihsan/4886), al Hakim (1/398), dan al Zahabi mengsahihkannya.
7
Lihat Fath al Qadir `ala al Hidayat karya ibn al Hummam : 4/368, 369 cetakan Bulaq, dan al Ikhtiar Syarh al
Mukhtar :4/137,137.
7
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

zaman pemerintahan beliau, bahkan mereka memandang perbuatan Umar itu sebagai satu sunnah
dari sunnah-sunnah khulafa al rasyidin al mahdiyyin yang mesti diikuti dan mesti dipegang dengan
teguh. Maka mereka mengeluarkan satu resolusi berdasarkan kepada pendirian Umar ini dengan
mewajibkan pengambilan jizyah dengan menuruti ketetapan yang telah diperakui oleh Umar dan
mengikut pembahagian yang telah dilakukan beliau selama-lamanya.

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa terdapat dua bentuk jizyah iaitu:

1) Jizyah yang ditetapkan mengikut keredhaan dan disepakati ke atasnya. Jizyah ini ditetapkan
berdasarkan kepada kata sepakat dengan tidak dilebih atau dikurangkan kadarnya bagi
mengelakkan berlaku pengkhianatan kepada perjanjian tersebut.
2) Jizyah yang bermula dengan perlantikan pemerintah apabila ditumpaskan orang kafir,
ditakluk negara mereka dan diserahkan segala harta benda mereka. Jizyah ini mengikut
jizyah yang telah diketahui, samada mereka mahu atau tidak, redha atau tidak. Diwajibkan
kepada orang kaya pada setiap tahun : empat puluh lapan dirham, orang pertengahan : dua
puluh empat dirham, dan orang faqir yang bekerja : dua belas dirham.

Mazhab Maliki bersetuju dengan mazhab Hanafi pada jizyah yang ditetapkan mengikut
keredhaan dan persepakatan. Tetapi mereka tidak bersetuju dengan kadar jizyah yang ditetapkan
oleh pemerintah. Oleh itu, mereka menetapkan empat dinar ke atas ahli emas, empat puluh dirham
ke atas ahli perak, dan mereka tidak menjadikannya tiga peringkat. Hujah mereka dalam perkara
tersebut ialah satu riwayat daripada Umar8.

Tetapi kedua-dua mazhab ini menghadkan jizyah pada kadarnya, tidak melampauinya. Mereka
tidak melebihi kadar tersebut dan tidak menguranginya.

Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi ketika mengulas hal ini menegaskan sepatutnya kita dalam
perkara berkaitan al khulafa al rasyidin : menurut sunnah mereka secara total, dan bukan mengikut
sebahagian kata-kata mereka sahaja. (‫ وليس اتباع أقوالھم الجزئية‬,‫)اتباع سنتھم الكلية‬.

Beliau juga menambah ”Sunnah Umar di sini ialah perubahan hukum mengikut perubahan
situasi, sehingga beliau membenarkan diri beliau melanggar apa yang diperintahkan oleh Nabi yang
mulia kepada Muaz. Hakikatnya, beliau tidak melanggarnya tetapi beliau memahami Rasul dengan
lebih baik. Beliau tahu perbuatan beliau itu adalah perbuatan yang dijalankan oleh seorang

8
Al Syarh al Qadir karya al Dardir ma`a Hasyiah al Sowi, cetakan al Ma`arif : 2/310-312.
8
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

pemerintah kepada rakyatnya berdasarkan kepada apa yang dilihatnya lebih sesuai. Beliau telah
mengikut Nabi dalam perkara tersebut dan beliau sedikitpun tidak terpesong dari petunjuk Nabi.

Apa yang wajar pilih menurut Al-Qaradawi daripada pendapat fuqaha dalam isu ini ialah
pendapat mereka yang menyerahkan perkara ini kepada ijtihad pemerintah yang dilantik, iaitu
pemerintah yang mengambil kira soal keadilan dan kesaksamaan dalam perkara yang diwajibkan ke
atas non muslim supaya tidak mencabuli hak mereka dalam menjaga maslahat orang Islam. Bahkan
pemerintah tersebut mestilah takut kepada Allah dengan tidak membebankan mereka melebihi
kesanggupan mereka. Inilah yang ingin dicapai dan dijaga oleh Umar sebenarnya.”

Ini juga merupakan adalah mazhab Sufian al Thauri, Abu Ubaid, satu riwayat dari Imam Ahmad,
juga disebut oleh ibn Qudamah di dalam (al Mughni) dan beliau telah merajihkannya : Jizyah ini tidak
ditetapkan dengan sebarang kadar, tidak dilebihkan dan tidak dikurangkan darinya. Bahkan
terpulang kepada ijtihad pemerintah dalam penambahan dan pengurangannya.

Al Bukhari9 berkata : ibn `Uyainah telah berkata : daripada ibn Abi Najih, aku bertanya kepada
Mujahid :

.‫وألنھا عوض فلم تتقدر كاألجرة‬...‫ جعل ذلك من أجل اليسار‬: ‫ما شأن أھل الشام عليھم أربعة دنانير وأھل اليمن عليھم دينار ؟ قال‬

"Kenapa penduduk Sham dikenakan jizyah empat dinar, manakala penduduk Yaman pula dikenakan
satu dinar? Beliau menjawab : dijadikan begitu bagi tujuan kemudahan (kepada mereka)…dan ianya
adalah cukai maka ia tidak ditetapkan sepertimana bayaran sewa"10.

4.2 Menghapuskan Perkataan Jizyah Daripada Bani Taghlib Dari Golongan Nasrani.

Dalil-dalil sunnah menunjukkan Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam mengenakan zakat ke atas


umat Islam dan jizyah bagi penduduk bukan Islam dari kalangan yang duduk di bawah pemerintahan
negara Islam, mendapat pengiktiarafan dan perlindungan serta tidak memerangi Islam.

Namun, kefahaman terdapat sunnah tersebut kelihatan sedikit berubah pelaksanaannya di


zaman khalifah Umar Al-Khattab. Pandangan beliau yang teliti lagi berani, yang telah beliau ambil
bagi pihak Bani Taghlib dari golongan Nasrani. Mereka adalah qabilah Arab yang besar dan mereka
tinggal berdekatan dengan sempadan negara Rom. Mereka mempunyai kekuatan dan kekebalan
serta jumlah yang ramai. Dikhabarkan mereka telah menyeberangi Sungai Furat dan ingin menyertai

9
Dalam bab al jizyah wa al muwada`ah ma`a ahli al harb, dari kitab al jizyah. Sahih al Bukhari 4/117.
10
Lihat al Mughni, halaman : 13/209-211 dengan analisa Dr al Turki dan Dr al Hilwu.
9
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Rom. Sebahagian daripada mereka berkata kepada Umar : Wahai Umar, Bani Taghlib merupakan
golongan yang engkau telah tahu kekuatannya. Mereka mahu menyertai musuh. Kalau mereka
menyertai musuh, kekuatan mereka akan bertambah. Jika sekiranya engkau melihat sesuatu yang
engkau boleh berikan kepada mereka, maka berilah11.

Al Baihaqi menyatakan dalam Sunannya : al Shafi`e berkata di hujung hadith ini : (( Kenakan
ke atas mereka jizyah. Mereka menjawab : Kami golongan Arab, kami tidak akan menunaikan apa
yang ditunaikan oleh orang ’ajam (bukan Arab). Tetapi ambillah daripada kami apa yang diambil
daripada kalangan kamu – mereka maksudkan sedeqah(zakat). Umar berkata :

‫ فزد ما شئت بھذا االسم ال باسم الجزية‬: ‫ ھذا فرض المسلمين فقالوا‬,‫ال‬

Ertinya: Tidak, ini merupakan kewajipan orang Islam. Mereka berkata : Maka gunalah nama apa yang
engkau mahu, tetapi selain dari nama jizyah.

Maka Umar berbuat demikian dan mereka saling meredhai untuk menggandakan ke atas
mereka sedeqah (zakat)”12.

Ibn Qudamah menyatakan pandangan Umar kekal begitu tanpa sebarang perselisihan
daripada para sahabat maka pandangan tersebut dikira sebagai ijma`. Ramai di kalangan fuqaha
selepas para sahabat yang menganggapnya ijma` termasuklah ibn Abi Laila, al Hasan bin Soleh, Abu
Hanifah, Abu Yusuf dan al Shafi`e13.

Sesungguhnya perbuatan Umar ini dilakukan oleh ahli yang dibangkitkan pada setiap kurun
bagi menyelesaikan setiap perkara yang berlaku pada kurun tersebut. Apa yang diambil dari Bani
Taghlib walaupun dinamakan sedeqah(zakat), ianya bukannya dikira sedeqah (zakat). Ianya tidak
diberikan kepada lapan asnaf yang disebut di dalam Surah al Taubah, sebaliknya dikategorikan
sebagai jizyah14.

Pandangan politik Umar ini tentulah berbeza dengan praktis Nabi di zamannya, ia
merupakan kebijaksanaan ijtihad politik oleh Umar yang dibina di atas dasar maslahat mencapai
manfaat dan menolak kemudaratan. Sekiranya Umar tidak bekerjasama membenarkan

11
Al Kharraj karya Yahya bin Adam, disemak oleh al Syeikh Ahmad Syakir, halaman : 66, dan lihat : Kharraj
karya Abu Yusuf, halaman : 120, cetakan al Salafiah wa al Sunan al Kubro : 9/216.
12
Lihat : al Sunan al Kubro karya al Baihaqi : 9/116.
13
Disebut oleh ibn Qudamah di dalam al Mughni : 13/224.
14
Al Amwal : 227,723.
10
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

penggunanan nama ’sedeqah berganda’ bagi melayani permintaan mereka, Bani Taghluib mungkin
sudah menjauhi Islam dan menyertai musuh Islam khususnya Rom di ketika itu.

4.3 Umar r.a tidak memberi zakat kepada yang dijinak hati mereka

ijtihad Umar dengan tidak memberikan zakat kepada al muallafat qulubuhum seperti apa
yang mereka terima pada zaman permerintahan Rasulullah.

Sebahagian oreintalis cuba berpandukan kes ini dengan mendakwa perbuatan Umar
bersalahan dengan firman Allah yang telah menetapkan bahagian sedeqah(zakat) bagi golongan ini
(al muallafat qulubuhum) sebagaimana yang dinaskan di dalam ayat 60 Surat al Taubah. Nabi juga
telah memberikan zakat kepada mereka yang mempunyai kriteria ini pada zaman Baginda,
antaranya : Uyainah bin Hisn al Fazari, al Akra` bin Habis al Tamimi, Abbas bin Mirdas dan selain
mereka. Abu Bakar pada zaman khilafahnya juga telah memberikan zakat kepada golongan ini.
Namun begitu, Umar telah menolak dari memberikan mereka zakat selepas itu dengan berkata :

‫ فأما اليوم فقد أعز  اإلسالم وأغني عنكم‬، ‫ھذا شيء كان يعطيكموه رسول  ـ صلى  عليه وسلم ـ تأليفا لكم‬

Ertinya: “Ini adalah sesuatu yang dahulunya Rasululllah sallaallahu‘alaihi wasallam memberikannya
kepada kamu untuk menjinakkanmu, adapun hari ini Allah telah memuliakan Islam dan Allah tidak
tidak berhajat kepada kamu”.15

Maka tiada lagi keperluan kepada proses menarik orang kepada Islam dan tiada lagi antara
kita golongan al muallafat qulubuhum.

Kriteria ini boleh berubah seperti kriteria faqir. Seseorang itu faqir sebelum ini, maka dia
berhak mendapat bahagian zakat. Kemudian apabila dia telah menjadi kaya, maka dia tidak layak lagi
menerima zakat.

Tidak sepatutnya golongan ini merasakan bahawa mereka berhak memiliki kriteria ini
sepanjang umur mereka, atau merasakan bahawa pemerintah wajib menganggap mereka begitu
sehingga hujung usia. Tetapi perkara ini merupakan penilaian maslahat mengikut pandangan
pemerintah. Jika sekiranya dia berijtihad bahawa mereka patut mendapat zakat maka berikanlah.

15
Az-Zayla’ie, Nasab Al-Rayah, 2/476 ; Rashid Ridha, Tafsir Al-Manar, 10/427
11
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

16
Tapi jika sebaliknya, maka tidak perlu lagi memberinya kepada mereka. Inilah juga fatwa yang
dipegang oleh Imam Abu Hanifah.

Golongan ini (orientalis dan sekular barat) berkata : Inilah dia Umar yang membatalkan nas
Quran, menghentikan beramal dengan ayat atau sebahagian ayat dari Kitab Allah, yang mana telah
diamalkan oleh Rasulullah sebelumnya. Ini merupakan dalil yang jelas bahawa antara hak seorang
pemerintah atau mujtahid secara umum, menghentikan beramal dengan nas dan tidak
menjalankannya apabila nas itu bercanggah dengan maslahah, atau maslahah itu bercanggah
dengan nas.

Golongan ini mendakwa sekiranya kita mengikut jejak Umar ini – ijtihad yang bebas secara
mutlak dari sebarang batasan, yang mendahulukan akal dari nas dan maslahat dari nas – maka kita
akan dapat menyelesaikan banyak masalah orang Islam masa kini, dan memuaskan hati manusia
dengan syariat Islam yang bersifat fleksibel, mampu untuk berkembang, mengikut maslahah yang
sentiasa berubah dan memenuhi kehendak manusia pada setiap zaman dan tempat.

Sebenarnya golongan ini tidak menyedari bahawa Shariah yang bersifat fleksibel ini, yang
boleh diumpamakan sebagai adunan lembut yang berada di tangan setiap orang, di mana dia boleh
membentuknya mengikut citarasanya yang tersendiri : bukanlah syariat yang diturunkan oleh Allah
Taala – atau yang diturunkan asas-asasnya – untuk mengawal manusia, yang mana manusia perlu
kembali kepada nas-nas dan maqasidnya ketika mereka berbalah berdasarkan firman Allah Taala :

ً‫ك َخ ْي ٌر وَ أَحْ َسنُ َتأْ ِويال‬ ِ ّ ‫ُول إِن ُكن ُت ْم ُت ْؤ ِم ُنونَ ِب‬
َ ِ‫ َوا ْلي َْو ِم اآلخ ِِر َذل‬E‫ا‬ ّ ‫ازعْ ُت ْم فِي َشيْ ٍء َف ُردُّوهُ إِلَى‬
ِ ‫ ِ َوالرَّ س‬ َ ‫َفإِن َت َن‬

Ertinya: “Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok pula kesudahannya”. [al Nisa : 59].

Ramai dari kalangan ulama dan fuqaha memberi respon berkenaan dakwaan yang tersebar
luas ini yang mana ianya berakhir dengan resolusi pembekuan nas-nas dan pembatalan syariat
Pencipta menurut hawa nafsu makhluk.

Syeikh Muhammad al Madani memberi maklum balas tentang dakwaan ini menyatakan
dakwaan oreintalis ini ditolak dengan hujah bahawa al muallafat qulubuhum wujud pada zaman

16
Al-Qaradawi, hlm 171-180
12
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

pemerintahan Umar iaitu golongan yang telah dijinakkan oleh Rasulullah. Tetapi Umar telah
menghalang mereka dari menerima zakat sedangkan golongan tersebut ada. Maka tidak boleh
dikatakan : ‘zakat tidak perlu diberi kerana tiada asnaf’, tetapi ia adalah kerana maslahat yang telah
diijtihadkan oleh Umar al-khattab r.a iaitu : “Allah telah memuliakan Islam, dan tiada sebarang sebab
untuk menarik manusia kepada Islam”. Perkara ini bertepatan dengan apa yang diperakui oleh
sebahagian ulama yang mana pemberian zakat kepada al muallafat qulubuhum adalah hukum yang
berillahkan keperluan agama Islam kepada proses menarik orang kepada Islam. Apabila ‘illah ini
tiada, maka hukumnya pun tiada kerana ianya adalah hukum yang mempunyai illah. Hukum yang
mempunyai illah ini akan beredar mengikut illahnya.

4.4 Keengganan Umar r.a membahagikan tanah yang dirampas kepada tentera.

Kes kajian seterusnya adalah pendirian Umar r.a berkaitan isu pembahagian tanah rampasan
perang kepada tentera yang terdiri daripada para sahabat yang meminta beliau membahagikannya
kepada mereka dengan alasan ghanimah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi iaitu ketika
pembahagian tanah Khaibar kepada tentera yang menaklukinya yang mana Umar r.a sendiri adalah
di kalangan tentera tersebut.

Para sahabat meminta tanah dibahagikan sebagaimana ketika Sa`ad bin Abi Waqqas
membuka Parsi dan Iraq. Kawasan terseut dinamakan’ al suwad’ (‫ )السواد‬ekoran kesuburan dan
kehijauannya yang sekiranya orang yang melihat kawasan tersebut dari jauh seolah-olah dia melihat
satu jisim hitam. Para sahabat juga meminta untuk dibahagikan tanah Syam ketika mana tanah
tersebut dibuka. Mereka meminta pemimpin mereka ketika itu Amru bin al `As membahagikan
tanah ketika pembukaan Mesir.

Namun begitu, Umar enggan berbuat demikian dan tidak memenuhi permintaan para
sahabat kerana beliau berpendapat ada perkara yang lebih utama mengikut neraca syara` dari
pembahagian tersebut, walaupun pembahagian tersebut dianggap oleh mereka yang meminta
sebagai hak yang telah ditetapkan kepada mereka oleh Allah di dalam al Quran dan sunnah
RasulNya.

Pandangan Umar ini di sokong dengan pandangan Ali, Muaz, Uthman dan Talhah iaitu tiada
pembahagian tanah kepada tentera ekoran mafsadah yang bakal berlaku. Inilah yang dikenalpasti
dari pelbagai riwayat daripada Umar.

Jika kita melihat kepada nas panduan dalam hal ini antaranya adalah:

13
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

1) Firman Allah Taala di dalam Surah al Anfal :


(( ...‫يل‬
ِ ِ‫ْن السَّب‬ ِ ‫ِ ُخ ُم َس ُه َولِل َّرسُو ِل َولِذِي ا ْلقُرْ بَى وَ ا ْل َي َتامَى َوا ْل َمسَاك‬Eّ ِ َّ‫)) َواعْ لَمُو ْا أَ َّنمَا َغنِ ْم ُتم مِّن َشيْ ٍء َفأَن‬
ِ ‫ِين َواب‬

Ertinya: “Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang,
maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan
untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil
(orang musafir yang putus bekalan)…”[al Anfal : 41].

Ayat ini mewajibkan pembahagian harta ghanimah kepada tentera samada harta tersebut
berbentuk manqul (boleh alih) atau ghair manqul (tidak boleh alih). Tetapi Umar dengan
sengaja meninggalkan ayat ini dan tidak mengamalkan tuntutannya dengan tidak
membahagikan tanah rampasan perang.

2) Hadith sahih yang mana Nabi ketika memerangi Khaibar dan menawannya dengan
menggunakan kekerasan, Baginda telah membahagikan tanah Khaibar kepada semua orang
Islam yang menyertai Baginda dalam proses penawanannya.

Namun begitu, Umar meninggalkan literal nas Quran dan sunnah bagi mengambil kira ruh dan
maslahat yang dilihatnya serta diyakininya. Beliau tidak membahagikan tanah tawanan perang
kepada golongan yang memintanya secara terang-terangan supaya beliau berbuat demikian. Ada di
kalangan mereka yang berkeras dan bertegas dalam perkara ini. Antaranya Bilal -meskipun beliau
mempunyai kelebihan yang banyak dan merupakan antara yang terawal memeluk Islam - dan ramai
lagi di kalangan para sahabat yang berbuat demikian sehinggakan Umar terpaksa berdoa ke atas
mereka dengan berkata :
‫اللھم اكفني بالال وأصحابه‬

Ertinya: “Ya Allah cukupkanlah (bebaskanlah) aku daripada (desakan) Bilal dan sahabat-sahabatnya”.

Kita sepatutnya melihat apa yang telah dilakukan oleh Umar dengan pandangan fiqh Adakah
beliau menyanggahi nas qat`ie thubut dan dilalah di dalam Quran dan sunnah dalam memahami nas
yang berkait dengan keputusan pentadbiran dan politik ini?

Pemerhatian Kepada Ayat Ghanimah:

Firman Allah Ta’ala:

(( ...‫يل‬
ِ ‫ْن الس َِّب‬ ِ ‫ِ ُخ ُم َس ُه َولِل َّرسُو ِل َولِذِي ا ْلقُرْ بَى وَ ا ْل َي َتامَى َوا ْل َمسَاك‬Eّ ِ َّ‫)) َواعْ لَمُو ْا أَ َّنمَا َغنِ ْم ُتم مِّن َشيْ ٍء َفأَن‬
ِ ‫ِين َواب‬

14
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ertinya: “Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang,
maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan
untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang
musafir yang putus bekalan)…”[al Anfal : 41].

Justeru itu, empat perlima yang berbaki adalah milik ahli ghanimah. Ayat ini tidak syak lagi
merupakan ayat qat`ie thubut. Perihal keseluruhan Quran thabit dengan tawatir yang diyakini yakni
tiada sebarang keraguan padanya. Tetapi adakah ayat ini qat`ie dilalah merangkumi semua harta
ghanimah boleh alih dan tidak boleh alih, dan juga merangkumi semua tanah, gunung-ganang dan
sungai-sungai?

Al-Qaradawi menegaskan tiada faqih yang begitu celik dengan Quran, gaya bahasa dan
dilalahnya bagi mengatakan ayat ini menunjukkan qat`ie dilalah. Ini kerana apa yang dikategorikan
sebagai ghanimah ialah : apa yang dikuasai dan dimiliki. Perkara ini logik dan munasabah pada
senjata, pakaian, wang, alatan dan seumpamanya yang boleh dikutip, dibawa dan dipindahkan.

Berbeza dengan tanah yang terbentang, dataran yang luas, gunung yang tinggi, sungai yang
besar, siapa yang akan mengatakan : dia telah memiliki dan menguasainya kecuali dengan
menggunakan prosa yang melampau dalam berbahasa dan bukan secara realiti.

Jadi dalam isu ini, Umar seakan-akan mengatakan kepada para sahabat yang meminta
darinya pembahagian tanah tersebut : kamu semua tidak memiliki tanah ini secara hakiki, maka ayat
ghanimah tidak boleh menjadi hujah kepada kamu kerana ianya berkisar pada harta boleh alih dan
seumpamanya sahaja.

Sandaran Umar Kepada Quran :

Umar r.a sebenarnya berhujah dengan menggunakan beberapa ayat Quran dari Surah al
Hasyr dalam melakukan apa yang dlihatnya. Ayat-ayat ini berkaitan dengan pembahagian al fai
(harta yang diperolehi daripada kafir harbi tanpa peperangan).

Abu Yusuf berkata di dalam kitabnya al Kharraj : ketika Umar menawan ‘al suwad’ (‫)السواد‬
beliau telah berbincang dengan para tentera. Ramai di kalangan mereka yang ingin membahagikan
tanah tersebut dan Bilal bin Rabah merupakan sahabat yang menonjol dalam perkara itu. Abdul
Rahman bin `Auf sependapat dengan Bilal, manakala Uthman, Ali dan Talhah sependapat dengan
Umar. Pendapat Umar ialah meninggalkan tanah tersebut tanpa membahagikannya. Mereka kekal

15
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

dalam keadaan tersebut beberapa hari sehinggalah Umar berkata : Aku telah mendapati hujah
supaya tidak membahagikannya, firman Allah Taala :

. َ‫ َ َورَ سُولَ ُه أ ُ ْولَئِ َك ُھ ُم الصَّا ِدقُون‬ َّ َ‫ص ُرون‬ ُ ‫ َو ِرضْ َوانا ً َويَن‬ ِ َّ َ‫ِيار ِھ ْم َوأَم َْوال ِِھ ْم َي ْب َت ُغونَ َفضْ الً ِّمن‬ ُ
ِ ‫ج ِرينَ الَّذِينَ أ ْخ ِرجُوا مِن د‬ ِ ‫لِ ْلفُ َقرَ اء ا ْل ُمھَا‬
َ‫اجَة ِّممَّا أُو ُتوا َوي ُْؤثِ ُرونَ َعلَى أَنفُسِ ِھ ْم وَ لَ ْو َكان‬
ً َ‫ور ِھ ْم ح‬ ِ ‫ص ُد‬ ُ ‫ج ُدونَ فِي‬ ِ ‫حبُّونَ َمنْ ھَاجَ رَ إِلَي ِْھ ْم َو َال َي‬ ِ ‫َوالَّذِينَ َتبَوَّ ؤُ وا ال َّدارَ َو ْاإلِيمَانَ مِن َق ْبل ِِھ ْم ُي‬
‫َان‬
ِ ‫اإليم‬ ْ ‫ َوالَّذِينَ جَ اؤُ وا مِن َبعْ ِد ِھ ْم َيقُولُونَ رَ َّب َنا‬. َ‫ش َّح َن ْفسِ ِه َفأ ُ ْولَئِ َك ُھ ُم ا ْل ُم ْفلِ ُحون‬
ِ ْ ‫اغفِرْ لَ َنا َو ِإلِ ْخ َوانِ َنا الَّذِينَ َس َبقُو َنا ِب‬ ُ َ‫ِب ِھ ْم َخصَاص ٌَة َومَن يُوق‬
‫وب َنا غ ِّالً لِّلَّذِينَ آ َم ُنوا رَ َّب َنا إِ َّن َك رَ ؤُ وفٌ رَّ حِي ٌم‬
ِ ُ ‫َو َال َتجْ َع ْل فِي قُل‬

Ertinya: “(Pemberian itu hendaklah diperuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang
telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada
ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama)
Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). Dan orang-orang
(Ansar) yang tinggal di negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang
yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa
yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-
orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan
kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Dan orang-
orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan
Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman,
dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang
yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan
RahmatMu". [al Hasyr : 8-10].

Umar berkata : Bagaimana boleh aku bahagikan kepada kamu, dan meninggalkan sesiapa
yang datang kemudian tanpa sebarang bahagian? Maka mereka berijma` untuk tidak
membahagikannya, mengumpulkan hasil buminya, membiarkannya di tangan pemiliknya, di samping
mengenakan cukai kharraj atas hasil buminya dan jizyah kepada setiap individu17.

4.5 Umar r.a menghentikan hukuman hudud bagi pencuri pada tahun kebuluran (al maja`ah).

Antara hujah yang dipegang oleh golongan yang mendakwa pembatalan nas-nas syara` -
walaupun qat`ie thubut dan qat`ie dilalah – yang diulang-ulang oleh golongan yang bercakap tentang
isu pendirian Umar dan ijtihadnya yang popular mengenai had al sariqah (mencuri) iaitu potong

17
Al Kharraj karya Abu Yusuf, halaman : 35.
16
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

tangan. Beliau telah menghentikan pelaksanaan had ini pada tahun al maja`ah (kebuluran) yang
masyhur pada zaman pemerintahannya, dan ianya lebih dikenali sebagai tahun kelabu (‫)عام الرمادة‬.

Golongan yang bercakap mengenai pembatalan nas ini berkata : Allah Taala telah menyebut
di dalalm Surah al Maidah, antara ayat yang akhir diturunkan :

‫ ُ ع َِزي ٌز حَ كِي ٌم‬O ِ ّ َ‫َّار َق ُة َفا ْق َطعُو ْا أَ ْي ِد َي ُھمَا جَ َزاء بِمَا َك َسبَا َن َكاالً ِّمن‬
ّ ‫ َو‬ ِ ‫َّار ُق َوالس‬
ِ ‫َوالس‬

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai)
suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.[al
Maidah : 38]. Ayat ini qat`ie thubut tanpa sebarang pertikaian kerana Quran keselurahannya qat`ie
thubut. Ayat ini juga qat`ie dilalah atas kewajipan memotong tangan pencuri lelaki dan perempuan
sebagai satu balasan apa yang mereka telah usahakan. Nas Quran ini datang secara umum dan
mutlak, di mana Allah Taala memerintahkan supaya memotong tangan semua pencuri, tanpa
mengkhususkan dengan masa dan keadaan atau situasi tertentu. Bahkan hukum ini datang secara
umum dan mutlak tanpa terikat kepada keadaan kebuluran atau kesengsaraan yang menimpa
manusia.

Mereka mengatakan : Nabi memahami umum ayat ini dan bersabda :

‫ لقطع محمد يدھا‬,‫والذي نفسي بيده لو أن فاطمة بنت محمد سرقت‬

Ertinya: “Demi (Allah) yang nyawaku berada di genggamanNya, sekiranya Fatimah bintu Muhammad
mencuri, maka Muhammad akan memotong tangannya”18. Tiada rekod yang menyatakan Nabi
menjalankan pemotongan itu ketika pencuri dalam keadaan senang (tidak terdesak), dan tidak
menjalankannya ketika dalam keadaan terdesak. Maka dari mana Umar ambil syarat ini?.

Kemudian Umar tidak berusaha mengetahui keadaan pencuri : adakah dia di dalam keadaan
terpaksa atau berhajat, atau di dalam keadaan senang. Tetapi beliau memadai dengan keadaan
umum manusia pada tahun al maja`ah itu. Kadang-kadang pencuri itu sendiri tidak berhajat
walaupun dalam keadaan kebuluran yang menyelubungi kebanyakan manusia. Bagaimana Umar
boleh menghentikan had potong tangan sebelum tiba masanya? Ini tidak lain tidak bukan melainkan
Umar sendiri yang memberikan hak menjalankan nas, menyekatnya, menghentikannya berdasarkan
kepada maslahat yang dilihatnya.

18
Diriwayatkan oleh jamaah muhaddithin.
17
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Syeikh Al Madani berkata Umar sebenarnya tidak menghentikan pelaksanaan nas, tidak
mengubahnya dan tidak memansuhkannya, tetapi beliau memahami bahawa pengambil harta pada
tahun al maja`ah tidak dikategorikan sebagai pencuri. Ini kerana dia mengetahui haknya pada apa
yang diambil. Mencuri pula ditakrikan sebagai mengambil harta orang lain tanpa hak secara
sembunyi.

Penerangan bagi perkara ini : antara asas-asas Islam yang qat`ie, saling bantu-membantu
antara manusia. Ini bermakna menjadi fardu kifayah kepada masyarakat unutk menghulurkan
bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah dan menjauhkan mereka dari lembah darurat. Jika
masyarakat tidak menjalankan kewajipan ini kepada golongan terdesak ini maka berdosa. Manakala
orang yang terdesak ini boleh mengambil apa yang memenuhi keperluan asasnya dan menojauhkan
daruratnya.

Tahun al maja`ah ini tanpa sebarang keraguan merupakan satu tempoh yang yang
mengundang kewujudan ramai golongan terdesak dan faktor ini yang mewajibkan masyarakat
menghulurkan bantuan kepada mereka. Perkara ini tidak boleh dibangkitkan untuk mengiktiraf
darurat atau tidak terhadap seseorang yang mencuri. Tetapi ini merupakan salah satu skop hudud
dan hudud gugur dengan perkara syubhah. Maka memadailah bagi seorang hakim untuk berkata :
barangkali fulan ini mencuri kerana darurat yang menyebabkannya mencuri. Ini merupakan syubhah
yang kuat yang boleh menggugurkan hudud.

Namun sekiranya tahun itu bukannya tahun al maja`ah tetapi tahun yang makmur sejahtera,
syubhah ini tidak kuat dan tidak boleh menggugurkan hudud dengannya. Ini kerana perkara yang
diambil kira pada syubhah yang menggugurkan hudud ialah kadar kekuatannya dan situasi yang
mendesaknya.

Umar telah menghubungkan fiqhnya dengan lafaz yang datang dalam firman Allah Taala :

‫َّار َق ُة‬
ِ ‫َّار ُق َوالس‬
ِ ‫َوالس‬

Beliau menafsirkan lafaz ini dengan pengambilan harta yang bukan hak secara sembunyi.
Kemudian beliau mengimplimentasikan mafhum lafaz ini ke atas pencuri pada tahun al maja`ah dan
beliau mendapati si pencuri itu mengambil sesuatu yang berhak baginya. Maka, perkara ini tidak
termasuk di dalam nas dan tidak wajib memotong tangannya.

Di antara dalil yang menunjukkan kepada pemahaman Umar tentang tafsiran al sariqah
bahawa ianya ialah pengambilan sesorang harta yang tiada hak baginya, apa yang diriwayatkan oleh
18
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

al Qasim bin Abdul Rahman bahawa seorang lelaki telah mencuri harta baitul mal. Lalu Sa`ad bin Abi
Waqqas telah mengutus surat kepada Umar, lalu Umar mengutus surat balas yang berbunyi :

‫أن ال قطع عليه ألن فيه نصيبا‬

Ertinya: “Tiada pemotongan ke atasnya kerana dia mempunyai bahagian di dalamnya (harta itu)”.

4.6 Ijtihad Uthman Affan, Ali Abi Talib dan Mu’adz Jabal

Pada zaman Rasulullah sallaallahu‘alaihi wasallam, Abu Bakar r.a dan Umar al-Khattab r.a ,
jika ada unta yang hilang maka sesiapa yang menjumpainya diarahkan untuk membiarkannya sahaja
di tempat itu sehinggalah tuannya mendapatkannya semula, ini adalah bagi menuruiti keputusan
pentadbiran Rasulullah sallaallahu‘alaihi wasallam

Namun pada zaman pemerintahan Uthamn Affan beliau mengubah polisi poltiik itu kepada
arahan mereka yang menjumpainya mesti mengambil unta terbabit dan mengistiharkannya
kemudian jika masih belum ada yang menuntutnya, dijual dan disimpan harganya, jika datang
kemudian tuan punya, diserahkan sahaja wang yang disimpan itu.19

Lihat bagaimana Khalifah Uthman memahami sunnah nabi dan khalifah sebelumnya, beliau
memahaminya menembusi teks literal kepada maqasid. Inilah juga yang membuatkan Uthman al
Affan mengeluarkan arahan supaya mengguna pakai hukum al luqatah "‫( "اللقطة‬barang yang tercicir)
yang mana istilah ini sering dipakai untuk selain haiwan, adapun untuk haiwan maka dikatakan
dhaallah al ibil “‫ ”ضالة اإلبل‬pada zaman pemerintahan beliau. Sedangkan Rasulullah melarang perkara
tersebut pada zaman pemerintahan Baginda. Ini kerana beliau melihat perubahan akhlaq manusia
ketika mana orang Islam mula bercampur dengan orang bukan Islam.20

Pemahaman inilah yang membuatkan Ali bin Abi Talib mengeluarkan hukum agar pengeluar
barangan atau pengilang menjamin apa yang dirosakkan oleh tangan-tangan mereka, padahal
hukum asal pada perkara tersebut ialah mereka tidak perlu menjadi penjamin tetapi hanya sebagai
pemegang amanah sahaja. Beliau berbuat demikian dengan tujuan menjaga harta manusia dan
mencegah pengeluar barangan daripada mengeluarkan dakwaan bahawa harta mereka dirosakkan
tanpa menghadirkan sebarang bukti.

19
Imam Malik, Al-Muwatta’, 3/129
20
Al-Qaradawi, Kayfa Nata’amal Ma’a Al-Sunnah Al-Nabawiyyah, hlm 151-152
19
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Pemahaman ini juga membuatkan Muaz bin Jabal mengambil zakat daripada hasil tekstil di
Yaman berbanding gandum kerana ini lebih memudahkan penduduk Yaman dan lebih memberi
manfaat kepada golongan faqir dan golongan yang berhak ke atas zakat.

4.7 Menulis selain al-Quran

Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam bersabda:

‫آن َف ْل َي ْم ُح ُه‬
ِ ‫ب َع ِّني َغ ْي َر ا ْلقُ ْر‬
َ ‫َال َت ْك ُت ُبوا َع ِّني َومَنْ َك َت‬

Ertinya: Jangan kamu tulis dariku apa-apa jua pun, sesiapa yang telah menulis dariku selain Al-Quran
hendaklah dia memadamnya. (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Imam Al-Qadhi Iyadh menegaskan ulama berbeza ijtihad dalam menyimpulkan hukum
menulis selain Al-Quran di zaman tersebut tentunya, namun begitu ia tiada lagi relevan di zaman kita
yang mana semua telah ditulis, yang mana ia hanyalah khas di zaman Al-Quran masih diturunkan
secara berperinkgkat kepada Nabi, sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibn Hajar. Imam Al-Nawawi
pula menyatakan beberapa pandangan antaranya yang mendakwa bahawa larangan Nabi itu adalah
jika menulis al-Quran dan kalam baginda di atas satu lembaran, dibimbangi bercampur.21

Apapun pandangan ulama silam, para sahabat telah terlebih dahulu menunjukkan
kefahaman mereka melangkaui teks atau literal hadis, mereka tidak rigid dan jumud dalam
memahaminya, lantas mereka menulis hadith baginda Nabi. Imam Ibn Hajar menjelaskan :

ْ ‫ لَ ِكنْ لَمَّا َقص َُر‬, ‫ين ِك َتا َبة ْال َحدِيث َواسْ َت َحبُّوا أَنْ ي ُْؤ َخذ َع ْن ُھ ْم ِح ْف ًظا َك َما أَ َخ ُذوا ِح ْف ًظا‬
‫ت ْال ِھ َمم‬ َ ‫اعة ِمنْ الص ََّحا َبة َوال َّت ِاب ِع‬ َ ‫َك ِر َه َج َم‬
َ ‫َو َخشِ َي األَ ِئمَّة‬
ُ‫ض َياع ْالع ِْلم دَ وَّ ُنوه‬

Ertinya: Sekumpulan sahabat dan tabien tidak menyukai menulis hadith namun mereka
menggalakkan di kalangan mengambilnya secara hafazan sebagai diterimanya, tetapi sewaktu
kurangan kemampuan, ketelitian dan bimbangnya para ulama akan hilangnya ilmu, lalu mereka
telah mencatatnya (menulisnya).22

5.0 NABI JUGA MENGUBAH PANDANGAN HAL EHWAL POLITIK MENGIKUT MASLAHAT.

Tiada keraguan di dalam perkara ini kerana Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam sendiri
mengamalkan cara mengubah dan menangguhkan pandangan Baginda berkaitan dengan

21
Syarah Sohih Muslim, Yahya Syaraf, 18/129
22
Fath Al-bari, Ibn Hajar Al-Asqolani, 1/208
20
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

pengurusan, politik, ekonomi dan seumpamanya. Atas dasar itulah para sahabat khususnya Khulafa
al-Rashidin menurutinya atas kefahaman mereka yang mendalam terhadap sunnah Nabi yang
menjangkaui literal kalam Baginda Nabi. Rasulullah menguruskan semua urusan ini selari dengan
maslahat yang ingin dipelihara dan dicapai.

a. Simpanan daging korban

Sebagai contoh, sepanjang beberapa tahun Baginda melarang penyimpanan daging korban
Hari Raya Adha selepas tiga hari. Ini berikutan perubahan situasi yang berlaku di Madinah dengan
kehadiran delegasi Arab badwi yang datang dari luar Madinah sempena meraikan Hari Raya Adha.
Ketika itu tiada lagi restoran, hotel dan seumpamanya yang boleh memberi kemudahan kepada
manusia. Pandangan ini diutarakan agar manusia tidak mementingkan diri sendiri dan mengabaikan
keperluan saudara mereka. Apabila situasi seperti itu telah berakhir, maka pengharaman sementara
ini akan ditarik balik dan keadaan akan kembali seperti biasa iaitu diharuskan menyimpan daging
korban melebihi tiga hari dan digunakan mengikut keperluan masing-masing seperti dimakan atau
diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Perkara ini dijelaskan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim
daripada Salamah bin al Akwa`, beliau berkata : Nabi telah bersabda :

َّ َ ‫سول‬
‫ َن ْف َعل ُ َك َما َف َع ْل َنا ا ْل َعا َم‬، ِ8 ُ ‫ َيا َر‬: ‫ " َفلَ َّما َكانَ ا ْل َعا ُم ا ْل ُم ْق ِبل ُ َقالُوا‬. ‫ش ْي ٌء‬َ ‫ َوفِي َب ْيتِ ِه ِم ْن ُه‬، ‫ص ِب َحنَّ َب ْع َد َثالِ َث ٍة‬
ْ ‫ َف َال ُي‬، ‫ض َّحى ِم ْن ُك ْم‬
َ ْ‫مَن‬
‫ َفأ َ َردْ تُ أَنْ ُتعِي ُنوا فِي ِھ ْم‬، ‫اس َج ْھ ٌد‬ ِ ‫ َفإِنَّ َذلِ َك ا ْل َعا َم َكانَ بِال َّن‬، ‫ َوا َّد ِخ ُروا‬، ‫ َوأَ ْط ِع ُموا‬، ‫ " ُكلُوا‬: َ ‫ا ْل َماضِ ي ؟ َقال‬

Ertinya: ”Barangsiapa di antara kalian berkorrban, maka janganlah ada daging korban yang masih
tersisa dalam rumahnya setelah hari ketiga.” Ketika datang tahun berikutnya, para sahabat berkata,
”Wahai Rasulullah, apakah kami harus melakukan sebagaimana tahun lalu?” Maka Baginda
menjawab, ”(Adapun sekarang), makanlah sebahagian, sebahagian lagi berikan kepada orang lain
dan sebahagian lagi simpanlah. Pada tahun lalu manusia sedang mengalami tekanan – kesukaran
dan kelaparan - maka aku ingin kalian membantu mereka dalam perkara itu”23.

Hadith daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi bersabda :

‫إنما نھيتكم من أجل الدافة التي دفت‬

23
Muttafaq `alaih sebagaimana yang dijelaskan di dalam al Lukluk wa al Marjan, hadis 1290.
21
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ertinya: “Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu dari menyimpan daging qurban disebabkan oleh
daffah ( kumpulan pelawat Madinah yang memerlukan makanan)”24.

Berdasarkan hadith-hadith di atas, jelaslah `illah larangan tersebut. Ianya adalah untuk
membaiki situasi kecemasan yang berlaku secara tiba-tiba. Apabila `illah tersebut telah berlalu, maka
hukum yang diperuntukkan semata-mata kerana `illah tersebut juga akan berlalu.

Terdapat hadith yang jelas membenarkan penyimpanan daging kurban melebihi tiga hari. Sabda
Nabi:

‫ث لِ َي َّتسِ َع ُذو ال َّط ْو ِل َعلَى مَنْ َال َط ْول َ لَ ُه َف ُكلُوا َما َبدَا لَ ُك ْم َوأَ ْط ِع ُموا َوا َّد ِخ ُروا‬ َ َ‫وم ْاأل‬
ٍ ‫ضاح ِِّي َف ْوقَ َث َال‬ ِ ‫ْنتُ َن َھ ْي ُت ُك ْم عَنْ ل ُ ُح‬

Dalam riwayat lain :

‫فأمسكوا ما بدا لكم‬

Ertinya: “Dahulu aku melarang kamu dari menyimpan daging kurban lebih dari tiga hari, agar orang
yang memiliki harta dan makanan yang cukup memberikan bantuan kepada orang yang tidak
memilikinya. Namun (sekarang), makanlah (mengikut keperluan kamu), berilah makan, dan
simpanlah”25.

Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan bahawa ramai di kalangan fuqaha yang menyangka


bahawa keharusan ini merupakan nasakh kepada larangan yang sebelum ini, tetapi sebenarnya
tidak. Hakikatnya, keharusan ini bukannya tergolong di dalam isu nasakh sebagaimana yang
dijelaskan oleh al Imam al Qurtubi di dalam tafsirnya. Beliau berkata : “Hukum tersebut diangkat (
ditinggalkan) kerana terangkatnya `illahnya, bukan kerana ianya mansukh (dimansuhkan). Perbezaan
antara sesuatu hukum ditinggalkan dengan nasakh dan ditinggalkan dengan terangkatnya `illah ialah
; hukum yang ditinggalkan dengan nasakh tidak akan digunakan selama-selamanya. Manakala yang
ditinggalkan dengan terangkatnya `illah akan dugunakan kembali dengan kembalinya `illah.
(Contohnya) sekiranya sekumpulan manusia yang berhajat datang kepada penduduk satu kawasan
sempena Hari Raya Adha, dan ketika itu penduduk kawasan tersebut tidak memiliki kesenangan
(makanan dan keperluan), mereka perlu medapatkan keperluan mereka dan tidak menyimpan

24
Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab ‘al Adhohi’ daripada Aishah, hadis 1971.
25
Diriwayatkan oleh al Tirmizi dalam kitab ‘al Adhohi’ daripada Buraidah. Beliau menyatakan hadis ini hasan
sahih, hadis 1510. Terdapat juga di dalam Sahih Muslim, hadis 1977.
22
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

daging korban mereka. Mereka mesti memastikan mereka tidak menyimpan daging korban tersebut
melebihi tiga hari, sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi”26.

Sebenarnya, larangan dan tegahan Nabi ni pada perkara tersebut adalah meupakan salah
satu tanggungjawab pemerintah ke atas rakyatnya, dan merupakan tuntutan politik syar`ie yang
dilakukan sesuai dengan situasi yang dihadapi. Perkara ini tidak menjadi masalah kerana ianya tidak
lebih dari ‫( تقييد المباح‬mengikat perkara yang dibenarkan) dan ‫ ايجاب المعونة‬memberikan pertolongan
27
bagi situasi yang mendesak.

b. Tidak Merubah Bentuk Binaan Kaabah

Hukum asal dalam keputusan pentabdiran dan politik sentiasa menerima perubahan mengikut
zaman dan situasi sehingga menghasilkan hukum pengecualian tertentu. Target utamanya adalah
kemanfaatan yang lebih besar. Sebagaimana Rasulullah pernah membatalkan hasratnya untuk
mengubah bentuk Ka''bah kepada asas yang didirikan oleh Nabi Ismail a.s disebabkan desakan
keadaan masyarakat, iaitu kejahilan mereka, masih barunya dengan Islam dan belum bersedia untuk
Ka’abah diperlakukan sedemikian. Rasulullah bersabda kepada Aisyah:
‫لو ال أن قومك حديثو عھد بشرك لبنيت الكعبة على قواعد إبراھيم‬
Ertinya : Sekiranya tidaklah kaummu itu baru-baru sahaja (keluar) dari zaman syirik (menyembah
berhala) nescaya sudah tentu akan ku bina semula Kaabah di atas binaan asal Nabi Ibrahim ( Al-
Bukhari & Muslim)

c. Arahan tidak memotong tangan pencuri sewaktu peperangan

Salah satu nas yang berubah aplikasinya berdasarkan keputusan politik yang melihat kepada suasana
semasa dan keadaan adalah sabda baginda Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam:

‫ال تقطع األيدي في الغزو‬

Ertinya : Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan. (Riwayat al-Tirmizi dan al-
Darimi. Hadith dinilai sahih oleh al-Albani)

Imam Tirmizi ketika merekodkan hadith ini menyebut:

26
Tafsir al Qurtubi, jilid : 12, halaman : 47-48.
27
Al-Siyasah Al-Syar’iyyah Fi Dhaw Nusu Al-Shari’ah Wa Maqasidiha, hlm 140-141
23
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak
dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang
dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”

Sebuah lagi hadith bahawa Nabi menyebut:

‫ال تقطع األيدي في السفر‬

Ertinya : Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran atau perjalanan. (Riwayat Abu Daud. Dinilai
sahih oleh al-Albani).

Kedu-dua hadith di atas menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu, pelaksanaan hukum hudud
akan ditangguhkan atas pertimbangan politik oleh pemerintah. Target atau objektifnya tidak lain
kecuali menjaga kesejahteraan dan keharmonian masyarakat umumnya dan Islam khasnya.

6.0 BEBERAPA DALIL BERSIFAT POLITIK YANG PERLUKAN LEBIH DARI TEKS

Berikut adalah beberapa dalil bersifat pentadbiran, politik atau muamalat yang memerlukan lebih
dari hanya terikat dengan teks dan erti literalnya. Bagi saya jika dalil-dalil ini difahami hanya
berdasarkan literal, ia bakal bercanggah dengan maqasid teks dan dalil itu sendiri.

a. Pemimpin dari kaum Quraiysh

Nabi menegaskan :

‫األئمة من قريش‬

Ertinya: Sesungguhnya pemimpin itu adalah dari kalangan kaum Quraish.28

Ibn Khaldun menjelaskan hadith ini mengkhususkan kepada bangsa Quraish disebabkan
mereka adalah bangsa yang paling kuat dan kesatuannya. Justeru, ia paling diyakini dapat mengelak
pertelingkahan antara bangsa-bangsa arab yang sebegitu banyak. 29

Hadith di atas juga boleh difahami apabila membaca ’sebab’ mengapa Quraish disarankan
oleh baginda Nabi. Sebab ini tercatat dalam hadith yang lain iaitu :-

‫ مسلمھم تبع لمسلمھم وكافرھم تبع لكافرھم‬, ‫الناس تبع لقريش في ھذا الشأن‬

28
Riwayat Ahmad dan dinilai sohih oleh Sheikh Syuaib Al-Arnaout.
29
Al-Qaradawi, hlm 150
24
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ertinya: Manusia (orang ramai) akan mengikut Quraish dalam hal ini, yang Muslim dari kalangan
merrekea akan mengiktu yang Muslim mereka (bangsa Quraish), manakal yang kafir juga akan
mengikuti yang kafir (dari kalangan Quraish). (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Imam Al-Nawawi mengulas rasionalnya dengan menyatakan ini adalah kerana Quraish di
zaman Jahiliyah mereka adalah ketua bangsa arab, ashab tanah haram, dan ahli baitullah dan kaum
arab mengguna keislaman mereka, apabila mereka Islam, berduyunlah arab menjadi Islam dan
dibuka Mekkah. Imam Nawawi juga menegaskan Khalifah bagi sebuah daulat Islam mesti dari
kalangan bangsa Quraish, sambil menegaskan ini adalah ijma’ dan terpakai sehingga hari qiamat
sehingga hanya wujud dua orang sahaja pun, Quraish didahulukan30

Pun begitu, hadith ini secara rasionalnya terpakai dalam konteks khilafh dalam bentuk
asalnya, namun apabila sistem demokrasi menguasi kebanyakan negara dunia, pastinya literal teks
ini tiada lagi mampu dilaksana kecuali intinya dan maqasidnya iaitu memfokuskan kepimpinan
kepada yang paling kuat dan berpengaruh masih menjadi formula penting keutuhan sesebuah
kepimpinan.

Justeru, kefahaman dalil dalam bab politik sebegini tidak boleh disandarkan hanya kepada literal
dalil, jika tidak pemimpinan negara, gabenor wilayah, negeri malah di setiap peringkat kepimpinan
mesti dilantik dari kalangan bangsa Quraish hatta kita yang berada di luar negara arab. Asalkan
sahaja kita muslim teks hadith mesti dituruti.

b. Nabi berlepas diri dari muslim di negara musyrik.

Baginda nabi diriwayatkan bersabda:

‫أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظھر المشركين‬

Ertinya : Aku berlepas diri dari setiap orang Islam yang mendiami di kawasan persekitaran musyrikin.
( Riwayat Abu Daud & at-Tirmidzi)31

Bagi memahami dan menggunakan hadith ini, ia perlu difahami bukan bersifat am dalam
semua keadaan tetapi dinyatakan oleh Nabi bagi menegaskan wajib berhijrah dari bumi Mekah ke
Madinah bagi membantu Islam.

30
Syarah Sohih Muslim, Kitab al-Imarah, bab manusia mengikut Quraish
31
Dinilai sohih. Almunziri berkata : “Dikeluarkan oleh At-Tirmizi dan An-Nasa’ie dan Abu Daud dari jamaah
secara mursal. Tirmidzi juga mengeluarkan secara mursal dan berkata inilah yang paling sahih..dan disebutkan
dari AL-Bukhari beliau berkata, yang benarnya ia mursal.”
25
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sheikh Soleh Munajjid mengulas erti di sebalik hadith ini dengan katanya

.‫ وإقامة الشعائر دون خوف‬، ‫ والبراءة من الشرك‬، ‫المقصود بإظھار الدين ھو إعالن التوحيد‬

Ertinya: Maksud ( dari hadith itu) adalah disebabkan keggalan untuk menzahirkan agama islam iaitu
mengiklankan kalimah tauhid, menjauhi syirik (seperti dipaksa berbuat syirik) dan mendirikan syiar-
syiar islam tanpa takut.32

Maka apabila keadaan itu berlkau barulah perlu seseorang segera keluar dari negara
terbabit atau menghadapi risiko anacaman yang terdapat dalam teks hadith.

Larangan dari baginda nabi juga dapat difahami sebab musabbabnya adalah sahabat
kemudiannya bertanya mengapa dilarang? Jawab baginda :

‫ال تراءى ناراھما‬

Ertinya: ”Jangan saling kau nampak api (cahaya) di antara satu sama lain”

Terdapat dua maksud akan erti phrasa yang disebutkan oleh Nabi di atas, pertamanya
membawa maksud simbolik agar jangan berdekatan dengan kaum musyrik sehingga mereka boleh
melihat kamu dan sebaliknya. Manakala erti kedua adalah cahaya musyrik membawa kepada
kekafiran dan syaitan, manakala cahaya Islam membawa kepada Allah, mana mungkin ia boleh
bersama dan berdekatan.33

Justeru, kesimpulannya apabila muslim itu duduk di satu kawasan yang mana urusan dan
syiar yang membawa kepada penzahiran Islam serta amalan disekat oleh pihak berkuasa kafir,
tatkala itu mesti meninggalkan pemukiman di negara atau kawasan tersebut ke tempat yang lain.

Al-Qaradawi pula membawakan hujjah bahawa lafaz ’berlepas diri’ bukan beerti sebuah
pengharaman dan tetapi bermaksud jika dibunuh dan dicederakan oleh penentang Islam di sana,
baginda tidak akan dapat bertanggung jawab.

c. Jawatan tanpa diminta.

Nabi pernah bersabda :

32
Web Sheikh Soleh Munajjid di http://islamqa.info/ar/ref/111564
33
Ibn Athir, Al-Nihayat Fi Gharib al-Hadith, 2/88-89
26
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

َ ‫سأَلَ ُه َوال َح َر‬


‫ص َعلَ ْي ِه‬ ِ َّ ‫إِ َّنا َو‬
َ ‫ ال ُن َولِّى ھ ََذا ا ْل َع َمل َ أَ َحدً ا‬

Ertinya: Sesungguhnya kami, demi Allah, tidak melantik untuk kerja ini (kepimpinan) seseorang yang
memintanya dan tidak juga kepada yang berkeinginan padanya. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Malah disebutkan juga, teguran Nabi kepada Abu Zar yang meminta untuk menjadi
gabenor:-

‫ي َو َندَا َم ٌة إِ َّال مَنْ أَ َخ َذھَا بِ َح ِّق َھا َوأَ َّدى الَّذِي َعلَ ْي ِه فِي َھا‬
ٌ ‫ِيف َوإ ِ َّن َھا أَ َما َن ُة َوإ ِ َّن َھا َي ْو َم ا ْلقِ َيا َم ِة خ ِْز‬
ٌ ‫ضع‬َ ‫َيا أَ َبا َذ ٍّر إِ َّن َك‬

Ertinya: Wahai Abu Zar, kamu ini lemah, sesungguhnya kerja ini adalah amanah, dan ia di akhirat
kelak menjadi kekesalan dan kerugian kecuali sesiapa yang melaksanakannya dengan amanah. (
Riwayat Muslim)

Nabi juga menegaskan kepada sahabat bernama Abd Rahman Bin Samurah :

‫ وإن أعطيتھا عن مسألة وكلت إليھا‬، ‫ فإنك إن أعطيتھا عن غير مسألة أعنت عليھا‬، ‫ال تسأل اإلمارة‬

Ertinya: Wahai Abd Rahman, jangan kamu meminta jawatan, sesungguhya jika kamu diberikan
(jawatan itu) tanpa meminta, kamu akan dibantu, manakala jika kamu mendapatnya kerana
memintanya, nescaya akan diserahkan (sepenuhnya) kepadamu. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dalam konteks Malaysia, kesemua hadith ini jika dipraktikkan secara literal di dalam konteks
pilihanraya sama ada di peringkat Negara melalui pilihanraya umum atau di peringkat pemilihan
kepimpinan di peringkat parti atau Jemaah serta NGO. Proses menawar diri melalui pencalonan,
kempen, mengeluarkan manifesto itu semua akan dikira sebagai salah serta haram.

Namun penelitian kesemua hadith-hadith di atas melalui pengamatan maqasid dan konteks ia
diungkapkan oleh nabi, memberikan kita kefahaman bahawa besarnya tanggungjawab kepimpinan
hatta bagi mereka yang layak. Manakala hukum menjadi berbeza pula jika keinginan menjadi
pemimpin dan bertandung itu atas dasar menyekat pemimpin yang jahat serta tidak layak dari naik,
yang pastinya membawa seribu satu macam kemudaratan kepada ramai. Atas sebab itu, hadith-
hadith politik sebegini perlu dilihat dari pelbagai aspek dan juga ia terbuka kepada interpetasi dan
perubahan situasi semasa.

d. Gaji sebelum peluh kering

27
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sebagaimana difahami oleh ramai, polisi berkaitan pemberian gaji adalah merupakan salah
satu sudut politik ekonomi yang amat penting dalam sesebuah negara dan organisasi. Terdapat satu
hadith keputusan pentadbiran atau politik yang dinyatakan oleh nabi iaitu :-

َ ‫أَ ْع ُطوا األَ ِج‬


َّ ‫ير َح َّق ُه َق ْبل َ أَنْ َي ِج‬
‫ف َع َرقُ ُه‬

Ertinya: Berikanlah pekerja hak mereka sebelum kering peluh mereka. ( Riwayat Ibn Majah) 34

Hadith ini tentunya sukar dilaksana di dalam konteks adat muamalat kerja hari ini yang
membayar secara bulanan. Maka adakah jika upah dibayar bulanan ia dikira menyalahi sunnah Nabi?
Sudah tentu tidak, dalam hal ini, hadith ini mesi difahami berdasarkan maqasid dan objektifnya yang
menunjukkan peri penting bab ganjaran pekerja sentiasa dijaga sebaiknya bagi mengelakkan tidak
puas hati, penindasan hak dan pertengkaran.

Kerana itulah hadith ini mesti dibaca sekali dengan hadith yang lain seperti hadith Qudsi

ِ َ‫ َورَ ُج ٌل اسْ َتأْجَ رَ أ‬، ‫ َورَ ُج ٌل بَاعَ ُح ًّرا َفأ َ َك َل َث َم َن ُه‬، َ‫ رَ ُج ٌل أَعْ َطى بِي ُث َّم َغدَر‬: ‫ ُ َتعَالَى َث َال َث ٌة أَ َنا َخصْ ُم ُھ ْم ي َْو َم ا ْلقِيَا َم ِة‬O
‫جيرً ا‬ َّ ‫َقا َل‬
ُ‫َفاسْ َت ْو َفى ِم ْن ُه َولَ ْم يُعْ طِ ِه أَجْ رَ ه‬

Ertinya: Rasululah bersabda bahawa Allah menyatakan: Tiga golongan yang aku adalah musuhnya di
hari kiamat, lelaki yang memberi sumpah dengan (namaku) kemudian tidak memenuhinya, lelaki
yang menjual manusia yang merdeka serta memakan harganya, lelaki yang mengambil pekerja dan
setelah kerja dilaksanakan tidak diberikan upahnya, (Riwayat Al-Bukhari)

Dari hadith di atas dapat difahami illah yang dipertekankan oleh Allah dan RasulNya, iaitu
penunaian amanah kepada pekerja. Maka jika di zaman ini, di mana bentuk pembayaran gajinya
berubah kepada bulanan atau suku tahun dan sebagainya, selagimana ia dibayar menurut perjanjian,
itu adalah diharuskan dan menepati sunnah.

e. Pembelian guna sukatan dan timbangan Mekah dan Madinah.

Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam bersabda :

‫ا ْل َو ْزنُ َو ْزنُ أَھْ ِل َم َّك َة َوا ْل ِم ْك َيال ُ ِم ْك َيال ُ أَ ْھ ِل ا ْل َمدِي َن ِة‬

Ertinya: Timbangan adalah menuruti timbangan ahli Mekah, dan sukaaatan mengikut sukatan ahli
Madinah. (Riwayat Abu Daud)

34
Albani menilainya sohih di dalam Irwa al-Ghalil.
28
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sheikh Ali Muhd Al-Qari menjelaskan dalam kitab beliau Mirqat al-mafatih, baginda Nabi
menyebut Madinah sebagai rujukan sukatan kerana ahli Madinah adalah yang paling berpengalaman
dalam hal sukatan tanah dan hasil pertanian. Justeru ia adalah yang paling adil dan diiktiraf menurut
majoriti peniaga dan pembeli. Demikian pula Ahli Mekah berpengalaman dalam hal timbangan
barang perniagaan. Justeru itu, pengetahuan timbangan mereka dijadikan rujukan majoriti.35

Al-Bahuti pula menjelaskan

‫ وما ال‬..‫ عليه وسلم‬8 ‫ عليه وسلم إنما يحمل على تبيين األحكام فما كان مكياال بالمدينة في زمنه صلى‬8 ‫وكالمه صلى‬
‫عرف له بھما اعتبر عرفه في موضعه‬

Ertinya: Sabda nabi sallaallahu‘alaihi wasallam itu dianggap suatu penjelasan berkenaan sukatan di
Madinah yang wujud di zamannya. Dan sesiapa yang tiada ururf tersebut (menggunakan sukatan
dan timbagan mekah dan Madinah) terpakailah uruf mereka di tempat mereka.36

Dalam konteks hari ini, adakah tidak sunnah jika pemimpin di sesebuah negara
menggunakan sukatan dan timbangan selain Mekah dan Madinah dalam negara mereka?.
Jawapannya, sudah tentu Islam tidak sedemikian rigid, kerana mana-mana timbangan dan sukatan
yang lebih dikenali, diterima serta difahami dewasa ini adalah kilogram, gram dan juga kaki serta
meter. Tatkala itu, cara kiraan itu boleh digunakan kerana ia mampu mencapai objektif redha
meredhai dalam perjanjian dan kontrak komersial.

Walaupun hal ini di dalam bab jual beli dan perniagaan namun ia tidak terlepas dari urusan
politik dan pentadbiran kerana penetapan polisi sukat dan timbang yang dominan tentunya diiktiraf
oleh sesebuah pemerintah sebelum digunapakai oleh rakyat jelata.

7.0 DHAWABID ATAU DISPLIN MEMAHAMI DALIL POLITIK

Hasil dari perbincangan ringkas serta padat sebelum ini, dapatlah penulis menyimpulkan kaedah
memahami nas sama ada al-Quran dan al-Hadith di dalam hal ehwal pentadbiran politik dan
muamalat mestilah berdasarkan syarat-syarat berikut:37

35
Mirqah al-Mafatih, al-Qari
36
Kasyyaf al-Qina’ Syarah Matan Al-Iqna’, Mansur Al-Bahuti, Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria, 1982, jil 3, hlm 263
37
Al-‘I;lam al-Muwaqqi’en, Ibn Qayyim, 4/172 ; Irsyad al-Fuhul, Al-Syawkani, hlm 198 ; Kayfa Nata’amal Ma’a
Al-Sunnah Al-Nabawiyyah, Al-Qaradawi, Dar al-Suruq, Mesir, 2002, hlm 113-200; At-Tariq Ila At-Turath al-
Islamiy, Dr. Ali Jumaat, 2004, enahda, kaherah, mesir, hlm 188-190; Al-Madkhal Ila Fiqh Al-Nawazil, Dr Abd
Naser Abul Basal, hlm 614 (di dalam Dirasat Fiqhiyyah fi Qadhaya Tibbiyah Mu’asiroh, Dar Al-nafais, Jordan,
29
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

1. Mereka yang ingin memahami dalil-dalil ini mestilah disertai niat yang ikhlas bagi
menghampirkan diri dengan Allah dan bukan atas asbab kepentingan duniawi diri. Beristikharah
atau menyerah diri kepada Allah ketika membuat sebarang tafsiran mengharapkan panduan
dariNya. Juga beristighfar serta taubat kepada Allah atas segala niat yang buruk kerana ilmu itu
cahaya yang masuk ke dalam diri hamba yang bersih dari maksiat.

2. Tafsiran mestilah dilakukan oleh mereka yang layak seperti menguasai ilmu alat seperti bahasa
Arab38 dan cabangnya untuk memahami teks, Usul Fiqah, Dalalat al-ahkam, Qawaid Fiqhiyah
Ulum hadith, Tafsir dan lain-lain. Selain itu mereka juga mestilah mempunyai aqal dan
kebijkasanaan yang terbukti sangat baik atau cemerlang. Imam Muhammad Bin Al Hasan Al-
Syaibani menyatakan :

‫ال يستقيم العمل بالحديث إال بالرأي وال يستقيم العمل بالرأي إال بالحديث‬

Ertinya: Tiadalah tepat menggunakan hadith kecuali disertai dengan pengamatan aqal dan tidak
tepat penggunaan kebijakan aqal tanpa (dipandu)hadith. 39

3. Memahami kategori dalil yang dikaji sama ada berkait hal adat, muamalat dan politik yang
ma’qulat al-ma’na serta mempunyai illah atau ia adalah darihal ibadat khusus yang bersifat
ta’abudi.

4. Tidak mengambil peristiwa-peristiwa dari sirah nabawiyyah dan khulafa’ sebagai sunnah dari Al-
Quran dan Al-Hadith kerana sebahagian besar sirah tidak termasuk di dalam kategori Sunnah
Tasyri’iyyah. Takrifan ini yang dipakai oleh para ulama Usul Fiqh, mereka yang mutakhassis di
dalam hal ehwal istinbad atau pengeluaran hukum. Al-Qaradawi menyatakan:

‫الحطأ الذي يقع فيه البعض ھنا أن يضع السيرة موضع السنة ويستدل بأحداث السيرة النبوية على اإللزام‬
‫كما يستدل بالسنة والقرآن‬

Ertinya: Suatu kesilapan yang sebahagian nya jatuh di dalammya adalah ada yang meletakkan
sirah di tempat sunnah serta berdalilkan peristiwa-peristiwa sirah dalam bentuk ilzam atau
kewajib an sebagaimana ketika berdalilkan Al-quran dan Sunnah.40

hlmn 614 ; Dirasat fi Al-Ijtihad Fi Fahmi An-nas, Dr. Abd Majid Al-Susuh, Dar al-Bashair Al-Islmaiyyah, Beirut,
2003, hlm226-232
38
Imam As-Syatibi menyebutkan ( ‫وكل معنى مستنبط من القرآن غير جار على اللسان العربي فليس من علوم القرآن في شيء وال مما‬
‫ )يستفاد منه‬Ertinya: setiap makna yang dikelaurkan(difahami) dari Al-Quran yang tidak berlandaskan lisan arab
maka tidaklah ia dari ilmu Al-Quran sama sekali dan tidak pula dari jenis ilmu yang boleh diambil faedah
darinya. (Al-Muwafaqat, 3/391)
39
Al-Usul, Al-Sarakhsi, hlm 113; Kasyful Asrar, Al -Bazdawi, 1/17
30
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Tambahan dari itu pula, sebahagian besar sirah tidak mempunyai kekuatan sanad sebagaimana
hadith-hadith baginda nabi. Malahan sirah adalah juga adalah suatu sisi praktikal kehidupan
rasul di zamannya yang sesuai dengan situasi di waktu tersebut, ia hanya membawa hukum
’harus’ untuk ditiru jika mampu membawa kesan yang baik, namun ia tidak wajib. Justeru, tidak
wajib untuk kita mengambil masa 13 tahun menyemai aqidah sebelum berdakwah di dalam
hukum hakam hanya kerana baginda melakukan di zamannya. Begitulah seterusnya.

5. Setelah klasifikasi sesuatu urusan di dalam bab muamalat pentadbiran politik itu dibuat, illah
dan objektif sesuatu hukum disebut di dalam dalil mestilah dikaji antara melalui kaedah istiqra’.

6. Memahami sesuatu isu itu tergolong di dalam isu yang mutaghayyirat atau thawabit yang tidak
boleh berubah. Hanya yang bersifat thawabit boleh terdedah kepada penafsiran baru
berdasarkan kaedah-kaedahnya.

7. Memahami sesuatu dalil itu dari jenis penyataan wasilah yang boleh berubah dengan objektif
yang kekal. Sebagai contoh bersugi dengan kayu tertentu adakah suatu kemestian
menggunakan kayu tersebut bagi mencapai sunnah atau objektifnya iaitu kebersihan mulut dan
gigi?. Ibn Qudamah menyatakan

‫والصحيح أنه يصيب بقدر ما يحصل من اإلنقاء‬

Ertinya: yang paling benar, sessunguhnya mendapati atau menepati sunnah itu adalah dengan
kadar kebersihan yang diperolehi.41

8. Mengumpulkan dalil-dalil yang punyai kaitan rapat bagi mencapai kefahaman sebaiknya berkait
objektif dan sasaran Shari’ (iaitu Allah dan RasulNya).

9. Memahami suasana politik semasa dan pertimbangan mudarat dan manfaat berdasarkan iman
dan bukan hawa nafsu dan kepentingan diri.

10. Mendahulukan praktis dan kefahaman pada sahabat Nabi dan kesimpulan mereka berbanding
pandangan dan pemikiran sendiri.

11. Jika membaca pandangan ulama silam dari kitab-kitab turath, perlulah mendapat gambaran
jelas situasi zaman dan tempat dimana ulama terbabit hidup. Kemudian perbandingan dengan
situasa terkini perlu dilakukan dengan teliti.

40
Min Fiqhi Al-dawlah Fil Islam, Al-Qaradawi, Dar Al-Syuruq, Kaherah, 2001, hlm 86
41
Al-Mughni, Ibn Qudamah, 1/69
31
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

12. Perlu memahami mustalahat atau istilah-istilah syarak di dalam nas, kitab turath termasuk
istilah semasa, pentadbiran, politik yang terdapat di zaman ini.42 Sebagai contoh, terdapat
sebuah hadith dari Ibn Umar yang menyebut:

‫ض‬ َّ ُّ ‫س ْل َطانَ ظِ ل‬
ِ ‫ِ فِي ْاألَ ْر‬8 ُّ ‫إِنَّ ال‬

Ertinya: Sessungguhnya ’sultan’ itu adalah bayangan Allah di bumi.

Justeru, terdapat sebilangan pemikir gagal memahami nas ini lalu berhujjah menyatakan Sultan-
sultan di malaysia semua mendapat kemuliaan ini kerana mereka disebut secara khusus di
dalam hadith. Justeru, kedudukan mereka bukan sahaja tinggi di sudut undang-undang bahkan
sudut agama.

Namun kefahaman dalil tersebut tersasar sama sekali akibat tidak memehami istilah yang
diguna dalam hadith terbabit, keduanya kerana menggunakannya di luar konteks, ketiga kerana
memotong hadith terbabit dari matan penuhnya. Hadith itu sebenarnya berbunyi:

‫ َوإ ِ َذا َجا َر‬، ‫ش ْك ُر‬ َّ ‫ َفإِ َذا َع َدل َ ; َكانَ لَ ُه ْاألَ ْج ُر َو َعلَى‬، ‫وم مِنْ ِع َبا ِد ِه‬ ْ َّ ُّ ‫س ْل َطانَ ظِ ل‬
ِ ‫ِ فِي ْاألَ ْر‬8
ُّ ‫الر ِع َّي ِة ال‬ ٍ ُ ‫ َيأ ِوي إِلَ ْي ِه ُكل ُّ َم ْظل‬، ‫ض‬ ُّ ‫إِنَّ ال‬
‫ص ْب ُر‬ َّ ‫ص ُر َو َعلَى‬
َّ ‫الر ِع َّي ِة ال‬ ْ ِ‫َكانَ َعلَ ْي ِه ْاإل‬

Ertinya : Sessunguhnya ’Sultan’ adalah bayangan Allah di bumi yangmana menjadi tempat
rujuk semua yang terzalim dari kalangan rakyatnya, dan jika dia adil, baginya pahala dan rakyat
perlulah bersyukur, dan jika dia zalim, baginya balasan buruk dan atas rakyat hendaklah sabar.

Justeru, istilah Sultan itu bukanlah merujuk kepada sultan atau raja di negara kita yang tidak
mempunyai kuasa eksekutif tetapi merujuk kepada pemerintah yang mempunyai kuasa
eksekutif seperti Perdana Menteri dan barisan menterinya. Konteks hadith juga bukan untuk
memuji pemerintah secara literal, tetapi ia adalah sebuah penyataan tanggungjawab, arahan
agar bersifat adil dan ancaman bagi yang zalim. Selain dari itu, hadith tersebut juga lemah
sanadnya kerana terdapat perawi bernama Said bin Sinan yang bertaraf matruk.43

8.0 PENUTUP

42
Athar al-Hadis Al-Syarif Fi ikhtilaf al-Aimmah al-Fuqaha’, Muhammd Awwamah, Dar al-Bashair Al-Islamiyah,
Beirut, 1997, hlm 40-43
43
Majma’ Al-Zawaid wa Manba’ al-fawaid, Ibn Abi Bakar Al-Haithami, Maktabah Al-Qudsi, 1994, nombor hadis
8998., jil 5, hlm 196
32
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Dalil-dalil politik atau pentadbiran sama ada yang terkandung di dalam Al-Quran dan al-
hadith amat mencukupi bagi memandu manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah. Malah sesuai
dengan sifat Islam yang sentiasa praktikal merentas tempat, zaman dan masa, Shari’ telah
meletakkan prinsip-prinisp am yang sentiasa menjadi objektif bagi sesebuah pentadbiran politik.
Caranya mungkin berbeza sedikit atau banyak namun asal ia tidak mencerobohi hukum qat’ie thubut
dan dalalah di dalam agama, ia adalah diterima dan harus dilaksanakan.

Bagi ahli fiqh dan dakwah mereka tidak boleh alpa dan lalai dalam memahami ulum hadith
dan fiqahnya, manaka bagi mereka yang mendalami ilmu hadith tanpa fiqah, Imam Sufyan Uyainah
berkata :

‫لو كان األمر بيدنا لضربنا بالجريد كل محدث ال يشتغل بالفقه وكل فقيه ال يشتغل بالحديث‬

Ertinya: Jikalau ada kuasa di tangan kami, nescaya kami akan pukul dengan rotan (ranting)
setiap ahli hadith yang tidak mempelajari Fiqah dan setiap ahli Fiqah (Faqih) yang tidak mempelajari
hadith.44

Akhirnya, adalah diharapkan kertas ini dapat menjelaskan beberapa panduan memehami
dalil politik di dalam Islam agar Islam sentiasa relevan dan berfungsi sebagai pemandu kehdiupan
manusia dari sekecil-kecil perkara kepada yang besar seperti tampuk pemerintah dan pentadbiran
politik.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd rahman

UIAM Gombak

44
Kaifa Nata’mal Ma’a Al-Sunnah, Al-Qaradawi, hlm70
33

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai