Anda di halaman 1dari 84

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN

PERAKAUNAN

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI BC30006

BABYMAMA TRADING SDN.BHD

(BUTIK TATEH SHAH ALAM)

SITI NORANIZA BINTI OMAR

HE05

EKONOMI PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

25 Julai hingga 16 Oktober 2022


ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka Surat


Bahagian I

1.0 Pengenalan 1-2

1.1 Latar Belakang 2-3

4-8
1.2 Jenis Produk dan Perkhidmatan
9
1.3 Carta Organisasi

Bahagan II

Protfolio Pembelajaran
10
2.1 Minggu Pertama 11-16
2.2 Minggu Ke-2 17-22
23-30
2.3 Minggu Ke-3
31-35
2.4 Minggu Ke-4 36-42

2.5 Minggu Ke-5 43-46


47-50
2.6 Minggu Ke-6
51-54
2.7 Minggu Ke 7 43-46
47-50
2.8 Minggu K-8
51-54
2.9 Minggu Ke-9 55-59
2.10 Minggu Ke-10 60-65

2.11. Minggu Ke-11


2.12. Minggu Ke-12

Bahagian III:

3.1 Cadangan 67-68


69-71
3.2 Kesimpulan

Rujukan
Lampiran
BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk

menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di

luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka

dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Latihan Industri

diperkenalkan adalah untuk melahirkan para graduan yang kompentesi dan berdaya

saing dalam pasaran kerja seiringan dengan sijil ijazah yang dimiliki, melalui latihan

ini juga graduan dapat belajar dan terdedah dengan situasi alam pekerjaan yang

bakal mereka lalui setelah habis belajar serta secara langsung latihan ini dapat

meningkatkan kebolehpasaran graduan (marketability). Untuk mendapat sijil

pengiktirafan daripada Institusi Pengajian samada di peringkat sijil, diploma ataupun

ijazah sarjana muda, melengkapkan Latihan industri adalah wajib bagi semua

graduan. Menurut Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, sasaran KPT menjadikan

kebolehpasaran graduan sebagai salah satu Key Result Areas (KRA) Kementerian

telah berjaya kerana Pada tahun 2008 sebanyak 76 peratus graduan telah berjaya

sama ada mendapatkan pekerjaan, melanjutkan pengajian dan mengikuti latihan

serta menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas

menamatkan peperiksaan tahun akhir. Objektif khusus latihan industri ini adalah

untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memahami tanggungjawab alam

pekerjaan yang sebenar, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik

dalam alam pekerjaan yang sebenar, menghayati nilai etika profesional, mengasah

kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan dan meningkatkan

kemahiran berkomunikasi, (Kementerian Pengajian Tinggi 2010).

1
Tempat yang menjadi pilihan pelatih untuk menjalankan Latihan Industri adalah di

Butik Tateh cawangan Shah Alam dibawah naugan Syarikat Babymama Trading Sdn.

Bhd. Butik Tateh adalah butik yang menjual barangan ibu dan bayi serta butik ini

juga menawarkan konsultasi berkaitan ibu mengandung, berpantang dan berkaitan

keperluan bayi. Dalam satu butik mempunyai 5 orang konsultan, masa jam bekerja

adalah 9 jam manakala jam butik beroperasi adalah jam 10 Pagi sehinggan jam 7

malam dan setiap konsultan akan mempunyai masa rehat selama sejam secara

bergilir-gilir. Tempoh bekerja adalah 6 hari bekerja dalam seminggu dan satu hari

cuti.

1.1.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Latar Belakang Syarikat

Tateh adalah butik Ibu dan Bayi yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan sedang

melebarkan sayapnya secara agresif ke seluruh negara. Dari permulaan yang

sederhana di Bandar Baru Bangi, Tateh telah membuka langkahnya ke 18 cawangan

di seluruh negara, menawarkan keperluan Ibu dan Bayi dari Kota Bharu hingga Johor

Bahru, pelbagai produk seperti; botol bayi, produk penyusuan, pakaian, produk

2
berpantang, mainan, dan kerusi keselamatan bayi pada harga yang sangat

berpatutan. Bercita-cita untuk menjadi salah satu jenama kedai runcit Ibu dan bayi

terbesar di Malaysia, Tateh menyasarkan untuk memfrancaiskan lagi 32 cawangan di

seluruh negara menjelang 2025, menjadikan visi 50 Cawangan Tateh menjadi

kenyataan.

Objektif

Menjadikan perjalanan keibubapaan bebas tekanan khasnya kepada ibu bapa

berkerjaya yang sibuk dan bebas dari tekanan agar dapat melahirkan generasi masa

depan yang lebih baik dan berkualiti.

Visi

Menjadi peneraju utama kedai yang menjual kelengkapan ibu dan bayi di Malaysia

menjelang tahun 2025.

Misi

Menjadi peneraju utama kedai menjual kelengkapan ibu dan bayi di Malaysia yang

berpegang kepada memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, menawarkan

pelbagai pilihan dan pantas memberi tindakbalas terhadap permintaan pelanggan

serta sentiasa mengikut “trend” semasa.

3
1.2 Jenis produk dan perkhidmatan

Tateh mengeluarkan produk ibu dan bayi seperti set berpantang dan barang

kelengkapan bayi. Tateh mempunyai jenama produk keluaran sendiri iaitu Set Suri,

Tateh juga menjual produk keperluan ibu dan bayi jenama lain sama ada keluaran

tempatan ataupun luar negara ini bagi memudahkan ibu bapa mencari barangan

bayi dan ibu dalam satu tempat yang sama. Antara keunikan Tateh berbanding kedai

lain yang menjual barangan bayi adalah Tateh menawarkan perkhidmatan konsultasi

kepada pelanggan berkaitan produk jualan dengan bimbingan konsultan yang

berkelayakan dan diiktiraf.

1.3 Peranan Setiap Bahagian

Terdapat 8 bahagian dalam syarikat Babymama Trading iaitu bahagian Pengurusan

sumber manusia, Bahagian kewangan, bahagian perakaunan, “Procurement”

(Perolehan), Warehouse, Retail support, dan bahagian pembangunan penjenamaan.

Setiap unit ini mempunyai tujuan dan fungsi masing-masing yang berbeza dan

mempunyai ketua bahagian.

Sumber Manusia

Bahagian sumber manusia bertanggungjawab untuk merekrut dan mengurus semua

pekerja dalam sesebuah organisasi, tugasan jabatan ini adalah untuk memastikan

setiap orang yang diambil bekerja memenuhi syarat dan kriteria yang diingini oleh

pihak syarikat. Fungsi lain bahagian ini adalah memberikan latihan untuk pekerja

baru, mengurus dan memastikan gaji semua kakitangan organisasi dibayar mengikut

4
jawatan kerja, pengurusan kenaikan pangkat dan pihak yang bertanggungjawab

mengurus cuti yang dipohon oleh kakitangan syarikat. Bagi memastikan persekitaran

kerja selamat, dan stabil bahagian sumber manusia perlulah mengekalkan

pengurusan pekerja yang sistematik dan adil untuk mengelak berlakunya sebarang

isu ketidakpuasan hati kakitangan syarikat dengan kerja yang mereka lakukan.

Kewangan

Bahagian kewangan berperanan untuk membuat perancangan kewangan. Pengurus

kewangan bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan kewangan

berasaskan keperluan perniagaan dan pelaburan sedia ada. Selain itu, pengurus

kewangan juga perlu membuat ramalan kewangan untuk jangka masa pendek dan

jangka masa panjang untuk melihat gambaran keluar masuk kewangan syarikat dan

untuk mengelak berlakunya defisit dalam pengurusan kewangan untuk masa akan

datang.

Perakaunan

Unit perakuanan berfungsi untuk merekod, mencatit dan meringkaskan semua

urusniaga perniagaan secara sistematik dan teratur. Antara kepentingan unit ini

untuk syarikat ialah catitan yang lengkap akan memudahkan penyediaan Penyata

Kewangan yang terdiri dari Buku Tunai/Bank, Lejar Am dan Buku Belian Aset. Semua

catatan yang dibuat akan menjadi bukti lengkap perniagaan, perkara ini penting

sebagai petunjuk untuk mengetahui pada bulan berapa jumlah jualan dan belian

kedai meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Secara langsung hal

5
ini akan membantu syarikat untuk membuat persediaan awal mengatasi pusingan

jualan untuk bula setersusnya.

Procurement

Bahagian “Procurement” atapun perolehan berperanan untuk melakukan pelbagai

aktiviti untuk organisasi mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Perolehan

membantu organisasi mencari pembekal yang boleh dipercayai, dengan harga yang

kompetitif dan perkhidmatan yang sepadan dengan keperluan. “Meminimumkan kos

adalah satu aspek penting untuk menambah baik proses perolehan. Tetapi ia juga

penting untuk mengenal pasti pembekal yang menyediakan kualiti barangan dan

perkhidmatan yang diperlukan oleh syarikat dan mempunyai kapasiti untuk

menyampaikan dengan pasti dan rekod prestasi.

Pengurus Gudang

Pengurus dan pembantu gudang berfungsi untuk menyusun dan memeriksa

dokumentasi berkaitan penghantaran, memunggah penghantaran masuk dan

menyemak kandungannya. Membungkus stok dengan cara yang teratur dan selamat,

memandu barangan kepada pelanggan serantau, memantau tahap inventori untuk

mengukur keperluan penyimpanan semula. Tambahan, mengarahkan dan

menjalankan tugas pembersihan gudang serta memastikan pekerja mematuhi

protokol berkaitan keselamatan yang ditetapkan.

6
Peruncitan

Bahagian ini berfungsi untuk menjadi pengurus dan sumber rujukan para pekerja

yang bekerja di bahagian peruncitan (kedai). Antara fungsi peruncitan adalah

menjadi orang tegah dalam menyampaikan barang dari pengeluar kepada pengguna

akhir. Ini menjadikan membeli-belah untuk semua keperluan agak mudah untuk

pengguna. Ini juga memudahkan penggunaan dan memaksimumkan kepuasan

pengguna. Oleh kerana syarikat tidak boleh mengambil tanggungjawab

penghantaran kepada setiap pelanggan, ia melantik peruncit. Salah satu fungsi

peruncitan ialah penghantaran segera. Selain itu, peruncitan berperanan untuk

menyimpan barangan mengikut keperluan pasaran. Peruncit melaburkan modal

kerjanya dalam membina pelbagai inventori yang mencerminkan keperluan pasaran.

Dia juga menjual kuantiti yang diperlukan, tidak kira kecil atau besar kepada

pengguna akhir yang memenuhi keperluan mereka. Peruncit mengetahui potensi

permintaan dan bekalan yang lengkap kerana pengalaman bertahun-tahun mereka.

Oleh itu, ia adalah salah satu fungsi peruncitan untuk mengimbangi permintaan dan

penawaran mengikut keadaan pasaran luar. Pengurus Peruncitan juga berfungsi

mengukur nadi pasaran dengan mendengar maklum balas pengguna, jangkaan,

aduan, dan dengan memerhatikan perubahan dalam cita rasa dan pilihan pengguna.

Ini membekalinya dengan risikan pasaran yang sangat kritikal yang membolehkan

seluruh persaudaraan komersial bersiap sedia untuk senario ekonomi yang berubah-

ubah.

7
Pembangunan

Bagi perniagaan, pentingnya Penyelidikan dan Pembangunan adalah memberikan

pengetahuan dan wawasan yang kuat, yang mengarah kepada peningkatan proses

yang ada di mana efisiensi dapat ditingkatkan dan kos yang dikurangkan.

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ini juga membolehkan perniagaan untuk

mengembangkan produk dan layanan baru untuk membolehkannya bertahan dan

berkembang di pasaran yang kompetitif. Seterusnya, pentingnya Penyelidikan dan

Pembangunan adalah untuk pertumbuhan perniagaan dan kemampuannya untuk

bersaing di pasaran. Sebuah perniagaan yang boleh berinovasi dan mengadopsi

teknologi baru serta meningkatkan proses yang mungkin lebih berkesan dalam

jangka panjang.

Pemasaran

Bahagian pemasaran berperanan untuk mencari dan membuat startegi untuk

meningkatan jualan dan cara untuk memasarkan pproduk. Unit ini juga perlu

memastikan Setiap proses pemasaran yang dilakukan oleh perusahaan pasti akan

dievaluasi. Salah satu evaluasinya adalah mengenai pertumbuhan perusahaan, mulai

dari tingkat kepercayaan pengguna terhadap produk yang dijual hingga seberapa

jauh pengguna akan terus menggunakan produk tersebut. Selain itu, Untuk

memperbesarkan kemungkinan. Proses seleksi ini menjadi tugas pengururs

pemasaran. Ia harus mencari hal baru, mulai dari strategi hingga platform

pemasaran, dan mencari kemungkinan yang akan terjadi. Perkembangan teknologi

zaman ini membuat proses marketing jadi lebih luas. Perusahaan tidak perlu lagi

memasarkan produknya secara berhadapan muka dengan pembeli. Di sinilah alasan

mengapa kemahiranl pemasaran digital menjadi penting.

8
5.0 CARTA ORGANISASI

Gambar 1: Carta Organisasi Babymama Trading Sdn. Bhd

9
BAHAGIAN I: PROTFOLIO PEMBELAJARAN

10
PART II

2.0 PORTFOLIO PEMBELAJARAN

2.1 Minggu Pertama (25 Julai hingga 29 Julai 2022)

Tarikh Tugasan
⚫ Lapor Diri dengan Ketua Pegawai Operasi Babymama Trading Sdn.
Bhd.
⚫ COO (Puan Kyna) memberikan gambaran budaya kerja di syarikat
Babymama Trading dan di Butik Tateh di semua 14 cawangan seluruh
Semenanjung.
25 Julai 2022
⚫ Saya dimaklumkan bahawa “Consultan Training” adalah wajib untuk
saya turut serta sekirannya dianjurkan oleh pihak syarikat.
⚫ Pemaklumam hari dan masa bekerja serta adalah wajib untuk saya
kerja lebih masa sekirannya perlu.

⚫ CEO membawa saya mengikuti “Training Tateh


Customer Experience Excellence”.

26 Julai 2022 ⚫ Hari pertama “Training” saya belajar SOP Melayan Pelanggan
”Nonverbal Comunication” semasa konsultasi.
⚫ “Hospitality words” ataupun cara penggunaan ayat positif dan negatif
semasa memberikan konsultasi dan melayan pelanggan.

⚫ Cara menjual barang dengan betul walapun harga mahal


⚫ Kemahiran (Soft Skill) dalam menarik minat pelanggan untuk membeli
barang, untuk menjadi pendengar yang baik dan untuk berkomunikasi
27 Julai 2022 dengan betul serta untuk menerangkan sesuatu produk dengan tepat,
dan jelas.
⚫ Sesi Khas 1: Sesi Latihan dan Demostrasi berkaitan Produk tempatan
makanan bayi jenama Groomy. (Tetamu jemputan Pengarah dan
Penasihat Groomy Malaysia).

11
28 Julai 2022 ⚫ Sesi Khas 2: Sesi Demonstrasi Babyrichfood
⚫ Sesi Khas 3: Perkongsian Bra expert oleh Puan Puspa

29 Julai 2022 ⚫ Sesi Khas 4: Perkongsian ibu berpantang


⚫ Praktikal SOP melayan dan memberi konsultasi kepada pelanggan.

Aktiviti dan Tugasan

Pada hari pertama 25 julai 2022, saya menyertai Tateh Shah Alam dibawah naungan

Babymama Trading Sdn.Bhd untuk melaksanakan latihan industri dan saya berjumpa

dengan Puan Dg. Srikyna (Ketua Pegawai Operasi) untuk lapor diri. Puan Srikyna

memperkenalkan diri dan memberikan maklumat berkaitan dengan syarikat seperti

latar belakang syarikat, objektif dan cara kerja di cawangan yang bakal saya

ditempatkan. Selain itu, puan Kyna memberikan gambaran budaya kerja di syarikat

Babymama Trading dan di Butik Tateh di semua 14 Cawangan seluruh Semenanjung

Malaysia dan saya dimaklumkan bahawa adalah wajib untuk saya menyertai Training

yang diberikan kepada semua kakitangan yang bekerja di Butik Tateh iaitu

“Consultan Training”. Saya juga diberitahu berkaitan hari dan masa bekerja serta

adalah wajib untuk saya kerja lebih masa jika perlu. Seterusnya, Saya berjumpa

dengan Puan Zamzurina (Ketua Sumber Manusia) untuk memberikan tunjuk ajar dan

panduan untuk merekodkan kehadiran sepanjang tempoh latihan Industri

menggunakan aplikasi khusus buat semua pekerja syarikat iaitu Infotech dan disini

Puan Zamzurina juga menerangkan skop kerja serta memberikan surat tawaran

bekerja/latihan industri untuk ditandatangan.

12
Pada hari kedua, Ketua pegawai operasi menghantar saya untuk menyertai

Latihan Konsultan “Consultan Tateh Training: “Training Tateh Customer Experience

Excellence”. “Traning” ini mendedahkan saya dengan SOP dalam melayan pelanggan

seperti menyambut kedatangan pelanggan dengan ucapan selamat datang,

membantu pelanggan jika memerlukan bantuan khususnya kepada ibu yang sarat

mengandung, melayan pelanggan dengan sopan dan profesional. Saya belajar untuk

sentiasa memperhatikan tindakan non-verbal yang dilakukan semasa memberikan

konsultasi. Contohnya, membetulkan tudung, dan perkara-perkara yang tidak sedar

dilakukan. Saya juga dipraktikan untuk menggunakan ayat yang sesuai semasa

memberikan konsultasi iaitu dengan sentiasa menggunakan ayat yang positif seperti

“Saya akan berusaha untuk membantu tuan/puan” berbanding “Ini polisi kami. Disini

saya dapat belajar bagaimana untuk bertindak secara profesional dan formal dengan

orang lain dan bagaimana hal ini dapat meningkatkan keyakinan saya untuk terus

meningkatkan diri dalam berkomunikasi dengan orang lain. Sekali gus hal ini dapat

membuat orang lain mempunyai keyakinan dengan saya untuk berkomunikasi.

Dengan adanya kemahiran berkomunikasi dengan formal dan profesional ini saya

akan dapat memudahkan saya untuk berurusan dengan pihak atasan untuk masa

akan datang. Khususnya, perkara ini dapat meningkatkan keyakinan saya untuk

memohon pekerjaan dalam bidang korporat serta untuk menjadi perancang ekonomi

yang ada nilai profesionalism.

Hari ketiga, Latihan mendedahkan konsultan untuk menjual barang dengan

betul tanpa dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri. Selain itu, saya juga

didedahkan bagaimana kemahiran komunikasi dan menjadi pendengar yang baik

akan membantu konsultan memberikan dan menyampaikan konsultasi yang

bertepatan dengan situasi pelanggan. Sesi latihan diteruskan dengan Slot

13
perkongsian daripada usahawan bumiputra berkaitan Produk tempatan Makanan bayi

jenama Groomy. (Tetamu jemputan Ceo dan Penasihat Groomy Malaysia). Idea

memulakan perniagaan ini tercetus kerana ibu muda yang sibuk bekerja sehingga

tiada masa untuk memberikan makanan yang sihat dan berkhasiat. Demostrasi

produk membuktikan produk sangat sesuai dan memudahkan urusan ibu-ibu moden

untuk memberikan makanan kepada anak.

Hari keempat latihan, Slot perkongsian makanan bayi jenama babyrichfood.

Pengeluar berkongsi proses dalam membangunkan syarikat dan proses dalam

menghasilkan makanan bayi yang berkualiti dan dijamin bersih dan halal. Pada

perkongsian ini juga, para konsultan didedahkan cara pemilihan makanan yang

sesuai mengikut umur bayi bagi mengelak berlakunya masalah penghadaman bayi.

Slot seterusnya, diteruskan dengan slot perkongsian Bra Expert. Dalam sesi ini saya

didedahkan dengan perbezaan setiap bra, cara ukur bra yang tepat dan kepentingan

memilih bra yang sesuai mengikut payudara khususnya kepada ibu mengandung

kerana pada masa ini sentiasa berlaku perubahan saiz payudara.

Hari terakhir traning, saya didedahkan dengan perkongsian ibu berpantang,

kepentingan berpantang yang betul dan kesan kurangnya kesedaran ibu-ibu moden

untuk meneruskan amalan tradisi ini. Akhir sekali, para konsultan diberikan ujian SOP

dalam melayan melanggan. Konsultan melayan pelanggan yang masuk ke butik dan

ibu bapa yang memerlukan konsultasi dengan pemantauan pihak penilai konsultan

yang diiktiraf.

14
Refleksi

Refleksi daripada pengenalan syarikat dan kakitangan, saya belajar bagaimana untuk

menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru, memahami peraturan dan polisi

syarikat dan cawangan yang ada serta tanggungjawab saya sebagai pelatih sekaligus

sebagai pekerja. Ini juga akan menjadi peringkat pertama dalam mencipta asas

pengetahuan tentang syarikat, kakitangan dan organisasi struktur melalui proses

pemerhatian, pembelajaran dan penyesuaian. Manakalah refleksi sepanjang Traning

ini pulak dapat membuka mata saya berkaitan hal-hal bayi, ibu mengandung sekali

gus berkaitan perniagaan. Secara tidak langsung juga sepanjang sesi ini saya dapat

melihat dengan jelas kemampuan wanita khususnya suri rumah juga berkemampuan

untuk menjana pendapatan. Tambahan berada dalam lingkungan ini juga

mendedahkan saya kepada kekuatan wanita dalam membangunkan ekonomi

keluarga dan negara.

Teori

Semasa sesi “Training” dapat saya lihat komunikasi dua hala sangatlah penting bagi

memastikan maklumat yang ingin dapat disampaikan dengan baik dan bagi

memastikan objektif komunikasi tercapai. Hal ini kerana sepanjang sesi latihan ini

sesi soal jawab antara para konsultan dan Tranier sentiasa ada, trainer juga suka

untuk bertanya akan pendapat setiap konsultan mengenai topik-topik yang

dibincangkan. Komunikasi yang efektive perlulah melibatkan semua pihak dan boleh

menerima seperti yang dikatakan oleh Dan Oswald iaitu “Comunication Must be HOT,

That’s Honest, Open, and Two-way”. Kata-kata ini membawa maksud komunikasi

yang baik adalah komunikasi yang ada kejujuran, terbuka dan secara dua hala.

15
Pragmatis

Pertama kali saya menyertai training ini, saya sangat keliru dan tidak faham semua

hal yang berkaitan namun selepas saya diberikan modul dan penerangan yang lebih

terperinci oleh “Trainer”. Disini saya dapat belajar banyak ilmu baharu khususnya

berkaitan ibu dan bayi, serta komunikasi secara dua hala dan terbuka dalam

menerima pandapatan orang lain sangatla penting. Selain itu, pengajaran yang

dapat saya perolehi adalah wanita juga layak dan berkebolehan dalam meningkatkan

ekonomi negara.

16
2.2 Minggu ke-2 (1 hinga 5 Ogos 2022)

Tarikh Tugasan

⚫ Hari pertama kerja di butik Tateh cawangan Shah Alam


1 Ogos 2022 (Retail).
⚫ Pembersihan semasa membuka dan menutup Butik Tateh

⚫ Membuat “Opening” pembukaan sistem butik.


⚫ Pemberitahuan setiap seksyen dan gondolan disusun
2 Ogos 2022 mengikut Jenama produk dan mengikut fungsi setiap produk.
⚫ Cara penyususnan produk mengikut harga dan jenis pada
kedudukan yang sama dalam satu keadaan

⚫ Cara memastikan setiap invoice adalah betul.


3 Ogos 2022
⚫ Cara membezakan Invoise, Delivery order, sales order
dan Quatation serta fungsi dan kegunaan

⚫ Membuka sistem butik


⚫ Layan Customer
4 Ogos 2022
⚫ Belajar Juruwang
⚫ Belajar tempah perkhidmatan barang seperti Lala Move,
dan Grab.

⚫ Membuka sistem butik


5 Ogos 2022 ⚫ Belajar produk krim bayi yang mempunyai masalah kulit
kering dan exzema
⚫ Belajar Pampers brand Awibi dan Offspring,

17
Aktiviti dan Tugasan

Selepas seminggu menyertai traning, saya mula bekerja di butik cawangan Shah

Alam dan mula bekerja pada jam 10 pagi. Pada hari pertama kerja dibutik pengurus

butik menerangkan kepada saya hal-hal butik dan menunjukkan cara membersihakn

butik ketika membuka dan menutup butik. Saya berasa kekok dan tidak tahu cara

untuk melayan pelanggan sebaliknya saya hanya melakukan aktiviti pembersihan

seperti membersihkan habuk, dan mengemaskan kedudukan produk sambil

melakukan pemerhatian sambil belajar terhadap keadaan dalam butik.

Pada hari kedua, pembantu pengurus mengajar saya cara untuk membuat

“Opening” butik iaitu buka kedai, hidupkan lampu, kipas dan membuat kerja

pembersihan butik. Seterusnya, saya didedahkan dengan seksyen setiap barang

mengikut jenama dan kegunaanya seperti seksyen ibu berpantang, seksyen pakaian

bayi dan seksyen makanan bayi. Saya juga dimaklumkan tentang cara penyususnan

produk mengikut harga dan jenis pada kedudukan yang sama dalam satu keadaan.

Seterusnya pada hari ketiga, saya diajar bagaimana untuk memastikan setiap

invois yang diterima daripada pengeluar adalah betul, cara membezakan antara

invois, delivery Order, Purchase order dan Quatation (sebut harga) serta fungsi

setiap kertas yang diterima daripada pihak pengeluar. Invoise adalah surat yang

dikeluarkan selepas delivery order yang bertujuan untuk memaklumkan maklumat

pembayaran yang diberikan kepada pelanggan. Manakalah delivery order ialah

produk yang dihantar tanpa dinyatakan harga tetapi kuantiti produk dinayakan. Ini

bagi mengelakkan harga diketahui oleh pihak perantara iaitu penghantar makanan.

18
Purchase order pulak ialah setelah prospek bersetuju dengan harga dan cara

bayaran yang ditetapkan. Quotation adalah surat yang memberikan sebut harga

kepada prospek, perbincangan mengenai harga dan cara mengurus akan dibuat

disini.

Pada keesokan harinya iaitu pada hari keempat, setelah telah diberikan

penerangan dan didedahkan cara membuka butik, pengurus menugaskan saya untuk

membuka butik dan melayan pelanggan dengan menyambut kedatangan pelanggan

dengan ucapan selamat datang dan membantu mereka jika memerlukan pertolongan

untuk bertanya tentang produk. Aktiviti seterusnya ialah staf lama mengajar saya

cara skop kerja sebagai juruwang di kaunter. Untuk mengira jumlah harga barang

pelanggan saya perlu scan barcode produk dan perlu memasukan nombor yang ada

pada barcode secara manual sekirannya scanner tidak dapat mengesan barcode

produk serta saya perlu mencari nama produk yang tiada harga atau barcode di

sistem Xinex pada menu “Find item” proses mecari barang ini agar mengambil masa

kerana sistem agak perlahan untuk mencari item dicari. Setelah selesai scan barang

yang dibeli oleh pelanggan perkara yang perlu saya lakukan adalah perlu menyebut

total barang dan menerima pembayaran pelanggan sama ada secara tunai atau

menggunakan kad kredit dan debit, dan memasukkan barangan pelanggan kedalam

plastik beg. Semua ini la skop kerja yang perlu dilakukan apabila bertugas di bahagia

kaunter pembayaran. Seiringan dengan era Teknologi yang mana bagi mengukuhkan

perniagaan dan untuk memastikan sentiasa ada permintaan terhadap produk seperti

yang saya belajar semasa di universiti berkaitan faktor permintaan, maka Tateh telah

mewujudkan perkhidmatan penghantaran barang secara online dan penjualan

produk secara atas talian melalui laman sosial seperti facebook, instagram, Tiktok

dan di aplikasi perniagaan seperti Shoppe dan Tateh Apps. Antara perkhidmatan

19
penghantaran barang yang digunakan oleh Tateh ialah Lalamove dan Grab. Maka hal

ini juga menyebabkan konsultan lain mengajarkan saya cara untuk menempah

perkhidmatan penghantaran barang terus ke alamat dan ke depan rumah pelanggan

melalui Lalamove dan Grab.

Pada hari kelima pada minggu kedua, setelah sudah diajar bagaimana untuk

membuka kedai dan membuat pembukaan sistem pembayaran di kaunter, saya

ditugaskan untuk membuatnya sendiri tanpa ada pemantauan daripada konsultan

lain dan pengurus. Pembukaan sistem pembayaran adalah saya harus mengira duit

semasa membuka kedai dan mencatatnya dalam file kewangan. Setiap nilai duit

perlu dikiran berapa keping dan jumlahnya, contohnya RM 100.00 ada 10 keping dan

RM 0.05 ada berapa keping, untuk memastikan pembukaan sistem kaunter

pembayaran yang saya lakukan ada betul jumlah kesemua duit yang perlu ada dalam

kaunter mestilah RM500.00 tidak boleh lebih dan kurang. Selain itu, saya juga

belajar tentang lotion jenama buds iaitu produk yang mesra bayi dan selamat

digunakan untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif dan mempunyai manfaat lain

seperti merawat luka kecil dan gigitan serangga Menenangkan, merawat,

menyembuhkan dan memperkuat kulit yang terluka dan sakit kerana lotion ini

dilengkapi tea tree oil yang memiliki kandungan antiseptik, anti bakteri dan mikrobial.

Pakaian asas bayi juga telah saya pelajari iaitu pampers. Terdapat banyak jenis

pampers dan saiz, setiap pampers mempunyai saiz yang berbeza dan pampers yang

saya pelajari dan dijual di Tateh ini adalah pampers jenama Aiwibi dan Offspring,

antara kebaikan pampers ini adalah mempunyai permukaan yang ultra lembut dan

cepat kering, pelindungan kebocoran sehingga 12 jam dan paling penting mesra

alam.

20
Refleksi

Refleksi daripada keadaan semasa saya belajar bagaimana untuk beradaptasi

dengan persekitaraan yang baru, lebih jelas tentang skop tugas dan peraturan butik

serta keperluan sebagai pekerja. Ini sangat terbukti pentingnya pengadaptasian

terhadap keadaan baru. Saya agak risau apabila ditugaskan untuk melayan

pelanggan kerana perkara sangat mencabar kerana saya masih lagi tidak mahir

untuk memberikan konsultasi lebih-lebih apabila saya terpaksa melayan pelanggan

yang agak cerewet. Walaubagaimanapun saya berjaya melaksanakan tugasan ini

dengan jayanya walapun setiap kali sebelum memberikan penerangan berkaitan

produk kepada pelanggan saya perlu bertanya dahulu kepada staf lama ataupun

membuat pencarian google agar saya dapat menerangkan dan penyampaikan hal

berkaitan dengan baik. Perkara yang dapat saya pelajari dari kesan pemakaian

pampers adalah kulit baby sangat nipis dan sensetif oleh itu, ibu bapa lebih peka

akan hal ini dan mereka akan segera menukar pampers bayi mereka sekiranya

berlaku ruam dikawasan punggung bayi.

Teori

Ini sangat terbukti pentingnya pengadaptasian terhadap keadaan baru seperti yang

saya pelajari semasa di semester 2 tentang pengurusan, yang mana profesor

psikologi pendidikan di Universiti Sydney di Australia iaitu Andrew J. Martin

menegaskan bahawa pelajar yang dididik untuk bertolak ansur semasa

ketidaktentuan dan menyesuaikan diri dengan perubahan, keputusan akademik

mereka akan meningkat dengan ketara.

Prgamatis

21
Belajar daripada pengalaman yang dikongsikan oleh pelanggan secara tidak

langsung dapat meningkatkan pengetahuan saya dan akan membantu saya untuk

menyelesaikan masalah yang sama sekirannya berlaku kepada pelanggan yang lain

dan perkara ini sangat berguna untuk saya pada masa akan datang untuk menjadi

seorang yang lebih peka akan hal kecil samada dalam bidang kerjaya mahupun

dalam kehidupan seharian.

22
2.3 Minggu ke-3 (8 hingga 12 Ogos 2022)

Tarikh Tugasan
⚫ Menyertai “induction Training”. Hari pertama
Training belajar berkaitan pengenalan kepada
syarikat dan
pemiliknya.
⚫ Didedahkan dengan perkara Mandatori sebagai
8 Ogos 2022
produk konsultan Tateh.
⚫ Belajar berkaitan dengan Breastfeeding
✓ Kepentingan susu ibu kepada bayi dan ibu
✓ Cara menyusu bayi dan posisi yang tepat
✓ Cara mengatasi masalah payudara sakit
⚫ Bra Expert
✓ Kepentingan Bra
9 Ogos 2022 ✓ Cara pengukuran Bra
✓ Cara memilih bra yang sesuai dengan bentuk
payudara
⚫ Baby wearing
10 Ogos 2022
✓ Cara memberi konsultasi mengenai babywearing
⚫ Berpantang
11 Ogos 2022 ✓ Tujuan berpantang
✓ Kebaikan setiap rawatan berpantang
⚫ Pemakanan Bayi
✓ Garis panduan pemakanan bayi
12 Ogos 2022
✓ Prinsip 4 days Rule
✓ Langkah mengatasi “Picky Eater”.

23
Aktiviti dan Tugasan

Minggu ketiga Latihan Industri saya dihantar ke Tateh cawangan Banggi untuk

menyertai Latihan Induksi “Induction Training” selama 5 Hari. Latihan bermula pada

jam 9:30 pagi hingga 5 petang. Pada hari pertama kami didedahkan dengan

pengenalan tentang syarikat dan pengasasnya. Pengasas iaitu Puan Safurah

berkongsi beliau tergerak hati untuk membuka kedai yang menjual barangan bayi

dan ibu mengandung kerana ramai rakannya yang mengalami kesukaran untuk

membeli barangan untuk persiapan buat pertama kali menjadi ibu bapa dan

persiapan untuk ibu yang berpantang. Oleh itu, kejadian ini telah mendorong Puan

Shafura untuk membuka kedai baranagan ibu dan bayi dengan pelbagai pilihan

barang dan yang paling penting para pelanggan akan dibantu oleh para konsultan

yang dilatih semasa membeli belah di Tateh.

Selain itu, saya juga didedahkan dan dilatih tentang perkara mandatori

sebagai konsultan produk di kedai barangan bayi dan ibu. Terdapat lima mandatori

sebagai seorang konsultan produk Tateh, yang pertama penampilan mestilah

memakai pakaian rasmi dan kemas, kedua butik mestilah sentiasa sentiasa bersih

dan kemas. Ketiga “Extra Ordinary Customer Service Experience” iaitu sentiasa

melakukan “SOP Tateh Customer Experience Excellent” dan melayan pelanggan

dengan ramah, sopan dan formal. Keempat, Pengetahuan Produk, konsultan perlu

sentiasa peka dengan maklumat-maklumat terkini dan rajin membuat latihan “Role-

Play” untuk meningkatkan kefahaman tentang produk. Kelima, pengurusan inventori

yang sistematik, konsultan perlu memastikan inventori sentiasa cukup, perlu

melakukan penyemakan dan pengiraan inventory setiap minggu atau bulan serta

memastikan produk lengkap dengan tag harga semasa.

24
Saya juga belajar tentang penyusuan susu ibu. Susu ibu adalah sangat penting dan

banyak kebaikannya kepada bayi dan kepada ibu sendiri, antara kebaikan susu ibu

adalah menguatkan sistem imuniti bayi yang dapat melindungi bayi daripada

jangkitan seperti cirit-birit, salesema dan radang paru-paru. Membekalkan nutrien

terbaik untuk bayi dan kebaikannya kepada ibu pulak ialah dapat mengurangkan

risiko kanser payudara serta kanser ovari. Dibawah tajuk yang sama saya juga

diajarkan posisi yang tepat untuk menyusukan anak iaitu posisi bersandar, posisi

duduk, posisi pegangan silang, posisi bawah ketiak dan posisi mengiring. Posisi ini

dapat dilakukan mengikut keselesaan ibu dan bayi, posisi yang sesuai bagi ibu yang

bersalin secara pembedahan boleh menyusukan bayi dengan meletakkan bayi

melintang atas dada ibu dan menjauhi kawasan jahitan. Manakalah posisi pegangan

bawah ketiak (Football Position) sangat berguna untuk ibu-ibu yang menyusukan

anak kembar. Jelas disini setiap posisi mempunyai objektif untuk memudahkan ibu

menyusukan anak. Payudara sakit sangat sinonim dengan ibu-ibu yang menyusukan

anak, antara sebab payudara ibu sakit adalah kerana bengkak susu, saluran

payudara tersumbat dan kerana jangkitan payudara. Cadangan untuk mengatasi

masalah payudara sakit adalah ibu perlu memastikan mulut bayi telah dilekapkan

dengan puting ibu, jika bengkak susu ibu boleh membuat urutan lembut sekeliling

payudara sebelum memerah susu, jika saluran tersumbat letakkan kain basah suam

pada payudara yang sakit sebelum menyusu untuk membantu pengaliran. Masalah

payudara mestilah diatasi segera sebelum terkena jangkitan.

Hari kedua latihan konsultan dilanjutkan dengan Sesi Bra Expert. Bra adalah

salah satu pakaian yang sangat penting kepada wanita kerana melindungi salah satu

aset wanita, antara kepentingan memakai bra yang betul mengikut saiz dan bentuk

ialah membantu wanita lebih yakin, mengurangkan payudara kendur pramatang,

25
mengurangkan lipatan dalam dan bonjolan di sekitar dada dan yang paling penting

untuk mengelakkan masalah serius berlaku pada masa akan datang. Saya juga turut

didedahkan dengan ilmu baru aitu cara pengukur bra dengan ukur lilit dan cup bra,

cara pengukuran bra ini juga mempunyai formula yang perlu dikuti untuk mendapat

ukuran bra yang tepat. Setelah sudah mengetahui ukuran bra saya juga didedahkan

dengan cara pemilihan bra yang sesuai mengikut bentuk payudara. Terdapat

pelbagai jenis bentuk payudara oleh itu setiap wanita hendaklah tahu untuk memilih

jenis bra yang bersesuaian dengan bentuk payudara. Contohnya, bentuk payudara

“Deflated” sesuai memaki bra jenis “plunge” iaitu bra yang mempunyai bentuk V-

neck dalam perlindungan “half-cup”. Semasa sesi ini banyak ilmu tentang bra yang

dapat saya pelajari.

Disamping itu, semasa hari ketiga “Konsultan Traning” tajuk kami adalah

“Babywearing” iaitu suatu perbuatan mengendong bayi menggunakan alat seperti

“baby carrier”. Antara kepentingan menggunakan “baby carrier” adalah untuk

mengurangkan risiko sakit dan lengguh tangan ibu bapa mengendong bayi,

mengurangkan risiko bayi menangis dan meragam kerana babywearing membuatkan

bayi merasa dekat dengan ibubapa, penggunaan babywearing juga akan dapat

mencegah sindrom kepala leper (Plat Head) bagi bayi dan membantu mangalkkan

perkembangan kongnitif dan sosial, mengembangkan kemahiran lingustik dan

bahasa serta ibu bapa mudah bercakap dengan bayi semasa babywearing. Oleh

kerana babywearing ini sangat berkait dengan keselamtan bayi maka terdapat

beberapa prinsip yang patut dipatuhi iaitu ketat, pemakaian babywearing tidak

terlalu ketat dan tidak terlalu longgar serta perlu dapat memberikan sepenuh

sokongan terhadap badan bayi atau kanak-kanak. Prisip kedua kedudukan

semulajadi bayi iaitu 2 kaki terangkat ke atas dan sedikit terkangkang dan ini adalah

26
kedudukan relaks bagi bayi. Prinsip ketiga, suhu Optimum memastikan suhu

sekeliling adalah selesa dan material baby carrie yang sesuai. Disini saya diberikan

tunjuk ajar cara untuk memberikan konsultasi mengenai babywearing, sebagai

konsultan maklumat asas seperti berat dan perkembangan anak, tujuan

menggunakan dan siapa yang akan memakai baby carrier. Seterusnya, memberikan

maklumat berkaitan dengan babycarrier untuk memudahkan ibubapa membuat

keputusan dan akhirnya sekali menunjukan cara pemakaian yang betul bagi

mengelak berlaku sebarang kesalahan yang boleh mendatangkan masalah kepada

bayi.

Pada hari kedua terakhir “Traning Konsultan” saya diberikan pembelajaran

berkaitan berpantang, perkara pertama saya diajar ialah apa tujuan berpantang

dibuat. Berpantang adalah suatu tempoh masa tertentu iaitu lebih kurang dalam 44

hari bagi wanita yang baru melahirkan anak memulihkan fizikal dan emosi. Selain itu,

amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan si ibu benar-benar pulih dan

sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi perancangan keluarga. Manakala

rawatan badan luar dan dalam serta pemakanan perlu dikawal dengan ketat

sehingga tamat tempoh berpantang. Terdapat tujuh rawatan asas dalam berpantang

iaitu bertungku untuk mengecutkan peranakan dan untuk membaikpulih sistem urat

saraf. Kedua, berbengkung untuk memudahkan pengeluaran angin panas dan darah

kotor serta untuk mengekalkan bentuk badan asal dengan ikatan bengkung dan ubat

barut yang sempurna. Ketiga mandian herba untuk menyegarkan dan

mengharumkan badan. Keempat, melakukan skrap badan untuk membuang daki dan

kulit mati yang melekat pada kulit. Rawatan kelima memakai pilis yang berfungsi

untuk meredakan pening kepala, dan menyegarkan mata serta memberi keselesaan

pada ubun. Berurut adalah langkah keenam, rawatan ini dapat melegakan rasa sakit-

27
sakit badan, mencegah tekanan dan melancarkan peredaran darah. Rawatan

terakhir ialah bertangas yang bertujusn untuk mengeluarkan sisa darah kotor yang

tinggal dalam rahim, menyembuhkan luka episiotomi dan mengecutkan rahim serta

menguatkan otot vagina. Pelajaran yang dapat saya perolehi semasa sesi ini adalah

amatlah berat untuk menjadi seorang ibu dan mempunyai mental dan fizkal yang

kuat untuk melalui fasa berpantang sangatla diperlukan. Disini juga saya dapat lihat

bertapa pentingnya berpantang kepada wanita untuk terus kuat selepas melahirkan

anak. Berdasarkan pandangan saya adalah penting untuk terus mengamalkan

amalan tradisi untuk berpantang selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga dan

emosi seorang ibu selepas melahirkan.

Hari terakhir Traning, saya didedahkan dengan tajuk pemakanan bayi.

Apabila bayi mencapai umur 6 bulan iaitu tempoh dimana bayi sudah boleh

diperkenalkan dengan makanan selain susu ibu, “Prinsip 4Days Rule” adalah cara

untuk mengenalpasti sekirannya bayi alergi terhadap sesuatu makanan. Prinsip ini

adalah bayi akan diberikan satu jenis makanan sahaja dalam satu hari selepas 4 hari

makanan barulah boleh diberikan. Ciri-ciri makanan mengikut tumbesaran dan

perkembangan, pada umur 6 bulan bayi hanya boleh makan puri cair pada umur 6-7

bulan makanan bertekstur lecek boleh diberikan, dan apabila mancapai umur 8 bulan

keatas tekstur makanan jenis hancur boleh diberikan dan apabila mencapai umur 11

bulan keatas makanan saiz biasa sudah boleh diberikan. Terdapat sesetengah bayi

lebih suka memilih makanan yang mereka ingin makan maka cara unutuk mengatasi

picky taster (memilih makanan) adalah ibubapa perlu mengenalpasti dahulu jenis

dan punca anak tidak mahu makan, hiaskan makanan cantik-cantik, makan bersama-

sama, tidak memaksa dan elakkan makan sambil menonton televisyen sebaliknya

menjadikan masa makan menjadi “family time”. Langkah-langkah ini akan

28
mengurangkan risiko bayi menjadi pemilih dalam makanan. Sudah jelas lagi bersuluh

bahawa setiap perkara yang berlaku, puncanya perlu diketahui dahulu agar dapat

mecari penyelesaian yang sesuai dengan masalah.

Refleksi

Sepanjang seminggu Latihan Konsultan “Induction Training” banyak perkara dan

ilmu baru saya telah pelajari. Melihat perkara ini secara meluas dapat saya simpulkan

dalam apa hal sekalipun adalah amat penting untuk mempunyai ilmu untuk

memastikan kita bertindak dengan betul dan berasas, saya yakin dengan adanya

kesadaran tentang pelbagai ilmu akan menjadikan saya sentiasa termotivasi untuk

terus belajar dan memperbaiki diri dalam pelbagai bidang khususnya dalam kerjaya

untuk menjadi seorang yang berkaliber.

Selain itu, disini juga dapat saya lihat dengan jelas bahawa bukan mudah

untuk menjadi seorang ibu bapa. Banyak hal yang perlu dipelajari untuk membuat

pemulihan diri selepas bersalin bagi ibu dan perlu banyak ilmu berkaitan pemakanan

bayi bagi mengelak bayi mengalami masalah penghadaman ataupun risiko kematian

akibat salah memberi makan kepada bayi.

Teori

Pendidikan adalah sangat penting untuk menjadikan kita seorang bijak dalam

menyelesaikan masalah, hal ini sangat berkait dengan kepentingan ibu bapa untuk

mempelajari ilmu keibubapa seperti ilmu mendidik anak dan menjaga pemakanan

anak serta keselamatan anak agar tidak membuat kesalahan yang mungkin akan

29
membuat kita menyesal pada masa akan datang. Perkara ini bersesuaian dengan

pendapat Malcolm x tentang kepentingan pendidikan beliau mengatakan bahawa

“Pendidikan merupakan elemen penting dalam perjuangan hak asasi manusia. Ia

adalah cara untuk membantu anak-anak kita dan seterusnya meningkatkan maruah

diri. Pendidikan adalah pasport kita untuk masa depan, kerana hari esok adalah milik

orang yang bersedia untuknya hari ini.

Pragmatis

Sepanjang seminggu Latihan Konsultan ini benar-benar telah membuat saya belajar

banyak benda baru dan sesuatu yang tidak pernah saya ketahui telah membuat saya

teruja untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang ilmu ibu dan bayi ini dan saya akan

memastikan untuk berkongsi ilmu ini dengan orang lain serta akan mengamalkannya

suatu masa nanti.

30
2.4 Minggu ke -4 (15 Ogos hingga 19 Ogos 2022)

Tarikh Tugasan

⚫ Pendedahan Tentang Child Restraint System


15 Ogos 2022 (CRS) ataupun sistem sekatan kanak-kanak.
✓ Undang-undang CRS

⚫ Pemasangan CRS
✓ Praktikal pemasangan Carset
16 Ogos 2022
✓ Kesilapan pemasangan Carset
✓ Peranan Konsultan CRS
⚫ Good Received Notes (GRN) iaitu nota barang
17 Ogos 2022 diterima
⚫ Cek stock (stock take)
18 Ogos 2022 ⚫ Pembukaan Butik dan sistem pembayaran

⚫ Melayan dan memberi konsultasi kepada


19 Ogos 2022
pelanggan

Aktiviti dan Tugasan

Pada hari pertama minggu keempat, Trainer iaitu Puan Shahida telah mendedahkan

saya tentang Child Restraint System (CRS) iaitu kerusi kanak-kanak di dalam

kenderaan yang bertujuan untuk melindungi mereka dari kecederaan yang parah

seperti tercampak ke luar kereta jika berlaku kemalangan jalan raya. Menurut kajian

kurang daripada 30 peratus kanak-kanak di Malayia tidak menggunakan kerusi

keselamatan ketika dalam kereta maka hal ini menyebabkan kes kanak-kanak

tercampak ke luar kereta lebih banyak di negara sedang membangun berbanding di

negara maju seperti United State. Undang-undang CRS di Malaysia adalah kanak-

kanak mesti menggunakan CRS dari baru lahir hingga umur 12 tahun dan berat 36

Kilo dan 136 cm ke bawah, pengecualian pemasangan Carset kepada pengangkutan

awam seperti Teksi, E-hailing dan Bas. Dalam sesi ini juga saya banyak belajar

31
benda baru berkaitan jenis-jenis CRS dan nama setiap komponen yang ada pada

carset seperti Harness dan Buckle.

Seterusnya, pada hari kedua, setelah saya telah didedahkan tentang

kepentingan carset, komponen carset dan cara pemasangan yang betul maka latihan

diteruskan dengan latihan praktikal dan penilaian dilakukan kepada para konsultan

untuk memasang carset yang tepat seperti yang telah diajar. Tugasan pertama

adalah kami diberikan tugasan dalam kumpulan untuk memasang carset mengikut

kesesuaian kereta pelanggan iaitu pemasangan secara seat belt untuk bayi berumur

2 bulan. Penilaian kedua adalah kami diarahkan untuk membuat pemasangan carset

secara individu mengikut situasi yang berikan oleh trainer. Tugasan individu yang

saya dapat adalah pemasangan secara isofix bagi bayi umur 5 bulan dan

pemasangan seat belt bagi kanak-kanak berumur 4 tahun. Tugasan ini dapat saya

selesaikan dengan jayanya walaupun agak kekok dan payah sedikit pada awalnya.

Pemasangan carset yang betul amatlah penting agar carset dapat berfungsi secara

maksimum untuk melindungi bayi mengikut kesesuaian umur dan berat bayi. Hal ini

kerana menurut kajian sebanyak 82% berlakunya kesilapan dalam pemasangan

carset. Penilaian dalam pemasangan CRS diteruskan lagi dengan para konsultan

perlu mencari kesilapan pemasangan carset yang telah siap dipasang oleh trainer

dan kami juga didedahkan kesilapan biasa yang dilakukan oleh pengguna dengan

meletakkan aksesori tambahan seperti bantal, kesilapan besar yang tidak boleh

dilakukan juga adalah membeli carset yang sudah digunakan atau “second hand”.

Hal-hal ini akan menyebabkan carset tidak berfungsi dengan baik sekirannya ada

aksesori dan jika carset “second hand” pulak adalah tidak dapat dipastikan bahawa

carset masih berfungsi dengan baik sekirannya berlaku kemalangan. Setelah telah

mempelajari semua ilmu tentang CRS dan carset, trainer memberikan tunjuk ajar

32
cara untuk memberikan konsultasi kepada pelanggan jika ingin membeli carset.

Sebagai konsultan saya berperanan untuk berkongsi maklumat yang tepat tentang

CRS yang mengikut penilaian dan undang-undang yang diguna pakai di Malaysia,

memberikan maklumat tentang cara pemilihan pemasangan carset mengikut umur

dan berat bayi, lokasi pemasangan carset mengikut kerusi dalam kereta dan

kesesuaian kereta serta yang terakhir memberikan tunjuk ajar cara pemasangan

carset yang bersesuaian.

Pada hari ketiga pengurus mendedahkan saya tentang Goods Received Note

(GRN) iaitu Nota Barang Diterima, GRN merujuk kepada dokumen perniagaan yang

diisi oleh pelanggan pada saat penerimaan barang dari pengeluar untuk

mengesahkan penerimaan semua barang seperti yang dipersetujui antara pihak yang

terlibat dan iainya sering dibandingkan dengan pesanan pembelian (PO) sebelum

mengeluarkan pembayaran kepada penjual barang. GRN yang saya diajar adalah

dilakukan dalam sistem Xilnex. GRN sangat lah penting bagi mengelak berlakunya

kesalahan dalam pembayaran barang yang diterima. Oleh itu, aktiviti ini perlu

pemeriksaan rakan sekerja yang lain bagi mengelak berlakunya kesalahan.

Seterusnya, saya juga diajarkan cara untuk membuat “stock take” iaitu satu aktivti

mengira barang-barang yang ada di kedai dan membandingkan nya dengan nota

barang diterima, pengiraan barang yang sedia ada di kedai (stock take) juga

dilakukan sebelum membuat pengesahan yang terakhir dalam proses pengesahan

Nota Barang Diterima.

Seterusnya pada hari keempat, saya membuat aktivti pembukaan sistem

pembayaran adalah saya harus mengira duit semasa membuka kedai dan

mencatatnya dalam file kewangan. Setiap nilai duit perlu dikiran berapa keping dan

33
jumlahnya, contohnya berapa keping duit RM 1, 5, dan RM 10. Untuk memastikan

pembukaan sistem kaunter pembayaran yang saya lakukan ada betul jumlah

kesemua duit yang perlu ada dalam kaunter mestilah RM500.00 tidak boleh lebih dan

kurang.

Pada hari kelima, tugasan saya melayan dan memberikan konsultasi kepada

pelanggan. Saya perlu sentiasa peka terhadap pelanggan sekirannya mereka

perlukan bantuan untuk bertanya tentang produk. Pada hari ini saya memberikan

konsultasi tentang minyak telon bayi dan kepentingannya iaitu dapat mengelak bayi

kembung perut dan minyak ini dapat dijadikan sebagai minyak urut bayi.

Refleksi

Refleksi daripada tugasan minggu ini dapat saya sedari bahawa ilmu tentang kerusi

keselamatan bayi (Carset) sangat penting kepada semua lapisan masyarakat agar

kes kemalangan bayi tercampak ke luar kereta dapat dikurangkan, disini juga saya

dapat sedari adalah bukan mudah untuk belajari sesuatu benda yang baru dan

khsususnya hal yang berkaitan bayi dan kanak-kanak, penelitian pada tahap

maksimum amatlah diperlukan. Melalui tugasan ini juga saya dapat pelajari

kesabaran melayan pelanggan dan bayi amatlah penting serta kebolehan untuk

memberikan konsultasi dengan baik amatlah penting bagi memastikan pelanggan

membeli produk dan pada masa yang sama kita dapat membantu mereka

menyelesaikan masalah mereka. Secara tidak langsung saya telah berkongsi ilmu

semasa proses konsultasi produk.

34
Teori

Adalah fakta bahawa sebanyak 71 peratus kadar penggunaan kerusi kereta

mengurangkan risiko kematian bayi yang berumur kurang dari setahun da bahagian

penumpang. Namun walaubagaimana pun terdapat 90 peratus carset tidak

dipasangkan dengan kerusi kereta dengan tepat. Dan mengikut carian website

“Kidssitting.com” statistik pemasangan carset menghadap belakang perlulah

sekurang-kurangnya sehingga mencapai umur dua tahun bagi mengurangkan risiko

kepada bayi.

Pragmatis

Apabila melakukan pemasangan secara berkumpulan saya dan pasukan saya

mengalami sedikit kesukaran kerana kurang yakin dengan pemasangan yang telah

kami lakukan dan kerana ianya amat sukar buat pertama kali percubaan

pemasangan, namun walapubagaimana pun kami lulus untuk melakukan tugasan

secara berkumpulan ini dan Trainer memberikan pujian kepada kami. Dan bagi

pemasangan secara individu sangat mencabar kerana memerlukan tenaga yang kuat

untuk mengetatkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (car set) yang

dipasang, namun akhir penilaian ini, saya dapat merasai sendiri pengalaman

memasang car set mengikut kesesuaian situasi pelanggan dan keyakinan saya untuk

memasang sendiri carset di kereta pelanggan semakin meningkat.

Kebolehan dalam memberikan konsultasi, saya yakin akan dapat

meningkatkan kemahiran saya untuk mempromosikan idea kepada orang lain pada

masa hadapan dan perkara ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi

saya.

35
2.5 Minggu ke-5 (22 Ogos hingga 26 Ogos 2022)

Tarikh Tugasan

⚫ Membuka dan Menjaga Booth di Karnival Aspirasi Keluarga


22 Ogos 2022 Malaysia di Stadium Shah Alam Seksyen 9

⚫ Opening sistem Xilnex

⚫ Konsultasi kepada pasangan yang pertama kali menjadi


23 Ogos 2022 ibubapa

⚫ Membuka butik

24 Ogos 2022 ⚫ Konsultasi tentang Pump susu (Breastpump)

25 Ogos 2022 ⚫ Konsultasi tentang Carset

26 Ogos 2022 ⚫ Clossing (Penutupan Butik)

Aktivti dan Tugasan

Pada 22 Ogos hari isnin, pengarah babymama Trading iaitu Puan Shafurah

mengarahkan saya untuk bertugas membuka dan menjaga Booth di Karnival

Aspirasi Keluarga Malaysia di Stadium Shah Alam Seksyen 9. Saya perlu

membuat persiapan booth dengan memaparkan “banner”, menyusun meja

dan barangan yang dipamerkan untuk dijual. Saya menghubungi “senior

staff” untuk bertanya perkara-perkara yang perlu saya buat semasa

dipameran ini. Maka selepas itu, saya tidak lagi merasa segan sebaliknya saya

gembira dan semakin yakin untuk memberikan konsultasi kepada orang yang

singgah di tapak pameran ataupun mereka yang lalu-lalang di hadapan booth,

saya akan mempromosikan barangan yang dipamerkan.

36
Pada hari kedua saya ditugaskan semula untuk bekerja di butik Tateh,

tugasan awal saya adalah perlu membuka butik dan sistem Xilnex. Saya perlu

menghidupkan komputer kedai dan membuka sistem Xilnex, pembukaan sistem

xilnex ini adalah saya perlu mengira duit pembukaan kedai dengan mengira setiap

keping jenis nilai duit seperti berapa kuantiti nilai wang RM1, RM 5, dan RM 50.

Setelah selesai mengira total duit mengikut kategori nilai dan kuantitinya semua ini

perlu direkodkan dalam file kewangan kedai. Bagi memastikan jumlah wang dalam

kaunter adalah tepat adalah mesti mencapai RM 500. Tujuan ini adalah untuk

memastikan tidak berlakunya kehilangan duit dan untuk mengetahui total

pendapatan apabila menutup kedai nanti. Selain itu, aktiviti saya juga adalah

memberikan konsultasi kepada ibu bapa yang pertama kali mendapat anak. Perkara

pertama sekali saya perlu buat adalah mengetahui usia kandungan dan bertanya apa

yang boleh saya bantu untuk memudahkan urusan pelanggan. Oleh kerana

pelanggan juga tiada idea apa persiapan yang perlu dilakukan untuk membuat

persiapan menyambut bayi lahir dan untuk berpantang, disini saya memberikan

konsultasi kepada ibu mengandung tersebut tentang barang keperluan untuk bayi

seperti barut, bedung dan minyak angin bayi. Selepas itu, Konsultasi

berkaitan dengan persiapan berpantang, persiapan ini saya akan terangkan

setiap kegunaan dan cara menggunakan barang seperti bengkung, pilis,

param, tungku dan sebagainya yang berkaitan untuk berpantang. Pelanggan

juga meminta konsultasi berkaitan cara untuk menyusukan anaknya apabila

sudah mula masuk kerja, maka hal ini saya mencadangkan pelanggan untuk

melihat pump susu untuk mengepam susu sebelum meningalkan bayi

sebelum masuk kerja. Maka semasa sesi konsultasi ini saya akan

menerangkan semua jenis breastpump (Pump susu) yang ada dan kelebihan

37
setiap jenis breastpump, bukan itu sahaja saya juga perlu menerangkan

bagaimana untuk menggunakan pump suss dengan betul bagi mengelak

berlakunya sebarang risiko kesakitan pada payudara ibu, ilmu tambahan juga

yang perlu saya kongsikan dengan ibu ini untuk memastikan dia memilih

breastpump yang betul adalah wajib untuk mengukur puting payudara. Maka

disini juga saya harus untuk menunjukkan cara mengukur puting dengan

betul agar ibu tersebut dapat melakukannya dan secara langsung dapat

memilih pengepam susu yang sesuai mengikut saiz yang tepat.

Pada hari ketiga sama seperti hari sebelumnya, saya masih lagi dalam

tempoh latihan membuat pembukaan butik dan sistem xilnex supaya saya

terbiasa dan mahir melakukannya. Selepas waktu rehat aktivti saya pulak

ialah memberikan konsultasi tentang Breastpump (Pump Susu), disini saya

menerangkan jenis-jenis pump susu, kelebihan setiap jenis breastpump, cara

menggunakannya dan cara memilih breastpump yang sesuai mengikut saiz

payudara. Bukan itu sahaja, sebagai konsultan saya juga menerangkan kesan

yang akan dihadapi oleh para ibu-ibu sekirannya mereka menggunakan pump

susu yang salah dan cara penggunaan yang salah.

Pada keesokkan harinya pulak, Sebagai Konsultan produk di Tateh,

saya memberikan konsultasi tentang kerusi keselamatan bayi dan kanak-

kanak (carset). Saya memberikan konsultasi tentang “carset” kepada tiga

pasangan suami isteri, disini saya menerangkan perbezaan setiap carset yang

38
ada dan cara pemasangan yang berbeza setiap carset iaitu carset biasa dan

yang boleh diputarkan 360 darjah. Pemilihan carset juga mestilah dipilih

mengikut berat dan umur anak bagi memastikan mereka selesa dan carset

dapat berfungsi dengan maksimum. Setelah memberikan konsultasi tugasan

saya diteruskan dengan demo cara pemasangan carset dengan tiga cara iaitu

pemasangan menggunakan tali pinggang, secara Isofix dan Top teether.

Apabila pelanggan sudah membuat pemilihan carset yang mereka suka dan

yang sesuai dengan anak mereka, saya memberikan penerangan berkaitan

cara penebusan subsidi MYCRS iaitu Program subsidi yang diberikan oleh

kerajaan kepada golongan B40 untuk membeli kerusi keselamatan anak

didalam kereta. Tugasan terakhir dalam carset ini ialah saya perlu

memasangkan sendiri carset yang dibeli pelanggan di dalam kereta mereka

sambil menerangkan semua langkah-langkah pemasangan yang saya

lakukan.

Pada Hari Kelima, saya mendapat tugasan untuk membuat penutupan

butik, sebelum menutup butik, penutupan sistem kaunter pembayaran perlu

dibuat untuk direkodkan dalam sistem kewangan syarikat dan kedai. Pada

sofware Xilnex saya perlu memilih menu “Declaration” paparan untuk

pengiraan setiap nilai wang mengikut keping perlu diisi dan jumlah bayaran

secara online dan QRpay juga perlu dimasukkan. Setelah selesai melakukan

penutupan sistem Xilnex, jumlah pendapatan secara online, tunai dan barang-

barang besar yang terjual perlu direkodkan dalam buku kewangan bulanan

kedai, wang jualan tunai selepas ditolak duit modal dalam kaunter akan

39
disimpan dalam peti besi dan langkah terakhir yang perlu dibuat sebelum

keluar butik adalah menghantar semua yang telah direkodkan dalam buku

kewangan butik ke dalam kumpulan Whatsapp, hal ini supaya pihak

pengurusan ibu pejabat syarikat dapat dimaklumkan tentang hasil jualan

setiap hari.

Refleksi

Berdasarkan situasi kekok yang saya hadapi pada awal-awal datang ke tapak

pameran, saya dapati adalah perlu untuk saya memulakan perbualan dengan

orang sekeliling dan banyak bertanya agar tidak kekok dengan keadaan

semasa.

Dari aktiviti pembukaan sistem xilnex ini saya dapati ketelitian dalam

mengira duit dan mencatatnya dalam file adalah penting. Manakalah Semasa

sesi konsultasi pump sus, dapat saya ketahui bahawa masih terdapat banyak

ibubapa yang tidak mengetahui hal berkaitan pump susu ini samada tentang

cara menggunakannya ataupun cara pemilihan yang sesuai. Reflesi daripada

ini bagi saya, adalah wajib untuk kita mempunyai ilmu dan membuat

pencarian sebelum membuat sesuatu perkara bagi mengelak berlakunya

risiko.

Daripada aktiviti penutupan butik saya dapati adalah perlu untuk

diasingkan wang modal dan wang pendapatan bagi memudahkan untuk

40
mengira keuntungan, tambahan pulak adalah perlu untuk mencatat keluar

masuk duit jualan untuk memudahkan urusan perakaunan kedai.

Teori

Kesukaran yang saya hadapi untuk menjaga tapak pameran dikawasan yang luas

berseorangan dan mengurus semua hal seorang diri secara tidak langsung telah

mewujudkan versi diri saya yang kuat dan berfikiran matang cara untuk mengatasi

semua kesulitan yang ada dan untuk mencabar diri menyelesaikan serta menjayakan

tugasan ini dengan lebih baik seperti harapan pihak atasan. Hal ini dikuatkan

dengan kajian yang dibuat oleh Elizabeth D Kirby. etl. Yang menunjukkan bahawa

tahap tekanan yang sederhana bole meningkatkan kuasa otak manusia. Ini kerana

ia menguatkan hubungan antara neuron dalam otak. Penyelidik di Universiti Berkeley

mendapati bahawa mendedahkan tikus kepada peristiwa tekanan secara ringkas

malah menjadikan sel saraf baru terbentuk di dalam otak mereka. Perubahan otak ini

boleh menghasilkan ingatan yang lebih baik dan peningkatan dalam rentang

perhatian kita, perkara ini membantu kita menjadi lebih produktif dan efektif dalam

sesuatu perkara tersebut.

Pragmatis

Bertugas di tapak pameran agak sukar pada awalnya kerana saya ditugaskan

berseorangan, ia nya sukar kerana saya perlu membuat persiapan booth

dengan memaparkan banner, menyusun meja dan barangan yang

dipamarkan untuk dijual. Perkara ini menyulitkan saya untuk pergi solat dan

untuk menebus baucer yang digunakan oleh pelanggan di tambah lagi pada

41
hari tersebut cuaca hujan namun walaubagaimana pun saya berjaya

menlakukan semua tugasan ini sampai selesai. Disini saya belajar adalah

perlu untuk memulakan perbualan dengan orang yang baru kita kenal dan

mestilah sentiasa bertanya dengan rakan sekerja untuk mengetahui dan

memudahkan tugasan yang perlu disiapakan untuk masa akan datang.

42
Minggu ke-6 (29 Ogos hingga 2 September)

Tarikh Tugasan

⚫ Memberikan panduan kepada staf baru.

29 Ogos 2022 ⚫ Menerangkan skop kerja kepada staf baru

⚫ Pembukaan sistem Xilnex dan butik

30 Ogos 2022 ⚫ Konsultasi tentang kerusi makan baby

31 Ogos 2022 Cuti Hari Kebangsaan

1 September 2022 ⚫ Menerangkan tentang botol susu kepada staf baru

2 September 2022 ⚫ Penutupan butik dan sistem Xilnex

Aktivti dan Tugasan

Hari Pertama, pada hari ini ada kemasukan konsultan baru, maka pengurus

menugaskan saya untuk memberikan panduan kepada staf baru kerana ianya baru

sahaja saya lalui. Panduan yang perlu saya lakukan adalah memperkenalkan etika

semasa bekerja, bagaimana menyambut kedatangan pelanggan dan memberi tahu

kakitangan baru tersebut kedudukan setiap produk yang ada dalam kedai.

Tambahan juga, saya perlu menerangkan skop kerja kakitangan baru seperti jam

kerja, perlu membuat aktivti pembersihan seperti menyampu dan mengelap habuk

apabila membuka kedai, menghidupankan lampu dan penghawa dingin, saya hanya

menerangkan skop kerja asas sahaja dan selebihnya pengurus sendiri yang akan

menerangkannya. Sepanjang hari tersebut saya perlu memerhati kakitangan baru

untuk membantunya apabila pelanggan memerlukan konsultasi. Apabila saya

perhatikan kakitangan tersebut mengalami kesukaran untuk menjawap apabila

ditanya oleh pelanggan maka saya memberikan sedikit perkongsian tentang hal yang

ditanya olej pelanggan ini bagi memudahkan kakitangan baru menerangkan semula

43
hal ini kepada pelanggan yang bertanya. Selain itu, saya juga membawa kakitangan

baru kesetiap bahagian produk kedai untuk membolehkannya membawa pelanggan

yang mencari barang yang di ingini ke bahagian yang tepat. Walapun pada awalnya,

kakitangan baru tersebut sukar untuk mengingati setiap bahagian produk namun

saya akan sentiasa membantunya.

Tugasan saya pada hari kedua adalah membuka kedai dan sistem xilnex iaitu

mengira duit modal yang berada dalam kaunter pembayaran. Namun oleh kerana

cuaca hujan dan menyebabkan liputan internet hilang maka perkara ini

menyebabkan kaunter pembayaran tidak dapat berfungsi dan pada masa yang sama

saya mempunyai dua orang pelanggan, saya agak risau untuk mengatasi masalah ini

kerana pembayaran menggunakan sistem tidak dapat dibuat namun apabila saya

memberitahu terdapat masalah pada sistem pembayaran dan saya meminta

persetujuan pelanggan untuk membolehkan saya mengira secara manual. Saya

gembira kerana pelanggan memberikan kerjasama. Secara tidak langsung pada

masa yang sama saya belajar benda baru iaitu mengurus pembayaran secara

manual. Walaubagaimanapun, apabila liputan internet sudah baik pembelian ini

mestilah direkodkan dalam sistem xilnex bagi mengelak berlakunya masalah dalam

pengiraan wang apabila menutup sistem pembayaran. Seterusnya, aktiviti saya

adalah memberikan konsultasi berkaitan kerusi makanan bayi. Pelanggan

datang ke butik bertanya sekirannya ada kerusi yang sesuai untuk

digunakkan untuk anaknya yang berumur 7 bulan bagi memudahkannya

memberi makan kepada anaknya. Maka saya mengesyorkan kerusi Ingenuity

2 dalam 1 kepada pelanggan kerana kerusi ini boleh digunakan secara biasa

dan boleh juga dipasang dengan kerusi makan orang dewasa. Selepas selesai

44
menerangkan semua kelebihan kerusi ini, saya menunjukkan cara dan

menerangkan pemasangan kerusi kepada pelanggan.

Pada hari keempat pulak saya mula bertugas semula selepas bercuti sehari

sempena cuti hari kabangsaan. Kemasukan pekerja baru ini yang masih perlu

bimbingan, pengurus menugaskan saya untuk memberikan penerangan dan

latihan tentang botol susu, puting botol dan Pacifier (Puting biasa) kepada

pekerja baru. Hal ini bagi membantu dan memudahkan pekerja baru

memberikan konsultasi kepada pelanggan.

Pada hari kelima, Membuat penutupuan kedai dan sistem Xilnex,

seperti biasa saya perlu membuat pengiraan duit yang ada dalam kaunter

pembayaran mengikut nilai mata wang, membuat “settlement” pada mesin

pembayaran kad kredit dan mengira jumlah pembayaran secara online,

semua nilai jumlah ini perlu ditulis dalam sistem xilnex dan mencatatnya

dalam buku kewangan. Setelah langkah-langkah ini sudah dilakukan Xilnex

akan mengira wang jualan secara “automatik” untuk memudahkan juruwang

mengeluarkan wang yang patut disimpan dalam kaunter pembayaran dan

dalam peti besi. Untuk merekodkan hasil jualan ini secara online kepada pihak

pengurusan, penyenaraian produk yang bernilai 100 Ringgit Malaysia dan

keatas perlu diulis bagi mengetahui produk mana yang mempunyai

permintaan yang banyak agar mudah untuk pihak pengurusan syarikat

menambah inventori produk.

45
Refleksi

Dengan melihat apa yang dilalui oleh kakitangan baru tersebut saya memahami apa

yang dia lalui dan boleh saya katakan bahawa bukan mudah untuk belajar benda

baru namun tekad yang kuat dan usaha yang tinggi akan mampu menjadikan kita

menguasai hal tersebut walapun ianya memakan masa. Oleh itu, semangat untuk

sentiasa belajar perlu ada dalam diri semua orang agar menjadi insan yang berkualiti

dan secara langsung dapat meningkatkan potensi dan kemahiran diri.

Teori

Ilmu yang diperolehi mestilah dikongsikan kepada orang lain agar ilmu yang

diperolehi dapat disebarkan lagi dan secara tidak langsung memberikan ilmu

tambahan kepada pelanggan. Dan mengikut teori Dalai Lama berkongsi ilmu

merupakan salah satu cara untuk mencapai keabadian.

Pragmatis

Sebelum menerangkan cara pemasangan kerusi makan bayi kepada

pelanggan, saya membaca buku panduan dan melihat youtube akan

memudah untuk menerangkan satiap langkah yang perlu dibuat semasa

pemasangan. Pengajaran daripada tugasan ini ialah saya perlu la membaca

buku panduan dan membuat rujukan dahulu sebelum berkongsi ilmu kepada

orang lain agar saya tidak menyampaikan ilmu yang salah.

46
Minggu ke-7 (5 September Hingga 9 September 2022)

Tarikh Tugasan

⚫ Pembukaan Butik dan Kaunter pembayaran


5 September 2022
⚫ Konsultasi stroller

6 September 2022 ⚫ Konsultasi set pengurusan uri

7 September2022 ⚫ Konsultasi Baby carrier

8 September 2022 ⚫ Memasukkan data pemohon MYCRS

9 September 2022 ⚫ Memasukkan data pemohon MYCRS

Aktiviti dan Tugasan

Pada hari isnin minggu ini, saya bertugas untuk membuka kedai dan kaunter

Pembayaran. Disini saya perlu untuk menghidupkan komputer dan membuka

softtware xilnex, selepas memilih menu “point of sales” paparan untuk memasukan

nilai-nilai wang dalam komputer akan terpapar. Maka saya akan mengira semua

bilangan wang yang ada dalam kaunter pembayaran dan perlu memastikan jumlah

besar semua adalah RM500. Selepas itu, saya akan menulis setiap nilai matawang

dan jumlahnya dalam kertas pendapatan bulanan butik. Selain itu, aktivti saya ialah

memberikan konsultasi tentang stroller kepada pelanggan. Saya menerangkan

tentang ciri-ciri setiap stroller yang terdapat di butik seperti berat stroller, kesesuain

penggunaan, dan menerangkan tentang jaminan selepas pembelian stroller.

Tambahan juga, saya akan menunjukkan cara penggunaan dan cara pemasangan

stroller agar pelanggan dapat melihat dengan jelas kelebihan setiap stroller yang ada.

47
Pada hari kedua pulak aktiviti saya ialah memberikan konsultasi tentang

pengurusan uri kepada pelanggan lelaki. Saya akan menerangkan tentang perbezaan

setiap set uri yang dijual di butik dan menerangkan cara penggunaan setiap barang

yang terdapat dalam set pengurusan uri. Contohnya, asam keping dan garam

digunakan untuk menghilangkan bau hanyir darah dan memudahkan untuk uri

dibasuh sehingga bersih dan dalam set tersebut juga ada kain putih untuk

membungkus uri dan langkah terakhir sebelum menanam uri adalah memasukkan uri

yang sudah dibungkus dengan kain putih kedalam tembikar. Set ini sangat

memudahkan para suami untuk mengurus sendiri uri anak mereka.

Pada hari ketiga aktivti saya ialah memberikan Konsultasi tentang “Baby

carrier”. Sebelum memberikan konsultasi saya perlu mendapatkan maklumat seperti

berat baby, berat pemakai baby carrier, dan tujuaan penggunaan samada untuk

digunakan untuk haiking, ataupun untuk kegunaan harian. Hal ini agar saya dapat

memberikan penerangan baby carrieer yang menepati kriteria pengunaan. Perkara

ini sangat penting agar tidak berlaku kesalahan dalam pemilihan baby carrier kerana

jika salah memilih baby carrier akan memberikan kesan buruk kepada bayi. Saya

juga akan menunjukkan demostrasi kepada pelanggan langkah-langkah penggunaan

baby carrier dengan betul dan meminta pelanggan mencuba nya bersama-sama bayi

agar saya dan pelanggan dapat melihatnya dengan jelas sama ada “baby carrier”

tersebut sesuai ataupun tidak dan memastikan bayi dan pemakai selesa

menggunakannya.

Pada hari keempat, tugas saya ialah memasukan data-data pemohon MYCRS

iaitu Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia

48
(MyCRS) ke bahagian senarai invoise pada Xilnex. Antara data-data yang perlu

dimasukkan ialah nama, nombor kad pengenalan dan nombor resit pembelian serta

tarikh pembelian kerusi keselamatan tersebut. Saya telah menyiapkan sebanyak 150

orang pemohon dan baki selebihnya saya kena sambung pada hari esok.

Pada hari kelima, oleh kerana tugasan semalam belum selesai, masih berbaki

50 orang dari 300 pemohon yang belum dimasukan data. Namun, pada hari ini

terdapat masalah pada computer yang saya gunakan kelmarin untuk memasukkan

data pemohon maka saya terpaksa membuat semula kerja ini dari awal, saya perlu

memasukan data pemohon MYCRS seramai 300 orang dan ada tambahan untuk

pemohon baru pada hari ini iaitu seramai 5 orang. Oleh itu, sebanyak 305 orang data

pemohon yang perlu saya siapkan hari ini. Hal ini sukar sedikit untuk saya siapkan

segera kerana saya tidak mahir lagi dengan software xilnex ini.

Refleksi

Refleksi dari tugasan minggu in adalah saya perlulah sentiasa pandai untuk

mengawal situasi apabila bayi menangis untuk mencuba “babycarrier” dan perlulah

mahir untuk memberikan konsultasi kepada pelanggan agar mudah untuk mereka

memahami input-input yang saya sampaikan. Selain itu, untuk memastikan sesuatu

kerja yang sudah siap dilakukan berulang hendaklah sentiasa menyimpan selepas

memasukkan setiap data serta perlu lebih berhati-hati dan peka akan keralatan

sistem sesuatu sofware.

49
Teori

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang

car seat wajib digunakan pada tahun 2020 kepada umur anak-anak yang mempunyai

ketinggian kurang 135cm. Yang ingkar akan dikenakan saman JPJ RM300. Terdapat

beberapa syarat wajib apabila menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak

(carset) iaitu semua car seat hendaklah diletakkan di bahagian belakang tempat

duduk kereta. Car seat yang dipilih dan beli hendaklaah sesuai dengan ketinggian

dan berat anak-anak. Spesifikasi mengikut jenis car seat dan paling penting, car seat

yang bakal beli mesti ada cop kelulusan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama

dengan label QR MIROS.

Pragmatis

Pada minggu ini walapun pada awalnya saya mengalami masalah komputer ralat

dalam memasukkan data pemohon MYCRS namun hal ini dapat saya selesaikan

apabila memberitahu hal ini kepada pengurus, saya dan pengurus sama-sama

menyemak semula faktor berlakunya keralatan ini. Walaubagaimana pun hal ini

dapat kami selesaikan dan pada hari esoknya saya berjaya menyiapkan tugasan

memasukkan data pemohon MYCRS dengan mudah tanpa sebarang masalah.

50
Minggu ke-8 (12 September hingga 16 September 2022)

Tarikh Tugasan

⚫ Menyemak barang stok baru masuk

12 September 2022 ⚫ Semak barang diterima sama seperti dalam invoise


ataupun dalam Delivery order.

13 September 2022 ⚫ Meletakkan Harga barang

14 September2022 ⚫ Menyusun barang mengikut bahagiannya

⚫ Mengubah susun atur produk dalam kedai untuk


15 September 2022
tujuan Visual Merchandising
16 September 2022 ⚫ Cuti hari kebangsaan (CUTI)

Aktivti dan Tugasan

Pada hari pertama, stok barang baru dari gudang syarikat telah sampai dan saya

perlu membuka gudang kedai untuk memudahkan proses pemunggahan barang

untuk disimpan di tempat tersebut. Setelah semua barang telah di punggah dari lori

ke gudang butik saya akan menandatangan, menulis tarikh dan meletakkan cop

butik pada invoise pihak ibu pejabat bahawa barang telah sampai dan selamat

diterima. Seterusnya, saya akan membuka semua kotak dan menyemak semua

barang yang terdapat dalam Invoise atau “Delivery Order” ada dan mempunyai

kuantiti yang sama. Dan jika terdapat barang yang tidak diterima tetapi ada dalam

“Delivery order” saya perlu menangkap gambar dan memberitahu kepada pengurus

butik untuk urusan selanjutnya dengan pihak ibu pejabat (HQ) sama juga hal nya

sekirannya kuantiti barang diterima tidak sama seperti dalam “Delivery Order”.

Pada hari seterusnya, saya akan meletakkan harga barang pada barang baru sampai

dengan menggunakan harga jualan. Barang yang hendak diletakkan harga juga perlu

51
diletakkan kod nombor bagi barang-barang yang tidak dapat di scan barcode nya.

Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kesalahan memasukkan barang dalam sistem

kerana hal ini akan menyebabkan berlakunya kesilapan dalam jumlah pembayaran

barang pelanggan dan berlakunya kesilapan dalam pengiraan stok dalam sistem

xilnex. Pada barang yang boleh scan barcode pulak, harga yang diletakkan perlu

disertakan tarikh harga barang diletakkan.

Pada hari ketiga, selepas selesai meletakkan semua harga pada barang saya

akan menyusun semua barang-barang yang sudah diletakkan harga mengikut jenis-

jenis barang dan mengikut bahagiannya. Contohnya, pump susu perlu disusun

dibahagian penyusuan dan barang-barang berpantang perlu disusun dibahagian

berpantang. Hal ini akan memudahkan pelanggan untuk memilih barang kerana

barang sudah disusun mengikut fungsinya. Apabila ruang tidak mencukupi lebihan

barang baru sampai akan disimpan di dalam gudang butik.

Pada hari keempat, saya ditugaskan oleh pengurus untuk membantu

mengubah atur susunan produk dalam butik dengan meletakkan barang-barang

makanan bayi diletakkan dikawasan depan butik dan meletakkan barangan besar

seperti kerusi keselamatan kanak-kanak dan mainan bayi diletakkan dikawasan

belakang (Visual Merchandising) untuk memastikan kawasan kerusi keselamatan

kanak-kanak dan stroller mempunyai kawasan yang luas untuk memudahkan

pelanggan mencuba membawa stroller berjalan-jalan. Pada hari esoknya saya cuti

kerana merupakan hari kebangsaan dan secara langsung saya mendapat cuti tiga

hari termasuk cuti hujung minggu.

52
Refleksi

Dari tugasan minggu ini dapat saya pelajari bahawa kepekaan semasa menyemak

dan mengira stock mengikut borang invoice dan DO adalah penting bagi mengelak

berlakunya kerugian serta ketelitian terhadap susun atur barang juga penting kerana

hal ini dapat mejadi faktor tarikan pelanggan serta dapat memastikan butik berada

dalam keadaan yang kemas dan saya juga belajar secara praktikal tentang Visual

Merchandising yang mana sebelum ini saya hanya belajar dalam buku subjek

pemasaran.

Teori

Merchandising visual adalah proses perancangan susun atur lantai, susun atur

dan paparan produk untuk memaksimumkan jualan dan memberi pelanggan

pengalaman membeli-belah yang menarik. Merchandising visual sebagai sains

menjelaskan bagaimana pelanggan berkelakuan di kedai, dan dengan demikian,

bagaimana penempatan produk dapat memberikan mereka pengalaman

membeli-belah yang optimum. Merchandising visual adalah amalan

memaparkan produk untuk membantu pelanggan mencari apa yang mereka

mahu dan menggalakkan pembelian yang lebih besar. Lebih jauh daripada

hanya menubuhkan rak, barang dagangan visual membantu peniaga susunatur

kedai yang optimum, dan menentukan dengan tepat di mana untuk meletakkan

produk.

53
Pragmatis

Semasa melakukan tugasan menyemak stok barang baru masuk saya selalu

mengalami sedikit masalah kerana pihak pengeluar dan gudang tidak memgirim

invoise dan “Delivery Order” dalam kotak setiap barang. Mereka sering meletakkan

invoise dalam kotak dan barang yang berbeza dari invoise. Selain itu, masalah yang

sering dihadapi juga adalah barang yang dihantar selalu kurang dan tidak sama

seperti dalam invoise. Hal ini telah saya laporkan kepada pengurus agar pengurus

dapat mengambil tindakan susulan berkaitan perkara ini. Isu seperti ini akan

mempengaruhi masa yang diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penyemakan stok

barang.

54
Minggu ke-9 (19 September hingga 23 September 2022)

Tarikh Tugasan

⚫ Mesyuarat tentang Tiktokshop


19 September 2022
⚫ Membuat video “unboxing” produk “Welcome Kit”

20 September 2022 ⚫ Memasukkan data “membership tateh” dalam sistem

⚫ “Unboxing” produk pump susu


21 September2022
⚫ Ujian terhadap pampers Aiwibi

22 September 2022 ⚫ Training

23 September 2022 ⚫ Training

Aktivti dan Tugasan

Pada hari ini saya terlibat untuk menghadiri mesyuarat tentang tiktokshop. Dalam

mesyuarat ini pihak ibu pejabat dan semua kakitangan Tateh disemua cawangan

diwajibkan hadir mesyuarat tersebut secara atas talian dalam “Zoom Meeting”.

Objektif meeting ini adalah mendedahkan dan menunjukkan kepada semua

kakitangan cara untuk membuat tiktokshop dan cara untuk membuat “Live sales”

serta cara untuk mendapatkan pengikut yang banyak bagi memudahkan syarikat

membuat jualan di Tiktokshop.

Selain itu, bagi mematuhi arahan pihak syarikat, pengurus memberikan

tugasan untuk saya merekod video membuka produk (Unboxing) bagi tujuan

promosi di aplikasi Tiktok. Produk yang saya buka adalah “Set Welcome Kit” iaitu set

menyambut kelahiran bayi yang mana set ini kelengkapan ini dilengkapi dengan set

kegunaan ibu bersalin, set pakaian bayi baru lahir, set pembersihan bayi dan set

55
pengurusan uri. Dalam video tersebut saya akan menerangkan kegunaan setiap

barang yang terdapat dalam setiap set tersebut untuk menarik minat pelanggan

membeli produk ini.

Aktivti pada hari kedua pulak ialah memasukkan data-data pelanggan Tateh

yang menjadi “Membership Tateh” antara data yang perlu dimasukkan adalah nama,

nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat email pelanggan. Untuk

membuat “Membership ini” pelanggan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak

RM 10.00 dan ianya sah seumur hidup dan antara kebaikan yang bakal diperolehi

oleh membership Tateh adalah setiap pembelian produk akan mendapatkan “point”

dan bagi yang mempunyai point yang banyak akan dapat menebus baucer potongan

harga serta pelanggan juga akan dapat mengikuti seminar-seminar hari keluarga dan

hari kursus penyusuan bayi yang betul anjuran Tateh.

Seterusnya, hari ketiga aktivti saya ialah merekod video membuka (unboxing)

pump susu jenama Youha Layla Rose. Pump susu ini jenis elektrik, oleh kerana

sekarang tengah “trend” untuk memakai pump susu jenis wearable ataupun

“handsfree” maka hal ini telah menyebabkan permintaan terhadap pump susu jenis

elektrik ini menurun. Oleh hal demikian merekod video dan memaparkannya dilaman

sosial butik Tateh bertujuan untuk mempromosikannya kepada pelanggan. Semasa

merekod video ini saya akan menerangkan kelebihan dan cara penggunaan pump

susu yang betul agar tidak berlakunnya masalah semasa menggunakan pump susu

ini. Tambahan juga selepas merekod video saya melakukan ujian terhadap pampers

jenama Aiwibi berkaitan tahap ketahanan kebocorannya terhadap air dan bagaimana

garisan petunjuk pada pampers berfungsi untuk menunjukkan pampers dipenuhi air

56
dan perlu diganti dengan segera bagi mengelak bayi mengalami masalah ruam pada

bahagian punggung bayi.

Pada hari keempat dan hari kelima pihak pengurusan ibu pejabat syarikat membawa

saya untuk menghadiri Kursus “Passion To Growth”. Latihan ini adalah bertujuan

untuk meninspirasikan semua pekerja syarikat Babymama dan Tateh untuk bersatu

membangunkan Organisasi. Latihan ini sepenuhnya diberikan oleh “International

Chief Master Trainer” iaitu Dato’ Dr. Lawrence Walter Ng dan dibantu oleh “master

Trainer” pasukannya. Sepanjang kursus dua hari ini banyak ilmu yang dapat saya

pelajari terutamannya hal berkaitan dengan perniagaan dan cara untuk terus

mengembangkan perniagaan. Pada hari yang sama juga syarikat babymama telah

memperbaharuhi logo dan slogan Butik Tateh iaitu “ When Papa & Mama is HAPPY,

the Baby is HAPPIER”. Selain itu, hasil perbincangan pihak pengurusan syarikat dan

nasihat daripada Dato Dr. Lawrence, syarikat telah melancarkan sasaran jualan pada

tahun 2023 dan langkah-langkah untuk mencapai sasaran ini. Tambahan lagi,

semasa kursus ini syarikat telah menukarkan objektif daripada butik menyediakan

barang kelengkapan bayi dan ibu kepada PapaMamaBaby Learning Boutique yang

bertujuan untuk memberikan dan berkongsi ilmu tentang hal berkaitan ibu dan bayi

kepada semua keluarga yang ada di Malaysia khususnya kepada mereka yang baru

menjadi ibubapa.

Refleksi

Dari tugasan minggu ini dapat saya pelajari bahawa kepekaan terhadap kecanggihan

teknologi dan kemodenan perlu sentiasa diikuti untuk memastikan cara mempromosi

barangan jualanan sentiasa releven mengikut peredaran zaman untuk memastikan

57
perniagaan terus maju dan berkembang. Selain itu, semasa kursus “Passion To

Growth” sangat memberikan kesan kepada saya bertapa pentingnya cara berfikiran

positif dalam hidup untuk kita terus menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa

memberi kepada orang lain. Tambahan juga disini dapat saya pelajari cara untuk

mendekati pelanggan untuk membeli produk yang kita jual.

Teori

Untuk memastikan sentiasa berlakunya peningkatan dalam organisasi dan kekal

kompetitif serta tenaga kerja dalam organisasi sentiasa pada tahap yang maksimum,

latihan perlu diberikan kepada pekerja kerana dengan adanya latihan yang berkualiti

dan lengkap untuk pekerja, mereka boleh meningkatkan skil mereka di tempat kerja

melalui ilmu yang mereka dapat dalam latihan dan menjadikan semua ahli pasukan

memiliki ilmu dan kemahiran untuk bekerja dalam satu pasukan yang

berkesan. Latihan yang diberikan kepada pekerja, anda menjadikan pekerja lebih

berilmu dan mahir. Ini membolehkan mereka menjalankan tugas tanpa perlu

bantuan berterusan dan pengawasan. Latihan berterusan adalah kaedah terbaik

mendepani perubahan semasa dalam memenuhi keperluan perniagaan dari masa ke

masa.

58
Pragmatis

Semasa menghadiri mesyuarat secara online tentang Tiktok shop saya mengalami

masalah internet pada awalnya dan kerana meeting ini dibuat pada masa bekerja

maka saya tidak dapat menumpuhkan sepebuh perhatian tentang perkara yang

diterangkan oleh pihak pemasaran syarikat kerana pada masa tersebut saya perlu

melayan pelanggan dan memberikan konsultasi namun hal ini dapat diatasi dengan

adanya nota yang diberikan dan adanya pengurus yang membantu saya untuk

mengatasi masalah ini. Selain itu juga, pada masa awal-awal saya mengetahui yang

saya wajib untuk menyertai kursus “Passion to Growth” saya agak risau kerana saya

merupakan orang baru dan tidak mempunyai pengalaman yang banyak seperti

pekerja yang lain. Tetapi bila tiba di lokasi saya agak terkejut dan gembira kerana

semua pekerja Babymama dan Tateh sangat mesra dan banyak membantu saya.

Kerisauan saya hilang apabla kursus bermula kerana semua yang hadir mempunyai

objektif yang sama iaitu belajar untuk menjadi tenaga buruh yang lebih berkualiti

kepada syarikat.

59
Minggu ke-10 (19 September hingga 23 September 2022)

Tarikh Tugasan

⚫ Membuat bungkusan untuk baby baru lahir


26 September 2022
⚫ Konsultasi ibubapa tentang keperluan untuk bersalin

⚫ Merekod video perangan tentang cara pemasangan

27 September 2022 dan kelebihan stroller Joie Pact.

⚫ Mengedit video untuk dipost ditiktok

⚫ Membuat pembukaan butik

28 September2022 ⚫ Memasukkan data-data pelanggan Tateh yang


menjadi “Membership”

⚫ Memberi konsultasi tentang carset


29 September 2022
⚫ Memasang carset di kereta pelanggan

⚫ Membuat Good Received Notes (GRN) iaitu nota


30 September 2022 barang diterima
⚫ Cek stock (stock take)

Aktivti dan Tugasan

Pada hari ini saya ditugaskan oleh pengurus untuk membuat set bungkusan hadiah

untuk bayi lahir, tugasan ini agak sukar sedikit kerana saya perlu belajar buat

bunkusan ini melalui Youtube. Pada awalnya sangat mencabar kerana tidak pernah

melakukannya, namun saya mencuba dahulu untuk membuatnnya dengan cantik

kerana usaha tangga kejayaan. Setelah berjaya membuat satu bungkusan hadiah

untuk bungkusan yang seterusnya saya sudah dapat melakukannya dengan mudah

dan lebih kreatif. Dalam melakukan aktivti ini saya dapat belajar cara menyusun

barang dengan kemas untuk membuat bungkusan hadiah, cara membuat reben dan

cara untuk membuatnya lebih menarik untuk dijual.

60
Aktivti kedua saya pada hari tersebut pulak ialah memberikan konsultasi

kepada pasangan suami isteri yang pertama kali menjadi ibubapa tentang keperluan

yang perlu dibeli dan dibuat untuk persiapan bersalin. Semasa konsultasi saya akan

bertanya tentang berapa bulan bayi dalam kandungan dan bila tarikh bayi dilahirkan.

Selepas itu, saya akan memberikan senarai barang keperluan dan menerangkannya

satu persatu kepada pelanggan tersebut. Antara contohnya, ibu memerlukan barang-

barang untuk berpantang seperti pilis, param, bengkung dan makanan tambahan

untuk membantu menguatkan semula dalaman ibu. Untuk persiapan lain pulak ialah

barang asas bayi serta kelengkapan untuk pengurusan uri jika keluarga sendiri yang

mengurus uri bayi. Disini juga saya akan turut menjelaskan kepada ibu kegunaan

dan cara menggunakan setiap barangan berpantang yang diperlukan.

Pada hari kedua pulak, tugasan saya ialah merekod video penerangan cara

pemasangan dan kelebihan Stroller Joie Pact dan mengedit video yang telah direkod

tersebut. Sebelum merekod video tersebut saya telah mencuba terlebih dahulu

tentang cara pemasangannya dan membaca buku panduan serta membuat

pencarian tentang kelebihan-kelebihan stroller tersebut agar mudah untuk saya

menerangkannya. Selepas selesai merekod video, saya perlu mengedit video

tersebut untuk dimuat naik ke laman sosial Tiktok Tateh Shah Alam. Tugasan

mengedit video ini tidak la sukar kerana tugasan mengedit video semasa belajar di

tahun 2 dan 3 di Universiti sering diberikan oleh pensyarah. Maka tugasan mengedit

video mudah sedikit untuk saya lakukan kerana sudah biasa dan mahir

melakukannya.

61
Pada hari ketiga, tugas saya ialah membuka butik. Seperti biasa s aya perlu

menghidupkan komputer kedai dan membuka sistem Xilnex, pembukaan

sistem xilnex ini adalah saya perlu mengira duit pembukaan kedai dengan

mengira setiap keping jenis nilai duit seperti berapa kuantiti nilai wang RM1,

RM 5, dan RM 50 serta kepingan duit syiling yang ada dalam mesin duit

kedai. Setelah selesai mengira total duit mengikut kategori nilai dan

kuantitinya semua ini perlu direkodkan dalam file kewangan kedai. Bagi

memastikan jumlah wang dalam kaunter adalah tepat adalah mesti cukup RM

500. Selain itu, aktivti saya ialah memasukkan data-data pelanggan Tateh

yang menjadi “Membership”. Data yang diperlukan ialah nama, nombor

telefon, nombor kad penganalan dan alamat email pelanggan, apabila

pelanggan membeli barang mereka perlu memberikan nombor telefon untuk

merekodkan pembelian mereka dalam sistem sebagai “membership” kerana

setiap pembelian yang mereka lakukan akan dapat mengumpul “Point”.

“Point” yang banyak akan membolehkan pelanggan dapat baucer

pemotongan harga untuk pembelian yang akan datang.

Disamping itu, pada hari keempat saya memberikan konsultasi tentang kerusi

keselamatan kanak-kanak kepada pelanggan dan cara pemasangannya dalam kereta.

Disini saya akan mengenalpasti dahulu pelanggan memerlukan jenis kerusi

keselamatan kanak-kanak yang bagaimana dan saya akan menerangkan setiap

kebolehtampungan berat kerusi keselamatan tersebut. Contohnya, kerusi

keselamatan Hugo Twist 360 boleh digunakan dari baby baru lahir sehingga

maksimum berat 36 Kilo, manakalah untuk kerusi keselamatan Crolla Alpha pulak

62
boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga mencapai berat 25 kilo. Kelebihan lain

seperti boleh diputar dan reka bentuk juga akan saya terangkan kepada pelanggan.

Selain hal ini, jenis warna pada kerusi keselamatan kanak-kanak ini juga menjadi

faktor dalam ibubapa membuat pemilihan sebelum membelinya. Cara pemasangan

juga adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerana

ibubapa mestilah membeli kerusi keselamatan yang bersesuai dengan kereta mereka.

Contohnya sama ada pemasangan secara Isofix dan Top Tether ataupun secara

menggunakan tali pinggang. Setelah ibubapa sudah selesai membuat keputusan

untuk membeli kerusi keselamtan yang di mahukani dan bersesuaian seterusnya

saya perlu memasangan kerusi keselamatan tersebut didalam kereta pelanggan

sambil memberikan penerangkannnya kepada pelanggan supaya pelanggan boleh

melakukan pemasangan sendiri untuk masa akan datang.

Pada hari terakhir untuk minggu ini dan bulan September ini tugasan saya

ialah perlu membuat GRN (Good Received Notes) iaitu nota barang diterima dalam

sistem Xilnex. GRN merujuk kepada dokumen perniagaan yang diisi oleh pelanggan

pada saat penerimaan barang dari pengeluar untuk mengesahkan penerimaan

semua barang seperti yang dipersetujui antara pihak yang terlibat dan iainya sering

dibandingkan dengan pesanan pembelian (PO) sebelum mengeluarkan pembayaran

kepada penjual barang. GRN sangatlah penting bagi mengelak berlakunya kesalahan

dalam pembayaran barang yang diterima. GRN yang dilakukan perlulah dipastikan

bahawa setiap nama, kuantiti, harga barang dan total keseluruhan kos barang dalam

sistem sama dengan yang dalam invoise dan jika semuanya tepat, butang

“Confirmation” perlu ditekan untuk memastikan GRN yang dilakukan sudah dishakan.

Maka itu, aktiviti ini memerlukan pemeriksaan rakan sekerja yang lain bagi mengelak

berlakunya kesalahan. Seterusnya, saya juga membuat “stock take” iaitu satu aktivti

63
mengira dan mencatat barang-barang yang ada di kedai dan membandingkan nya

dengan nota barang diterima, pengiraan barang yang sedia ada di kedai (stock take)

juga dilakukan sebelum membuat pengesahan yang terakhir dalam proses

pengesahan Nota Barang Diterima.

Refleksi

Melalui tugasan minggu ini saya dapat belajar cara untuk membuat bungkusan

hadiah (Hamper) sendiri dengan panduan di Youtube, saya juga dapat belajar cara

menyusun barang dengan kemas untuk membuat bungkusan hadiah, cara membuat

reben dan cara untuk membuatnya lebih menarik untuk dijual.

Tambahan, saya juga belajar adalah bukan mudah untuk memasang kerusi

keselamatan didalam kereta pelanggan kerana adanya masalah seperti ruang yang

sempit, banyak barang dan kerana pelanggan tidak menghidupkan penghawa dingin

kerana maka ini mengakibatkan saya berpeluh semasa proses pemasangan carset.

Teori

Good Received Notes (GRN) adalah suatu perkara yang penting dalam pernigaan

yang bertindak sebagai media yang mengesahkan penjual dan pengeluar telah

mematuhi bahagian kontrak mereka dan menyimpan rekod itu untuk rujukan masa

hadapan, sekiranya ia diperlukan atau jika timbul perselisihan faham. Situasi

sedemikian termasuk mengesahkan kualiti dan kuantiti bekalan, Kawalan kualiti &

pengurusan isu serta mengesahkan invois semasa padanan tiga hala iaitu Proses

pemadanan tiga hala menawarkan alat yang sangat berkesan untuk mengurangkan

dan menghapuskan penipuan merentas organisasi.

64
Pragmatis

Aktivti minggu ini telah memberikan pengalaman yang baru kepada saya kerana

saya diuji untuk membuat tugasan tanpa panduan kerana pengurus ingin melihat

sejauh mana kemampuan saya untuk mengatasi sesuatu masalah dan akhirnya saya

berjaya juga melaksanakan tugasan ini seperti yang diarahkan. Selain itu, saya juga

dalam tugasan minggu ini saya belajar bahawa kita perlulah berani membuat

tindakan walapun pada awalnya hal tersebut sukar dan tidak mampu untuk kita

lakukan, kita mestilah berusaha untuk mencuba dahulu. Hal ini dibuktikan dengan

tugasan saya memasang “carset” di kereta pelanggan, saya tidak berani memasang

pada awalnya namun setelah mencuba melakukannya saya berhasil memasang

“carset” tersebut sendiri dengan betul tanpa ada panduan daripada pengurus.

65
BAHAGIAN III: CADANGAN DAN KESIMPULAN

66
BAHAGIAN III

3.0 Cadangan dan Kesimpulan

Sepanjang 12 minggu menjalankan latihan industri di Tateh Shah Alam ini banyak

ilmu dan pengalaman yang dapat saya pelajari. Namun walaubagimanapun saya

ingin berkongsi sedikit idea untuk memberi cadangan dalam menambahbaik dalam

proses latihan industri yang dijalankan.

3.1 Cadangan

Cadangan yang pertama ialah pihak Babymama Trading perlu mendedahkan pelajar

prakitkal dengan kerja-kerja menyeluruh sama ada dipejabat, gudang dan di butik.

Ini bagi membantu pelajar praktikal dapat melihat skop kerja setiap bahagian ini

sekaligus dapat merasai dan mendapat pengalaman bekerja di bahagian-bahagian

yang berbeza.

Selain itu, cadangan bagi memperbaiki dan menambahbaik latihan industri di

Babymama Trading adalah dengan menyediakan jadual latihan sepanjang tempoh

praktikal yang lebih teratur kepada para pelatih. Hal ini kerana, dengan penyediaan

jadual yang lebih teratur dan jelas dapat memudahkan para pelatih untuk

menjalankan tugas yang diberikan lebih efesien dan sistematik. Dengan itu, dapat

meningkatkan semangat untuk melaksanakan tugasan dan kerja daripada para

67
pelatih. Tanpa membuang masa pelatih untuk membelajari satu perkara dengan

terlalu lama.

Seterusnya, adalah perlu untuk mempunyai penyelaras latihan untuk

memastikan bahawa program latihan industri berjalan lancar dalam sesebuah

organisasi. Penyelaras latihan boleh membantu merekabentuk dan melaksanakan

program latihan yang tersusun dan teratur. Oleh kerana kebanyakan program latihan

adalah berdasarkan aktiviti dan tugasan di luar kampus, yang bermaksud institusi

pendidikan dan fakulti tidak mempunyai kawalan langsung terhadap semua aspek

kursus. Oleh itu, adalah lebih baik jika organisasi tertentu mendapat struktur yang

baik dan program latihan amali yang dianjurkan yang dapat memastikan program

amali membuahkan hasil dan bermanfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pelatih dan

prestasi sesebuah organisasi.

Akhir sekali, pihak pengurusan syarikat perlulah memberikan tugasan yang

berbeza-beza setiap hari setelah setiap kerja yang diberikan telah disiapkan. Hal ini

bagi mengalakkan pelajar belajar sesuatu yang baru setiap hari dan dapat

mengalami pengalaman bekerja di setiap bahagian yang mempunyai pengkhususan

kerja berbeza. Hal ini juga akan dapat menjadikan pelajar praktikal dapat

mempelajari banyak benda baru dan pelajar dapat melalui banyak pengalaman

sepanjang tempoh melakukan latihan industri. Kemampuan syarikat melakukan hal

ini secara langsung akan dapat menjadikan pelajar praktikal mempunyai asas

sebagai pekerja di syarikat tersebut dan secara tidak langsung hal ini juga dapat

memberikan manfaat kepada syarikat untuk terus menyerap masuk dalam organisasi

68
pelajar praktikal yang telah diajar. Hal ini juga akan dapat menjimatkan kos dan

masa pihak pengurusan syarikat dalam mencari pekerja baru.

3.2 Kesimpulan

Konklusinya, disini dapat saya simpulkan bahawa sepanjang tempoh latihan industri

saya iaitu selama 12 minggu, banyak perkara yang dapat saya pelajari samaada dari

segi kemahiran ataupun ilmu serta pengalaman. Buktimya, sebelum menyertai

organisasi ini saya langsung tiada ilmu tentang hal berkaitan ibu dan bayi namun

setelah menyertai organisasi ini dapat saya lihat ilmu berkaitan ibu dan bayi sangat

luas dan penting namun ramai lagi yang tidak tahu akan kepentingan ilmu tentang

ibu dan bayi ini.

Selain itu, menjalankan latihan industri disini juga dapat melahirkan versi

baru diri saya kerana saya perlu banyak membuat pencarian dan pembacaan

berkaitan ibu dan bayi untuk membolehkan saya mampu untuk membantu

pelanggan memberikan konsultasi mengenai hal yang berkaitan. Dengan latihan

berkaitan pengetahuan produk dan SOP sebagai konsultan mendesak saya untuk

sentiasa memperbaiki cara berkomunikas dan dibantu oleh para “Trainer” Babymama.

Selepas sebulan menjalankan latihan dan menghadiri “Training” sebanyak 2

kali telah meningkatkan keyakinan saya untuk memberikan konsultasi kepada

pelanggan. Dalam tidak sedar keyakinan komunikasi yang bertambah, ilmu berkaitan

69
ibu dan bayi juga meningkat telah meningkatkan tahap kemampuan “Softskill” saya

dalam berkomunikasi kerana setiap masa saya perlu melayan pelanggan dan

membantu mereka menyelesaikan masalah mereka dengan memberikan konsultasi.

Tambahan, oleh kerana setiap masa saya perlu memberikan konsultasi kepada

pelanggan, perkara ini secara langsung telah meningkatkan kebolehan saya untuk

memberikan penerangan dan membentangkan sesuatu perkara dengan yakin kerana

sering memberikan penerangan kepada pelanggan berkaitan hal ibu dan bayi.

Disamping itu, menyertai Tateh ini juga telah memberikan saya ilmu secara

praktikal berkaitan selok belok perniagaan yang mana sebelum ini saya hanya

pelajarinya secara ilmiah. Contohnya, berkaitan cara pemasaran produk, cara

bertindak balas terhadap permintaan daripada pelanggan dan sebagainya. Saya juga

belajar bagaimana untuk terus kekal dan berkembang dalam persaingan perniagaan.

Akhir sekali, saya yakin dan percaya tidak semua tempat akan dapat

memberikan saya pengalaman dan kemampuan ini iaitu kebolehan menyelesaikan

masalah dan kemampuan untuk sentiasa sabar melayan pelanggan yang mempunyai

pelbagai parangai. Bekerja di Tateh ini tugasan utamanya ialah membantu

pelanggan menyelesaikan masalah mereka berkaitan ibu dan bayi namun

menyelesaikan masalah adalah penting untuk mengetahui punca sebelum

menyelesaikan masalah, teknik-teknik yang diajar untuk mengetahui dan

mengalakkan pelanggan berkongsi masalah secara tidak langsung mengajar saya

untuk sentiasa bijak dalam menyelesaikan masalah yang hadir. Cabaran setiap hari

bertemu dengan ramai pelanggan dengan perangai yang berbeza-beza telah berjaya

meningkatkan kesabaran saya kerana semasa melayan pelanggan profesionalism

70
dan ketenangan mestila datang bersama untuk memastikan tidak berlakunya

masalah perselisihan faham antara pelanggan dengan konsultan.

Pendedahan semasa latihan industri sangat bermanfaat untuk masa depan

terutamannya apabila masuk kedalam alam pekerjaan, menjadi pelajar praktikal

telah membuat saya sedar bahawa kita perlulah sentiasa mempunyai sikap suka

belajar benda baru dan ingin tahu yang tinggi untuk menjadikan kita seorang tenaga

kerja yang berpotensi dan berkualiti. Selain itu, sebagai pelajar “Fresh Graduate” kita

tidak seharusnya hanya bergantung kepada pengetahuan teori yang telah kita

pelajari semasa belajar dan tidak suka memilih jenis pekerjaan sebaliknya kita perlu

sentiasa mencuba pelbagai pekerjaan untuk meningkatkan pengalaman agar kita

releven untuk masuk dalam alam pekerjaan yang mempunyai persaingan yang tinggi.

Hal ini kerana keputusan akademik sahaja tidak mampu untuk membawa kita

bersaingan dengan tenaga kerja yang lain, keputusan yang cemerlang dan disusuli

dengan pengalaman dan kemahiran yang cemerlang akan menjadikan kita tenaga

buruh yang mampu untuk bersaingan dengan yang lain. Maka kesimpulannya,

sebagai pelajar “Fresh Graduate” seharusnya bijak dalam membuat keputusan untuk

menjadi tenaga buruh yang berpengalaman dan berkemahiran.

71
Rujukan

72
Lampiran

Lampiran A: Rekod Kehadiran

73
Lampiran D: Dokumen Lain Yang Berkaitan

74
i. Borang Pengesahan dan Pengesahan Laporan Latihan Industri

ii. Maklum Balas Buku Log Latihan Industri BLI-5

75
BLI-5 Industrial Training Logbook

Student’s Particulars

Name Siti Noraniza Binti Omar


:_______________________________________________________

BB19110564
Student ID :_______________________________________________________

Address Kampung Tanjung Kapor, 89058


:_______________________________________________________

Kudat, Sabah
_______________________________________________________

011-72856245
Contact No. :_______________________________________________________

Email bb19110564@student.ums.edu.my
:______________________________________________________

Practical Training Particulars

Organization Babymama Trading Sdn, Bhd


:____________________________________________________

No 20, Jalan10/16, Taman Perindustrian Selaman Seksyen


Place/Location :_____________________________________________________

10, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor


__________________________________________________

Cik. Sharonina Anni Lee Mei Hwa Binti Affendi Lee


Working Supervisor :_______________________________________________

Puan. Diana Nabila Binti Chau Abdullah


Academic Supervisor :_______________________________________________

25 July 2022 - 16 October 2022


Training Period :____________________________________________________

Iv. Notis Penyiapan BLI-5

76
v. Laporan Penyelia Perindustrian BLI-7

77
78
vi. Internship Declaration

79
80
Lampiran Tugasan Kerja

Kursus (Training Passion to Growth)

81

Anda mungkin juga menyukai