Anda di halaman 1dari 8

 

2.1 SEBELUM HIJRAH

Tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai usaha dari pihak
Quraisy untuk menyekat dakwah Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd.

Salam Kamil, 2006 ). Musyrikin Makkah telah melakukan pelbagai usaha


menghalang dakwah Rasulullah S.A.W antaranya, tawaran untuk
bergilir-gilir melaksanakan agama masing-masing, menawarkan
pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah S.A.W, mengenakan
sekatan ekonomi terhadap orang Islam, Bani Hasyim dan Bani Abdul
Mutalib selama 3 tahun. Selain itu, mereka juga telah melakuka
m elakuka
penyeksaan terhadap orang Islam dan membuat perancangan untuk
membunuh Nabi ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu
dengan Rasulullah S.A.W secara sulit. Pertemuan itu telah membawa
kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian ini dibuat
pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun ke sebelas kerasulan Nabi.
Antara isi kandungan perjanjian ini ialah tidak mensyirikkan Allah S.W.T,
tidak membunuh anak, tidak membuat fitnah atau khianat, tidak
mencuri, tidak berzina, serta tidak menderhaka kepada Rasulullah
S.A.W ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun
ke tiga belas kerasulan, termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang
dibuat antara Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki dan 2 orang
perempuan Madinah. Antara isi kandungan perjanjian tersebut, mereka
haruslah menerima Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin dan berjanji
mempertahankan Rasulullah. Kemudian, mereka juga berjanji untuk
berjuang mempertahankan Islam dan membantu Rasulullah S.A.W
serta orang Islam yang lain ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil,
 

2006 ).

2.2 SEMASA HIJRAH

Sehari sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, musyrikin Makkah


telah berbincang bagi menghalang Nabi daripada berhijrah. Mereka
telah bersetuju untuk membunuh Nabi S.A.W semasa baginda sedang
tidur ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada malam penghijrahan, pemuda musyrikin Quraisy telah
mengepung rumah Nabi untuk membunuh baginda tetapi Allah telah
menurunkan wahyu bagi memberitahu Nabi tentang rancangan kafir
Quraisy tersebut dan memerintahkan baginda agar berhijrah ke
Madinah. Manakala, Saidina Ali telah diperintahkan oleh Nabi agar tidur
di atas katil baginda dan Nabi telah berjaya keluar dari rumahnya lalu
menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengajaknya berhijrah ( Zulkarnain
Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Kemudian, Nabi bersama Abu Bakar keluar dari Makkah menuju ke Gua
Thur dan bersembunyi di sana. Setelah 3 hari 2 malam di dalam Gua
Thur, baginda meneruskan perjalanan ke Madinah dengan dibantu oleh
Abdullah Bin Arqit. Setelah itu, baginda berhenti di Quba' selama 4 hari
dan membina masjid pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Masjid
Quba' ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Pada 2
Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan ( 2 Julai 622 Masihi ), Rasulullah
S.A.W bersama Abu Bakar telah selamat sampai di Madinah. Mereka
berdua disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah
( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

2.3 SELEPAS HIJRAH


 

 
Hijrah telah mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin.
Hijrah juga telah menjurus kepada pembinaan masjid sebagai tempat
ibadah dan lambang perpaduan umat Islam. Selain itu juga,
j uga, beberapa

perjanjian telah termeterai bersama golongan Yahudi di Madinah (


Naeem Siddiqi, 1985 ).

3.0 SEJARAH HIJRAH

3.1 HIJRAH PERTAMA: HABSHAH

Pada permulaannya, penghijrahan umat islam yang pertama ialah


menuju ke negeri Habsyah. Rombongan ini terdiri daripada sepuluh
orang lelaki dan empat orang wanita kemudian disusuli oleh rombongn
berikutnya sehingga mencapai seratus orang, diantaranya ialah Usman
bin Affan beserta isteri beliau Ruqayyah,Zubair bin Awwam,
Aw wam, Abdul
Rahman bin Auf, Ja’far bin Abu Talib dan lain-lain. Penghijrahan ini
berlaku pada tahun kelima kenabian tahun 615 Masihi. Setibanya di
negeri Habsyah, mereka mendapat sambutan, penerimaan dan
perlindungan yang baik dari rajanya. Ketika itu nabi tidak ikut ke
Habsyah. Beliau tetap tinggal di Makkah. Orang Quraisy telah mengutus
Amr bin Ash dan Abdullah
A bdullah bin Abi Rabi’ah ke Habsyah supaya
s upaya meminta
Raja Habsyah menolak kedatangan kaum muslimim tetapi baginda
bersikap bijaksana kerana baginda tidak hanya menerima keterangan
dari sebelah pihak sahaja akhirnya permohonan kaum muslimin untuk
tinggal di Habsyah diperkenankan oleh raja dan tuntutan Quraisy
ditolak ( Faisal Ismail, 1984 ).
 

 
3.2 HIJRAH KEDUA: TAIF

Seterusnya, baginda berhijrah ke Taif untuk mendapat dorongan dan

sokongan dari Khabilah Tsaqif terhadap musuh-musuh islam


isl am Makkah.
Beliau menggunakan tutur kata yang baik dan sikap yang penuh dengan
hormat dan bijak ketika menemui pemuda-pemuda Kabilah Tsaqif dan
mengajak mereka untuk mentauhidkan Allah dan memeluk agama
Islam. Namun begitu ajakan baginda tidak dihiraukan oleh pemuda-
pamuda tersebut malah mereka menolaknya dengan kasar. Baginda
diusir, diejek, dicemuh dan dilempari dengan batu. Baginda tabah
menghadapi segala cubaan yang ditimpakan kepadanya. Baginda
terpaksa kembali ke Makkah dan terus menuju ke Baitullah lalu beliau
Tawaf dan sujud berdoa semoga Allah mengampuni kaumnya ( Faisal
Ismail et.all, 1984 ).

3.3 HIJRAH KETIGA: MADINAH

Penghijrahan yang terakhir baginda ke Madinah pada 1 Rabiulawal


bersamaan 12 September tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini berlaku
secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W
berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah
dan telah memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Namun, Umar
bin al-Khattab telah berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan
kerana sifat keberaniannya ( Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul
Rahman et.all, 2006 ).

4.0 SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH


 

 
Dakwah Islamiah telah disebarkan di Makkah lebih kurang 13
tahun.Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh nabi Muhammad S.A.W
dalam masa tersebut. Untuk meneruskan dakwah Islamiah, nabi

Muhammad S.A.W telah mangambil keputusan untuk berhijrah ke


Madinah.
Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah. Faktor utama
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan
perintah Allah menerusi wahyu. Maka dalam wahyu ini Allah telah
menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi
Muhammad S.A.W dan Allah telah memerintahkan baginda agar segera
berhijrah. Perintah ini yang berasas ayat Al-Quran, iaitu surah Al-Anfal
yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke
kota Madinah. Dengan perlindungan Allah S.W.T, Nabi Muhammad
S.A.W dan sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke
Madinah.
Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman
daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran
Islam di Makkah. Walaubagaimanapun, penghijrahan itu bukan bererti
orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini
merupakan strategi Nabi Muhammad S.A.W untuk mengembangkan
Islam. Bagi baginda, suasana aman di tempat baru akan memudahkan
lagi penyampaian dakwah islamiah. Selain itu, hijrah juga membolehkan
sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna
diwujudkan.
Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah adalah disebabkan
 jemputan masyarakat Arab
Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai
konflik.pada ketika itu suku Aus dan Kharaj di Madinah sering
 

bertelagah sesame sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh


golongan Yahudi. Oleh itu, golongan Arab Madinah memerlukan
pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad S.A.W untuk
mengetuai kepimpinan di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W juga

diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa


bermusuhan ( Muhd Yusof bin Ibrahim et.all, 2006 ).

5.0 KEPENTINGAN HIJRAH

Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan


tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada
hari ini. Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat
dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di
Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang
terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan ini telah
melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Ini sangat penting
kerana dengannya masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan
ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan
kemakmuran hidup. Tanpa perpaduan, keharmonian hidup dalam
sesebuah masyarakat atau negara tidak akan wujud. Apabila keadaan
ini berlaku, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk
mencapai kemajuan dan kemakuran tentu akan gagal ( Rosnanaini binti
Suliman et.all, 2006 ).
Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam.
Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar al-Khattab. Pada masa ini,
 

takwim Hijrah digunakan di Negara Islam seperti Malaysia. Setiap


tahun, Negara kita, Malaysia, mengadakan sambutan “ maal hijrah ”
dan matlamatnya adalah untuk mengingati perjuangan umat Islam
dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi sekarang

( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).


Hijrah juga menunjukkkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-
menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dalam konteks
hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang
besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggup
memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan
asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara
dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sedia
berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong untuk membangunkan
negara harus tersemat dalam jiwa kita
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat
memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk
menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri Abu
Bakar Al-Siddiq, Asma’. Beliau telah berjaya membantu perjuangan
Nabi Muhammad S.A.W apabila beliau dengan beraninya telah
menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan
orang Quraisy kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun
menyedari tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan
berbatu besar ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi
Muhammad S.A.W. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan
kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu, baginda
tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif
 

ini patut dicontohi ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).

KESIMPULAN

Berdasarkan topik yang dibincangkan iaitu berkenaan hijrah Rasulullah


S.A.W ke Madinah, kami dapat simpulkan bahawa hijrah yang dilakukan
oleh baginda mendatangkan banyak kesan samada dari segi kebaikan
atau keburukan walaupun baginda dan sahabat menempuhi pelbagai
cabaran dan rintangan. Penghijrahan yang telah baginda lakukan ada
yang disokong oleh orang sekelilingnya dan ada juga yang menbantah.
Kekuatan dan kesabaran baginda telah membuahkan hasil apabila
berjaya berhijrah ke Madinah dan menyampaikan wahyunya di negeri
tersebut. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati melalui
penghijrahan baginda. Antaranya, kita haruslah bersabar dalam
melakukan sesuatu. Seterusnya, kita juga harus bijak berfikir sebelum
melakukan sesuatu. Selain itu, kita juga hendaklah memberi keutamaan
kepada agama dengan bersolat dan berdoa dalam apa jua yang kita
lakukan.

Anda mungkin juga menyukai