Anda di halaman 1dari 8

AIL 1002 2022/2023

AIL 1002
SEJARAH ASIA TENGGARA HINGGA
ABAD KE 15
SOALAN 6
BINCANGKAN FAKTOR – FAKTOR
KEGEMILANGAN KERAJAAN SRIVIJAYA PADA
ABAD KE 7 HINGGA ABAD KE 13 MASIHI
NO
NAMA
MATRIK
MUHAMMAD AMIR IMRAN BIN RIZAL 22003717
MUHAMAD FAIZ AZRIN BIN SAPUWAN 22003609
MUHAMAD SYARIFUDDIN BIN SULAIMAN 22003779

PENSYARAH DR TAN MIAU ING


HARI RABU
MASA 10.00 A.M – 11.00 A.M
AIL 1002 2022/2023

PENDAHULUAN
 Kerajaan Srivijaya merupakan antara salah satu kerajaan Buddha yang terkuat di rantau
Asia Tenggara dan terpenting dalam penyebaran agama Buddha Mahayana.
 Diasaskan oleh Maharaja Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 670 masihi yang
merupakan Maharaja Srivijaya yang pertama.
 Berpusat di Palembang, Sumatera, kerajaan ini merupakan antara kerajaan Maritim
terkuat yang pernah wujud di Asia Tenggara.
 Perkataan Srivijaya berasal daripada bahasa Sanskrit yang boleh diertikan seperti yang
berikut, Sri bererti “bercahaya” dan Vijaya bererti “kemenangan.”
 Dalam catatan China pula , Srivijaya dikenali sebagai Shi li fo Shi, manakala dalam
catatan Arab-Parsi dikenali dengan nama Sribuza atau Zaba
 Kewujudan kerajaan Srivijaya diketahui melalui bukti batu bersurat dan juga catatan
pengembara asing terutama dari cerita yang ditulis oleh pengembara I-Tsing dari Negeri
China yang pernah melawat Srivijaya.
 Empat buah batu bersurat yang telah dijumpai di Sumatera Selatan dan daripadanya
diketahui bahawa kerajaan yang muncul di Kawasan tersebut ialah Kerajaan Srivijaya.
 Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Kerajaan Srivijaya pernah mencapai
puncak kegemilangannya suatu ketika dahulu.

SENARAI MAHARAJA SRIVIJAYA


Zaman Awal B Suwarnadwipa
1. Sri Jayanaga 667-692 1. Balaputradewa 835 - 860
2. Sri Dhiraja 692-702 C Kedah
3. Sri Indravarman 702–728 1. Sri Udayadityavarman 960–988
4. Rudra Vikraman 728–775 2. Sri Chulamanivarman 988–1008
Wangsa Sailendra 3. Sri Mara Vijayatunggavarman 1008–1017
A Jawa 4. Sri Sangrama Vijayatunggavarman  1017–1025
1. Sri Dharmasetu 775– (?) 5. Sri Deva 1028
2. Sangramadhananjaya 775 - 800
3. Samaratungga 792–835

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN SRIVIJAYA


POLITIK
1. Sistem Pentadbiran Yang Cekap, Sistematik & Kemas
 Faktor sistem pentadbiran yang cekap, bersistematik dan kemas yang dimiliki
Kerajaan Srivijaya membuatkan kerajaan itu mampu bangun sebagai satu
kerajaan Melayu yang agung
 Maharaja Srivijaya menduduki hierarki tertinggi iaitu berada di puncak
kekuasaan pemerintahan Srivijaya.
 Maharaja Srivjiaya dianggap sebagai inkarnasi daripada dewa Hindu, Amogapasha
Avalokiteswara. Maharaja - maharaja Srivijaya juga dikatakan mempunyai unsur
kesaktian yang memperkukuh kedudukan sebagai raja.
 Konsep daulat Maharaja Srivijaya muncul dengan pendewaan raja yang memerintah.
AIL 1002 2022/2023

Kepercayaan konsep daulat ini mewujudkan tradisi persetiaan antara golongan yang
diperintah dengan yang memerintah.
 Maharaja Srivijaya juga menggunakan konsep Devaraja yang mana konsep itu
membawa kepada raja / maharaja merupakan jelmaan dewa, berkuasa mutlak
dan perlu dipatuhi oleh penduduk
 Maharaja dibantu oleh para pembesar yang merupakan keturunan diraja dan
golongan bangsawan.
 Srivijaya merupakan sebuah kedatuan atau empayar yang dibahagikan kepada
beberapa buah mandala ataupun daerah. Setiap mandala akan diketuai oleh
seorang Datu yang dilantik oleh Maharaja daripada golongan putera – putera
raja
 Pemerintahan setiap Datu pula dibantu oleh ketua tentera yang bergelar
Parvanda. Ketua Tentera bertanggungjawab membantu Datu dan Maharaja
untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan Kerajaan Srivijaya.
 Dalam sistem pentadbiran, raja mempunyai pelbagai peranan seperti mempunyai
kuasa dalam kehakiman, pungutan cukai dan perkaraperkara yang berkaitan dengan
kesejahteraan rakyat. Pentadbiran dibantu oleh anak-anak raja, iaitu Yuvaraja,
Pratiyuvaraja dan Rajakumara.
 Organisasi sosial dan politik Srivijaya dapat dibahagikan kepada dua. Bahagian
pertama ialah golongan diraja serta kelas pentadbir yang terdiri daripada senapati,
nayaka, pratyaya, hajipratyaya dan dandanayaka.
 Diikuti oleh golongan bawahan yang terdiri daripada golongan merdeka dan
golongan hamba abdi.
 Golongan ini jelas kelihatan dalam inskripsi Telaga Batu di mana golongan merdeka
ini merupakan rakyat yang berkasta rendah.
 Golongan agama, tentera dan hakim juga antara golongan yang membantu raja dalam
pentadbiran yang menjadikan Kerajaan Srivijaya antara kerajaan terkuat di
Kepulauan Asia Tenggara.

3. Menjalinkan Hubungan Diplomatik dengan Kuasa Besar


 Kerajaan Srivijaya mengukuhkan kuasa dengan mendapatkan naungan daripada
negara China.
 Srivijaya menghantar ufti kepada China untuk mendapatkan perlindungan daripada
ancaman luar.
 Dikatakan antara tahun 960 – 983 masihi, Srivijaya telah menghantar tidak
kurang dari lapan utusan diplomatik ke negara China.
 Penghantaraan ufti sebagai tanda pengiktirafan jalan perkapalan Srivijaya di
Sumatera dan menyanjung martabat maharaja China
 Perlindungan tersebut juga telah menjadi jaminan untuk para pedagang dari
Arab, China dan India untuk berdagang ke Pelabuhan – Pelabuhan milik
Kerajaan Srivijaya.
 Jaminan perlindungan daripada Kerajaan China telah berjaya mengelakkan
kerajaan Srivijaya daripada diserang oleh Kerajaan Majapahit, Siam dan
Burma.
 Hubungan Srivijaya dengan negara India dapat dilihat melalui prasasti Nalanda.
Prasasti ini banyak menceritakan tentang Raja Srivijaya iaitu Balaputra Dewa yang
AIL 1002 2022/2023

mempunyai hubungan erat dengan raja Dewa Paladewa dari India.


 Selain itu, penubuhan biara atau tempat mengkhususkan diri terhadap ajaran agama
Buddha kepada penduduk Srivijaya di India diceritakan juga dalam prasasti ini.
 Di samping itu, pemberian hadiah kepada Raja India berbentuk sebuah desa untuk
diabadikan kepada sang Buddha didirikan di Negapatam

Melakukan Penahlukan dan Perluasan Kuasa


 Kerajaan Srivijaya telah melakukan penaklukan dan perluasan kuasa bagi
membesarkan dan mengukuhkan kuasa kerajaan Srivijaya.
 Srivijaya merupakan kerajaan laut yang sangat kuat sehinggakan Kedah yang berada
di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Srivijaya
 Semasa pemerintahan Maharaja Dapunta Hyang Sri Jayanasa, Srivijaya juga telah
berjaya menakluki Melayu Jambi pada tahun 775 masihi lalu mengembangkan kuasa
jajahan ke kawasan-kawasan di sekitar kawasan Selat Melaka.
 Kataha ataupun Kedah Tua pada tahun 671 masihi dan Jaiya serta negeri-negeri lain
di Segenting Kra pada tahun 775 masihi turut ditakhluk oleh Srivijaya.
5.  Semasa era pemerintahan Maharaja Sangramadhananjaya pada abad kelapan,
Srivijaya telah berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan
Segenting Kra.
 Pada penghujung abad ke 7 masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk beberapa
kawasan serantaunya antaranya ialah Langkasuka, Bangka, Temasik, Tulang
Bawang, Minanga dan sebagainya, Contoh diambil ialah Langkasuka di mana
Langkasuka menjadi kawasan jajahan Srivijaya bermula pada kurun ke-7
 Penaklukan ini juga membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu
Selat Melaka dan Selat Sunda yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Kantoli.
 Srivijaya juga telah berjaya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk
sebuah empayar Melayu pertama di Gugusan Kepulauan Melayu.

7. Pertahanan Dan Ketenteraan


 Srivijaya turut terkenal dengan pasukan tentera yang kuat.
 Dengan Angkatan tentera yang ramai, Srivijaya telah menawan beberapa buah
kerajaan di utara Tanah Melayu dan Sumatera. Srivijaya juga mewujudkan unit
kententeraan yang diketuai oleh panglima bergelar Pratisava
 Pernyataan ini dikuatkan lagi dengan penemuan batu bersurat yang bertarikh 682
Masihidi Kedukan Bukit yang mempunyai inskripsi yang menceritakan
perihal kerajaan Srivijaya mempunyai angkatan tentera dengan sekurang-
kurangnya 20 000 orang tentera yang berkebolehan pada masa
kegemilangannya.
 Di dalam sistem ketenteraan Srivijaya, terdapat dua kelas tentera iaitu tentera di
pusat pemerintahan dan di peringkat wilayah
 Di pusat pemerintahan merupakan tentera diraja yang diketuai oleh
Nisamvarddhiku parvvanda manakala di peringkat wilayah pula di ketuai oleh
Senapati.
 Jawatan tentera kemudianya dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu
Parvanda, Senapati dan Pratisara
AIL 1002 2022/2023

 Parvanda merupakan angkatan tentera peringkat pusat. Ia mempunyai


hubungan langsung dengan raja dan berperanan memberi arahan ketenteraan.
Di bawah Pravanda pula ialah Senapati dan akhir sekali ialah
Pratisara iaitu ketua tentera bagi golongan hamba.
 P r a t i s a r a d a n S e n a p a t i bertanggungjawab terhadap Pravanda iaitu segala
tugas yang di arahkan oleh Pravanda perlulah dilaksanakan
 Peranan ini dibahagikan adalah untuk memastikan setiap tugas dan pekara yang
dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sistematik
 Antara tugas dan peranan utama angkatan tentera Srivijaya ialah mengawal
aktiviti perlanunan. Selain itu, mereka juga perlu menangani serangan musuh
 Hal ini adalah untuk memastikan kemakmuran dan kelancaran terjamin.
Hulun aji atau juga dikenali sebagai hamba raja turut di kerah menjadi
tentera semasa peperangan. Pratisara adalah bertanggungjawab ke atas golongan
hamba raja yang dikerah menjadi tentera. Kekuatan kerajaan akan dibantu oleh
kekuatan tentera kerana tentera akan bersikap profesional untuk memastikan
negara berada dalam keadaan yang aman

EKONOMI
Pusat Perdagangan Asia Tenggara
 Kerajaan Srivijaya muncul sebagai pusat perdagangan kepulauan Asia Tenggara pada
zaman keemasanya.
 Penguasaan Selat Melaka dan Kedah Tua yang juga merupakan antara pusat
perdagangan di rantau itu membuatkan seluruh perdagangan yang melalui selat
Melaka dan juga jalan – jalan darat di utara Semenanjung terletak dibawah
kuasanya.
 Dibuktikan lagi apabila pemerintah Kerajaan Srivijaya telah menguasai Selat
Melaka, Semenanjung Tanah Melayu dan Ligor pada 775 masihi.
9.
 Bukan itu sahaja, Kedah yang berada di bawah Empayar Srivijaya lebih
penting berbanding Kanton sebagai Pelabuhan yang menyimpan barang –
barang dagangan bagi saudagar – saudagar Arab, India dan China
 Di pelabuhan Srivijaya, para pemerintah telah menyediakan pelbagai
kemudahan di pelabuhan – pelabuhan seperti stor, tempat penginapan
sementara, gudang penyimpanan barang dan pelbagai lagi.
 Para pedagang yang datang ke Srivijaya dilayan dengan baik dan kemudahan
serta layanan yang baik ini telah menyebabkan Srivijaya dikunjungi dan oleh
ramai pedagang.

11. Kedudukan Yang Strategik


 Dari segi geografi, Kerajaan Srivijaya terletak di tengah – tengah jalan
perdagangan antara timur dan barat.
 Hal tersebut secara langsung menjadikan Kerajaan Srivijaya sebagai pelabuhan
persinggahan yang utama dari mana – mana negara.
 Bukan itu sahaja, kelebihan kawasan Kerajaan Srivijaya menghadap angin
monsoon timur laut menyebabkan pelabuhan kerajaan tersebut tidak mampu
ditandingi oleh Pelabuhan – pelabuhan yang lain.
 Srivijaya juga berjaya mengendalikan jalan perdagangan di Selat Melaka, Selat
AIL 1002 2022/2023

Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa dan Selat Karimata.


 Kedudukan Selat Melaka yang menjadi laluan perdagangan yang begitu strategik di
mana membolehkan pedagang sampai ke Sumatera dan sehingga ke Timur China
dengan mudah.

Sistem Cukai Yang Sistematik


 Kerajaan Srivijaya memiliki sistem cukai yang sistematik sehingga mampu
menjadikan sebagai empayar yang kaya
 Sumber utama kekayaan kerajaan datang dari cukai – cukai perdagang yang
menggunakan kemudahan pelabuhan milik Srivijaya
Walau bagaimanapun, cukai tersebut tidak membebankan penduduk dan
13.
pedagang kerana tidak terlalu tinggi dan masih mampu dibayar
 Bukan itu sahaja, pedagang yang membayar cukai kepada kerajaan Srivijaya
masih mampu untuk menjalankan perniagaan mereka
 Cukai yang berpatutan menjadikan Kerajaan Srivijaya sering dikunjungi para
pedagang seterusnya membantu kerajaan itu berkuasa dalam pedagangan di
rantau Asia Tenggara.

Peranan Orang Laut


 Orang laut juga memainkan peranan penting dalam faktor kegemilangan kerajaan
Srivijaya
 Pemerintah Kerajaan Srivijaya mampu mengawal orang laut menyebabkan
masalah lanun di selat Melaka dapat dikawal dan diatasi.
 Hal ini disebabkan pemerintah Srivijaya mengawal orang laut dengan
menjadikan mereka sebagai tentera laut.
 Orang laut pakar dan mahir tentang selok belok laut seperti benting pasir,
15. beting karang, cuaca dan sebagainya menyebabkan Srivijaya melantik mereka
sebagai tentera laut untuk mengawal masalah dan hal ehwal di laut dengan
berkesan.
 Orang laut juga berperanan memantau dan menjamin keselamatan pedagang –
pedagang di pelabuhan Srivijaya membuatkan para pedagang berasa selesa
sepanjang berada di Srivijaya.
 Sumbangan orang laut menyebabkan Srivijaya mampu memainkan peranan sebagai
pusat persinggahan para pedagang di samping menjadi pusat pengumpulan, pusat
penyebaran barang – barang dagangan dan pelbagai lagi.

SOSIAL
17. Pusat Perkembangan Agama Buddha
 Kerajaan Srivijaya merupakan antara pusat perkembangan agama Buddha dari
Mazhab Mahayana.
 Beribu – ribu orang sami dan pelajar – pelajar Buddha singgah ke Srivijaya
untuk menetap selama beberapa bulan sementara menanti pertukaran angin
monsoon sebelum meneruskan pelayaran mereka ke Universiti Malanda di
India
 Ini ada dicatatkan dalam catatan I-tsing , pengembara China yang menyebut
AIL 1002 2022/2023

tentang Palembang yang juga sebuah pusat pentadbiran Kerajaan Srivijaya


memainkan peranan penting untuk menjadi pusat penyebaran agama Buddha
yang besar
 Di Palembang, terdapat sami – sami Buddha yang berjumlah lebih daripada
1000 orang
 I-Tsing memberikan pendapat bahawa sesiapa yang mahu menuntut agama
Buddha di India, lebih baik singgah dahulu setahun dua sebelum meneruskan
pelajarannya ke sana.. I-Tsing menyebut Palembang dengan nama “Che-li-fo-
che”
 Jelas bahawa pengaruh Kerajaan Srivijaya sebagai pusat perkembangan Agama
Buddha meluas bukan sahaja di Kawasan Asia Tenggara malah sehingga ke
negeri Tibet di utara India.

Perkembangan Bahasa
 Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pentadbiran kerajaan Srivijaya
 Penemuan batu-batu bersurat di Kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang
Tuwo membuktikan pengaruh bahasa Melayu.
 Bukan sahaja pada empayar Melaka dan juga Majapahit, Bahasa Melayu
mencapai kegemilangannya pada zaman empayar Srivijaya.
19. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu yang telah diresapi kata kata Sanskrit,
terutama kata-kata istilah yang membabit teknik pengajaran agama Buddha,
seperti agama, syurga. neraka, pu.asa, sastera. permata. dewata. bahasa. astana.
saudara. isteri, suami, bangsa dan yang sebagainya.
 Batu bersurat juga dijumpai ditulis  dalam Bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa 
Sanskrit yang menggunakan tulisan Palava
 Pencampuran Bahasa ini membantu Bahasa Melayu berkembang sebagai
Bahasa utama dibawah pemerintahan Srivijaya.

KESIMPULAN
 Faktor – faktor diatas jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Srivijaya pernah mencapai
zaman kegemilangannya suatu masa dahulu.
 Kebijaksanaan pemerintah juga antara faktor – faktor kegemilangan Kerajaan
Srivijaya kerana memberi pengaruh yang kuat
 Namun begitu, kemerosotan kerajaan ini bermula selepas serangan Raja Chola dari
Selatan India pada tahun 1025.
 Kedudukan Srivijaya sebagai sebuah kuasa maritim yang kuat tidak menjamin
pengaruhnya berkekalan dan sentiasa ditentang oleh musuh-musuh daripada pelbagai
pihak luar.
 Sejak itu, kerajaan ini semakin lemah, maka kerajaan-kerajaan jajahan mula
membebaskan diri. Kerajaan Melayu lain mula memberikan saingan kepada Srivijaya,
terutamanya kerajaan Jambi.

RUJUKAN
AIL 1002 2022/2023

 SUMBER BUKU :

Ahmad Haji Saleh. Ringkasan Sejarah Dunia Buku I. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. 1976.

Nik Hassan Shuhaimi. Srivijaya: Satu Tinjauan Tentang Organisasi Sosial Dan
Pentadbiran, Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia. 1979.

Wolters, O.W. Perdagangan Awal Indonesia. Satu Kajian Asal Usul Kerajaan
Srivijaya, (terj.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989.

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. Sejarah Dunia,


Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti. 1999.

Andaya, Barbara Watson & Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia, Petaling Jaya :
Macmillian.

Hall, D.G.E. 1971. Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
 SUMBER INTERNET :

https://achedemia.my/2021/09/24/kewujudan-kerajaan-di-alam-melayu-
kegemilangan-pemerintahan-dan-ekonomi/#:~:text=Kegemilangan%20dan
%20Kemasyhuran%20Kerajaan%20Srivijaya&text=Semasa%20era
%20pemerintahan%20Sangramadhananjaya%20pada,Tanah%20Melayu%20dan
%20Segenting%20Kra.

https://www.languagecouncils.sg/mbms/en//media/mlc/documents/
penerbitan_pertumbuhan-dan-perkembangan-bahasa-melayu_haji-muhammad-
ariff-ahmad.pdf

https://www.coursehero.com/file/p1v61g7/Jika-lemahnya-sistem-ketenteraan-
maka-musnahlah-kerajaaan-itu-Pernyataan-ini/

Anda mungkin juga menyukai