Anda di halaman 1dari 8

Batu Bersurat Terengganu: Kajian dalam

Aspek Formalistik sebagai Karya Seni

Abstract

Batu bersurat kebiasaanya dijumpai dalam keadaan yang mempunyai peristiwa


dicoretkan pada batu tersebut. Penghayatan mengenai apakah sejarah mengenai tulisan
yang diukir pada batu bersurat telah luas diterokai oleh para sejarawan. Meskipun
kepentingan dari segi makna yang tersurat dan tersirat yang ada pada batu bersurat itu
perlu untuk diterjemahkan, namun penghayatan dari sudut formalistiknya sebagai satu
karya seni juga boleh mendatangkan kegunaan bagi yang ingin menerokai dari
perspektif tersebut. Penulisan ini adalah untuk mengkaji batu bersurat Terengganu dari
aspek formalistic sebagai satu karya seni. Apakah kaedah penulisan yang digunakan
pada Batu Bersurat Terengganu? Penyelidikan ini bersandarkan teori Feldman yang
mengenengahkan kaedah mentelaah sesuatu perkara dengan menggunakan prinsip seni.
Kajian ini juga turut mengaplikasikan kaedah kualitatif iaitu dengan mengadakan sesi
temu bual Bersama beberapa informan iaitu setiap dari mereka mempunyai kepakaran
dalam bidang masing-masing. Kajian lapangan yang turut dijalankan dengan
menggunakan kaedah observasi, membuat catatan serta pendokumentasian secara
rakaman suara dan juga pengambilan mengambil beberapa gambar Batu Bersurat
Terengganu. Tambahan pula, penyelidikan secara sekunder juga dititikberatkan dalam
membantu menyempurnakan butir-butir maklumat berdasarkan kajian yang dijalankan.
Di akhir perolehan data atau maklumat, membuahkan satu kajian penyelidikan yang
lengkap dan memberi manfaat kepada masyarakat. Justeru, semoga penyelidikan
seumpamanya mendatangkan faedah kepada golongan sarjana, pendidik, budayawan,
sejarawan seni, dan keseluruh penduduk alam.

Kata Kunci: Batu Bersurat, Batu Bersurat Terengganu, Aspek Formalistik, Karya Seni
Pengenalan

Setiap tamadun di dunia ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Penyebaran


agama di setiap negara adalah yang paling diperhatikan dan boleh menjadi secebis bukti
penting terhadap sejarah semasa. Malaysia juga mempunyai peratusan umat Islam yang
tinggi, namun masih terdiri daripada pelbagai agama dan budaya yang pelbagai. Setiap negeri
di Malaysia mempunyai bukti bagaimana penyebaran agama Islam telah berlaku. Batu
Bersurat Terengganu, misalnya, adalah bukti penyebaran tamadun Islam di Terengganu.

Batu Bersurat Terengganu diliputi tulisan Jawi-Arab pada permukaan keempat


fasadnya. Selain itu, batu bersurat ini mengandungi peraturan yang telah diamalkan oleh
mereka yang hidup pada zaman itu dan diperintahkan untuk melaksanakan syariat Islam.
Tambahan lagi, terdapat kefahaman tentang astronomi, sains, dan spesimen terawal tulisan
Jawi di Alam Melayu yang telah bertapak pada zaman dahulu.

Walau bagaimanapun ,Batu Bersurat Terengganu adalah satu-satunya batu bersurat


yang wujud di Terengganu, dan mewakili bukti penyebaran agama Islam di negeri tersebut.
Isi kandungannya yang jelas menceritakan tentang hukum-hukum Islam terhadap perkara
maksiat serta kemungkaran yang dibuat oleh umat Islam.Namun begitu, sejarah semakin
diselami dengan kehadiran anasir luar yang mempengaruhi pemikiran masyarakat hari ini.
Walaupun usia batu bersurat Terengganu ini sudah tua, ia masih berperanan sebagai seketul
artifak di mata masyarakat.

"Mungkin ada yang bertanya kenapa kita tidak tahu kehebatan tamadun Islam Tanah
Melayu? Ini kerana kita telah kehilangan sejarah ini dan kita tidak mendalami sejarah
bahagian ini" (Berita Harian, 2019). Sungguhpun begitu, lazimnya sebuah artifak akan
memberi impak yang besar terhadap catatan sejarah yang akan diubah mahupun yang telah
digubal. Batu Bersurat Terengganu menjadi sebuah karya dimana tidak hanya dikupas
mengenai makna disebalik coretan Jawi-Arab yang ada, juga dari perspektif formalistik.
Batu Bersurat Terengganu

Pada awalnya, Batu Bersurat Terengganu ini terdiri daripada empat fasad yang
berbeza dimana setiap permukaan mengandungi istilah Arab iaitu 'sharatan' (Niswa
Noralina, 2018). Batu Bersurat ini telah ditemui di ketika banjir di Kuala Berang, di
Sungai Tersat. Penemuan ini adalah salah satu contoh artifak tertua yang
didokumentasikan dengan tulisan Jawi dalam dunia Melayu Islam di Asia Tenggara (The
Star Online, 2009). Menurut Abdul Razak, (2010), dipetik daripada Othman dan Abdul
Halim (1990), Batu Bersurat Terengganu ditemui pada tahun 1887 di tebing kanan
Sungai Tersat. Batu Bersurat Terengganu kemudiannya telah dipindahkan ke Muzium
Negeri Terengganu selepas ianya telah dijadikan sebagai alas kaki untuk menaiki tangga
surau.

Begitu juga, Batu Bersurat Terengganu ini terdiri daripada tulisan menegak pada
fasad A dan B dari kanan ke kiri dan ditulis memanjang ke bawah. Manakala pada
permukaan fasad C dan D, ianya diukir dari bahagaian bawah ke atas. Dapat dilihatkan
bahawa fasad A mempunyai tulisan yang terawal diukir pada permukaan batu itu. Hal
ini dipastikan dengan adanya bingkai yang diukir pada permukaan fasad A, berbentuk
segi empat tepat. Namun, tiada persamaan yang berlaku pada fasad B, C dan juga D.

Seterusnya, ukiran yang terdapat pada batu bersurat itu dipercayai diukir
menggunakan alat pengukir atau mungkin bahan tajam sejajar dengan peralatan yang ada
pada zaman itu. Tambahan pula, jika diperhatikan dengan jarak yang lebih dekat, Batu
Bersurat ni sebenarnya masih mempunyai separuh daripada bahagian permukaannya
yang diukir dengan tulisan. Perkara ini juga berlaku untuk keempat-empat fasad pada
batu bersurat itu, dimana ianya masih meninggalkan separuh bahagian kosong
dibawahnya itu.

Selanjutnya, keadaan fizikal batu purba itu didapati tidak sempurna dimana ianya
mempunyai bahagian-bahagian serpihan pada permukaannya. Bentuk batu bersurat ini
adalah seperti segi empat tepat menegak tetapi meruncing di bawahnya. Manakala warna
Batu Bersurat Terengganu seakan kelabu yang hampir kepada hitam dan terdapat
beberapa bahagiannya yang disaluti dengan waarna oren dan coklat.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan jika warna batu bersurat ini mungkin
berbeza seperti warna asalnya pada ketika ianya diukir. Warna asal batu bersurat
Terengganu mungkin berwarna kelabu gelap kerana ia merupakan batu delorit (Jaafar,
Roslan, Lahasen, Haerie, Engku, Mohamad, Airwan, Abdul, Ainul, 2013)

Kajian Dalam Aspek Formalistik

Dalam kajian ini, pendekatan dari segi aspek formalistik telah dijalankan dengan
merujuk kepada teori kritikan seni; Edmund Burke Feldman. Bagi menyelesaikan objektif
penyelidikan ini, pandangan secara analitikal telah disusun bagi mengaplikasikan elemen dan
prinsip. Menurut D'Alleva (2010), analisis formal merangkumi semua teknik dan isu yang
berkaitan dengan komponen visual dan fizikal sesebuah karya seni.

Begitu juga, sistem kritikal Feldman ialah teknik analisis untuk mengumpul data
(keumuman) daripada bukti yang diberikan (butiran). Kemudian, dalam empat peringkat
berbeza, model kritikan ini berfungsi sebagai corak untuk menyatakan pemerhatian terhadap
karya seni (Subramaniam et al., n.d.).

Walaubagaimanapun, huraian pra-ikonografi merujuk kepada teori ikonologi


Panofsky (1972) kepada unsur saintifik dan mudah untuk memahami karya tersebut. Aktiviti
ini dirujuk sebagai penilaian formalistik dan teknik berasaskan bentuk untuk menerangkan
dari sebelum peringkat analisis. Oleh yang demikian, dengan menggunakan pendekatan
secara formalistik, seterusnya mentafsirkan Batu Bersurat Terengganu dan memanfaatkannya
sebagai pandangan dalam sebuah karya seni.

Sebagai istilah, kritikan seni merujuk kepada proses melaksanakan pemerhatian yang
mendalam terhadap karya seni serta membuat penilaian yang sistematik terhadapnya
(Subramaniam et al., n.d.). Tambahan pula, kritikan seni membantu meningkatkan
pengetahuan seni seseorang dan menjana rasa apresiasi seni yang lebih luas dengan
melibatkan diri dengan nilai budaya dan kemasyarakatan yang ditonjolkan oleh sesuatu karya
seni.

Pada waktu yang sama, terdapat beberapa teori untuk menganalisis dan mentafsir
sebuah karya seni. Edmund Feldman telah membentuk sistem empat langkah asas kritikan
seni yang terdiri daripada penerangan, analisis, tafsiran dan pertimbangan. Sementara itu,
Feldman merasakan matlamat kritikan seni adalah unutk memahami, dan dia telah
menyamakan dengan sesuatu makna dengan tujuan sampingan adalah keseronokan atau
kegembiraan (Feldman, 1973). Pendekatan asas Feldman ialah prosedur intuitif untuk
mendapatkan kenyataan (umum) daripada fakta yang disediakan (perincian).

Sehubungan dengan itu, pendekatan sistematik berfungsi sebagai corak untuk


membuat penilaian tentang karya seni dalam empat peringkat yang berbeza. Namun begitu,
pengkaji hanya memilih aspek dari segi huraian, analisis dan tafsiran untuk diketengahkan
dalam kajian ini. Aspek pertimbangan tidak digunakan untuk dimasukkan semasa melakukan
penyelidikan Batu Bersurat Terengganu ini.

Teori Seni Edmund Burke


Feldman

Keterangan Analisis Tafsiran Penghakiman

Teori Seni Edmund Burke Feldman


Batu Bersurat Terengganu sebagai satu karya seni

Selanjutnya, untuk membezakan apakah kaedah penulisan yang telah diukir di


keempat fasad Batu Bersurat Terengganu, kajian ini telah menumpukan kepada aspek
elemen dan prinsip. Pertamanya, dalam konteks elemen, garisan adalah prospek pertama
yang membawa perhatian kepada kajian ini. Tanda yang dibuat pada permukaan dikenali
sebagai garisan (Jordan, 2019).

Makna garisan ialah sambungan titik, tanda memanjang, pautan yang melibatkan
dua titik, dan kesan kepada objek. Sesuatu garisan bermula di tempat yang tertentu dan
bergerak Bersama serta menjana ruang semasa ianya bergerak. Tambahan lagi, garis
juga boleh menjadi dua dimensi atau tiga dimensi, mencirikan atau menyatakan bentuk
samaada tersirat atau abstrak.

Tamsilnya, bagi Batu Bersurat Terengganu, kajian ini telah membuat


pemerhatian serta mengkaji elemen garisan yang terdapat pada setiap fasad Batu
Bersurat itu. Jelaslah bahawa apabila diteliti pada setiap tulisan yang dicoretkan pada
batu tersebut, dapat disimpulkan bahawa hampir keseluruhan batu inskripsi
mengandungi elemen garisan hasil daripada kesan goresan yang dilakukan. Setiap arah
garisan boleh memberi impak kepada penampilan sesuatu objek dengan ketara.

Dalam pada itu, terdapat garisan yang digoreskan secara mendatar dan menegak,
dimana ianya menyumbang kepada kekukuhan dan kekuatan karya seni yang ada pada
Batu Bersurat Terengganu. Jelas kelihatan bahawa elemen garisan pada kedua-dua
fasad A dan B adalah diukir secara menegak. Jelaslah bahawa keberadaan huruf itu
yang memberi penekankan kepada penghasilan elemen garisan. Tekanan yang
digunakan dalam strok garisan itu telah menghasilkan garisan dramatik dalam sesuatu
teknik penulisan. Manakala pada kedua-dua fasad C dan D, orang yang mengukir batu
bersurat ini menggunakan kaedah yang menghasilkan strok garisan secara mendatar.
Jadual 1: Aspek Garisan di Muka Depan Batu Bersurat Terengganu.

Fasad A B C D

Seterusnya, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di atas, tulisan Batu Bersurat
Terengganu mentafsirkan garisan mendatar sebagai satu sandaran kepada graviti.
Sungguhpun, apabila struktur minimum mempunyai garis mendatar yang menonjol di
bahagian atas, seperti deretan bata berwarna kontras, bentuknya kelihatan lebih luas atau
lebih pendek. Manakala susunan garisan bata menegak yang berbeza, sebaliknya,
memberikan sesuatu objek itu ilusi ketinggian.

Seterusnya, elemen tekstur boleh ditakrifkan sebagai ciri struktur yang memisahkan
satu ciri permukaan dengan yang lain secara konseptual (Parraman, 2016). Tambahan lagi,
sesetengah menganggap tekstur sebagai multisensori. Pada masa yang sama, kita mungkin
perlu merenung sesuatu permukaan untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang
kualiti teksturnya, tetapi dengan menyentuhnya dan mendengar bunyi adalah juga antara
elemen untuk menguatkan pemahaman kita.

Menurut (Parraman 2016), memetik (Klatsky 2010), cara kita merasakan sesuatu
permukaan mungkin memberikan maklumat deria tambahan, seperti getaran yang dihasilkan
oleh mengikis paku bersama kertas pasir. Selanjutnya, memandangkan semua bahan
mempunyai tekstur yang berbeza dari halus hingga kasar, elemen tekstur merupakan
komponen penting bagi sebarang reka bentuk yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kualiti
permukaan sentuhan sering dilihat dan boleh dirasai, umpamanya, melalui karya tiga dimensi
seperti Batu Bersurat Terengganu ini.

Sementara itu, keseluruhan fasad A, B, C dan D telah diamati secara terperinci.


Tekstur pada setiap fasad mempunyai permukaan yang tidak rata, kerana adanya lekukan-
lekukan kecil di seluruh batu. Dalam kajian ini, dengan hanya melihat gambar Batu Bersurat
Terengganu, seseorang mampu menentukan bagaimana sebenarnya tekstur itu dihasilkan. Hal
ini adalah dengan melalui seberapa dekat mata untuk melihat permukaan berdasarkan cerapan
visual. Walaubagaimanapun, tekstur yang dapat dilihat pada keseluruhan permukaan Batu
Bersurat terhasil akibat usianya dan juga keberadaanya dari awal dibuat hingga dijumpai
sebelum di jaga rapi.

Jadual 2: Aspek Tekstur pada Facade Batu Bersurat Terengganu.

FACADE A B C D

Anda mungkin juga menyukai