Anda di halaman 1dari 1

KAKUSMA bawa kelainan sistem pengajian pondok kepada siswa-siswi USM

Oleh : SITI NUR AIN BINTI MUSTAFA

Program Pondok Universiti (PPU) adalah satu cara bagi mengangkatkan martabat nilai-nilai
keilmuan Islam secara tradisi melalui kitab-kitab Turath disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

PPU anjuran Kumpulan Anak-Anak Kedah Universiti Sains Malaysia (KAKUSMA) adalah
lebih kepada perbahasan tauhid yang diadakan di Dewan Kuliah V, pada 12 November yang
lalu.

Menurut pengarah projek, Muhammad Fahim Jamaludin, PPU itu ialah program pertama
yang dianjurkan oleh KAKUSMA dengan membawa pengajian ilmu-ilmu agama Islam yang
menggunakan metodologi pondok tetapi dimodenkan dan disesuaikan dengan suasana
pembelajaran di universiti.

“KAKUSMA cuba untuk mengangkat kembali sistem pengajian pondok iaitu pengajian
terawal yang terdapat di Nusantara dan dunia amnya melalui program sebegini”, ujarnya.

Tambah beliau lagi, siswa-siswi akan diperkenalkan dengan manuskrip-manuskrip, kitab-


kitab jawi dan risalah-risalah seperti mana yang digunakan di peringkat pengajian pondok
agar siswa-siswi dapat merasai pengajian pondok yang sebenar”, jelasnya.

Menurut peserta program, Norsakeroh Ibrahim, Sains Kemasyarakatan 1, PPU itu adalah satu
program yang sesuai untuk sesiapa sahaja terlibat kerana ia program itu membawakan konsep
pondok yang menitikberatkan disiplin dan sabar dalam menuntut ilmu.

“Dengan konsep pondok ini, saya dapat merasai sendiri bagaimana cara pengajian pondok
dijalankan walaupun konsep pondok ini sedikit dimodenkan untuk kesesuaian siswa-siswa di
universiti”, tambahnya lagi.

“Tambahan pula, dengan adanya program ini, saya dapat mempelajari ilmu tambahan yang
sebelum ini hanya tahu secara am seperti ilmu tauhid, tetapi kini dapat mengetahui secara
mendalam lagi apabila saya melibatkan diri dengan program ini”, katanya.

Anda mungkin juga menyukai