Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIET & WARFARIN

Disediakan Oleh:
PERKHIDMATAN DIETETIK & SAJIAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Warfarin (Coumadin) adalah ubat untuk mencegah
pembekuan darah. Sebaliknya vitamin K membantu
pembekuan darah.

Keperluan dos Warfarin berubah mengikut jumlah


vitamin K yang diambil. Jumlah pengambilan makanan
yang mengandungi vitamin K perlulah konsisten setiap
hari supaya bersesuaian dengan dos Warfarin.

Peningkatan pengambilan vitamin K secara mendadak


boleh mengurangkan kesan warfarin, manakala
penurunan pengambilan vitamin K secara mendadak
akan meningkatkan kesan warfarin.

Kawal pengambilan makanan yang


kaya dengan vitamin K

Peringatan:
Pengambilan makanan tinggi vitamin K perlu
dikawal sepanjang pengambilan ubat warfarin.
Kumpulan Makanan/ minuman/ buah-buahan Saranan

Rendah • Batang seleri Bebas diambil


vitamin K • Bunga kobis setiap hari
• Cili merah/ hijau
• Kacang panjang/ buncis/ bendi
• Lobak putih/ merah
• Tomato/ taugeh/ sengkuang
• Terung/ ketola/ /timun/ timun bulu
• Ubi kentang/ keledek/ labu kuning
• Roti/ oat/ nasi
• Gandum
• Anggur/ epal/ limau/ limau nipis/ bluberry/ pic/
pisang
Sederhana • Asparagus Boleh diambil
• Avocado secara
• Kobis merah sederhana
• Kacang pis
Tinggi • Bayam/ kailan/ sawi hijau dan putih/ kangkung/ Tidak melebihi
pegaga/ salad/ pucuk manis/ meranti ulam ½ cawan setiap
(berdaun hijau) hari
• Daun sup/ bawang/ pasli
• Brussels sprouts/ brokoli/ kobis bulat
• Kacang soya/ tauhu
• Minyak kanola/ minyak kacang soya
• Mayonis/ minyak soya
• Teh hijau
• Watercress
PANDUAN TAMBAHAN
UNTUK PESAKIT
YANG MENERIMA WARFARIN

Nota:

Produk herba mungkin bertindakbalas dengan Warfarin


dan boleh mencairkan atau memekatkan darah. Oleh
itu, elakkan dari mengambil herba. Contoh makanan
herba dan kesannya adalah seperti berikut:

Kesan Produk
Mencairkan Ubat tradisional seperti Charmomile,
darah dong-quai (tanh-quei)
Memekatkan Bawang putih, halia, gingko, teh hijau,
darah asam jawa, ginseng

Hadkan pengambilan alkohol - tidak melebihi


1- 2 unit/ hari (1 unit = 150 ml wine, 360 ml beer,
45 ml wiski).

Produk mengandungi zat besi, magnesium dan


zink, jika diambil hendaklah dalam masa 2 jam
sebelum atau selepas mengambil ubat warfarin.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi


Pegawai Dietetik anda di:

Anda mungkin juga menyukai