Anda di halaman 1dari 5

Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil.

Hal ini bagi mengekalkan keamanan,


kehamonian dan kesejahteraan di negara kita.

Sebagai pelajar, berikan komen anda berhubung pernyataan tersebut.

Tema : Semangat cinta akan tanah air.

Isu : Langkah-langkah memupuk semangat cinta akan tanah air dan kepentingannya.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Mulakan dengan peribahasa: „Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya” atau peribahasa Arab yang
bermaksud ,“ mendidik anak kecil umpama mengukir atas batu, sebaliknya mendidik anak setelah
dewasa umpama mengukir di atas air”.

Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa didikan ibu bapa
terhadap anak-anak kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan anak setelah dewasa. Ketika usia
masih muda, jiwa dan emosi anak-anak lebih mudah dibentuk dan dididik ke arah menghayati semangat
cinta akan negara. Anak-anak akan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk
mempelajari tingkah laku terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan negara.

2. Isi:

1 Peranan ibu bapa dalam menyatakan kepentingannya.

- ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk diikuti


- contoh : menggunakan barangan buatan tempatan.

2 Kempen melalui media massa.

- drama dan filem bertema semangat cinta akan negara


- contoh : filem “Bukit Kepong”.
- Filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara.
- Iklan pendek

3 Peranan pihak sekolah

- melalui aktiviti P&P dalam bilik darjah. – Mata pelajaran Sivik dan Sejarah (memperkenalkan tokoh-
tokoh sejarah )

- Melalui aktiviti kokurikulum : Lawatan ke tempat bersejarah, sambutan Bulan Kemerdekaan( sajak,
teater, lagu-lagu patriotik)

- Kempen beli barangan buatan tempatan


PERANAN IBUBAPA
Secara generalnya,ibu bapa ialah orang yang paling rapat dengan anak-anak seperti isi dengan kuku.Hal
ini demikian,kerana ibu bapa sentiasa bersama-sama dengan anak-anak sejak kecil lagi.Peranan ibu bapa
sangat penting kerana mereka menjadi suri teladan kepada cahaya mata mereka.Secara tidak
langsung,ibu bapa berperanan signifikan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan anak-
anak.

Antara peranan ibu bapa memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan anak-anak adalah
menjadi contoh teladan terhadap anak mereka.Pepatah ada mengatakannya,bagaimana acuan
begitulah kuihnya iaitu perangai ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak.Jika perangai ibu bapa baik
perangai anak-anak juga baik.Sebaliknya,jika perangai ibu bapa tidak baik maka anak-anak juga tidak
baik.
Ibu bapa mesti menunjukan sikap yang baik seperti tolong-menolong,menghormati,cinta akan tanah
air,bertolak ansur dan sebagainya.Sebagai contoh,ibu bapa yang penyayangtidak akan mengeluarkan
kata-kata kesat,di hadapan mereka.Kebiasannya,ibu bapa yang penyayang akan memberi teguran yang
membina,memberi motivasi,dan kata-kata perangsang.Mahatma Ghandhi mengatakan bahawa kasih
sayang ibarat pokok bunga yang perlu disiram setiap hari.Jelaslah bahawa,ibu bapa perlu menjadi
contoh atau suri teladan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan anak-anak.

Selain itu,menceritakan kepada anak-anak tentang tokoh-tokoh yang berjasa merupakan peranan
yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat cinta kepada cahaya mata mereka.Hal
ini demikian kerana,ibu bapa perlu menceritakan kepada anak-anak mereka tentang tokoh-tokoh negara
supaya anak-anak dapat mengenali tokoh-tokoh negara.Tokoh-tokoh negara ini bersusah payah
membina negara ini dan mereka banyak berjasa dan memberi sumbangan.Ibarat kata duduk sama
rendah,berdiri sama tinggi.Ibu bapa perlu menekankan kepada anak-anak mereka bahawa tokoh-tokoh
ini membina negara yang aman dan membangunkan ekonomi stabildalam bidang pertaniandan
perindustrian.Tokoh-tokoh kita menyediakan kemudahan kepada rakyat seperti hospital,sekolah,dan
sebagainya.Tokoh-tokoh di negara kita seperti Tuanku Abdul Rahman 'bapa kemerdekaan'.Tan Cheng
Lock,Datuk Samy vellu,Tun Dr Mahathir.Kesannya anak-anak akan menghormati dan mengagumi
mereka.Sesungguhnya,ibu bapa perlu menceritakan kepada anak-anak mereka tentang tokoh-tokoh
negara untuk memupuk semangat cinta akan negara.
Semangat cinta akan negara dalam jiwa pelajar semakin menghilang.
Berikan sebab-sebab berlakunya.

Semangat cinta akan negara bolehlah dikaitkan sebagai satu perasaan mengutamakan negara dalam
tindakan seseorang itu. Memang sudah ada banyak pendant yang mengatakan bahawa pelajar kini
semakin kurang semangat cinta akan negaranya itu. Jadi, apakah punca-punca yang membawa masalah
ini berlaku?

Sudah pasti punca yang utama ialah kempen mengenai semangat ini jarring disiarkan oleh pihak media
massa kita. Ketiadaan kempen ini membuatkan pelajar menganggap semangat ini tidak wujud atau
penting dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, tanpa kempenlah semangat cinta akan negara terus
hilang daripada naluri pelajar kita.

Pada masa yang sama, kegagalan ibu bapa untuk mendidik juga menjadikan masalah ini terus menular
dalam jiwa pelajar. Orang tua pelajar tidak mengambil inisiatif untuk menjelaskan aspek nasionalisme
dalam jiwa anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja atau mereka sendiri tidak melihat semangat itu
sesuatu yang penting untuk diterapkan kepada anak mereka. Maka, ibubapalah yang bertanggungjawab
untuk menerapkan semangat ini tetapi gagal.

Selain itu, kehidupan mewah yang dialami oleh pelajar telah membawa mereka sukar untuk memahami
erti kepayahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara suatu masa dahulu. Kebanyakan
pelajar yang ada sudah lahir ketika negara merdeka malah kemajuan economi juga telah berjalan lancar.
Keadaan ini membawa pelajar tidak boleh memahami sebab mereka harus berkorban demi negara
kerana kehidupan mewah itu telah menutup jiwa mereka.

Malah, masalah ketiadaan semangat ini juga dikaitkan dengan kurangnya minat pelajar terhadap subjek
Sejarah. Banyak yang melihat subjek ini sebagai membosankan dan tidak memberi apa-apa kesan buat
masa deepen mereka. Jadi, kegagalan untuk melihat kepentingan subjek Sejarah telah membawa pelajar
itu gagal memahami kepentingan untuk memiliki semangat nationalisme dalam naluri mereka.

Kesimpulannya, semua punca tadi memang berlaku dalam jiwa pelajar kita sehingga mereka tidak lagi
memiliki sikap cinta akan negara ini. Kerjasama semua pihak terutama pelajar sendiri amat diperlukan
agar semangat ini boleh dipupuk semula. Peribahasa 'biar putih tulang jangan putih mata' membuktikan
betapa pentingnya kedaulatan negara itu kepada seseorang.
Isi Penting Karangan
MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJAKesalahan yang dikaitkan
dengan masalah sosial:
Mencuri, memeras ugut, penyeluk saku, merokok, mengambil dadah ringan seperti
ganja ponteng sekolah, ponteng kelas,merogol, khalwat, hubungan sejenis,
sumbang muhrim atau mahram,melepak, bergaduh, tidak menghormati orang yang
lebih tua,mengunjungi pusat hiburan seperti disko, pengambilan pil khayal
Punca
1. Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab2. keadaan keluarga porak-peranda3. Ibu
bapa terlalu memanjakan anak-anak dan memberikan kebebasan4. Pengaruh rakan
sebaya5. Pengaruh media massa seperti filem lucah dan ganas6. Masyarakat tidak
prihatin dan memandang rendah masalah ini
Kesan masalah sosial dalam kalangan remaja
1. Merugikan masa dan tenaga anak-anak 2. Ibu bapa dan ahli keluarga mendapat
malu3. Masyarakat memandang hina remaja tersebut4. Akan ditertawakan oleh
rakan-rakan5. Masa depan hancur 6. Negara akan kekurangan bakal peneraju yang
berwawasan
Langkah-langkah mengatasi masalah sosial
1. Ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak 2. Peka terhadap perubahan sikap
anak-anak 3. Menyelesaikan masalah keluarga4. Meluangkan masa berbincang dan
bersama keluarga5. Mewujudkan semula fungsi “Rumahku Syurgaku”6. Memberi
didikan agama dan moral kepada anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai