Anda di halaman 1dari 14

BAB 7 : SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

7.2 Amalan Kebersihan Diri Di Tempat Kerja

Standard Murid boleh:
Pembelajaran 7.2.1 Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri dalam bidang
penyediaan makanan

a) Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri

Meningkatkan keyakinan Meningkatkan pendapatan

diri pekerja syarikat

KEPENTINGAN
MENJAGA
KEBERSIHAN DIRI

Pencegahan pelbagai jenis

Kepuasan kepada penyakit akibat
pelanggan pencemaran makanan
seperti ciri-birit
BAB 7 : SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN
7.2 Amalan Kebersihan Diri Di Tempat Kerja
Standard Murid boleh:
Pembelajaran 7.2.2 Menerangkan amalan kebersihan dan penampilan diri yang sesuai
mengikut bidang kerja

b) Amalan Kebersihan dan Penampilan Diri Yang Sesuai

Kebersihan diri merangkumi kebersihan fizikal pengendali makanan termasuk rambut, muka,
gigi, kulit, kuku dan juga cara pemakaian. Cara membasuh tangan dan merawat luka kecil turut
diambl kira dalam aspek kebersihan diri.
i. Rambut
Pengendali makanan lelaki perlu berambut pendek, manakala perempuan boleh
mengikat rambut dengan kemas dan memakai penutup kepala.
Pastikan - Rambut bersih, diikat dan ditutup semasa mengendalikan makanan.
- Tidak menyikat rambut semasa mengendalikan makanan
- Tidak menyentuh rambut semasa mengendalikan makanan
ii. Muka
Wajah yang segar dan bersih dapat menyakinkan pelanggan dan menambahkan
keyakinan diri pengendali makanan
Pastikan - Muka dicuci setiap hari
- Lelaki yang mempunyai misai atau janggut, perlu dijaga dengan rapi
- Tidak menyentuh kulit muka terutamanya di kawasan berjerawat.
iii. Gigi dan Mulut
Menjaga gigi dengan sempurna dapat mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau.
Komunikasi dengan pelanggan adalah penting dalam perkhidmatan penyajian makanan.
Pastikan - Menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Tidak mencungkil gigi ketika mengendalikan makanan
- Tidak menyentuh bahagian mulut ketika mengendalikan makanan
iv. Kulit
Kulit merupakan kesemua bahagian pada tubuh. Menjaga kebersihan badan dapat
mengelakkan masalah badan berbau serta menyihatkan badan.
Pastikan - Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan sempurna menggunakan
air bersih dan sabun.
- Keringkan badan dengan sempurna selepas mandi bagi mengelakkan
penyebaran bakteria
- Tidak menyentuh mana-mana bahagian kulit semasa mengendalikan
makanan
v. Tangan
Tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuh dengan makanan. Tangan dan kulit
terdedah kepada kuman terutamanya selepas ke tandas, menyentuh muka,
mengendalikan bahan mentah, membuang sampah atau selepas membersihkan ruang
kerja
Pastikan - Tangan dibersihkan dengan sempurna
- Kuku dipotong pendek
- Menggunakan berus kuku untuk menghilangkan kekotoran
- Tidak memakai barang kemas dan perhiasan diri seperti cincin, jam tangan
dan gelang.
vi. Pakaian
Pakaian pengendali makanan perlulah sesuai, tidak menjolok mata, selesa dipakai dan
sentiasa bersih. Pakaian yang kotor dan tidak kemas boleh menjejaskan imej dan
mendatangkan masalah kesihatan kepada diri dan pelanggan
Pastikan - Bersih dan kemas
- Boleh dijadikan pelindung seperti apron
- Sesuai, longgar dan diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh seperti
kapas
vi. Rawatan Luka
Tukang masak atau pembantu dapur terdedah kepada risiko luka semasa mengendalikan
peralatan tajam seperti pisau dan gunting. Merawat dan membalut luka dengan betul
dapat mengelakkan kuman merebak.
Langkah-langkah merawat luka yang betul ialah :
1. Bersihkan bahagian luka dengan larutan antiseptik. Jika luka terdapat kekotoran,
lalukan air perlahan-lahan di sekeliling luka, Ini juga dapat menghentikan
pengaliran darah.
2. Keringkan kulit sekitar bahagian luka dengan kapas
3. Tutup luka menggunakan kapas yang telah disterilkan dan ikat dengan kuat untuk
menghentikan pengaliran darah.
4. Balut luka dengan kain pembalut (gauze)
5. Tambah kapas pada luka sekiranya darah masih mengalir.
6. Jika darah terus mengalir, dapatkan rawatan doktor dengan segera.
viii. Kesihatan
Penyakit seperti batuk dan selesema mudah tersebar melalui udara. Risiko untuk
pelanggan dijangkiti penyakit yang sama juga adalah tinggi jika virus tersebar kepada
makanan.
Pastikan - Tidak mengendalikan makanan jika menghidap penyakit berjangkit
- Dapatkan rehat yang secukupnya
- Amalkan diet pemakanan yang sihat
- Tidak stress
- Mengambil suntikan Typhoid
Cara membersihkan tangan dengan betul.
BAB 7 : SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN
7.2 Amalan Kebersihan Diri Di Tempat Kerja
Standard Murid boleh:
Pembelajaran 7.2.3 Menjelaskan kepentingan pemilihan jenis pakaian, kasut dan penutup
kepala yang sesuai dipakai pada setiap masa di tempat kerja

c) Kepentingan Pemilihan Jenis Pakaian, Kasut dan Penutup Kepala

Menjamin
keselamatan

Memastikan KEPENTINGAN Mencegah

keselesaan PEMILIHAN pencemaran
pergerakan JENIS PAKAIAN makanan

Mempamerkan
penampilan diri
yang menarik

Pengendali makanan dinasihatkan untuk memakai pakaian yang kemas, sesuai, bersih, memakai
kasut bertutup di bahagian atas dan penutup kepala. Pemilihan jenis pakaian yang sesuai dapat
mengelakkan risiko kecederaan.
BAB 7 : SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN
7.2 Amalan Kebersihan Diri Di Tempat Kerja
Standard Murid boleh:
Pembelajaran 7.2.4 Membanding dan menilai kelengkapan berpakaian yang dipakai oleh
staf mengikut bidang kerja dalam penyediaan makanan

d) Membanding dan Menilai Kelengkapan Berpakaian oleh Staf Mengikut Bidang Kerja

Jawatan Pakaian Penutup kepala Pakaian pelindung

Pengurus - Memakai kemeja dan berkot - Tidak perlu memakai - Kasut bertutup
restoran - Memakai slek dengan pentup kepala tetapi
potongan standard rambut perlu disisir
- Memakai tali leher dengan rapi
- Memakai kasut bertutup

Cef - Memakai pakaian seragam - Perlu memakai - Apron

yang mempunyai butang penutup kepala bagi - Sarung tangan
berganda (double breasted) lelaki dan perempuan - Kasut bertutup
- Baju berlengan panjang yang tidak bertudung - Penutup mulut
- Memakai seluar panjang - Bagi perempuan
dengan potongan standard bertudung, masukkan
- Memakai skaf leher tudung ke dalam baju
- Memakai kasut bertutup

Pramusaji - Memakai kemeja dengan rompi - Tidak perlu memakai - Kasut bertutup
- Memakai seluar berwarna hitam penutup kepala tetapi
dengan potongan standard rambut perlu disisir
- Memakai kasut bertumit dengan rapi
berwarna hitam
- Memakai tali leher kupu-
kupu (bow-tie)
BAB 7 : SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN
7.2 Amalan Kebersihan Diri Di Tempat Kerja
Standard Murid boleh:
Pembelajaran 7.2.5 Mereka bentuk pakaian yang selamat dan sesuai mengikut bidang kerja
e) Reka Bentuk Pakaian yang Selamat Mengikut Bidang Kerja

Reka bentuk pakaian cef yang sesuai dan selamat

Reka bentuk pakaian pramusaji yang sesuai dan selamat
BAB 7 : SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN
7.2 Amalan Kebersihan Diri Di Tempat Kerja
Standard Murid boleh:
Pembelajaran 7.2.6 Mengamalkan penampilan diri yang bersih serta berpakaian lengkap dan
sesuai mengikut bidang kerja

f) Penampilan Diri Mengikut Bidang Kerja

Penampilan diri yang bersih, kemas dan sesuai dengan bidang kerja secara tidak langsung dapat
membantu melaksanaan tugas dengan efisien. Berikut adalah contoh penampilan diri mengikut
bidang kerja.
Jawab semua soalan di bawah.
SOALAN ARAS RENDAH
1. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan diri di tempat kerja dalam bidang penyediaan
makanan.
i. .....................................................................................................................................................
ii. ....................................................................................................................................................
iii. ....................................................................................................................................................
[3 markah]

2. Rajah 1 menunjukkan langkah-langkah merawat luka. Lengkapkan Rajah 1 dengan

menuliskan jawapan yang betul di ruangan bertanda X dan Y.

Bersihkan bahagian luka dengan larutan antiseptik

X :

Tutup luka dengan menggunakan kapas yang telah disteril dan ikat
dengan kuat untuk menghentikan pengaliran darah

Y :

Tambah kapas pada luka jika darah masih mengalir

Rajah 1 [2 markah]

3. Rajah 2 menunjukkan reka bentuk pakaian seorang cef. Labelkan bahagian bertanda P, Q dan
R di ruang yang disediakan.

P: Q:

R:

[3 markah]
Rajah 2
4. Rajah 3 menunjukkan kepentingan pemilihan jenis pakaian bagi pengendali makanan.

Kepentingan Mempamerkan
X Pemilihan penampilan diri
Jenis Pakaian yang menarik

Rajah 3

Lengkapkan Rajah 3 dengan menyatakan W, X, dan Y.

W : .........................................................................................................................................
X : .........................................................................................................................................
Y : .........................................................................................................................................
[3 markah]

SOALAN ARAS SEDERHANA

5. Nyatakan dua fungsi topi chef.

i. ....................................................................................................................................................
ii. ....................................................................................................................................................
[2 markah]

6. Berikan dua ciri baju cef.

i. .....................................................................................................................................................
ii. ....................................................................................................................................................
[2 markah]
7. Rajah 4 menunjukkan kasut keselamatan yang dipakai oleh seorang cef. Nyatakan dua ciri
keselamatan yang perlu ada pada kasut itu.

Rajah 4

i. ....................................................................................................................................................
ii. ....................................................................................................................................................
[2 markah]

8. Berdasarkan gambar di bawah. Namakan bidang kerja mereka di ruang yang disediakan.

i) ii) iii)

[3 markah]
SOALAN ARAS TINGGI
9. Rajah menunjukkan pakaian seorang pramusaji.

a) Bincangkan reka bentuk pakaian pramusaji yang sesuai dan selamat.

.......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

[8 marah]
b) Namakan dua jenis fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat baju chef.
i .............................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................................
[2 markah]
SKEMA PEMARKAHAN

NO SKEMA JAWAPAN MARKAH ∑ Markah

SOALAN

1 - Meningkatkan keyakinan diri pekerja 1

- Meningkatkan pendapatan syarikat 1 3
- Kepuasan kepada pelanggan 1
- Pencegahan pelbagai jenis penyakit akibat 1
pencemaran makanan seperti cirit-birit
(pilih mana-mana 2)
2 X : Keringkan kulit bahagaian luka menggunakan kapas 1 2
Y : Balut luka dengan kain pembalut @ gauze 1
3 P : Topi chef @ Chef’s hat 1
Q : Skaf leher @ Chef’s scarf 1 3
R : Apron 1
4 W : Memastikan keselesaan pergerakan 1
X : Menjamin keselamatan 1 3
Y : Mencegah pencemaran makanan 1
5 - Mengelakkan rambut masuk ke dalam makanan 1 2
- Menyerap peluh di dahi 1

6 - Dibuat daripada fabrik kapas 1

- Berlengan panjang 1 2
- Mempunyai lapisan tebal di dada 1
- Berwarna putih 1
- Butang berganda 1
(pilih mana-mana 2)
7 - Tapak kasut diperbuat daripada getah @ tebal 1 2
- Bahagian atas dilindungi besi yang dilapik dengan 1
kulit
8 i. Pembantu pramusaji 1
ii. Pengurus restoran 1 3
iii. Cef 1
9 a) Kemeja 1
- Diperbuat daripada fabrik kapas @ berlengan panjang 1
@ mempunyai cufff di hujung lengan@ berwarna putih
Rompi @ Vest 1
- Butang di hadapan @ berwarna gelap 1
Seluar 1 10
- Dibuat daripada fabrik kapas @ berwarna gelap @ 1
labuh paras buku lali
Kasut 1
- Berwarna hitam @ bertumit 1
b) i. cotton drill 1
ii. gabardine 1

Anda mungkin juga menyukai