Anda di halaman 1dari 17

DATO’ MAHARAJA LELA

Sejarah tingkatan 3

Dato’ maharaja lela


SEJARAH TINGKATAN 3

MUHAMMAD NAZHAN BIN ABD


RAHMAN

3 INBU SINA
LATAR BELAKANG

 Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu
di Pasir Salak.
 Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.
 Daeng Salili datang ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah III.
 Dilantik sebagai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato
Maharaja Lela Tan Lela - boleh memancung tanpa bertanya.
 Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya
Seri Agar Diraja (Dato Sagor) dan Ngah Kandin telah membuat
pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh
James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).
 Namun,perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang
bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman
gantung sampai mati pada20 Januari 1877 di Taiping.
FAKTOR PENENTANGAN

 Mengambil hak mengutip cukai

24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani


pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip
cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan
menandatangani pengisytiharan tersebut. Birch membakar rumah Raja
Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai

 Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan Sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober


1875. Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat penyerahan kuasa
kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen yang
berkuasa melantik hakim, menguruskan cukai dan melantik penghulu.
FAKTOR PENENTANGAN - Sambungan

 Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru


seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk
membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai
cukai kelamin

 Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau


mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.
Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-
hamba perempuan dirumahnya.
PERISTIWA PENENTANGAN

 Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah


bermesyuarat di Durian Sebatang
 Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch
 Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut
dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya
 mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak
 pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak
untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut
cukai oleh British
 Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu
untuk membunuh Birch
PERISTIWA PENENTANGAN - Sambungan

 Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak


 Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan
mempertahankan Pasir Salak
 Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
 Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku
hampir setengah tahun
 Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua
 Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh
tentera dari India dan Hong Kong
KESAN PENENTANGAN

 Peristiwa Pembunuhan J.W.W. Birth


Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya
menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch.
Pada 20 Julai 1875, satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang
yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja
Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato’ Maharaja Lela dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya
untuk membantu Dato’ Maharaja Lela.
 Perang Perak 1875 - 1876
Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British.15 November 1875,
tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja
Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari
Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir
Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala
Kangsar.Sebelum tentera British menawan Blanja,. Pada
pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah.
KESAN PENENTANGAN - Sambungan

 Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke


Singapura kemudian Johor. Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor
ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai1876, Dato’
Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat
dalam pembunuhan Birch ditangkap.
Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum
dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.
 Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali
dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
 Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’
Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.
 Raja Ismail dipindah ke Johor.
 Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.
 Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan
British. Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem
Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan.
IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA PENENTANGAN
DATO’ MAHARAJA LELA

 Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih
maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam kalangan
masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita.

 Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan


untuk memartabatkan bangsa. Pihak-pihak luar hanya akan mengambil
kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita perlu
menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran
iaitu ilmu dan bukannya kekuatan tenaga.

 Perebutan kuasa akan menjadikan kita sentiasa berpecah-belah.

 Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran
agama. Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan
sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut
bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan.Mereka memiliki jati diri yang
tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar
IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA PENENTANGAN DATO’
MAHARAJA LELA - Sambungan

 Kita hanya akan menjadi bangsa yang bermaruah jika kita


bersatu padu dan mempunyai kekuatan ekonomi. Tanpa
kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan
dan tawaran yang diberikan pihak musuh.

 Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang


mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar
daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah
berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang
menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan

 Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai


disiplin yang tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan
kerjasama antara pemimpin dengan pengikutnya
RUMUSAN

 Dalam kajian ini,saya telah mengetahui bahawa penjajah


menyebabkan penderitaan dan penghinaan.kekayaan tanah air telah
di bolot oleh penjajah dan penduduknya pula di tindas. Demi
mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, pahlawan
tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan
untuk menentang penjajah, tetapi Bristish telah menggunakan
tipuhelah, kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang
untuk melumpuhkan perjuangan mereka

 Walaupun perjuangan mereka gagal, namum semangat dan


keberanian mereka amat di kagumi dan menjadi inspirasi kepada
pejuang seterusnya. untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah
dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita
untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan negara
RUJUKAN

 Internet
* http://www.scribd.com/doc/19261908/kerjakursus-sejarah tingkatan2
dato-maharaja-lela
* https://maharajalela.weebly.com/sebab-penentangan.html
* https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/

 Perpustakaan Awam Negeri Kedah

 Arkib Negara Malaysia negeri Kedah/Perlis

 Puan Zaiton Bt Zainal, Arkib Negara Negeri Kedah/Perlis


Lampiran

Dato’ Maharaja Lela


LAMPIRAN

Perjanjian Pangkor

Dato’ Maharaja Lela di hukum gantung


sampai mati
Dari kiri : Dato’Maharaja Lela, di tengah Sultan Abdullah, dari kanan Dato’Sagor
Peta Negeri Perak
Lampiran

Kampung Pasir Salak

Anda mungkin juga menyukai