Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR,

33700 PADANG RENGAS, PERAK

HAK 4023
PERKEMBANGAN BAHASA

LAPORAN AKTIVITI PERKEMBANGAN


BAHASA

NAMA : NUR AINA BINTI ABDUL SALAM


NO. K/P : 030226-10-0168
NAMA PENSYARAH : PUAN IDAROYANI BINTI MAHPAR
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


1. Pengenalan Perkembangan Bahasa 1
2. Objektif Aktiviti 2
3. Biodata Pengasuh dan Kanak-kanak 3
4. Penerangan Bahan Bantu 4
5. Laporan Aktiviti 5-6
6. Kesimpulan 7
7. Lampiran 8
PENGENALAN PERKEMBANGAN BAHASA
Ucapan perkataan pertama oleh kanak-kanak merupakan detik gembira yang dinanti-
nantikan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak sabar mendengar anak mereka bercakap
dengan lancar, dan bersembang bersama-sama. Sememangnya belajar bercakap
merupakan perkembangan bahasa yang penting dan menggembirakan.

Kita tahu bahawa perkembangan bahasa itu melibatkan bila dan bagaimana kanak-
kanak belajar bercakap dan memahami apa yang didengar. Kita sedar pentingnya
perkembangan bahasa untuk kanak-kanak berkomunikasi, meminta keperluan harian,
dan berkongsi pengalaman. Apa yang tidak disedari ramai adalah perkembangan
bahasa merupakan asas penting dalam kemahiran membaca dan menulis.

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik lebih mudah mempelajari
kemahiran membaca dan menulis. Malangnya yang sebaliknya juga adalah benar.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang lemah
atau kecelaruan pertuturan dan bahasa sukar mempelajari teknik-teknik untuk
membaca dan menulis. Ini kerana mereka tidak mempunyai asas atau kemahiran
literasi awal yang terdiri daripada kemahiran bahasa.

Sejauh mana kanak – kanak mencapai kejayaan disekolah banyak dipengaruhi oleh
perkembangan bahasa dan kemahiran literasi awal. Kanak – kanak yang mempunyai
perkembangan bahasa yang baik mampu membentuk kemahiran literasi awal dan
seterusnya mencapai kemahiran membaca dan menulis yang baik. Kemahiran literasi
awal adalah penanda sejauh mana kejayaan kanak – kanak dalam bacaan dan tulisan.

 
OBJEKTIF AKTIVITI

1. Kanak-kanak dapat mengenali bentuk huruf tersebut.


2. Kanak-kanak dapat mengetahui nama-nama huruf .
3. Kanak-kanak dapat mendengar bunyi sebutan huruf tersebut.
BIODATA PENGASUH DAN KANAK-KANAK

1. BIODATA PENGASUH

Nama Pengasuh Nur Aina Binti Abdul Salam


No. Kad Pengenalan 030226-10-0168
Umur 17 Tahun
Jantina Perempuan

2. BIODATA KANAK-KANAK

Nama Kanak-kanak Muhammad Ali Imran Bin Abdul Salam


Tarikh Lahir 27/2/2015
Nama Penjaga Nor Suhaili Binti Isa
Umur 5 Tahun
Jantina Lelaki
PENERANGAN BAHAN BANTU

Bahan bantu ini dapat merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak iaitu


sepadankan huruf yang berada di tali pinggang kotak tersebut kemudian masukkan di
dalam kotak itu. Bahan bantu ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar bentuk
huruf. Bahan bantu ini diperbuat daripada kertas manila kad dan kertas A4. Dengan
bahan yang mudah didapati ini, ibu bapa yang sebuk juga dapat melakukan bahan
bantu tersebut untuk anak-anak mereka dirumah.

Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar mengeja pada masa yang akan
datang. Cara untuk mengenal pasti kanak-kanak tersebut faham ke atas
pembelajarannya, pendidik juga boleh menyuruh kanak-kanak menyebut huruf tersebut.
LAPORAN AKTIVITI

Pada 27 SEPTEMBER 2020, jam 1:00 petang – pendidik melakukan aktiviti


bersama kanak kanak untuk aktiviti perkembangan bahasa. Pendidik
menggunakan satu orang kanak kanak lelaki yang berumur lima tahun. Aktiviti
dilakukan di halaman rumah yang sangat luas.

Sebelum memulakan aktiviti saya telah menyediakan ruang yang luas dan selesa
bagi memudahkan menjalankan aktiviti bersama kanak kanak. Ruang yang luas
dan selesa juga dapat menjamin keselamatan kanak kanak ketika melakukan
aktiviti. Selain itu, saya telah menyediakan bahan bantu seperti box huruf untuk
mudah digunakan semasa menjalankan aktiviti bersama kanak-nanak tersebut.

Saya mengajak kanak-kanak untuk melakukan aktiviti bersama saya. Saya


memberi arahan kepada kanak kanak untuk memakai hand sanitizer. Setelah itu
saya menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang perlu dijalankan oleh
kanak-kanak untuk memastikan mereka lebih faham dan dapat melakukan aktiviti
tersebut dengan lebih baik. Kemudian, barulah kanak-kanak akan melakukannya.
Saya mendapati kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti dengan baik. Tidak lama
kemudian, kanak-kanak tersebut tidak dapat membezakan huruf V dengan huruf
U. Saya menerangkan kepadanya bahawa huruf V dengan huruf U adalah
berbeza. Dari sejak itu, dia dapat membezakan antara huruf V dengan huruf U.

Setelah selesai aktiviti, saya ingin memberikannya ganjaran berbentuk makanan


seperti gula-gula kepadanya kerana dia telah berjaya melakukan aktiviti tersebut
dengan baik walaupun ada sedikit kekeliruan antara huruf V dengan huruf U. Saya
mengucapkan terima kasih kepadanya dan pada masa yang sama saya
memberikan sedikit nasihat kepadanya.
TASKA DAMAI

REKOD ANEKDOT

NAMA KANAK KANAK : Muhammad Ali Imran Bin Abdul Salam

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2020

MASA : 1:00 PETANG

AKTIVITI : Belajar memadan bentuk huruf

REKOD PEMERHATIAN DILAKUKAN :

Kanak kanak pada mulanya tidak faham membezakan antara huruf V dengan huruf U.
Selepas diterangkan, kanak-kanak dapat membezakan antara huruf V dengan huruf U.

ULASAN :

Kanak kanak dapat mendengar arahan dengan baik dan dapat memberikan kerjasama
dengan baik.

KESIMPULAN
Aktiviti memadankan huruf adalah salah satu aktiviti perkembangan bahasa yang
melibatkan motor halus. Aktiviti memadankan bentuk huruf menggunakan cara
pemikiran yang logik. Selain itu, ia juga memudahkan untuk kanak-kanak belajar pada
masa akan datang. Perkara senang seperti pada peringkat mengenal huruf sangat
penting.

Terdapat banyak faedah dengan kaedah pembelajaran secara memadankan bentuk. Ia


dapat meransang daya fikiran kanak-kanak untuk berfikir secara diluar kotak dan
berimaginasi.
LAMPIRAN

Pendidik membimbing kanak-kanak melakukan aktiviti

Pendidik memberi ganjaran kepada kanak-kanak kerana telah berjaya melakukan aktiviti
dengan baik

Anda mungkin juga menyukai