Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 1 (SESI 2021/2022)

KOD & NAMA KURSUS:

KAH1023
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi Awal Kanak-Kanak

KUMPULAN A

TAJUK TUGASAN:

ANALISIS PERKEMBANGAN BAHASA DAN


KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIKS NO TELEFON


RISHIKHESAN A/L E20202027356 014-6050508
MUNIANDY

NAMA PENSYARAH:

MADAM NORRULKAMARI BINTI DAUD

TARIKH SERAHAN:

2 NOVEMBER 2021
..................................................
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya,saya dapat menyiapkan
tugasan individu KAH 1023 PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-
KANAK ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya,Madam Norrulkamari Binti Daud kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan dalam tugasan ini ini.Terima kasih.
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 4
1.1 Definisi Bahasa 4

2.0 Profil Pelajar 5

3.0 Latar Belakang Kanak-Kanak 6

4.0 Perkembangan kanak-kanak 7


4.1 Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Bahasa Kanak- 8
Kanak
5.0 Perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak 9

5.1 Kemahiran Membaca 9


11
5.2 Kemahiran Mendengar
13
5.3 Kemahiran Bertutur

6.0 Kesimpulan 15

7.0 Rujukan 16

8.0 Lampiran 17
1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI BAHASA

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah
suatu saluran yang membolehkan kanak–kanak menyusun dan mengutarakan idea serta
pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan
kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung
dan berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya,
memberi pendapat atau pendangannya.

Kajian, pemerhatian dan penilaian perkembangan kanak-kanak dijalankan melalui


talian dengan menggunakan platform ‘google meet’.Kajian ini dijalankan bagi memenuhi
keperluan tugasan individu subjek KAH 1023 Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Awal
Kanak-kanak bagi semester 3 sesi 2021/2022.Kajian ini telah dijalankan pada 30 September
2021 bertempat di rumah masing-masing di Machang,Kelantan.Pemerhatian ini berlangsung
dari pukul 9 pagi sehingga 11 pagi.

Antara objektif kajian, pemerhatian ini dijalankan ialah :

➢ Memerhati dan merekod perkembangan kanak-kanak dari aspek perkembangan


bahasa dan komunikasi.
➢ Mengaplikasi pelbagai teknik bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa,
komunikasi, dan juga perbendaharaan kata dalam kalangan kanak-kanak.
➢ Mengaplikasikan maklumat daripada pemerhatian dan penilaian serta analisis sebagai
‘feedback’ bagi membantu perancangan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
➢ Merangka dan melaksanakan aktiviti secara kreatif dalam pengajaran bahasa dan
komunikasi awal kanak-kanak.

Bagi menjalankan kajian ini saya rasakan amat sesuai digunakan borang senarai semak bagi
menganalisis perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. Disebabkan covid
19,saya tidak dapat menjalankan pemerhatian ini secara bersemuka.Oleh itu,dengan
menggunakan kaedah alternatif,saya merancang menjalankan pemerhatian ini melalui talian
dengan menggunakan platform ‘google meet’.
2.0 PROFIL PELAJAR

NAMA : MUHAMMAD ARIF BIN KAIRUL FAIZAR

TARIKH LAHIR : 02 NOVEMBER 2015

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL MACHANG

KETURUNAN : MELAYU

AGAMA : ISLAM

BIL. ANAK KE BERAPA : ANAK KE DUA DARIPADA TIGA ADIK BERADIK

ALAMAT : NO 2,JALAN 1/5,TAMAN MACHANG


HARMONI,18500,MACHANG,KELANTAN

CITA-CITA : POLIS

MAKANAN KEGEMARAN : MAGGIE GORENG

KEISTIMEWAAN : BOLEH MEMBACA, HAFAL DOA DAN SURAH


PENDEK DAN BOLEH MEMBIMBING
KAWAN-KAWAN DI TABIKA
3.0 LATAR BELAKANG KANAK-KANAK

Terlebih dahulu, saya menerangkan tentang latar belakang perkembangan bahasa


bagi kanak-kanak yang saya pilih iaitu Muhammad Arif Bin Kairul Faizar. Pada umur sekarang
iaitu 6 tahun, beliau sudah boleh membaca dan menulis dengan baik. Beliau juga boleh
memahami cerita lisan yang dibaca di dalam buku menghafal seni kata lagu. Hal ini selaras
dengan teori yang dinyatakan oleh Naom Chomsky. Beliau juga mempunyai pengetahuan
yang lebih baik tentang nahu, tatabahasa dan perbendaharaan kata.

Dari aspek percakapan pula, beliau sudah fasih bercakap dan beliau dapat
menyampaikan kehendak beliau melalui bahasa yang beliau tuturkan. Beliau sudah jarang
menggunakan pergerakan fizikal bagi menyokong makna yang terkandung dalam percakapan
beliau. Contohnya, apabila beliau ingin mendapatkan minuman daripada ibunya, beliau hanya
memberitahu ibunya yang beliau inginkan minuman. Beliau tidak lagi menuding jari kearah
minuman yang dikehendakinya. Menurut ibunya, beliau hanya menggunakan anggota badan
atau fizikalnya untuk menerangkan kehendaknya apabila beliau ingin mengetahui sesuatu
yang baru. Contohnya, apabila beliau melihat sesuatu yang belum pernah dilihatnya, beliau
akan menuding kearah benda tersebut dan bertanya apa sebenarnya benda tersebut. Secara
tidak langsung, beliau akan meningkatkan perbendaharaan kata beliau.

Semua ini menunjukkan perkembangan pragmatik beliau sudah mencapai tahap yang
sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. Berdasarkan semua
maklumat ini, saya dapat simpulkan bahawa perkembangan bahasa bagi kanak-kanak yang
saya pilih iaitu Muhammad Arif Bin Kairul Faizar Saad sebahagiannya telah mencapai tahap
seperti mana yang dinyatakan dalam teori manakala sebahagian lagi masih dalam proses
penambahbaikan. Hal ini bergantung kepada faktor persekitaran dimana beliau perlu diberi
lebih pendedahan dan bimbingan oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa, guru dan
masyarakat sekeliling supaya perkembangan beliau tidak terbantut.
4.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari
segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka dilahirkan sehinggalah
menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu peka dan prihatin
dengan perubahan perkembangan terhadap murid-murid supaya mereka dapat mencapai
pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.

Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang bersifat kuantitatif, iaitu boleh
diukur dan dibezakan dengan pandangan mata kasar manusia (Wong, Khairuddin, Maridah,
Rashinawati dan Azlina, 2013). Menurut Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu
peningkatan ukuran badan yang dapat diukur dengan meter (m) atau sentimeter (cm) untuk
ketinggian badan serta kilogram (kg) dan gram (g) bagi berat badan seseorang individu. Oleh
itu, setiap kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang berbeza-beza bagi pertumbuhan
mereka.

Manakala, perkembangan pula ditakrifkan sebagai perubahan kualitatif iaitu perubahan


yang tidak dapat diukur secara kuantitatif, tetapi perubahan yang nyata berlaku
memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu (Zainuddin,
2008). Contohnya, penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau penguasaan
kemahiran bersosial seorang kanak-kanak. Perkembangan merupakan peningkatan
penampilan dan potensi kanak-kanak secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Hasilnya
dapat dilihat melalui perkaitan di antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut
aturan semula jadi.

Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Seterusnya, membuat perkaitan faktor-faktor yang
mempengaruhi peringkat perkembangan kanak-kanak dengan teori-teori perkembangan yang
berkaitan dari aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan kendiri kanak-kanak.
4.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan bahasa ketika peringkat
kanak-kanak :

• UMUR
Perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah seiring dengan peningkatan usia
seseorang kanak-kanak . Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan
kematangan terutama sekali alat suara dan akal. Secara normal, kanak-kanak tidak
bercakap selagi belum matang.

• KESIHATAN
Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu
terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit, kurang
aktif dan sentiasa terasa letih. Jadi mereka kurang mendapat ransangan alam sekitar dan
seterusnya menganggu kelancaran pertuturan.

• JANTINA
Secara umumnya, kanak-kanak perempuan lebih cepat bertutur jika dibandingkan dengan
kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak perempuan
lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan kanak-kanak perempuan lebih mudah
difahami. Selain itu mereka lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak
perempuan lebih banyak bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya
kanak-kanak perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.

• KECERDASAN
Kecerdasan dan kebolehan berbahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada
kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang
lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya.
Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana
dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.

• PERSEKITARAN
Faktor persekitaran berkait dapat dengan keadaan keluarga. Secara amnya,
perkembangan bahasa lebih pesat sekiranya kanak-kanak membesar dalam lingkungan
persekitaran yang sihat mendapat segala kemudahan. Jika persekitaran kanak-kanak
dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang
bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan lebih luas.
5.0 KEMAHIRAN BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK

A.KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di
sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada
perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992).
Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan
maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah
kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan
antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan
bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan
yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang
memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay
(1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula
mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu
dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman
lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang
diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu
proses yang kompleks.

Proses Membaca

Daripada definisi-definisi yang dibincangkan di atas, ternyata bahawa membaca adalah


proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang
kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik),
dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca
secara keseluruhan.Membaca sebagai proses sensori (kederiaan).Deria atau panca indera
adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat
secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran.Kedua-dua deria
ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.
a) Deria penglihatan

Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk
diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta)
deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.

b) Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan


baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat
menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada
individu yang mengalami masalah pendengatan.

Daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif,sebelum
saya memulakan pengajaran saya,pelajar itu terlalu gembira dan aktif semasa proses
pembelajaran dijalankan.Apabila saya menunjukkan gambar beserta dengan nama haiwan
liar tersebut dengan memaparkan slide powerpoint di google meet,pelajar itu dapat menyebut
perkataan dengan jelas dan tepat ketika membaca.Sebagai contohnya,Si nga.Selain itu,Arif
dapat memahami perkataan yang dibaca dan dapat membatangkan perkataan yang
mengandungi suku kata.Bukan itu sahaja,Arif menggunakan intonasi yang sesuai ketika
membaca lalu dapat membaca dengan lancar dan tidak terlalu tersekat-sekat ketika
membaca.Ada satu kelemahan yang saya terdapat dari segi kemahiran membaca,Arif tidak
pandai dapat membezakan dan membunyikan huruf yang seakan-akan sama dengan
betul.Perkara ini ditimbul apabila terlalu keyakinan diri semasa diajar.Oleh itu,kemahiran
membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka
dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari
dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan
peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca.Daripada pemerhatian
yang saya dilakukan sebagai guru,saya perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian
pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau
pencapaian murid dalam bacaan.
B.KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan
pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu
proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.Berdasarkan definisi
mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara
penting,iaitu:

• Pendengaran (Hearing)

- proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan


mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-
bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan.

• Mendengar (Listening)

- merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan
memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran.

• “Auding”

Tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding
termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi
sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang
didengar.
Kepentingan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar


adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila
salah seorang gagal mendengar dengan baik..Bayi yang baru lahir akan bertindak balas
terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-
bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar
adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu, bertutur, membaca, dan,
menulis.Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan oleh
manusia.

Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan. Proses


pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan kemahiran ini dan guru
lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis.Abd.Aziz Talib (2000)
menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk
tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di rumah,
di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak
formal, keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan
memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain.

Daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif,sebelum
saya memulakan pengajaran saya,Muhammad Arif dapat mendengar dalam interaksi sosial
seperti berbual dan bertanya.Sebagai contohnya,sebelum saya meneruskan aktiviti
kedua,iaitu meneka bunyi haiwan liar,Arif terlalu gembira dan bertanya dengan topik yang
belajar sebelum ini.Ini menunjukkan Arif mendengar untuk mendapatkan maklumat atau
pengetahuan seperti di dalam google meet yang diajar lalu mendengar dengan lebih teliti pada
waktu pengajaran dijalankan.Selain itu,Arif dapat memahami arahan yang diberi dengan betul
dan jelas.Sebagai contohnya,apabila saya menyuruh Arif untuk memadankan gambar dengan
bunyi haiwan yang sesuai dan melengkapkan perkataan dengan menggunakan huruf yang
sesuai,Arif tidak membuat kesilapan dan mengikut urutan yang saya ajar. Ini menunjukkan
Arif mempunyai kemahiran mendengar yang baik.Seterusnya,Arif juga pandai dalam meneka
nama yang disuruh.Apabila saya menujukkan gambar ular,Arif meneka gambar yang saya
suruh dan tidak terlalu gelabah semasa saya bertanya soalan tentang gambar yang saya
ditunjukkan.Bukan itu sahaja,Arif juga rajin mendengar arahan saya dengan mengikut
sebutan yang saya ajar.Contohnya,apabila saya menyebut suka kata nama haiwan liar,Arif
tidak sebut nama haiwan liar lalu mengikut urutan yang saya ajar.Ini menunjukkan Arif
melepasi tahap pendengaran dengan amat baik.
C.KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan kanak-kanak menyampaikan maklumat,


pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur
serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur adalah seperti berikut:

a. Menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul.

b. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk
melibatkan diri dalam interaksi sosial.

c. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan
masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.

d. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan
sopan.

e. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.

Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan


kemahiran bertutur di kalangan kanak-kanak:

a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah
dikenal pasti.

b. Perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi
peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan.

c. Mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta
oleh pelajar sendiri.

d. Mengadakan pertandingan bercerita, perbahasan, forum, temu ramah, ceramah, syarahan,


dan sebagainya.

f. Membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu
gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.
Aspek Pertuturan

▪ Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan
jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan
kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya.

▪ Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa
makna bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.

▪ Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan


teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah
kelancaran bertutur yang serius.

▪ Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas
dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing

Oleh itu,daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif
boleh bercakap dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.Pada sesi kali ini saya
bertanya kepada Arif beberapa soalan tentang diri sendiri dan nama-nama anggota keluarga
Muhammad Arif.Beliau menjawab soalan dengan jelas dan tidak melakukan sebarang
kesilapan dalam pertuturan lalu dapat menjawab soalan dengan baik.Selepas itu,apabila saya
menayangkan gambar-gambar haiwan liar beliau membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau
nama haiwan dengan tepat dan jelas.Contohnya,beliau dapat mengajuk bunyi-bunyi yang
didengar pada video yang ditunjukkan dengan cara yang betul seperti bunyi
gajah,harimau,ular dan monyet.Seterusnya,beliau juga boleh berinteraksi bersama dengan
saya dan juga mampu mengeluarkan idea dan pendapat dalam perbualan.Muhammad Arif
juga dapat menyebut kembali pemintal lidah yang saya disebut iaitu menyebut nama haiwan
dengan urutan yang betul.Tambahan pula,apabila saya bertanya soalan kepada Arif iaitu
“Adakah anda pernah melawat zoo” beliau menjawab soalan secara spontan dan agak aktif
dalam sesi soal jawab dijalankan tetapi ada satu kelemahan yang saya terdapat dari segi
pertuturan ialah beliau tidak dapat menyusun bunyi-bunyi yang didengarnya dalam aktiviti
turutan bunyi disebabkan beliau tidak berfokus apabila menyuruh menyusun bunyi-bunyi yang
didengar dalam aktiviti turutan bunyi.Oleh itu, masalah ini harus dititikberatkan bagi
mengelakkan masalah seperti ini pada masa yang akan datang.
6.0 KESIMPULAN

Bahasa adalah anugerah istimewa bagi setiap individu. Ia juga adalah saluran yang
membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman.
Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung
antara satu sama lain, malah ia membolehkkan kita membina konsep berkenaan alam dan
manusia di sekeliling. Bahasa adalah sistem lambing pertuturan yang terdiri daripada leretan
bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh masyarakat sebagai alat bagi berhubung
dan berkerjasama. Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang
tenteram dan selamat. Bahasa juga dikaitkandengan pengalaman yang gembira dan ceria.

Bahasa juga merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk berhubung dan
menyatakan kehendaknya.Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku secara
berperingkat dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses
perkembangan bahasa diperingkat kanak-kanak bergantung kepada kuantiti perbendaharaan
kata yang berjaya diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga mempengaruhi
perkembangan daya pemikiran.Mereka perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan
bagi menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah menyediakan
sudut bacaan yang diisi dengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai jenis dan
pihak keluarga pula perlu bertutur dengan perkataan yang sopan, bijak serta matang di rumah
bagi melahirkan golongan kanak-kanak yang pintar.Komponen utama dalam perkembangan
kanak-kanak adalah penguasaan bahasa kerana menguasai bahasa penting dalam proses
pembelajaran. Ia dapat diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kecekapan berbahasa membantu kanak-kanak berfikir, memahami konsep,
berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.

Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, seorang pendidik


haruslah melakukan pemerhatian dan penilaian mengenai perkembangan bahasa dan
komunikasi kanak-kanak agar ianya sentiasa sejajar dengan tahap perkembangan yang
seharusnya dicapai pada sesuatu tahap umur. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan
kelemahan, bantu kanak-kanak dengan menjalankan aktiviti dan pembelajaran dan
pengakaran yang dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi kanak-kanak disamping memperbaiki kelemahan dan kesilapan kanak-kanak.
7.0 RUJUKAN

Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin & Mahani Razali (2008).
Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-kanak (0-4 tahun).
Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC)

Diane Godwin & Margaret Perkins (2002). Teaching Language and Literacy in the Early Years.
London : David Fulton Publishers.

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio. Serdang :


Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (1999).Pendidikan Prasekolah Untuk Guru.Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
8.0 LAMPIRAN ( SENARAI SEMAK )

NAMA: MUHAMMAD ARIF BIN KAIRUL FAIZAR

UMUR: 6

8.1 KEMAHIRAN BERTUTUR

PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Boleh bercakap
Percakapannya yang
menggunakan ✓
jelas dan bahasa yang
bahasa yang
lancar
mudah difahami.
2. Boleh berinteraksi Mampu mengeluarkan
bersama pendidik ✓ idea dan pendapat dalam
dengan baik. perbualan.

3. Dapat mengajuk
Mampu mengajuk bunyi
bunyi-bunyi yang
✓ bunyi dengan cara yang
didengar pada
betul,Contohnya,bunyi
video yang
gajah
ditunjukkan guru.

4. Dapat menyebut
Boleh menyebut nama
kembali pemintal ✓
haiwan dengan urutan
lidah yang telah
yang betul disebut guru
disebut guru.

5. Dapat menjawab
Mampu menjawab soalan
soalan yang ✓
adakah anda pernah
diberikan secara
melawat zoo negara?
spontan oleh guru.
6. Dapat menyusun Tidak berfokus apabila
bunyi-bunyi yang menyuruh menyusun
didengarnya dalam ✓
bunyi-bunyi yang
aktiviti turutan didengar dalam aktiviti
bunyi. turutan bunyi
8.2 KEMAHIRAN MEMBACA

PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Dapat
Tidak dapat membezakan
membezakan dan
dan membunyikan huruf
membunyikan ✓
yang sama dengan betul
huruf yang seakan-
akibat terlalu keyakinan
akan sama dengan
diri
betul.
2. Dapat memahami
✓ Dapat memahami nama
perkataan yang
haiwan liar yang dibaca
dibaca.
3. Dapat Mampu membatangkan
membatangkan perkataan yang

perkataan yang mengandungi suku kata
mengandungi suku dengan betul.
kata. Contohnya: Si nga

4. Dapat menyebut Mampu menyebut


perkataan dengan ✓ perkataan dengan jelas
jelas dan tepat dan teratur ketika
ketika membaca. membaca

5. Menggunakan Mampu menggunakan


intonasi yang ✓ intonasi yang
sesuai ketika bersesuaian apabila
membaca. membaca
6. Dapat membaca
dengan lancar dan ✓ Membaca dengan jelas
tidak tersekat- dan mudah difahami
sekat.
8.3 KEMAHIRAN MENDENGAR

PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Dapat
melengkapkan ✓ Mampu mengikut
suku kata dengan pengajaran pendidik
betul.
2. Dapat mengikut
✓ Rajin mendengar arahan
sebutan yang
guru
diajar
3. Boleh
memadankan Mampu memadankan

gambar dengan gambar singa dengan
bunyi haiwan yang bunyi singa dengan betul
sesuai.
4. Dapat
melengkapkan Mampu melengkapkan
suatu perkataan ✓ perkataan yang diberi
dengan dengan menggunakan
menggunakan huruf yang sesuai
huruf yang sesuai.
5. Dapat faham
Dapat faham dan
arahan yang diberi ✓
implementasikan arahan
dengan betul dan
yang diberi oleh guru
jelas

6. Dapat meneka Mampu meneka nama



nama haiwan yang ular yang disuruh oleh
disuruh guru

LINK PAUTAN :
https://drive.google.com/file/d/1zjd2dV3KMtT2LSU9w1KAAH_fA3tXolBN/view?usp=sh
aring

Anda mungkin juga menyukai