KAH1023
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi Awal Kanak-Kanak
KUMPULAN A
TAJUK TUGASAN:
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PENSYARAH:
TARIKH SERAHAN:
2 NOVEMBER 2021
..................................................
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya,saya dapat menyiapkan
tugasan individu KAH 1023 PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-
KANAK ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan dalam tugasan ini ini.Terima kasih.
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 4
1.1 Definisi Bahasa 4
6.0 Kesimpulan 15
7.0 Rujukan 16
8.0 Lampiran 17
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah
suatu saluran yang membolehkan kanak–kanak menyusun dan mengutarakan idea serta
pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan
kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung
dan berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya,
memberi pendapat atau pendangannya.
Bagi menjalankan kajian ini saya rasakan amat sesuai digunakan borang senarai semak bagi
menganalisis perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. Disebabkan covid
19,saya tidak dapat menjalankan pemerhatian ini secara bersemuka.Oleh itu,dengan
menggunakan kaedah alternatif,saya merancang menjalankan pemerhatian ini melalui talian
dengan menggunakan platform ‘google meet’.
2.0 PROFIL PELAJAR
KETURUNAN : MELAYU
AGAMA : ISLAM
CITA-CITA : POLIS
Dari aspek percakapan pula, beliau sudah fasih bercakap dan beliau dapat
menyampaikan kehendak beliau melalui bahasa yang beliau tuturkan. Beliau sudah jarang
menggunakan pergerakan fizikal bagi menyokong makna yang terkandung dalam percakapan
beliau. Contohnya, apabila beliau ingin mendapatkan minuman daripada ibunya, beliau hanya
memberitahu ibunya yang beliau inginkan minuman. Beliau tidak lagi menuding jari kearah
minuman yang dikehendakinya. Menurut ibunya, beliau hanya menggunakan anggota badan
atau fizikalnya untuk menerangkan kehendaknya apabila beliau ingin mengetahui sesuatu
yang baru. Contohnya, apabila beliau melihat sesuatu yang belum pernah dilihatnya, beliau
akan menuding kearah benda tersebut dan bertanya apa sebenarnya benda tersebut. Secara
tidak langsung, beliau akan meningkatkan perbendaharaan kata beliau.
Semua ini menunjukkan perkembangan pragmatik beliau sudah mencapai tahap yang
sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. Berdasarkan semua
maklumat ini, saya dapat simpulkan bahawa perkembangan bahasa bagi kanak-kanak yang
saya pilih iaitu Muhammad Arif Bin Kairul Faizar Saad sebahagiannya telah mencapai tahap
seperti mana yang dinyatakan dalam teori manakala sebahagian lagi masih dalam proses
penambahbaikan. Hal ini bergantung kepada faktor persekitaran dimana beliau perlu diberi
lebih pendedahan dan bimbingan oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa, guru dan
masyarakat sekeliling supaya perkembangan beliau tidak terbantut.
4.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari
segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka dilahirkan sehinggalah
menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu peka dan prihatin
dengan perubahan perkembangan terhadap murid-murid supaya mereka dapat mencapai
pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.
Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang bersifat kuantitatif, iaitu boleh
diukur dan dibezakan dengan pandangan mata kasar manusia (Wong, Khairuddin, Maridah,
Rashinawati dan Azlina, 2013). Menurut Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu
peningkatan ukuran badan yang dapat diukur dengan meter (m) atau sentimeter (cm) untuk
ketinggian badan serta kilogram (kg) dan gram (g) bagi berat badan seseorang individu. Oleh
itu, setiap kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang berbeza-beza bagi pertumbuhan
mereka.
Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Seterusnya, membuat perkaitan faktor-faktor yang
mempengaruhi peringkat perkembangan kanak-kanak dengan teori-teori perkembangan yang
berkaitan dari aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan kendiri kanak-kanak.
4.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan bahasa ketika peringkat
kanak-kanak :
• UMUR
Perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah seiring dengan peningkatan usia
seseorang kanak-kanak . Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan
kematangan terutama sekali alat suara dan akal. Secara normal, kanak-kanak tidak
bercakap selagi belum matang.
• KESIHATAN
Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu
terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit, kurang
aktif dan sentiasa terasa letih. Jadi mereka kurang mendapat ransangan alam sekitar dan
seterusnya menganggu kelancaran pertuturan.
• JANTINA
Secara umumnya, kanak-kanak perempuan lebih cepat bertutur jika dibandingkan dengan
kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak perempuan
lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan kanak-kanak perempuan lebih mudah
difahami. Selain itu mereka lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak
perempuan lebih banyak bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya
kanak-kanak perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.
• KECERDASAN
Kecerdasan dan kebolehan berbahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada
kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang
lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya.
Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana
dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.
• PERSEKITARAN
Faktor persekitaran berkait dapat dengan keadaan keluarga. Secara amnya,
perkembangan bahasa lebih pesat sekiranya kanak-kanak membesar dalam lingkungan
persekitaran yang sihat mendapat segala kemudahan. Jika persekitaran kanak-kanak
dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang
bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan lebih luas.
5.0 KEMAHIRAN BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK
A.KEMAHIRAN MEMBACA
Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di
sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada
perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992).
Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan
maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah
kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan
antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan
bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan
yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang
memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay
(1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula
mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu
dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman
lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang
diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu
proses yang kompleks.
Proses Membaca
Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk
diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta)
deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.
b) Deria pendengaran
Daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif dapat :
Oleh itu,kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui
pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan
pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain
lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran
membaca.Daripada pemerhatian yang saya dilakukan sebagai guru,saya perlu
nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca
dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara
berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.
B.KEMAHIRAN MENDENGAR
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan
pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu
proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.Berdasarkan definisi
mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara
penting,iaitu:
• Pendengaran (Hearing)
• Mendengar (Listening)
- merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan
memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran.
• “Auding”
Tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding
termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi
sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang
didengar.
Kepentingan Kemahiran Mendengar
Oleh itu,daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif
dapat :
b. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk
melibatkan diri dalam interaksi sosial.
c. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan
masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.
d. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan
sopan.
e. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.
a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah
dikenal pasti.
b. Perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi
peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan.
c. Mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta
oleh pelajar sendiri.
f. Membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu
gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.
Aspek Pertuturan
▪ Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan
jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan
kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas
menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.
▪ Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa
makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang
tertentu.
▪ Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas
dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing
Oleh itu,daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif
dapat:
Bahasa adalah anugerah istimewa bagi setiap individu. Ia juga adalah saluran yang
membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman.
Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung
antara satu sama lain, malah ia membolehkkan kita membina konsep berkenaan alam dan
manusia di sekeliling. Bahasa adalah sistem lambing pertuturan yang terdiri daripada leretan
bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh masyarakat sebagai alat bagi berhubung
dan berkerjasama. Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang
tenteram dan selamat. Bahasa juga dikaitkandengan pengalaman yang gembira dan ceria.
Bahasa juga merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk berhubung dan
menyatakan kehendaknya.Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku secara
berperingkat dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses
perkembangan bahasa diperingkat kanak-kanak bergantung kepada kuantiti perbendaharaan
kata yang berjaya diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga mempengaruhi
perkembangan daya pemikiran.Mereka perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan
bagi menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah menyediakan
sudut bacaan yang diisi dengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai jenis dan
pihak keluarga pula perlu bertutur dengan perkataan yang sopan, bijak serta matang di rumah
bagi melahirkan golongan kanak-kanak yang pintar.Komponen utama dalam perkembangan
kanak-kanak adalah penguasaan bahasa kerana menguasai bahasa penting dalam proses
pembelajaran. Ia dapat diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kecekapan berbahasa membantu kanak-kanak berfikir, memahami konsep,
berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin & Mahani Razali (2008).
Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-kanak (0-4 tahun).
Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC)
Diane Godwin & Margaret Perkins (2002). Teaching Language and Literacy in the Early Years.
London : David Fulton Publishers.
Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (1999).Pendidikan Prasekolah Untuk Guru.Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
8.0 LAMPIRAN ( SENARAI SEMAK )
UMUR: 6
PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Boleh bercakap
Percakapannya yang
menggunakan ✓
jelas dan bahasa yang
bahasa yang
lancar
mudah difahami.
2. Boleh berinteraksi Mampu mengeluarkan
bersama pendidik ✓ idea dan pendapat dalam
dengan baik. perbualan.
3. Dapat mengajuk
Mampu mengajuk bunyi
bunyi-bunyi yang
✓ bunyi dengan cara yang
didengar pada
betul,Contohnya,bunyi
video yang
gajah
ditunjukkan guru.
4. Dapat menyebut
Boleh menyebut nama
kembali pemintal ✓
haiwan dengan urutan
lidah yang telah
yang betul disebut guru
disebut guru.
5. Dapat menjawab
Mampu menjawab soalan
soalan yang ✓
adakah anda pernah
diberikan secara
melawat zoo negara?
spontan oleh guru.
6. Dapat menyusun Tidak berfokus apabila
bunyi-bunyi yang menyuruh menyusun
didengarnya dalam ✓
bunyi-bunyi yang
aktiviti turutan didengar dalam aktiviti
bunyi. turutan bunyi
8.2 KEMAHIRAN MEMBACA
PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Dapat
Tidak dapat membezakan
membezakan dan
dan membunyikan huruf
membunyikan ✓
yang sama dengan betul
huruf yang seakan-
akibat terlalu keyakinan
akan sama dengan
diri
betul.
2. Dapat memahami
✓ Dapat memahami nama
perkataan yang
haiwan liar yang dibaca
dibaca.
3. Dapat Mampu membatangkan
membatangkan perkataan yang
✓
perkataan yang mengandungi suku kata
mengandungi suku dengan betul.
kata. Contohnya: Si nga
PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Dapat
melengkapkan ✓ Mampu mengikut
suku kata dengan pengajaran pendidik
betul.
2. Dapat mengikut
✓ Rajin mendengar arahan
sebutan yang
guru
diajar
3. Boleh
memadankan Mampu memadankan
✓
gambar dengan gambar singa dengan
bunyi haiwan yang bunyi singa dengan betul
sesuai.
4. Dapat
melengkapkan Mampu melengkapkan
suatu perkataan ✓ perkataan yang diberi
dengan dengan menggunakan
menggunakan huruf yang sesuai
huruf yang sesuai.
5. Dapat faham
Dapat faham dan
arahan yang diberi ✓
implementasikan arahan
dengan betul dan
yang diberi oleh guru
jelas
LINK PAUTAN :
https://drive.google.com/file/d/1zjd2dV3KMtT2LSU9w1KAAH_fA3tXolBN/view?usp=sh
aring