Anda di halaman 1dari 2

PENYELARAS

PROSIDING PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH


PEMBELAJARAN
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
saya berpeluang untuk menulis sepatah dua kata dalam Prosiding Penyelidikan bagi
tahun 2022 ini. Saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada empat puluh dua
orang siswi guru daripada Program ljazah Sarjana Muda Perguruan opsyen
Pendidikan Khas semester 9 yang telah berusaha bertungkus-lumus dalam
menerbitkan prosiding ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan tahniah kepada
Jawatankuasa Penerbitan Prosiding Penyelidikan Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran bagi tahun 2022 atas komitmen yang diberikan sepanjang
mengelolakan usaha dalam menerbitkan prosiding ini.

Pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalankan penyelidikan ini dapat


membantu siswi guru PISMP Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Ambilan Jun
2018 untuk memajukan diri dengan menerapkan amalan penambahbaikan dalam
sesi pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Oleh itu, bakal-bakal
guru ini dapat meningkatkan kompentensi dan profesionalisme diri dalam
mengharungi arus perubahan dalam bidang pendidikan pada masa kini. Penerbitan
prosiding ini adalah satu penulisan ilmiah yang mempunyai nilai profesionalisme
yang tinggi dalam bidang pendidikan. Oleh itu, saya berharap Prosiding Penyelidikan
ini dapat merangsang budaya penyelidikan dalam kalangan warga pendidik supaya
dapat menyediakan guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang lebih
kompetetif, kreatif dan inovatif.

Akhir kata, saya berharap penerbitan prosiding ini dapat dijadikan sebagai panduan
dan bahan rujukan untuk perkongsian ilmu bersama.

Sekian, terima kasih.

DR. SHAHRIR AFFANDI BIN DAUD @ MOHAMED


Penyelaras,
Penyelidikan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

Anda mungkin juga menyukai