Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Persaingan pada masa kini antara firma atau organisasi adalah sangat mencabar dan
kompetitif di mana untuk mempertahankan kedudukan mereka dan berkembang, firma di
Malaysia perlu bekerja keras demi memperbaiki prestasi mereka. Misi utama sesebuah
syarikat ditubuhkan adalah untuk menikmati keuntungan. Selain itu, faktor yang penting
untuk membentuk sistem tadbir urus dalam sesebuah firma adalah struktur hak milik.
Pemilikan dan pegangan saham yang tinggi di sesebuah syarikat membolehkan pemantauan
secara besaran dilakukan oleh pengurus. Struktur pemilikan adalah sangat penting dan
pengagihan ekuiti berkait dengan undi dan modal di sesebuah syarikat tetapi identiti ekuiti
juga penting kerana struktur ini menentukan insentif dan kecekapan ekonomi syarikat yang
diuruskan oleh pengurus. Oleh itu menurut (Adiputri Singal & Wijana Asmara Putra, 2019b)
salah satu faktor pengurusan korporat yang berpengaruh atas pelaksanaan CSR adalah
struktur ke pemilikan.

Pengenalan Kod Tadbir Urus Korporat di Malaysia oleh suruhanjaya Sekuriti pada tahun
2000 untuk memberikan pelbagai usul dan aplikasi terhadap beberapa perkara seperti soal
struktur , komposisi pengarah dan pengurus syarikat dan penetapan ganjaran yang diterima
oleh lembaga pengarah syarikat. Dengan ini nama syarikat awam akan mencapai tadbir urus
yang bertaraf dunia.

Menurut (Zulridah et.al, 2012; Khan, 2011; Shahimul et.al, 2015 & Noriza & Mazurina,
2018), terdapat banyak kajian berkaitan dengan pengurusan korporat khususnya di Malaysia
yang dilabelkan sebagai sangat lemah , kelemahan kewangan yang akhirnya menyebabkan
penutupan sesebuah syarikat. Struktur pemilikan sesebuah syarikat menentukan masa depan
syarikat itu untuk memperoleh kepercayaan nilai syarikat dari pelabur asing dan dalaman.
Struktur yang di aplikasikan di Malaysia sangat tertumpu kepada saham pegangan kerajaan ,
individu tertentu dan keluarga pemilik. Selain itu laporan dari Pematuhan Piawaian dan Kod
(ROSC) menyatakan bahawa sebanyak 67.2% pemilikan adalah di tangan keluarga dan
selebihnya di tangan pemilik dan kerajaan negara itu.

Di kebanyakan negara barat , saham syarikat dipegang oleh ramai pemegang dalam kuantiti
yang kecil tetapi di negara Asia , firma lebih mengutamakan saham dipegang oleh sebilangan
kecil ahli dalam kuantiti yang besar. Kebanyakan dalam syarikat atau perniagaan keluarga
pemilik syarikat boleh menjadi pengurus tetapi terdapat perbezaan tadbir urus korporat dalam
pemilikan terbesar dan tertumpu. Di dalam pemilikan tertumpu, masalah utama tertumpu
pada konflik kepentingan di antara pemilik dan pemegang saham terbesar syarikat di mana
kebanyakan keputusan yang di buat berpihakkan pemilik. Dalam keadaan sebegini, tadbir
pengurus korporat digunakan bagi melindungi pemegang saham minoriti.

Struktur pemilikan memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh besar terhadap
prestasi syarikat yang khususnya menentukan kepentingan pemilik dan pengurus. Sesebuah
firma boleh dimiliki dengan gabungan pelbagai pelabur dan beberapa pengecualian pelabur
menjadi pemilik firma untuk mencapai keuntungan kewangan. Oleh demikian, kepentingan
struktur dan pemilikan yang seimbang adalah penting bagi pertumbuhan syarikat dan
menjana ekonomi sesebuah negara.

2.0 POLA STRUKTUR PEMILIKAN DI MALAYSIA

Di dalam Sistem tadbir urus korporat malaysia, struktur hak milik adalah sangat penting.
Tahap penumpuan pemilikan dalam syarikat adalah berdasarkan kepada pembahagian kuasa
antara pengurus dan pemegang saham. Saham yang besar memberi pemantauan yang besar
terhadap pengurus dengan Penumpuan pemilikan boleh menyusun dan sangat berkuasa dalam
syarikat.

Di Malaysia, pemegang saham mengawal (iaitu mereka yang memegang pemilikan lebih
daripada 50%) melalui struktur piramid adalah perkara biasa (Thillainathan, 1999). Para
pemegang saham mengawal, sama ada individu, keluarga atau syarikat berada dalam
kedudukan untuk merampas minoriti kepentingan menggunakan dominan hak mengundi
mereka. Sham yang dipegang oleh kerajaan, keluarga dan individu ditentukan dengan
struktur pemilikan.

Di Malaysia pemilikan syarikat oleh ahli keluarga adalah sangat unik dan kebanyakannya
tersenarai di Bursa saham Malaysia. Kebanyakan syarikat milik keluarga di Malaysia sejak
dari 1999 hingga 2005 telah menyumbang lebih daripada 43 peratus di Bursa Malaysia.
Menurut beberapa kajian, Malaysia dikategorikan mempunyai banyak pemilikan keluarga
selepas Thailand dan Indonesia. Sejak kebelakangan ini, pemilikan keluarga di Malaysia
meningkat dari 57.7 % kepada 67.2 %. Sebagai contoh pemilik yang bernama Robert Kuok
(Kuok Brothers) dan Lim Kok Thay (Kumpulan Genting) adalah antara perniagaan keluarga
yang terkenal dalam pasaran di Malaysia.

Laporan daripada tinjauan kebangsaan yang meliputi 225 syarikat-syarikat yang dijalankan
oleh Grant Thornton dan Institut Pengurusan Malaysia pada tahun 2002 menyatakan bahawa
majoriti perniagaan keluarga di Malaysia terdiri daripada perusahaan kecil-kecilan yang
secara umumnya diuruskan oleh pengasas (Shamsir Jasani, 2002). Pembuatan, peruncitan dan
pembinaan merupakan sektor yang paling banyak diterokai oleh perniagaan keluarga. Ia juga
mendapati bahawa kebanyakan perniagaan keluarga dimulakan oleh orang yang mempunyai
enam tahun atau lebih pengalaman bekerja. Ini menunjukkan bahawa mereka mencari
pengalaman dalam bidang- bidang masing-masing terlebih dahulu sebelum memulakan
perniagaan.

Kajian Hui (1981) mendapati bahawa 0.8 peratus daripada pemegang saham memiliki 69
peratus daripada semua saham dalam 62 syarikat terbesar di Malaysia di antara tahun 1974
dan 1976. Pricewaterhouse Coopers (1998) menunjukkan bahawa hampir 97 peratus daripada
syarikat-syarikat senaraikan awam Malaysia (PLC) adalah pemegang saham utama dengan 33
peratus daripada mereka yang terlibat dalam pengurusan. Manakala La Porta et al. (1998)
mendapati bahawa 54 peratus daripada pemilikan dimiliki oleh tiga pemilik terbesar yang
datang daripada 10 syarikat bukan kewangan terbesar di Malaysia yang tersenarai. Abdullah
(2001) mendapati bahawa pemegang saham tunggal terbesar memegang 36 peratus daripada
saham firma. Che-Ahmad et al. (2003) mengkaji 236 PLC pada tahun 1995 dan mendapati
bahawa pemegang blok memegang 60.75 peratus pemilikan syarikat. Abdullah dan Mohd
Nasir (2004) Menetapkan bahawa pegangan saham purata oleh 20 pemegang saham utama
adalah 73 peratus. Pemegang saham sesebuah syarikat berhak ke atas semua aset yang berada
dalam syarikat secara undang – undang dan mempunyai hak menyuarakan cadangan dan
arahan untuk mereka mendapat pulangan pelaburan yang setimpal.

Secara umumnya, definisikan pemilikan keluarga adalah kesemua keputusan, pengurusan dan
pemilikan dekekalkan unutk ahli keluarga. Arahan tersebut dirangka sejak awal kerana ia
bertujuan untuk mewujudkan legasi keluarga. Perniagaan boleh dikira sebagai perniagaan
keluarga jika mempunyai salah satu syarat berikut atau ketiga-tiganya sekali.
a. Satu keluarga memegang lebih daripada 50 peratus saham mengundi, menjadi sebahagian
besar daripada pengurusan kanan syarikat yang mengawal perniagaan
b. Lebih daripada satu generasi terlibat dalam perniagaan tersebut
c. Keluarga tersebut menganggap perniagaan tersebut sebagai perniagaan keluarga

Campur tangan sesebuah kerajaan dalam penggubalan undang – undang syarikat Malaysia
memberi kesan kepada pemegang saham. Fakta pemilikan dan kawalan dan undang -
undangannya bertujuan memberikan pemegang saham satu kawalan dalam sesebuah syarikat
tetapi amalan di negara ini sangat jarang berlaku oleh kerana kebanyakan undang – undang
syarikat yang digubal di Malaysia memihak dan memberi kuasa kepada pengarah berbanding
pemegang saham. Selain itu, kuasa yang dipegang oleh pemegang saham adalah terhad
apabila berlakunya keputusan untuk menukar pengarah sesebuah syarikat. Malah, cadangan
dan keputusan pemegang saham selalunya akan mendapat pengesahan dari pengarah ini
membataskan kapasiti mereka sebagai pemegang saham syarikat.

Keperluan pengawasan ke atas aktiviti sektor korporat agar kepentingan pemegang saham
minoriti tidak diabaikan. Pemegang saham minoriti juga dilihat sebagai pemilik sesebuah
syarikat tetapi mereka biasanya tidak mempunyai kuasa kawalan atau kapasiti untuk
mempengaruhi keputusan pengarah. Mereka terdiri daripada orang awam yang membuat
pelaburan menerusi institusi-institusi pelaburan amanah yang tertentu. Oleh itu, pemegang
saham minoriti berhak untuk mengetahui apakah transaksi yang dilakukan oleh sesebuah
syarikat, siapa yang memiliki dan mengawal syarikat, bagaimana pengawalan syarikat
dilaksanakan dan bagaimana risiko ditangani dan keuntungan syarikat diagihkan. Hak
pemegang saham minoriti diakui oleh undang-undang dan ini dapat membantu memastikan
keuntungan penciptaan kekayaan yang dilakukan oleh sektor swasta dapat memberi manfaat
kepada masyarakat. Di sinilah pentingnya sistem kawalan dalaman diamalkan di dalam
pengurusan sesebuah syarikat. Laporan syarikat yang telah di audit boleh menjelaskan kepada
para pelabur tentang apa yang sedang diusahakan untuk memastikan syarikat mendapat
keuntungan.
2.1 Ciri-Ciri Perniagaan Keluarga Di Malaysia

Ciri- ciri perniagaan keluarga dapat dirumuskan seperti berikut:-


a. 59% perniagaan dijalankan oleh pengasas dan 30% dikendalikan oleh generasi kedua yang
iaitu anak-anak pengasas terbabit
b. 65% daripada perusahaan kecil-kecilan diuruskan oleh pengasas
c. 55% daripada perniagaan keluarga dalam perusahaan kecil menggunakan antara 51 hingga
250 orang pekerja
d. 35% daripada perniagaan keluarga dalam perusahaan sederhana menggunakan antara 51
hingga 250 pekerja
e. 10% daripada perniagaan keluarga adalah perusahaan berskala besar yang mempunyai
lebih dari 250 orang pekerja
f. 35% aktiviti utama terletak pada sektor pembuatan dan peruncitan 12.9% dan pembinaan
10%.

3.0 HUBUNGAN STRUKTUR PEMILIKAN DENGAN PRESTASI FIRMA

Hasil keuntungan, kecekapan dan pengurusan sesebuah syarikat perlu mempunyai hubungan
di antara lembaga pengarah, jabatan lain dan pihak yang berkepentingan. Masalah dan urus
tadbir syarikat akan memberi kesan kepada saham dan prestasi oleh itu, hubungan positif juga
menarik minat pelabur luar untuk melabur dan ini akan meningkatkan ekuiti syarikat. Pada
perspektif pemegang saham, keuntungan syarikat adalah objektif utama mereka untuk
menilai prestasi syarikat. Di Malaysia, kebanyakan firma memberi ke semua kuasa kepada
lembaga pengarah dan ini menyebabkan pemegang saham tidak berhak menolak keputusan
lembaga kecuali kepada perkara yang memerlukan undi mereka. Pengurus melaksanakan
strategi yang selaras untuk memaksimumkan keuntungan bagi memenuhi kepentingan para
pemegang saham.

Motif utama pemegang saham membeli saham adalah untuk mengaul keuntungan dengan
mengambil risiko yang wajar. Matlamat pemegang saham membuat pelaburan adalah dengan
mengharapkan dividen dan untung dari saham yang dibeli. Dengan ini, pemaksimuman harga
merupakan matlamat penting bagi sesebuah syarikat untuk mengaut keuntungan.
Di sesebuah syarikat, pemilikan saham pengurusan adalah bahagian saham biasa yang
dimiliki oleh para pengurusan manakala pemilikan pengurusan menjadikan pengurus sebagai
pemegang saham. Di dalam laporan kewangan ini akan kan menunjukkan peratusan
pemilikan saham syarikat oleh pengurus dan maklumat ini akan menimbulkan konflik antara
pengurus dan pemegang saham kerana maklumat ini penting dalam laporan kewangan
syarikat. Malah terdapat juga beberapa pengurus yang mempunyai tujuan serta kepentingan
lain yang bertentangan dengan objektif syarikat yang selalunya mengabaikan kepentingan
pemegang saham. Dengan kepentingan peribadi ini akan mengakibatkan penambahan kos
dan m=penurunan keuntungan syarikat yang akhirnya menurunkan nilai syarikat. Latar
belakang pemilikan pengurusan dan pemilikan firma dalam pembangunan Corporate Social
Responsibiliy (CSR) dapat mempengaruhi nilai serta komitmen syarikat.

Apabila pengurus memiliki bahagian yang lebih kecil daripada bahagian organisasi, mereka
mempunyai insentif untuk meraih keuntungan peribadi dan kurang insentif untuk
memaksimumkan nilai organisasi. Oleh itu, untuk mengurangkan kos agensi adalah untuk
meningkatkan saham yang dipegang oleh pengurus. Pemilik-pengurus menjadi lebih cekap
dalam mengawal aset korporat daripada pengurus diupah

Peningkatan nilai firma adalah dengan pelaksanaan tadbir urus korporat yang telus dan baik,
dengan ini syarikat akan meraih keuntungan dan pencapaian dalam prasarana saham dan
sebaliknya. Jika sesebuah firma gagal, mereka akan mengalami kesulitan untuk menjana
modal. Dengan jumlah pemilikan saham sesebuah firma maka akan terjadi perbezaan objektif
perbezaan objektif, dan jika saham dimiliki lebih oleh pengurus maka pengurus akan
berusaha untuk memaksimumkan keuntungan. Apabila pemilikan saham kebanyakannya
dimiliki oleh pemilik minorit maka pengurusan firma akan lebih mementingkan diri sendiri
menggunakan keuntungan untuk kesejahteraan pemilik saham untuk pelaburan ke tempat
lain. Firma kecil menghadapi masalah kekangan kewangan yang mana menjadi penghalang
kepada pertumbuhan firma, terutamanya disebabkan oleh kekurangan cagaran sekiranya
berlaku kegagalan pembayaran balik (Fan & Zhang, 2017).

Firma yang kecil saiznya akan terdedah kepada kekangan kewangan berbanding firma yang
besar selain itu, ia memberi kesan kepada kemampuan dan kecairan syarikat dalam membuat
keputusan pelaburan. Berdasarkan ( Ismail & Salim, 2017), Firma memasuki pasaran
antarabangsa untuk meluaskan pasaran bagi produk mereka. Untuk itu, mereka memerlukan
pembiayaan yang mencukupi. Dengan ini, firma akan mencari pembiayaan dari luar. Campur
tangan kerajaan adalah penting untuk membekalkan kewangan supaya kekangan tidak terlalu
tinggi yang boleh menjejaskan pelaburan yang sedia ada. Malah ketidakseimbangan pasaran
membawa kekangan kewangan , ketidakseragaman maklumat di dalam agensi sendiri. Setiap
firma perlu mempunyai aliran tunai dan pulangan supaya dapat membiaya pelaburan yang
akan datang kerana peluang pelaburan adalah tidak tentu yang sentiasa berubah dan juga
bergantung kepada ketersediaan dalaman. Menurut ( Abdul Karim e tal., 2020), tahap
keterangkuman kewangan diukur berdasarkan agihan perkhidmatan kewangan merentasi
firma iaitu akses kepada kredit

3.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, struktur pemilikan di Malaysia adalah jenis pemilikan keluarga. Badan-
badan kawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Jawatankuasa
Kod Malaysia dan keperluan Tadbir Urus Korporat untuk memantau mengenai peratusan
pemilikan tertumpu di kalangan syarikat-syarikat keluarga. Ini kerana jika peratusan yang
terlalu tinggi, ia boleh mengancam pemegang saham minoriti dan pembelian saham-saham
tidak lagi menarik kepada pelabur.
Rujukan

Abdul Karim, Z., Nizam, R., Sarmidi, T., & Abdul Rahman, A. (2020).
KETERANGKUMAN KEWANGAN DAN PERTUMBUHAN FIRMA DI MALAYSIA
DAN INDONESIA: ANALISIS REGRESI AMBANG  (Financial Inclusion and Firm
Growth in Malaysia and Indonesia: A Threshold Regression Analysis). International Journal
of Management Studies, 27. https://doi.org/10.32890/ijms.27.1.2020.7641

Adiputri Singal, P., & Wijana Asmara Putra, I. N. (2019b). Pengaruh Kepemilikan
Institusional, Kepemilikan Manajerial, dan Kepemilikan Asing Pada Pengungkapan
Corporate Social Responsibility. E-Jurnal Akuntansi, 29(1),
468. https://doi.org/10.24843/eja.2019.v29.i01.p30

Fan, Z., & Zhang, R. (2017). Financial inclusion, entry barriers, and entrepreneurship:
Evidence from China. MDPI Journal of Sustainanbility. Retrieved from
http://creativecommons.org/ licenses/by/4.0

Nina Nurasyekin Zulkefli, & SM Abdul Quddus. (2019). Corporate Governance in Malaysia:
Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia). Journal of Islam
in Asia ≪Span Style="Font-Size: 0.6em"≫(E-ISSN: 2289-8077)≪/Span≫, 16(2), 232–
253. https://doi.org/10.31436/jia.v16i2.824

Ismail, M. A., & Salim, N. M. M. (2017). Kesan kekangan kewangan dan gelagat eksport ke
atas produktiviti firma di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51(2), 1–
15. http://journalarticle.ukm.my/11609/

Anda mungkin juga menyukai