Anda di halaman 1dari 1

Modul 1 : Pengenalan kepada Drone

Nama : Mohammad Haekal bin Nasir


No Matrik : A189246

Apa yang anda perolehi daripada modul ini

Berdasarkan video rakan – rakan yang telah saya tonton, saya dapat mengenal pasti apa itu
dron dan bagaimana cara dron berfungsi. Dron merupakan sebuah kenderaan yang bergerak
di udara tanpa membawa manusia di dalamnya. Dron biasanya digunakan untuk tujuan
fotografi dan videografi. Tempat yang selalu dron akan digunakan adalah tempat – tempat di
mana di luar daripada jangkauan manusia. Bagi spesifikasi pula, dron terbahagi mengikut
bilangan rotor iaitu tricopter, quadcopter, hexacoptor dan octocopter. Dron kebiasaanya
mempunyai had tempoh penerbangan iaitu sekitar 20 hingga 40 minit sahaja. Hal ini adalah
kerana tenaga dron banyak digunakan untuk menstabilkan pergerakan rotor. Semakin kurang
bilangan rotor, semakin kurang penggunaan tenaga. Selain itu, saya juga dapat mengenal
pasti jenis – jenis dron yang ada di pasaran Malaysia pada masa kini, harga – harga dron yang
dari yang murah kepada yang mahal dan spesifikasi yang manakah yang sesuai bagi orang
yang pertama kali menggunakan dron.

Bagaimana modul ini dapat meningkatkan pemahaman anda terhadap penggunaan Drone
Menerusi video dari modul ini, saya dapat mengenal pasti bagaimana cara dron berfungsi,
jenis – jenis dron yang ada di Malaysia, dan spesifikasi – spesifikasi dron yang sesuai bagi
yang pertama kali ingin menggunakannya. Melalui informasi -informasi ini, saya akan dapat
belajar menggunakan dron dengan kemampuan yang paling minimum, membuat pembelian
dron yang berbaloi berdasarkan kepada informasi yang disediakan dan membuat pilihan dron
mana yang paling sesuai dengan kemampuan yang saya ada. Bagi cara penggunaan,
kemungkinan apa yang saya dapat pelajari menerusi video bukan tidak sebanyak yang
menghadiri kelas, namun saya dapat mempelajari kemahiran asas dalam
penggunaan/pengendalian dron. Dari segi pembelian pula, saya akan dapat memilih dron
mana yang sesuai dengan kemampuan saya melalui informasi – informasi yang disediakan.
Pemilihan dron yang tepat akan menghalang saya daripada kerugian kerana sekiranya saya
memilih dron yang luar daripada kemampuan saya, kemungkinan besar dron tersebut akan
mengalami kerosakan kerana jatuh terhempas atau terlanggar sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai