Anda di halaman 1dari 1

☰ Resepi Che Nom

Resepi Ikan
Siakap Stim
Limau ala Thai
Easy to resell products
B2B Wholesale Platform
Source curated proven to sell imported popular
snacks, instant food and beverages

my.wholesale.trustana.com

OPEN

Sign up to save RM100


Proven to sell products
Sign up and save RM100. Order Online 24/7,
Delivered within 7 Working Days

my.wholesale.trustana.com

OPEN

Che Nom nak share satu resepi sihat kegemaran


Che Nom, sesuai untuk yang tengah diet atau menu
yg kalau minyak dah habis kat dapur, iaitu resepi
Siakap Steam Ala Thai.
Resepi di ilhamkan dari Pailin’s Kitchen, dari negara
jiran iaitu Thailand. Che Nom ni mmg penggemar
tegar makanan Thai. Caranya mudah sangat, dan
rasanya mmg mantap lah. Sesiapa yg ada minta
resepi mesra org bujang kat CN tu, boleh lah juga
try ni ye.
Ada 3 bahagian, mula2 kita bersihkan dan steam
ikan. Kemudian kita potong semua bahan, dan
seterusnya kita sediakan kuah cili untuk dituang
ke atas ikan.

Quality Imported Food


Easy to resell products
Source curated proven to sell imported popular
korean snacks, instant food and beverages

my.wholesale.trustana.com

OPEN

Oleh: Che' Nom

Masa Penyediaan: 15 minit


Masa Memasak:15 minit
Jumlah Hidangan:4 orang

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk siakap steam:
1 ekor ikan siakap
2 batang serai
1 mangkuk besar air
1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam
homemade
5 ulas bawang putih
perahan jus dari 3 biji limau nipis,
lebihkan jika bersaiz kecil
1 sudu besar parutan gula melaka/Thai
palm sugar
6-7 biji cili padi
hirisan daun ketumbar
1-2 sudu besar sos ikan

Cara-cara
1. Cara-cara untuk kukus siakap:
1. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian
sisi kedua belah ikan.
2. Titik serai dan masukkan ke dalam perut
ikan.
3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan
selama lebih kurang 15 minit atau
sehingga ikan masak.
4. Sementara menunggu, sediakan kuah
untuk dituang ke atas ikan.
2. Cara-cara untuk kuah cili limau:
1. Panaskan air di dalam periuk.
2. Masukkan kiub ayam, atau stok ayam
homemade jika ada. Kalau guna stok
ayam homemade boleh kurangkan sikit
air. Masak sehingga mendidih dan tutup
api.
3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan
bawang putih yg dicincang halus, jus
limau nipis, parutan gula melaka, hirisan
cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos
ikan. Kacau sebati. Kita memang tak
didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma
akan masak dalam air stok yg suam-
suam panas tu aja. Dengan cara ini
aroma dan kesegaran bahan-bahan
dapat dikekalkan.
4. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah
dikukus tadi.

Tips:

Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh


buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang
kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap
nanti.
Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau
kurang manis, tambah lagi parutan gula
melaka.
Macam mana nak tau ikan kukus dah masak,
tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang
dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika
isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya
ikan dan betul-betul masak.

Korean Drinks Wholesale


Proven to sell products
Low MOQ, high sell-through rate. Refresh your
store with inventory that sells

my.wholesale.trustana.com

OPEN

Resepi Berkaitan:

Siakap Stim Lemon


Siakap stim lemon, menu favourite Che Nom
sekeluarga. Menu ni mudah, sihat dan sesuai
lah bagi penggemar ikan atau sesiapa yang
tengah diet tu. Dulu Che Nom dah pernah
share resepi siakap steam limau, kaedah nya
berbeza dengan kali ni sebab yg ni semuanya
kita kukus sekaligus. Jus lemon tu …

Siakap Stim Taucu


Resepi Siakap Stim Tauchu, resepi yang
berkhasiat menggunakan kaedah stim dan
keistimewaan hidangan ini adalah terletak
kepada rasa lemak dan masin daripada taucu
yang dijeruk. Diinspirasikan dari masakan
cina, pasti sangat lazat jika dimasak
menggunakan ikan siakap yang segar dari
pasar.

Siakap Stim Lemon


Resepi Siakap Stim Lemon yang sedah dan
cepat untuk di sediakan, menggunakan lemon
sebagai bahan utama untuk menambahkan
lagi rasa segar ikan apabila distim

Siakap 3 Rasa Ala Thai


Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa,
menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu
Che Nom dah pernah share resepi yang
sama, tapi kali ni jom tengok video versi baru
yang lebih menarik dengan resepi yang
ditambah baik lagi supaya lebih sedap
hasilnya. Beza kuah 3 rasa …

Siakap Stim Asam Boi


Resepi Siakap Stim Asam Boi, bagi sesiapa
yang inginkan sesuatu yang agak lain dalam
masakan ikan dan tak pasti dari mana asal
resepi. Asam boi memberikan rasa masam
dan manis pada kuah ikan siakap yang di
stim. Che Nom gunakan asam boi putih.
Rasanya sangat sedap! Cubalah.

Siakap Kengsom Thai


Untuk kali ni, Che Nom nak kongsi resepi lauk
yg mudah, tapi walau mudah..fuh sedap tak
terkata rasa dia Jom masak Siakap kengsom.
Menu ni kalau tak silap Che Nom lah, asal dari
selatan thai. Kuah nya wangi sgt dari kunyit
dan bawang fresh Rasanya pun kena ada
pedas dari …

Kari Ikan Siakap


Resepi Kari Ikan Siakap ini sebenarnya
hidangan kegemaran keluarga Che Nom di
kampung. Kalau ada ikan siakap yang segar
dari pasar selain dari dimasak ikan bakar, mak
Che Nom akan masak kari (atau gulai kata
orang utara) bersama dengan tomato atau
bendi. Rahsia untuk mendapatkan kari ikan
yang sedap ialah …

Kerabu Kerang Ala Thai


Kali ni Che Nom nak share resepi seafood
iaitu kerabu Kerang ala Thai. Hidangan ni
sesuai sangat untuk sesiapa yang mencari
lauk yg mudah dan tak gunakan
minyak..kadang-kadang kita rasa nak makan
yang mudah aja kan. Apa yg penting ialah
kerang mestilah segar dan direbus dengan
cara yang betul, dan …

Paprik Seafood Ala Thai


Resepi Paprik Seafood yang pasti boleh
menandingi kesedapan paprik jika
dibandingkan dengan restoran Thai. Kunci
utama kepada sedapnya masakan ini ialah
seafood dan bahan- bahan yang segar. Bagi
mendapatkan rasa ala Thai, jangan lupa
letakkan sos ikan kerana itulah bahan utama
yang selalu digunakan oleh tukang masak
Thai, terutamanya masakan …

Kerabu Daging Ala Thai


Resepi Kerabu Daging ala Thai, sejenis
kerabu yang sangat sedap dan popular dari
negara jiran. Kombinasi masam, pedas dan
aroma dari hirisan serai yang sangat harum
membuatkan kerabu ini sebagai pembuka
selera jika dimakan bersama nasi panas.
Pastikan daging yang digunakan adalah
segar.

Artikel Berkaitan

Ukuran Sudu dan Cawan


Perbezaan Antara Baking Soda dan Baking Powder
Fungsi Emplex
Tips Untuk Menyediakan Sambal Tumis Yang Sedap

ABOUT CONTACT TERMS

© Resepi Che Nom, 2019

Anda mungkin juga menyukai