Anda di halaman 1dari 2

Resepi Singgang Pedas Ikan Kembung

Resepi yang sungguh mudah tetapi sangat sedap dan menyihatkan kerana semuanya direbus.
Masakan ni walaupun mudah tetapi sangatlah membuka selera lebih-lebih lagi jika
menggunakan ikan yang segar. Jom cuba :)
Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:

4 ekor ikan kembung

2 keping asam gelugor

1 batang serai, dititik

daun kesum

1 inci lengkuas, hiris nipis

garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:

3 biji cili merah

3-4 biji cili padi

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

secubit belacan

Cara Penyediaan:
1. Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
2. Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan
mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi
panas.

Anda mungkin juga menyukai