Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI MELAKA

FAKULTI UNDANG-UNDANG GOVERNAN HUBUNGAN DAN


ANTARABNGSA

SARJANA MUDA PERUNDANGAN SYARIAH (KEPUJIAN)

FIQH MUNAKAHAT
(BSS 3333)

TAJUK TUGASAN: KONSEP TALAK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


DAN UNDANG-UNDANG.

NAMA: PUAN SHAHRINA BINTI ROMLI


NAMA PELAJAR NO MATRIK

NURZARIFAH BINTI AZLAN B2120029


ISI KANDAUNGAN

1.1 PENDAHULUAN..................................................................................................1
2.1 KONSEP TALAK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-.........1
UNDANG.........................................................................................................................1
2.2 Pengertian Talak Dari Segi Bahasa dan Istilah Ulama...................................2
2.3 Talak Daripada Perspektif Undang-Undang...................................................3
3.1 HUKUM TALAK DALAM ISLAM.....................................................................3
3.2 Hukum Wajib..................................................................................................4
3.3 Hukum Sunat...................................................................................................4
3.4 Hukum Makruh...............................................................................................5
3.5 Hukum Harus..................................................................................................5
3.6 Hukum Haram.................................................................................................5
4.1 RUKUN DAN SYARAT TALAK.........................................................................6
4.2 Rukun Talak....................................................................................................6
4.3 Syarat Talak....................................................................................................6
5.1 JENIS-JENIS DAN PEMBAHAGIAN TALAK...................................................7
5.2 Talak Rajie......................................................................................................7
5.3 Talak Bain.......................................................................................................8
5.3.1 Talak Bain Sughra.............................................................................................9
5.3.2 Talak Bain Kubra..............................................................................................9
6.1 PEMBAHAGIAN TALAK DARI ASPEK HUKUM...........................................9
6.2 Talak Sunni.....................................................................................................9
6.3 Talak Bidie....................................................................................................10
6.4 Talak Taklik..................................................................................................10
7.1 PERCERAIAN MENURUT UNDANG-UNDANG...........................................11
7.2 Perceraian Dengan Lafaz Talak....................................................................12
7.3 Pengesahan Lafaz Talak................................................................................12
8.1 PENUTUP............................................................................................................13
9.1 RUJUKAN...........................................................................................................14
1.1 PENDAHULUAN

Perkahwinan adalah satu fitrah yang berlaku di dalam kitaran setiap hidupan tidak kira
manusia, haiwan, serta tumbuhan. Allah telah menzahirkan makhluk yang hidup yang
berada di bumi Allah ini adalah berpasang-pasangan. Oleh itu, perkahwinan adalah
satu ibadah yang disyariatkan kepada manusia supaya menghalalkan perhubungan di
antara lelaki dan perempuan untuk membentuk kehidupan yang berpasangan. Ikatan
perkahwinan adalah suatu anugerah yang suci dan sebagai satu rahmat daripada Allah
dan disertakan akad ketika berlaku pernikahan. Akad yang dilafazkan itu perlulah
dijaga dan dipelihara kerana akad tersebut adalah satu amanat dan ianya telah
dipertanggungjawabkan ke atas pasangan yang bernikah. Tujuan supaya Allah
mensyariatkan suatu pernikahan itu adalah supaya pasangan suami isteri dapat hidup
dalam keadaan harmoni dan aman damai. Namun tidak setiap perkahwinan itu tidaklah
Allah mengharamkan pembubaran sekiranya ada berlaku sebab-sebab yang dibenarkan
syarak untuk membubarkan suatu pernikahan. Hal ini demikian kerana, tidak lah setiap
pernikahan itu kekal sampai ke akhir hayat. Dalam kehidupan berpasangan ini ada
ketika yang tidak mungkin baginya untuk meneruskan pernikahan tersebut meskipun
telah menemui kata sepakat namun apabila tidak wujud persefahaman lagi, kata
sepakat sudah tidak terpakai lagi di antara suami dan isteri, maka suatu pernikahan itu
boleh dibubarkan mengikut syarak dan dengan kebenaran mahkamah Syariah.
Pembubaran pekahwinan di letakkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah dan
hakim Syarie yang akan memutuskan sesuatu pembubaran perkahwinan di antara
pihak-pihak.

2.1 KONSEP TALAK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-

UNDANG

Talak adalah salah satu pembubaran perkahwinan. Antara selainnya adalah fasakh,
khuluk, atau tebus talak. Pembubaran pekahwinan ini adalah bentuk akhir untuk
pasangan yang telah tidak berada dalam persefahaman. Ianya diperbolehkan namun
tidak dianjurkan dalam Islam dan Allah SWT amat membeci perceraian walaupun
ianya halal dalam agama Islam. Sebagaimana hadith nabi yang diriwayatkan oleh Abu
Daud dan Ibn Majah:

1
ِ ‫َأ ْب َغضُ ْال َحاَل ِل ِإلَى هَّللا ِ الطَّاَل‬
‫ق‬

Terjemahan: Perkara halal yang dibenci oleh Allah SWT adalah talak
(perceraian)

Untuk itu, jika hubungan suami isteri sudah di fasa yang yang genting dimana tidak
mencapai kata sepakat lagi, maka suami diharap supaya tidak melafazkan cerai atau
mentalakkan isteri di luar mahkamah atau tidak mentalakkan isteri ketika dalam
perdebatan di luar mahkamah. Hal ini demikian kerana lafaz talak yang berlaku di luar
mahkamah sama ada di rumah ataupun dimana sahaja, ianya adalah satu kesalahan di
bawah mahkamah Syariah dan jika sabit kesalahan suami akan dikenakan denda.

2.2 Pengertian Talak Dari Segi Bahasa dan Istilah Ulama

Talak berasal daripada Bahasa arab yang al-talaq. Talak secara Bahasa adalah diertikan
sebagai melepas ikatan dan memisahkan. (Abu Malik Kamal, 2007). Daripada segi
istilah pula ulama berbeza pendapat berkaitan dengan definisi talak itu sendiri. Mazhab
Hanafi dan mazhab Hanafi memberi istilah talak sebagai pelepasan ikatan perkahwinan
secara langsung atau pelepasan ikatan perkahwinan pada suatu masa yang mendatang.
Disimpulkan bahawa ianya adalah tanpa terkait dengan sesuatu hukumnya kerana
langsung berlaku ketika ucapan talak itu dikeluarkan oleh suami sedangkan maksud
bagi “dimasa akan datang “itu maksudnya hukum talak akan tertunda dengan suatu hal
dimana berkemungkinan talak dijatuhkan dengan syarat. Menurut mazhab Syafie pula
talak ialah pelepasan akad nikahh dengan lafaz talak atau lafaz yang membawa maksud
dengannya. Mazhab Maliki pula mendefinisikan talak ini ialah suatu hukum yang
menyebabkan gugurnya ikatan halal di dalam hubungan suami isteri. (Ab Latif &
Rosmawati Ali, 2015).

Dalam erti kata yang lebih mudah difahami oleh masyarakat, talak ialah perpisahan di
antara suami isteri dan telah terputusnya ikatan perkahwinan sebelumnya serta hukum

2
haram ke atas suami isteri yang mengadakan hubungan sebagaimana ketika ikatan halal
sebelumnya. Talak ini adalah hak yang diberikan oleh suami untuk membubarkan
ikatan perkahwinan yang dijalinkan. Talak boleh disampaikan melalui lafaz, isyarat,
tulisan dan diikuti dengan niat oleh suami tanpa ada sebarang paksaan atau tekanan ke
atas dirinya yang boleh membawa kemudharatan ke atas nyawanya. (Ab Latif &
Rosmawati Ali, 2015).

2.3 Talak Daripada Perspektif Undang-Undang.

Pembubaran perkahwinan menerusi lafaz talak ini juga terdapat dalam


Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Lafaz talak ini boleh
dilafazkan dengan lafaz sorih (jelas) atau dengan lafaz (kinayah) sindiran berdasarkan
sumber al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,
tt). Menurut peruntukan yang terdapat dalan Undang-Undang dalam seksyen 47(1)
Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa
apabila seorang suami atau seorang isteri menghendaki perceraian hendaklah mereka
menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada mahkamah dalam boring
yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,
tt)

Menurut Undang-Undang Keluarga Islam jika talak yang telah dilafazkan oleh suami
di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah sama ada dengan lafaz yang sorih atau
kinayah, pihak-pihak perlu membuat pengesahan lafaz di mahkamah Syariah dengan
segera dimana dalam masa 7 hari suami atau isteri perlu melaporkan kepada
mahkamah dan mahkamah akan menyiasat sama ada lafaz yang diucapkan itu telah
sabit talak atau tidak mengikut hukum syarak. Apabila mahkamah telah berpuas hati
bahawa talak yang dilafazkan oleh suami itu adalah sah dan mengikut hukum syarak
maka mahkamah akan mensabitkan talak dan seterusnya perceraian akan dibubarkan
serta direkodkan. (Akta Undang-Undang Wilayah Persekutuan)

3.1 HUKUM TALAK DALAM ISLAM

Talak ini telah berlaku ketika zaman Rasulullah lagi dan ianya telah menjadi
kesepakatan dalam kalangan orang islam tentang pensyariatannya. Tetapi ulama telah
berselisih pendapat berkaitan dengan hukum asal bagi talak ini namun, sebilangan

3
besar ulama berpendapat bahawa hukum asal bagi talak adalah harus jika menepati
keperluan dan syarat. (Wizarah al-Awqaf, 1993). Hukum talak ini akan berpaling
daripada hukum asal iaitu harus apabila datangnya sesuatu situasi atau keadaan yang
telah diperakui oleh jumhur ulama. Allah meletakkan hukum kepada umatnya bahawa
talak diperbolehkan(mubah) sebagai jalan yang paling akhir dalam penyelesaian rumah
tangga dalam mendepani jalan yang buntu. (Wizarah al-Awqaf, 1993)

3.2 Hukum Wajib

Hukum wajib bagi talak apabila hakim sendiri tidak menemukan jalan lain kecuali
talak. Hanya talak sahaja yang boleh meredakan pertikaian di antara suami dan isteri.
Hukum wajib untuk melakukan talak bilamana perselisihan yang berlaku di antara
suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian selain berpisah, manakala wakil
daripada keduadua belah pihak akan berpendapat bahawa lebih baik mereka bercerai.
Wakil daripada kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri mestilah dua orang wakil
dan kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak ini gagal menemui kata sepakat.
Maka ketika ini wajib bagi suami mentalakkan isteri dan mereka diwajibkan bercerai.
(Muhammad al- Zuhaili,2011). Selain itu juga, hukum wajib berlaku ke atas talak
berlaku bilamana berlaku ila’. Secara ringkasnya ila’ adalah sumpah yang dilakukan
oleh suami untuk tidak mendatangi isterinya dala, jangka waktu tertentu dimana suami
bersumpah untuk tidak menyetubuhi semua atau sebahagian isterinya. (Muhammad al-
Zuhaili,2011)

Oleh itu, apabila telah berlaku tempoh ila’ tersebut, maka suami diwajibkan untuk
membayar denda iaitu kafarah atau suami diminta untuk mentalakkan isterinya. Inilah
pendapat daripada sebilangan besar ulama selain daripada ulama mazhab Hanafi.
Menurut mazhab Hanafi, pasangan akan dihukumkan bercerai apabila berlakunya
tempoh ila’. (Badran, 1961). Seterusnya hukum wajib bagi talak adalah bilamana suami
yang benar-benar tidak mampu menjalankan hak isterinya dan gagal untuk
melaksanakan nafkah dan hak yang sepatutnya dimiliki oleh isteri. (Al-Baijuri, 1994).

3.3 Hukum Sunat.

Hukum yang kedua bagi keadaan untuk mentalakkan isteri adalah sunat. Antara
keadaan yang disunatkan ke atas suami untuk menjatuhkan talak ke atas isteri apabila
seorang isteri itu tidak meletakkan komitmennya sebagai isteri untuk melayani suami.
4
Selain daripada itu isteri berperangai buruk sehingga boleh menyakiti suami dan jiran
tetangganya, serta suami cuai untuk melaksanakan hak isterinya atau yang paling
utama isteri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sehinggakan dia
tidak menjaga maruah suami di khalayak ramai. Ketika isteri meminta cerai dan
memaksa untuk dilepaskam juga disunatkan untuk mentalakkan isteri kerana khuatir
berlakunya perkelahian yang membawa kemudharatan yang lebih besar. (Wizarah al-
Awqaf, 1993).

3.4 Hukum Makruh

Hukum yang seterusnya adalah makruh. Hukum makruh boleh terjadi bilamana
seorang suami menjatuhkan talak ke atas isteri yang sentiasa memberikan komitmen
dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hak suaminya. Suami yang mentalakkan
isterinya jika tiada sebab syarak yang diharuskan untuk menceraikan atau sebab yang
mendorong perceraian tersebut merupakan sebab yang remeh temeh sahaja. Maka pada
ketika suami melafazkan talak ke atas isteri itu, ia akan menjadi makruh dan suami
yang menanggung. Begitu juga jika suami itu berkeinginan untuk bernikah atau
mengharapkan zuriat keturunan. Sedangkan, jika perkahwinan tersebut dikekalkan
juga, ia tidak menganggu suami tersebut daripada melaksanakan ibadat wajib.
Malahan, suami juga tidak khuatir akan terjerumus kepada perbuatan zina jika dia
menceraikan ietrinya, maka ketika itu hukum talak menjadi makruh san suami yang
menangung hukum tersebut. (Aminah, 1992).

3.5 Hukum Harus.

Hukum seterusnya adalah harus. Keadaan mentalakkan isteri menjadi hukum harus
apabila seorang suami mempunyai sebab syarak yang diharuskan untuk menceraikan
isterinya seperti bagi mengelakkan perangai dan layanan buruk isteri serta suami yang
sudah tidak mencintai dan tidak mempunyai perasaan terhadap isteri lagi. (Aminah,
1992)

3.6 Hukum Haram.

Hukum yang paling akhir ialah hukum haram. Hukum haram mentalakkan isteri
apabila seseorang suami menceraikan isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau
dalam keadaan isterinya suci daripada haid namun setelah disetubuhi. Hukum talak

5
pada ketika ini adalah talak bid’ie iaitu talak yang tidak mengikut sunnah. Hukum
haram ini wajib ditanggung oleh suami walaupun hukum nya haram namun ia tetap sah
dan memerlukan pengesahan daripada mahkamah. Talak sebegini menjadi haram
apabila dilakukan tanpa sebab-sebab yang dibolehkan syarak. Hal ini demikian kerana,
talak berlaku tanpa sebab-sebab yang disyarakkan itu boleh mendatangkan mudharat
kepada hak isteri selepas bercerai dan ini adalah sesuatu perbuatan yang dilarang oleh
syarak. (Aminah, 1992)

4.1 RUKUN DAN SYARAT TALAK.

Talak adalah sesuatu perbuatan yang akan membawa akibat pada masa hadapan tidak
kira akan yang mendatang kepada suami, isteri atau anak-anak. Oleh yang demikian,
agama islam menggariskan paduan rukun serta syarat yang perlu dilengkapi sebelum
berlakunya talak itu.

4.2 Rukun Talak.


i) Orang yang menjatuhkan talak iaitu suami
ii) Orang yang dijatuhkan talak iaitu isteri
iii) Lafaz talak

4.3 Syarat Talak


i) Syarat yang berhubungan dengan suami.
Seorang suami yang ingin mentalakkan isteri itu seorang suami yang
mukallaf dimana seorang yang baligh serta berakal. Suami mestilah
dalam keadaan yang tidak dipaksa oleh mana-mana pihak dan ia
melakukan dengan kehendanya sendiri. Talak yang dilafazkan oleh
suami juga tidak boleh dalam keadaan yang tidak sedar dimana dia tidak
gila, pitam atau dalam keadaan yang hilang akal ketika melafazkan talak
kepada isteri. (Aminah, 1992)

ii) Syarat yang berhubungan dengan isteri.


Isteri sebagai orang yang dijatuhkan talak ke atasnya mestilah seorang
isteri yang sah walaupun mereka masih belum bersatu atau masih belum
bersetubuh dalam sesuatu masa. Isteri itu juga masih tetap berada dalam
6
perlindungan kekuasaan suami. Isteri yang masih dalam iddah talak
rajie dari suaminya diambil kira masih berada dalam perlindungan
kekuasaan suami dan apabila dalam iddah rajie itu jika dalam masa itu
suami mentalakkan lagi isterinya maka akan menambah jumlah talak
yang dijatuhkan dan mengurangi hak talak yang dimiliki suami. .
(Aminah, 1992)

iii) Lafaz talak


Lafaz atau sighah talak ini adalah kata-kata yang diucapkan oleh suami
terhadap isterinya yang menunjukkan talak, tidak kira diucapkan secara
sorih (jelas) atau secara kinayah (sindiran). Lafaz yang secara sorih ini
adalah lafaz yang terang dan jelas yang diucapkan dan ditujukan kepada
isteri serta difahami dengan jelas bahawa kata-kata suami itu adalah
membawa maksud perceraian dan mentalakkan isteri. Sebagai contoh
“kamu aku ceraikan”. Lafaz secara kinayah pula kata-kata yang
diucapkan oleh suami yang boleh membawa dua maksud dimana suami
bermaksud benar-benar mentalakkan isterinya atau tidak. Sebagai
contoh
“pulanglah kamu kerumah orang tuamu”. Kata-kata kiasan seperti ini
membawa dua maksud yang berlainan dan ianya akan bergantung
kepada niat yang diucapkan oleh suami. (Aminah, 1992)

5.1 JENIS-JENIS DAN PEMBAHAGIAN TALAK

Talak terbahagi kepada dua jenis. Jenis dan pembahagian talak ini perlu diperjelas
kerana ini akan mempengaruhi tempoh iddah serta bilangan talak yang dilafazkan oleh
suami.

5.2 Talak Rajie.

Talak rajie ini adalah dimana suami melafazkan talak satu dan talak dua kepada isteri.
Talak rajie membolehkan suami merujuk isteri sepanjang tempoh iddah. Talak rajie
7
juga tidak memerlukan keizinan daripada isteri jika suami ingin merujuk dalam tempoh
iddah mengikut syarak. Namun daripada segi perundangan, mahkamah akan
bertanyakan persetujuan daripada pihak isteri bagi mendapatkan kedamaian supaya
rumahtangga yang dibina semula akan aman dan harmoni. Talak yang boleh dirujuk ini
ada disebut di dalam al-Quran dimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

‫ان ۗ َواَل َي ِح ُّل َل ُك ْم َأنْ َتْأ ُخ ُذوا‬ٍ ‫ف َأ ْو َتسْ ِري ٌح بِِإحْ َس‬ ٍ ‫ك ِب َمعْ رُو‬ َ ‫ان ۖ َفِإم‬
ٌ ‫ْسا‬ ِ ‫الطاَل ُق َمرَّ َت‬َّ

ِ ‫ِممَّا آ َت ْي ُتمُوهُنَّ َش ْيًئ ا ِإاَّل َأنْ َي َخا َفا َأاَّل ُيقِي َما ُح ُدو َد هَّللا ِ ۖ َفِإنْ ِخ ْف ُت ْم َأاَّل ُيقِي َما ُح ُدودَ هَّللا‬
ِ ‫ك ُح ُدو ُد هَّللا ِ َفاَل َتعْ َت ُدو َها ۚ َو َمنْ َي َت َع َّد ُح ُدودَ هَّللا‬َ ‫َت ِب ِه ۗ ت ِْل‬
ْ ‫َفاَل ُج َنا َح َعلَي ِْه َما فِي َما ا ْف َتد‬
‫ُون‬
َ ‫الظالِم‬ َّ ‫ِئك ُه ُم‬َ َ‫َفُأو ٰل‬

Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi
dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.
Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah
kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak
akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir
bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-
hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran
yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-
hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang
melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang
zalim.

(al-Baqarah ayat 229)

8
5.3 Talak Bain

Talak bain merangkumi dua bahagian. Antaranya ialah talak bain kubra dan bain
sughra. Jenis talak bain adalah dimana suami yang mentalakkan isteri tidak boleh
merujuk isteri ketika isteri dalam tempoh iddah. (Aminah, 1992)

5.3.1 Talak Bain Sughra.

Talak bain sughra adalah jenis talak yang membolehkan suami merujuk
bekas isterinya namun dengan akad dan mahar yang baru. Proses akad
nikah dan mas kahwin semula ini perlu mendapatkan persetujuan daripada
pihak bekas isteri. Hal ini demikian kerana bekas isteri adalah janda. Talak
ini terjadi apabila berlaku talak satu dan dua namun telah tamat tempoh
iddah, talak sebelum bersetubuh, dan talak dengan tebus talak. (Aminah,
1992)

5.3.2 Talak Bain Kubra.

Talak bain kubra adalah talak yang berkekalan dimana apabila seseorang
suami yang telah menceraikan isterinya sebanyak tiga talak sekaligus.
Suami tidak dapat mengahwini bekas isteri melaikan setelah bekas
isterinya telah dikahwini lelaki lain dan diceraikan oleh lelaki tersebut
setelah mereka telah bersama iaitu bersetubuh secara sah. Perkahwinan
secara kontrak dimana hanya untuk memenuhi syarat bahawa sang isteri
telah berkahwin dan diceraikan suami kedua dan berkahwin semula dengan
suami pertama adalah tidak dibenarkan dan hukum haram dari segi syarak.
Selain itu, talak bain kubra juga terjadi apabila suami dan isteri dipisahkan
oleh kadi atau mahkamah melalui lian. (Aminah, 1992)

6.1 PEMBAHAGIAN TALAK DARI ASPEK HUKUM

Talak dibahagikan kepada dua daripada aspek hukum dimana sesuatu talak itu sah atau
tidak dan klasifikasi hukum talak yang telah dilafazkan oleh suami tersebut.
9
Pembahagian talak dari aspek hukum ialah talak sunni dan talak bidie.

6.2 Talak Sunni

Talak sunni ialah perceraian atau lafaz talak yang dilakukan dengan mengikut kaedah
dan saranan daripada hukum syarak dimana suami menceraikan isteri dalam keadaan
suci daripada haid dan tidak disetubuhi. Hal ini demikian kerana, talak sunni akan
menjaga penghormatan ke atas hak wanita dimana isteri tidak perlu menunggu
tempoh iddah yang panjang kerana tempoh iddah bermula daripada keadaan isteri
yang suci iaitu 3 kali suci. (Dr Ab Latif Muda, Dr Rosmawati Ali@Mat Zin,2015).
Sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Al-Talak ayat 65:

۟ ‫َي ٰـَٓأ ُّي َها ٱل َّن ِبىُّ ِإ َذا َطلَّ ْق ُت ُم ٱل ِّن َسٓا َء َف َطلِّقُوهُنَّ لِ ِع َّدت ِِهنَّ َوَأحْ ص‬
ۖ ‫ُوا ْٱل ِع َّد َة‬
۟ ُ‫َوٱ َّتق‬
‫وا ٱهَّلل َ َر َّب ُك ْم‬

Terjemahan: wahai nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak


menceraikan isteri-isteri kamu, maka ceraikanlah mereka pada masa
mereka dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu
dengan betul.

(Surah al-Talak 65-1)


6.3 Talak Bidie

Talak bidie adalah talak yang dilafazkan oleh suami dengan kaedah yang menyalahi
syarak seperti mentalakkan isteri dalam keadaan haid atau nifas, mentalakkan isteri
dengan tiga lafaz talak sekaligus dan mentalakkan isteri dalam keadaan waktu suci
isteri yang telah disetubuhi. Suami yang mentalakkan isteri dalam keadaan-keadaan
yang menyalahi syarak ini adalah haram namun begitu, lafaz talak adalah sah dan
perlu dilaporkan kepada mahkamah untuk pengesahan lafaz. (Dr Ab Latif Muda, Dr
Rosmawati Ali@Mat Zin, 2015)

10
6.4 Talak Taklik

Ulama bersepakat berkaitan dengan talak taklik ini dimana ianya sah dan dibenarkan
syarak. Talak taklik talak yang digantungkan dengan sesuatu perkara dan perbuatan.
Perbuatan itu sama ada perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isteri sendiri.
Namun talak taklik ini dilafazkan oleh suami sendiri dimana suami mentalakkan isteri
dengan syarat atau sebab yang dilafazkan suami. Apabila syarat dan sebab dilakukan
atau dilanggar oleh suami atau isteri maka terjadilah perceraian dan terjatuhlah talak
si suami. (Dr Ab Latif Muda, Dr Rosmawati Ali@Mat Zin, 2015)

Sebagai contoh, suami berkata kepada isteri “jika awak keluar rumah tanpa izin
saya, maka jatuhlah talak satu”. Maka apabila isteri keluar rumah tanpa kebenaran
suami maka secara langsung akan terjatuh talak yang ditaklikkan suami itu. Talak
taklik juga boleh berlaku selepas akad nikah dimana ia dipraktikkan di Malaysia dan
wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafazkannya “jika saya menyeksa isteri
saya dengan sengaja tanpa kerelaannya dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib
kadi apabila disabitkan oleh kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya”. (Dr Ab
Latif Muda, Dr Rosmawati Ali@Mat Zin, 2015)

Di dalam peruntukkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah


Persekutuan 1984 seksyen 50 ada memperuntukkan berkaitan dengan cerai taklik. Di
dalam peruntukkan ini meringkaskan bahawa cerai taklik adalah perjanjian yang
ditandatangani semasa pernikahan dan ini akan memberi kebenaran kepada isteri
memohon perceraian sekiranya suami melanggar mana-mana syarat yang terdapat
dalam taklik tersebut sebagai contoh tidak membayar nafkah atau menyebabkan
kemudharatan terhadap isteri. Pihak mahkamah akan membuat siasatan yang teliti
untuk mensabitkan talak jika suami melanggar taklik tersebut dan kemudian akan
mengesahkan dan merekodkan perceraian mereka. Bukti tambahan diperlukan jika
mensabitkan suami melanggar taklik seperti laporan polis atau keterangan dari pihak
hospital jika kemudharatan dilakukan terhadap isteri. (Dr Ab Latif Muda, Dr
Rosmawati Ali@Mat Zin, 2015)

7.1 PERCERAIAN MENURUT UNDANG-UNDANG.

Perceraian menurut undang-undang iaitu Enakmen atau Ordinan Undang-Undang


Keluarga Islam Negeri telah memperuntukkan bahwa semua lafaz talak hendaklah

11
dilafazkan dihadapan mahkamah dan lafaz talak adalah perlu dengan kebenaran
mahkamah di hadapan hakim. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah mahkamah
syariah sekirangnya lafaz talak tersebut dilafazkan di luar mahkamah dan tanpa
kebenaran mahkamah. Oleh itu jika berlaku talak di rumah, suami atau isteri perlu
membuat pengesahan di mahkamah Syariah untuk menentukan sama ada lafaz yang
dikeluarkan oleh suami adalah sah atau tidak.

Apabila Mahkamah menerima permohonan perceraian daripada pihak suami atau


isteri maka pihak Mahkamah akan memanggil pihak-pihak dengan menghantar notis
kepada pihak yang satu lagi untuk hadir ke mahkamah bagi sesi siasatan. Mahkamah
akan rnenyiasat samada pihak satu lagi bersetuju dengan permohonan tersebut atau
tidak. Sekiranya pihak satu lagi bersetuju dengan permohonan tersebut maka
Mahkamah akan meminta suami melafazkan talak kepada isteri di dalam Mahkamah
di hadapan hakim. sekiranya tiada halangan pada isteri iaitu isteri dalam keadaan suci
daripada haid dan tidak mengandung. Namun sekiranya pihak satu lagi membantah
permohonan tersebut maka Mahkamah boleh mengarahkan supaya dilantik
Jawatankuasa Pendamai yang terdiri daripada wakil suami dan wakil isteri. Sekiranya
wujud perdamaian, maka Jawatankuasa tersebut hendaklah melaporkan kepada
Mahkamah bahawa kedua pihak setuju untuk hidup sebagai suami isteri semu
Sebaliknya jika tiada perdamaian yang dapat dicapai, maka perkara tersebut akan
diberi kuasa kepada pihak mahkamah untuk meneruskan perceraian tersebut dengan
dilafazkan talak oleh suami di hadapan hakim mahkamah.

7.2 Perceraian Dengan Lafaz Talak

Perceraian dengan lafaz talak adalah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz
talak atau berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak para ulamak. Perceraian boleh
dilakukan dengan lafaz sorih iairu secara (jelas) dan lafaz kinayah iaitu dengan
(sindiran) (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, t.t.). Oleh itu, seseorang suami atau
seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan
untuk perceraian kepada mahkamah dalam borang yang telah ditetapkan sepertimana
yang diperuntukkan dalam seksyen 47 (1) EUUKINS 2003 iaitu;

12
“Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah
menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang
yang ditetapkan.”

7.3 Pengesahan Lafaz Talak

Pengesahan lafaz talak melibatkan talak yang dilafazkan oleh suami di luar
Mahkamah tanpa kebenaran mahkamah sama ada dengan lafaz sorih (jelas) atau lafaz
kinayah (sindiran) (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, t.t.). Pihak-pihak sama ada
suami atau isteri, hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh (7)
hari, mahkamah akan menyiasat dan memastikan sama ada lafaz tersebut sabit talak
atau tidak mengikut Hukum Syarak. Jika mahkamah berpuas hati bahawa talak yang
telah dilafazkan itu adalah sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah akan
mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Mahkamah juga perlu menghantar
suatu salinan rekod itu kepada pendaftar dan berkenaan untuk didaftarkan
sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 57 (1), (2), (3) EUUKINS 2003

8.1 PENUTUP

Berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa perceraian itu adalah jalan
terakhir untuk pasangan suami isteri. Pelbagai kesan yang perlu dilihat jika berlaku
perceraian dimana perlu melihat kesan terhadap nafkah anak, hadhanah. Seorang
suami itu perlulah melihat faktor dan kesan ketika lafaz talak diucap. Namun jika
pernikahan yang dilangsungkan itu akan membawa kemudharatan kepada diri antara
satu sama lain maka perlulah mendapatkan jalan terakhir ini iaitu perceraian.
Walaupun talak ini dibenarkan dalam agama islam namun perlulah mengikut
prosedur dan tatacara yang digariskan oleh setiap negeri. Hal ini demikian kerana,
ramai di kalangan masyarakat yang sesuka hati melafazkan talak di luar mahkamah
dan seolah-olah menjadikan perceraian atau mentalakkan isteri ini adalah satu
normalisasi ketika berlaku pergaduhan dalam rumah tangga. Oleh itu, literasi
maklumat berkenaan dengan nikah, cerai dan rujuk perlulah diperluaskan di segenap
lapisan masyarakat melalui forum, ceramah, diskusi ilmiah, risalah dan sebagainya.
Maka pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin-pemimpin masyarakat perlu
memainkan peranan sebaik mungkin agar maklumat berkenaan perkara ini dapat

13
disampaikan secara berterusan, tepat dan menyeluruh. Perkahwinan adalah satu
perkara yang mendatangkan kebahagiaan namun jika diteruskan tetapi hanya
mendatangkan kemudharatan maka dari situ Allah membenarkan perceraian.

9.1 RUJUKAN

Abu Malik Kamal (2007), Fikih Sunnah Wanita, Jakarta: Pena Pundi Aksara

Al Yasak Bin Berhan, Wan Abdul Fattah Wan Ismail (2016), Pengetahuan
Masyarakat Islam Terhadap Masyarakat Islam Terhadap Perceraian Luar
Mahkamah Di Daerah Tampin, Malaysia Journal Of Syariah And Law, Volume
3.

Dr Ab Latif Muda, Dr Rosmawati Ali@Mat Zin (2015), Pengantar Fiqh, Kuala


Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Mahfuzah Abdul Shukor, Zaini Nasohah (2018), Penilaian Lafaz Sorih Dan Kinayah
Dalam Pengesahan Talak Tiga Sekali Lafaz Di Mahkamah Syariah (Evaluation
of Lafaz Sorih and Kinayah in the Three Talak at One Sitting in the Syariah
Court), International Journal of Islamic and Civilizational Studies Vol 5, no. 23
pp 94-104.

Muhammad Al-Zuhaili (1985), Al-Muktamad Fi Al-Fiqh Al-Syafie Vol 4. Damsyiq:


Dar al-Qalam.

Raehana binti Burhanuddin (2012), Perceraian Menggunakan Sms, Email Dan


Faksimili Di Mahkamah Syariah Daerah Pontian Johor Malaysia. Vol 12. No 1.
AlRisalah, Jish

Rusli Halil Nasution (2018), Talak Menurut Hukum Islam, Volume 3, No 2

Wizarah al Awqaf (1993), Al-Mausuh’ah al-Fiqhiyyah. Vol 29. Dar Sofwah:Kuwait.

14
15

Anda mungkin juga menyukai