Anda di halaman 1dari 24

BAB 5: SISTEM PENTADBIRAN MASJID DARI TAHUN 1950 SEHINGGA 2020

Jika dilihat dalam Kamus Dewan (1990) (ganti kamus dewan, gunakan sarjana, ensiklopedia
(britannica),

Menurut ensiklopedia, manakala menurut kamus dewan….menurut para 2-3 sarjana


(sarjana islam, org putih sorang, org malaysia)……jadinya 3 pengeritan.istilah pentadbiran
membawa maksud perbuatan seseorang itu mengurus tadbir, pengelolaan sekumpulan manusia
supaya mencapai objektif yang dirancang, kaedah pengurusan dan pemerintahan yang lebih
bersifat global. Jika dilihat secara umum, perkataan pentadbiran adalah satu corak yang
menggambarkan seni yang halus dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam urusan kerja-
kerja mengurus, mentadbir dan mendisiplinkan tingkah laku manusia yang didapati dakam
semua organisasi, persatuan, badan-badan yang mentadbir urusan sosial dan kemasyarakatan.
Secara ringkasnya, pentadbiran ialah keupayaan menggunakan segala potensi kebendaan dan
kemahiran manusia yang ada pada mereka untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Tujuan
tersebut termasuklah merancang, mengatur, membimbing, mengawal pelaksanaannya sama ada
dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya. Dalam hal-hal
pentadbiran ini juga melibatkan institusi masjid sebagaimana yang berlaku di Ngeara
BURNEI DARUSSALAM.

5.1 Sejarah Pentadbiran Masjid di Brunei Darussalam Sebelum 1950

Masjid paling awal yang direkodkan di Negara Brunei Darussalam adalah masjid yang dibina
pada zaman pemerintahan Sultan Sharif Ali iaitu sultan Brunei yang ketiga. Pada zaman itu
corak pemerintahan yang dijalankan oleh baginda, diyakini adalah mengikut lunas-lunas
pentadbiran Islam yang tulen. Baginda yang terkenal dengan gelaran ‘Sultan Berkat’ telah
menjadikan Brunei sebagai sebuah negara yang disegani, aman dan sentosa sehingga Brunei
dinamakan sebagai negara ‘Darussalam’ (Dr. Awang Mohd Jamil Al-Sufri, 2000, 20).

Bermula dari sinilah corak pemerintahan yang dijalankan di Brunei turun-menurun adalah
berlandaskan ajaran Islam. Ini dapat kita lihat pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Hassan (1582-1598), Sultan Brunei ke-7, yang membuktikan kecemerlangan perlaksanaan
pentadbiran Islam di Brunei. SYIAR ISLAM JUGA TELAH BERKEMBANG DI ZAMAN
PEMERINTAHAN BAGINDA APABILA BAGINDA BANYAK MEMBANGUNKAN
MASJID-MASJID DAN MADRASAH-MADRASAH BUKAN SAHAJA DI DALAM
NEGERI BAHKAN DI JAJAJAHN TAKLUK BAGINDA SEPERTI di kepulauan Mindanao.
HAL INI PERNAH DI NYATAKAN OLEH Paderi Domingo de Salazar pada 27 Jun 1588
Masihi SEPERTI BERIKUT:

“…di Kepulauan Mindanao…Undang-Undang Islam telah diisytiharkan secara terbuka yang


diagakkan sudah lebih tiga tahun oleh ulama-ulama dari Brunei dan Ternate yang datang ke
sana – bahkan di antaranya dipercayai dari Makkah telah membina masjid-masjid dan budak-
budak lelaki dikhatankan dan di sana ada sebuah sekolah tempat mengajar al-Quran.” (Blair &
Robertson, 2015, 69)

Undang-undang Islam yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Hassan BERTERASKAN


KEPADA Hukum Kanun, Syarak dan Adat Resam. DALAM MENGGERAKKAN JENTERA
PENTADBIRAN NEGARA, baginda telah menambah dua orang wazir iaitu ‘Pengiran Di-
Gadong’ dan ‘Pengiran Pemancha’ kepada dua orang wazir yang sedia ada iaitu ‘Pengiran
Bendahara’ dan ‘Pengiran Temenggong’ yang masing-masing mempunyai tugas dan
tanggungjawab menurut bidang kuasa yang ditentukan oleh Sultan (Haji Ismail Manap, 2004,
60).

Dalam mengemaskinikan tugas-tugas dan tanggungjawab wazir-wazir, cheteria-cheteria dan


manteri-manteri, Baginda telah melantik seorang wazir yang bertanggungjawab mengenai hal
ehwal agama Islam dengan dibantu oleh seorang cheteria dan beberapa orang manteri ugama,
antaranya Datu Imam, Siraja Khatib, Udana Khatib dan segala Khatib-Khatib dan Mudim.

Tanggungjawab dan tugas Manteri-Manteri Ugama antara lain menjadi kadi, imam dan pentadbir
hal ehwal masjid. Di samping itu, Manteri-Manteri Ugama bertanggungjawab dalam semua hal
ehwal agama Islam dan bertanggungjawab dalam menyembahkan nasihat kepada sultan
mengenai hal-hal dan masalah agama Islam dan hukum-hukumnya (Fatimah Mohd Daud, 1990,
32). Perkara ini membuktikan bahawa pentadbiran hal ehwal Islam dan masjid-masjid telah pun
sekian lama wujud di Negara Brunei Darussalam.

Sebagai mewarisi corak pentadbiran sultan-sultan yang terdahulu, khususnya dalam pentadbiran
hal ehwal agama Islam yang sememangnya menjadi dasar kepada tampok pemerintahan Sultan-
Sultan Brunei hingga sekarang, perkembangan pentadbiran agama Islam di negara ini semakin
hari semakin berkembang maju dengan diperkemaskan lagi ke arah yang terbaik dan teratur
mengikut perkembangan masa.

5.2 Peranan Manteri-Manteri Ugama

Masjid adalah tempat berkumpulnya orang-orang Islam untuk mengerjakan amal ibadat
dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan pada setiap masa dan waktu. Di antara
perkara yang pasti berlaku di dalamnya ialah sembahyang berjemaah, berkhutbah dan
amalan ibadah yang lain. Ini menunjukkan terdapat dua petugas yang berlainan perlu
wujud pada masjid itu, iaitu Imam dan Khatib (pembaca khutbah). Imam ertinya seorang
ketua atau ikutan orang-orang Islam untuk mengetuai sesuatu kumpulan dalam
sembahyang khususnya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam:

Maksudnya: “Sebenarnya imam itu ditugaskan ialah untuk dijadikan ikutan, oleh itu apabila
dia bertakbir hendaklah kamu bertakbir dan janganlah kamu bertakbir sehingga dia
bertakbir (lebih dahulu), demikian juga apabila dia ruku’ sehingga dia ruku’ (lebih dahulu),
dan apabila dia mengangkut kepala daripada ruku’ dan membaca: “Sami Allahu Liman
Hamidah” hendaklah kamu membaca “Allahumma Rabbana wa Lakal Hamd”. Telah
berkata Muslim “wa Lakal Hamd”, demikian juga apabila dia sujud hendaklah kamu sujud,
dan janganlah kamu sujud sehingga dia sujud (lebih dahulu), dan apabila dia sembahyang
dengan berdiri, dan apabila dia sembahyang dengan duduk hendaklah kamu semua
sembahyang dengan duduk.” (Hadis Riwayat Abu Daud) (As-Sijistani, 1988, 161)

Manakala Khatib pula ialah pembaca khutbah seperti khutbah Jumaat, khutbah dua Hari
Raya, dan khutbah gerhana matahari. Pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam,
kedua-dua tugas ini dijalankan sekaligus oleh Baginda sendiri, begitu juga dengan para
sahabat Baginda dan tabi’in yang ditugaskan untuk menjadi imam di sesuatu tempat,
mereka juga menjadi khatib. Contoh daripada sejarah awal Islam menunjukkan kedua-
kedua tugas ini kebiasaannya dilakukan oleh seorang petugas sahaja.

Sebelum tahun 1950, Di Brunei Darussalam masjid telah ditadbir oleh imam dan khatib.
Kedua-dua jawatan ini berlainan dari segi makna tetapi sama dari segi perlaksanaan tugas
dan pekerjaan di masjid, begitu juga bilal dan mudim. Di Brunei Darussalam terdapat
empat kategori masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Utama, Masjid Mukim dan juga
Masjid Kampung. Masjid Negara dengan Masjid Utama, Mukim dan Kampung masing-
masing berbeza dengan yang lain, dan ditadbir oleh dua jawatan yang berlainan. Masjid
negara terdiri daripada Masjid Omar Ali Saifuddien dan Jame’ Asr Hassanil Bolkiah.
Kedua-dua masjid ini ditadbir oleh orang-orang yang digelar oleh sultan mengikut adat
istiadat Brunei. Imam bagi masjid-masjid ini digelar dan diangkat sebagai salah satu
daripada ‘Manteri Ugama’ iaitu Pehin Khatib; begitu juga bilalnya digelar mengikut adat
istiadat Brunei sebagai Mudim (Haji Ismail Manap, 2004, 38).

Manakala masjid-masjid utama, mukim dan juga kampung ditadbir oleh pegawai-pegawai
masjid yang ditauliahkan oleh sultan sebagai imam dan juga bilal. Menurut Adat Istiadat
Brunei, seseorang imam atau bilal tidak boleh menjadi imam atau bilal di masjid-masjid
negara selagi dia tidak digelar Pehin atau Mudim mengikut Adat Istiadat Brunei. Begitu
juga mudim tidak boleh membaca khutbah di masjid-masjid negara dan juga di masjid-
masjid pekan mahupun kampung.

Mengikut catatan sejarah, Negara Brunei Darussalam mempunyai sistem hukum dan adat
istiadatnya tersendiri sejak dahulu kala lagi, seperti negara-negara Melayu-Nusantara
yang lain, Brunei telah mengamalkan Adat Temenggung, Hukum Kanun, Syariat Islam
dan adat resam. Memang Brunei Darussalam terus mengamalkan adat istiadatnya hingga
sekarang (Siti Zaliha Abd Salim, 1992, 56; Fatimah Mohd Daud, 1990, 31). Di antaranya
yang masih wujud ialah istiadat bergelar. Istiadat ini bertujuan untuk menggelar orang-
orang yang difikirkan layak untuk menjawat gelaran tersebut. Salah satu daripada
gelaran-gelaran yang dianggap tinggi selepas Cheteria ialah Manteri Ugama yang terdiri
daripada seorang Kepala Manteri iaitu Pehin Datu Seri Maharaja (Mufti), empat orang
imam iaitu Pehin Datu Imam, Pehin Siraja Khatib, Pehin Tuan Imam dan Pehin Udana
Khatib, empat orang Pehin Khatib dan empat orang Mudim (bukan Manteri) (Haji Ismail
Manap, 2004, 46).

ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM (BUKU PENGIRAN MOHD)

SULTAN SHARIF ALI, RIJAL, HASSAN, MOMIN, HASHIM, ZAMAN RESIDEN,


(CANA PENTADBIRAN DI KESEMUA DIATAS ANI)
Penglibatan para Manteri Ugama khususnya imam dan khatib dalam hal ehwal negara dan
masyarakat tidak dapat disangkal, kerana mereka adalah golongan elit dan alim ulama serta
mendapat kepercayaan daripada istana, kerajaan dan masyarakat. Penglibatan mereka dalam
politik negara dapat kita lihat pada tahun 1885 Masihi, apabila Pehin Datu Imam Haji Abdul
Nakim bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Ibrahim, Pehin Siraja Khatib Mohammad Daud
bin Radin dan Pehin Khatib Mohammad Abdul Rahman dilantik oleh Sultan Abdul Momin
sebagai saksi dalam satu perjanjian dengan pembesar-pembesar Brunei mengenai masalah
Limbang (Haji Ismail Manap, 2004, 49). Pada tahun 1907 Masihi, apabila Majlis Mesyuarat
Negeri Brunei yang pertama ditubuhkan, iaitu setelah Brunei menjadi negara naungan British,
seorang Manteri Ugama, ‘Tuan Imam’ telah dilantik menjadi ahli Majlis itu mengikut
perlembagaan (Constitutional Right) (R.H. Hickling, 1955, 30). Sejak 1907 Masihi sehingga
tertubuhnya Perlembagaan Brunei 1959, seramai tiga orang Manteri Ugama dan seorang
Cheteria iaitu Kadi Besar (bukan Manteri), telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Di Brunei para imam dan khatib sejak mula lagi telah memainkan peranan yang sangat panting
dalam memperkembang dan mempertahankan ajaran agama Islam daripada berbagai pengaruh
dan juga penyelewengan yang boleh merosak aqidah dan fahaman masyarakat. Jawatan-jawatan
mereka jarang sekali kosong, kerana keperluan keagamaan dan negara dalam banyak hal, sama
ada dalam upacara beristiadat di istana, Lapau dan lain-lain tempat yang beristiadat, kerana tanpa
kehadiran mereka, majlis atau acara di tempat tersebut tidak akan menjadi lengkap dan
sempurna. Jasa dan tanggungjawab yang pernah dipikul oleh para imam dan khatib
menyebabkan gelaran-gelaran keagamaan seperti ini masih tetap wujud hingga sekarang tanpa
banyak perubahan, walaupun pemerintahan politik negara berubah sejak tahun 1906 Masihi (Haji
Ismail Manap, 2004, 51).

Dalam zaman pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Manteri Ugama amat diperlukan
dalam banyak hal sehingga gelaran bagi jawatan Pehin Khatib dan Mudim ditambah pada tahun
1996 daripada empat Pehin Khatib dan empat Mudim, menjadi lapan Pehin Khatib dan lapan
Mudim (Haji Ismail Manap, 2004, 51). Ini membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab
mereka diperlukan pada setiap masa dalam apa jua majlis keagamaan yang berlangsung di istana
dan sebagainya. Mereka juga ditugaskan untuk membaca doa di majlis-majlis rasmi ataupun
tidak rasmi, diberi tanggungjawab untuk mengiringi keberangkatan raja dan kerabat diraja ke
luar negeri sama ada keberangkatan tersebut dilakukan secara rasmi ataupun tidak. Inilah
keunggulan institusi Manteri Ugama di Brunei yang banyak memainkan peranan penting dalam
kepimpinan raja dan negara.

Untuk memperkukuh kedudukan institusi masjid di negara ini, maka ditubuhkan beberapa
jawatan keugamaan yang mana calon-calon penyandang jawatan tersebut hendaklah memenuhi
kriteria berikut:

1. Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam mengenai hal ehwal ugama.
2. Taat kepada ajaran agama Islam.
3. Mengerjakan amalan yang soleh.
Mereka diberi kurnia gelar-gelar dengan tugas-tugas seperti berikut (sila rujuk jadual 5.1):

Jadual 5.1 Gelaran-Gelaran dan Tugas-Tugas Hal Ehwal Ugama

JAWATAN GELARAN BIDANG KUASA


Kepala Menteri Ugama Pehin Datu Seri Maharaja  Menjadi Pengawas
Hal Ehwal Ugama
Islam.
 Menjadi Pengawas
bagi Perjalanan
Hukum Ugama Islam.
 Menjadi Hakim Besar
bagi Hal-Ehwal yang
bersangkutan dengan
Hukum Syarak.
Imam-Imam Pehin Siraja Khatib  Menjadi Hakim bagi
hal yang bersangkutan
dengan Hukum
Syarak.
 Menjadi Imam
Pehin Datu Imam Masjid.
 Membaca Khutbah
Hari Raya Fitrah, jika
Sultan hadir.
Pehin Tuan Imam

 Menjadi Imam Besar


 Menjadi Pengawas
Pehin Udana Khatib
Hal-Ehwal Ugama.

 Menjadi Imam Besar


 Menjadi Pengawas
Hal-Ehwal Masjid.

 Menjadi Imam
Masjid.

 Menjadi Pembaca
Khutbah Hari Raya
jika Sultan hadir.

 Menjadi Ketua-Ketua
Khatib.

Sumber: Aziz Martunus. (1997, 18)

5.3 Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei

Dengan tertubuhnya Majlis Mesyuarat Syari’ah pada 1954 Masihi, yang dipengerusikan oleh
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III, maka atas perkenan baginda pada 1 Julai 1954 Masihi,
Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei telah ditubuhkan dan diletakkan di atas nama Jabatan Adat
Istiadat, Ugama dan Kebajikan Masyarakat yang dikendalikan oleh seorang pengetua dan
seorang setiausaha (Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Awang Juned, 1992, 56). Setelah itu, diikuti
pula dengan penubuhan Majlis Ugama Islam Brunei pada dalam tahun 1955 Masihi. Dengan
kuatkuasanya Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei pada 29 September 1959 maka pada 1 Mei
1960 Jabatan Adat Istiadat dan Kebajikan Masyarakat yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia
Seri Paduka Pengiran Pemancha Shahibul Rae’ Wal-Mashuarah Pengiran Anak Haji Muhammad
Alam, dan Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei pula diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Dato Seri
Paduka Haji Mohd. Ali bin Pengiran Haji Mohd. Daud (Haji Ismail Manap, 2004, 61).

Dengan terpisahnya dua jabatan ini ternyata kemajuan perkembangan agama Islam di Brunei
semakin luas dan terkenal di mata masyarakat sehingga pentadbiran hal ehwal agama di seluruh
negeri dapat diatur dengan rapi mengikut keadaan pada masa itu. Dalam struktur pentadbiran
Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei, yang paling atas sekali dalam susunan pentadbiran tersebut
ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam selaku Ketua Ugama Islam. Manakala pegawai kanan atas sekali yang
bertanggungjawab kepada Sultan dalam hal ehwal agama ini ialah Pengetua Jabatan Hal Ehwal
Ugama yang juga berkait rapat dengan Majlis Ugama Islam Brunei dan menjadi ahli kepada
ketiga-tiga Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis Mesyuarat Manteri-Manteri dan Majlis Mesyuarat
Negeri (Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Awang Juned, 1992, 70).

Di dalam struktur pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Ugama, terdapat lapan bahagian yang
berfungsi pada melaksanakan perjalanan pentadbiran dan perkembangan Islam di Brunei. Di
antara bahagian-bahagian tersebut ialah Bahagian Mufti, Bahagian Majlis Ugama Islam,
Bahagian Kadi, Bahagian Penyiasatan, Bahagian Pendakwaan, Bahagian Pelajaran Ugama dan
Bahagian Penerangan dan Tabligh. Bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan
pentadbiran hal ehwal masjid pada waktu itu ialah Bahagian Majlis Ugama Islam dan Bahagian
Kadi-Kadi Daerah Seluruh Negeri (Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Awang Juned, 1992, 70).

BARU BUAT MUIB, BARU KEMENTERIAN, BARU BAWAHNYA JABATAN HAL


EHWAL MASJID, UNIT PERUNDANGAN ISLAM SATUKAN DENGAN MUIB.

5.4 Kementerian Hal Ehwal Ugama

Setelah Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei dinaikkan tarafnya sebagai sebuah kementerian dalam
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21
Oktober 1986 Masihi, satu perubahan besar telah berlaku dalam mengemaskinikan pentadbiran
hal ehwal agama Islam di Negara Brunei Darussalam, di mana Kementerian Hal Ehwal Ugama
dalam struktur pentadbirannya telah diketuai oleh seorang Menteri iaitu Yang Berhormat Pehin
Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain Bin Haji
Seruddin, seorang Timbalan Menteri iaitu Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka
Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya Bin Haji Awang Ibrahim dan seorang Setiausaha Tetap iaitu
Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Abdul Saman Bin Awang Kahar. Di bawah tiga jawatan
yang tertinggi dalam kementerian ini terdapat pula lima buah jabatan buat pertama kalinya
ditubuhkan iaitu Jabatan Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Jabatan Pengajian Islam,
Jabatan Urusan Haji dan Perhubungan Muslimin dan Pusat Dakwah Islamiah. Terdapat tiga
jabatan lagi yang diwujudkan dan sebagai tambahan yang terkemudian iaitu Institut Pengajian
Islam, Bahagian Tugas-Tugas Khas dan Jabatan Hal Ehwal Masjid (Haji Ismail Manap, 2004,
63).

Sebagai pelaksana kepada dasar dan polisi agama Islam di Negara Brunei Darussalam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama bertanggungjawab pada membawa dan memandu dasar-dasar
Kerajaan pada umumnya dalam perkara-perkara yang melibatkan hukum-hukum berat seperti
yang berkaitan dengan aqidah dan kepercayaan, atau yang melibatkan hukum syarak atau sesuatu
yang mengenai soal-soal keselamatan agama, raja, umat Islam dan negara.

Berdasarkan tanggungjawab inilah tugas-tugas yang dipikul oleh Kementerian Hal Ehwal
Ugama, khususnya Jabatan Hal Ehwal Syariah, sangatlah berat sekali. Jabatan ini mengandungi
empat bahagian iaitu Bahagian Fatwa, Bahagian Mahkamah dan Masjid, Bahagian Penyiasatan
dan Pendakwaan dan Bahagian Majlis Ugama Islam. Mengikut pembahagian tugas dalam
Bahagian Mahkamah dan Masjid, setiap masjid di seluruh negara berada di bawah pentadbiran
Kadi-Kadi Daerah. Daerah yang menghadapi penumpukan kes-kes mahkamah yang semakin
bertambah. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Ugama Kanan dan beberapa orang Pegawai
Urusan Masjid yang ditugaskan di daerah-daerah bagi menjalankan pentadbiran masjid-masjid di
dalam daerah yang ditentukan (Haji Ismail Manap, 2004, 63-64).

Pentadbiran masjid di Brunei merupakan sebuah institusi pentadbiran keagamaan yang paling
lama wujud di Negara Brunei Darussalam iaitu sejak mula terbinanya masjid utama pada abad
ke-15 Masihi. Ada kemungkinan juga lebih awal lagi dari tarikh tersebut bersama-sama dengan
kedatangan Islam di Brunei, sebagaimana lazimnya masjid selalu didirikan sewaktu terdapat
jemaah Muslimin di sesuatu kawasan.

5.4.1 Majlis Ugama Islam Brunei

Pada peringkat awal, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang pada masa itu dikenali sebagai
Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Brunei yang merupakan pihak yang bertanggungjawab di dalam
hal ehwal perkhidmatan ugama Islam. Majlis Ugama Islam telah dipertanggungjawabkan untuk
mentadbir dan melaksanakan penetapan hukum-hukum Islam di negara ini. Sepertimana yang
dinyatakan di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bahawa Majlis Ugama Islam memberi
nasihat mengenai semua perkara yang berhubung dengan Ugama Islam.

Sebelum penetapan hukum atau undang-undang digubal, Majlis Ugama Islam pada lazimnya
akan mendapatkan penerangan dari Unit Perundangan Islam selaku urusetia kepada
jawatankuasa berkenaan di dalam persidangan mesyuarat Majlis Ugama Islam Brunei.
Penerangan dari Unit Perundangan Islam tersebut diberikan sama ada di dalam persidangan
umum iaitu persidangan yang khusus membincangkan hal-hal isu ugama, undang-undang, isu-isu
semasa dan lain-lain, atau persidangan sesi khas mengenai dengan penyesuaian undang-undang
dengan kehendak ugama Islam di mana persidangan ini khusus bagi meneliti dan
membincangkan cadangan draf undang-undang yang digubal oleh jawatankuasa yang dilantik
oleh Majlis Ugama Islam. Penerangan bagi persidangan khas yang serta merta pula diadakan
apabila ada satu-satu perkara yang perlu dibincangkan secara khusus atau perlu dibincangkan
segera bagi mendapatkan ketetapan atau keputusan segera (Pusat Dakwah Islamiah, 2017, 138).

Dalam Undang-Undang Brunei Darussalam, terdapat satu akta yang dipanggil Akta Majlis
Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77, pindaan 1984. Akta ini khusus
mengatur perkara-perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal ugama Islam di Negara Brunei
Darussalam. Di antaranya akta ini telah memperuntukkan beberapa bab atau seksyen yang
berhubung dengan masjid, perlantikan imam-imam dan perkara-perkara lain, khususnya yang
bersangkut paut dengan institusi masjid dan organisasinya (Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, 1984, 74).
Pada zaman pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III, baginda telah memulakan era
baru dalam pembangunan negeri Brunei sehingga baginda terkenal dalam sejarah Brunei sebagai
‘Arkitek Brunei Moden’. Baginda telah berjaya menandatangani satu perjanjian bertulis dengan
kerajaan British pada 29 September 1959 Masihi yang dinamakan dengan ‘Perlembagaan
Bertulis Negeri Brunei’, yang antara lain memperuntukkan pentadbiran dalam negeri Brunei
yang selama ini dipegang oleh Residen British ditiadakan dan diganti dengan jawatan Menteri
Besar. Di samping itu dalam perlembagaan tersebut baginda telah meletakkan agama Islam
sebagai Agama Rasmi Negara (Haji Ismail Manap, 2004, 52).

Sejak awal masa pemerintahan baginda, perubahan besar dalam pentadbiran Islam telah berlaku.
Misalnya, baginda telah memperkenankan satu perbadanan berkanun ditubuhkan atas nama
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Brunei. Perbadanan ini telah ditubuhkan pada 1955
Masihi oleh Undang-Undang No. 20 Tahun 1955, iaitu Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi 1955 Masihi, yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1956 Masihi (Haji
Ismail Manap, 2004, 52).

Majlis Ugama Islam Brunei sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Negara Brunei
Darussalam, Penggal 77, Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi adalah
merupakan sebuah badan yang kekal turun-temurun serta mempunyai materai atau cop
mohornya tersendiri. Badan ini merupakan institusi agama Islam yang tertinggi di Negara Brunei
Darussalam. Menurut Akta ini juga, Majlis berkuasa mendakwa dan ianya juga boleh didakwa
atas namanya yang diperbadankan itu (Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah
Kadi Penggal 77, 1984, 17).

Sebagai sebuah badan yang berkanun dan tertinggi di Negara Brunei Darussalam, tugas dan
peranan utama Majlis Ugama Islam Brunei adalah untuk menasihati Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam sebagai Ketua Agama di negara ini khusus dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan agama Islam. Hal ini telah dibutirkan dalam Akta Majlis Ugama Islam
dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77, Seksyen 38 yang antara lain menyebutkan:
“Majlis hendaklah, bagi pihak dan di bawah kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai
Ketua Ugama Rasmi Negara Brunei Darussalam, membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia dalam semua hal yang berkaitan dengan agama rasmi Negara Brunei Darussalam,
dan hendaklah dalam semua hal-hal tersebut menjadi pihak berkuasa yang utama di Negara
Brunei Darussalam, kecuali sejauh mana yang dipersyaratkan sebaliknya oleh Akta ini.” (Akta
Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, 1984, 26)

Apa jua keputusan dan dasar yang dibuat oleh Jabatan Majlis Ugama Islam akan disembahkan ke
hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai nasihat Majlis kepada baginda. Segala apa jua dasar
dan keputusan jabatan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ini bermakna
bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah sebagai tunjang kemajuan ugama Islam di
Negara Brunei Darussalam dan yang menjadi pihak yang bertanggungjawab menjelaskan secara
eksekutif bagi semua dasar dan kepimpinan Majlis Ugama Islam mengenai dengan pentadbiran
ugama Islam di Negara Brunei Darussalam.

Adapun bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis Ugama Islam Brunei ialah kuasa untuk
membuat kontrak-kontrak dan memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati
harta benda alih dan tak alih daripada setiap jenis, dan tertakluk kepada syarat-syarat daripada
mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh perkara yang sama boleh memindah hak,
menyerah hak, menyerah balik dan menghasilkan, mnecagar, menggadai janji, memajak,
melepaskan, atau mengendalikan, mana-mana harta benda alih atau tak alih yang diletak dalam
tangan Majlis atas syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis dan menurut
hukum syarak (Haji Ismail Manap, 2004, 53-54).

Dengan kuatkuasa undang-undang ini, Majlis Ugama Islam Brunei juga menjadi nazir kepada
semua masjid-masjid yang terdapat di Brunei Darussalam. Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77, Seksyen 123, menyebutkan:

“Dengan tidak menghiraukan mana-mana syarat yang bertentangan dalam mana-mana


suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi penerima tunggal bagi semua masjid di Negara
Brunei Darussalam dan setiap masjid, bersama dengan mana-mana harta benda tak alih di
mana ianya terdiri atau yang berkaitan dengannya dan digunakan bagi maksud-maksud
daripadanya, selain daripada tanah Negara atau tanah yang disimpan bagi maksud awam,
hendaklah setelah pendaftaran di bawah Undang-Undang Tanah, dan tanpa apa jua pindah
hak, penyerahan hak atau pindah milik apa pun diletak dalam tangan Majlis bagi maksud-
maksud Akta ini.” (Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77,
1984, 74)

Adapun kuasa Majlis Ugama Islam Brunei sebagai nazir kepada masjid-masjid seluruh negara
antara lain memberikan kebenaran bertulis kepada mana-mana orang yang hendak mendirikan
masjid atau balai ibadat, atau mewakafkannya, atau dengan lain-lain jalan menggunakan
sesebuah bangunan yang ada sebagai satu atau bagi maksud menjadikan sebuah masjid,
membaiki atau mengubahsuai masjid, menutup dan meroboh bangunan masjid, menentukan
sempadan bagi mana-mana mukim masjid dan memindah dan mengubah sempadan-sempadan,
di samping bertanggungjawab pada membaiki dari satu masa ke masa lain sebagaimana yang
diperlukan dalam memelihara semua masjid di Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan
kumpulan wang daripada wakaf am atau pentadbiran (Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-
Mahkamah Kadi Penggal 77, 1984, 74-76).

Dengan adanya pengawalan pembinaan institusi masjid menurut undang-undang ini, segala
rancangan kearah memberikan kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam mengerjakan amal
ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala di negara ini berjalan dengan baik dan teratur.
Sehingga kini hampir seluruh mukim dan kampung di Negara Brunei Darussalam memiliki
masjid dan balai-balai ibadat untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Selain daripada itu, Majlis Ugama Islam Brunei juga berkuasa menyampaikan nasihat dan
mencadangkan perlantikan Mufti, Kadi Besar, Timbalan Kadi Besar, Kadi Daerah, pegawai
Masjid (Imam dan Bilal), ‘amil dan juru nikah di Negara Brunei Darussalam pada bila-bila masa
terdapatnya kekosongan pada jawatan-jawatan tersebut. Sultan sendiri melantik dan memberi
tauliah kepada pegawai-pegawai tersebut.
5.4.2 Unit Perundangan Islam
Satu unit telah ditubuhkan di bawah Bahagian Majlis Ugama Islam yang dinamakan Unit
Undang-Undang. Unit ini bertanggungjawab mengendalikan kehendak Akta Majlis Ugama Islam
dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 serta undang-undang lain yang berkaitan dengan
Majlis Ugama Islam. Selain itu, ia juga merangka undang-undang yang berkaitan dengan isu-isu
ugama dan semasa.

Pada 4 Julai 1980, Majlis Ugama Islam telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang berperanan
untuk mengkaji dan menyesuaikan Undang-Undang Brunei yang sedia ada supaya ianya tidak
bercanggah dengan hukum syarak. Jawatankuasa ini dinamakan sebagai Jawatankuasa
Mensesuaikan Undang-Undang Dengan Kehendak Ugama Islam. Penubuhan ini adalah bagi
menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertarikh 5 Disember 1979 yang berbunyi:

“…Apa yang perlu dibuat oleh Majlis Ugama Islam ialah untuk melantik sebuah jawatankuasa
yang terdiri dari pegawai-pegawai ugama dan peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara
serta seorang dua yang mahir mengenai adat resam dan kebudayaan Negeri Brunei. Pada masa
ini terdapat ramai pegawai-pegawai ugama yang terdiri dari anak-anak tempatan yang telah
lulus dari Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian ugama Islam dan mereka ini seharusnya
matang dalam bidang undang-undang Islam dan dapat memberi cadangan bagi meminda
undang-undang yang ada sekarang untuk diselaraskan dengan undang-undang Islam, sesuai
dengan keadaan Negeri Brunei dan adat serta kebudayaan orang Melayu brunei yang telah kita
warisi sejak berkurun-kurun lamanya yang tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak ugama
Islam.” (Pusat Dakwah Islamiah, 2017, 136)

Bagi memperkukuhkan peranan jawatankuasa berkenaan maka pada tahun 1988, Unit Undang-
Undang ini telah dinaiktaraf menjadi sebuah unit yang bukan lagi di bawah Majlis Ugama Islam
(Pusat Dakwah Islamiah, 2017, 137). Unit ini ditubuhkan adalah selaku urusetia kepada
Jawatankuasa Mensesuaikan Undang-Undang Dengan Kehendak Ugama Islam. Unit ini juga
berperanan untuk memberi penjelasan terhadap mana-mana peruntukan yang bercanggah dengan
hukum syarak serta memberi pandangan dan cadangan mengenai pindaan-pindaan yang
diperlukan dengan menyediakan cadangan-cadangan draf sama ada yang diperlukan itu atas
arahan, pendapat dan pandangan Majlis Ugama Islam atau daya usaha unit ini.

Pada tahun 1995, peranan Unit Undang-Undang ini semakin berkembang lagi dengan
tertubuhnya sebuah jawatankuasa yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu
Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam di mana Unit Undang-Undang
adalah selaku urusetia kepada jawatankuasa tersebut (Pusat Dakwah Islamiah, 2017, 137).
Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah untuk menggubal undang-undang keluarga Islam yang
lebih kemas, lengkap dan teratur iaitu sebagai langkah kearah persediaan pengemaskinian
struktur Mahkamah-mahkamah Kadi serta undang-undangnya.

Memandangkan peranan jawatankuasa ini semakin bertambah dan berkembang yang bukan
sahaja menggubal undang-undang keluarga Islam bahkan juga menggubal undang-undang
syariah untuk ditadbir oleh Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, maka nama bagi
Jawatankuasa ini ditukar kepada Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Islam (Pusat
Dakwah Islamiah, 2017, 137).

Dengan bertambahnya tugas dan tanggungjawab Unit Undang-Undang ini, maka pada 1 Januari
1997, unit ini telah dinaikkan tarafnya menjadi sebuah jabatan penuh dan ditukar namanya
kepada Unit Perundangan Islam. Sejak itu, unit ini melakar banyak perubahan dan pencapaian
yang diperolehi dalam menyesuaikan undang-undang Brunei dengan kehendak ugama Islam dan
penggubalan undang-undang Syariah.

5.4.3 Jabatan Hal Ehwal Masjid

Jabatan Hal Ehwal Masjid adalah salah sebuah jabatan yang diwujudkan dalam struktur
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Ianya ditubuhkan atas titah
perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Wadaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang
mengisytiharkannya sendiri dalam satu majlis sempena pembukaan rasmi bangunan baru Masjid
Kampong Bunut, Daerah Brunei dan Muara pada Jumaat, 16 Julai 1993 Masihi bersamaan
dengan 26 Muharram 1414 Hijrah yang mana baginda bertitah seperti berikut:

“Bersabit dengan inilah, untuk mengemaskinikan lagi peranan masjid itu, Beta telah
memperkenankan penubuhan sebuah jabatan baru di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama
yang diberi nama ‘Jabatan Hal Ehwal Masjid’…” (Pusat Dakwah Islamiah, 1996, 454)

Dalam mengembangkan peranan masjid dalam masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah
mengambil pendekatan proaktif dalam menjayakan organisasi pentadbirannya semata-mata bagi
mencapai profesionalisme pentadbiran masjid seluruh negara. Jabatan Hal Ehwal Masjid telah
mewujudkan beberapa bahagian dalam struktur pentadbirannya bagi mengawasi dan memastikan
perjalanan dan perkembangan hal ehwal masjid seluruh negara agar ianya berjalan dengan lebih
teratur mengikut kedudukan dan suasana perkampungan masjid tersebut (Haji Ismail Manap,
2004, 65). Pelbagai perancangan telah dibuat dan sedang giat dijalankan di masjid-masjid demi
untuk meningkatkan peranan dan fungsi masjid yang sebenarnya.

Peranan dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Masjid bukan hanya menitikberatkan soal-soal
pentakmiran masjid sahaja, tetapi juga mecakupi semua hal yang berhubung dengan masjid dan
masyarakat setempat. Ini termasuklah menangani infrastruktur pembangunannya, menyedia dan
menentukan kakitangan masjid dan peralatannya serta membuat kajian-kajian yang perlu diambil
bagi meningkatkan institusi-institusi masjid di seluruh negara. Jabatan ini berfungsi untuk
mengembang maju serta meningkatkan dakwah dan syiar Islam, menyemarakkan masjid-masjid,
surau dan balai ibadat dengan aktiviti-aktiviti keugamaan secara harian, mingguan dan
bermusim. Di samping itu, jabatan ini juga bermatlamat untuk menjadikan institusi masjid
sebagai satu pemangkin ke arah pembangunan dan perpaduan ummah di mana masjid dijadikan
sebagai satu pusat penyebaran ilmu dan aktiviti-aktiviti dakwah (Pusat Dakwah Islamiah, 2017,
173-174). Ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1431 Hijrah pada 10
Julai 2010 Masihi (27 Rejab 1431 H):

“Masjid adalah wadah tarbiah dan dakwah. Ia perlu cergas dan berkesan. Istilah ‘takmir
masjid’ adalah untuk kita melihatnya sebagai fokus masyarakat bagi melakukan ibadat, dan
juga sebagai tempat untuk mendapatkan bimbingan-bimbingan keugamaan. Kerana itu masjid
tidak boleh malap dan lemah. Jika ia malap dan lemah, masyarakat akan tarik diri
daripadanya.” (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah, 2010)

Jabatan yang pernah diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah ini dengan rasminya
menjadi sebuah jabatan pada 1 Mei 1994 dan diketuai oleh seorang Pengarah dan seorang
penolong pengarah (Haji Ismail Manap, 2004, 66-67). Bagi melaksanakan tugas dan
tanggungjawab ini, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah melahirkan sebuah struktur organisasi yang
diketuai oleh seorang pengarah dan dibantu oleh seorang penolong pengarah dan beberapa ketua
bahagian seperti berikut:

i. Bahagian Pentadbiran (Idarah)


Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan masjid-
masjid seluruh negara serta pentadbiran jabatan, kakitangan dan kewangan.

ii. Bahagian Aktiviti (‘Imarah)


Bahagian ini berperanan dan bertanggungjawab dalam merancang dan menyusun aktiviti-
aktiviti pentakmiran masjid-masjid seluruh negara mengikut keadaan semasa di samping
memastikan semua aktiviti yang dirancangkan itu berjalan dengan lancer.

iii. Bahagian Pemeliharaan (Ri’ayah)


Bahagian ini berperanan dan bertanggungjawab dalam memelihara dan mengawasi segala
perkembangan yang berhubung dengan infrastruktur pembangunan masjid seluruh negara.
Bahagian ini juga ditugaskan untuk merancang pembinaan masjid-masjid baru dan menjadi
penasihat kepada pihak Kementerian Pembangunann dalam mereka bentuk bangunan-
bangunan masjid baru yang akan dibina mengikut kesesuaian masa kini. Di samping itu
juga, bahagian ini ditugaskan untuk membuat pelan-pelan tambahan bagi masjid-masjid di
seluruh negara yang memerlukan pembesaran struktur bangunan masjid.

iv. Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan


Bahagian ini berperanan dan bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan yang
berhubung dengan perkembangan hal ehwal masjid seluruh negara, menyediakan teks
khutbah setiap hari Jumaat, dua Hari Raya dan sebagainya, serta berperanan untuk
mengendalikan projek-projek jabatan yang berhubungkait dengan perkhidmatan awam.

v. Bahagian Bimbingan dan Latihan


Bahagian ini bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus-kursus, latihan-latihan
jangka pendek dan jangka panjang bagi pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan termasuk
juga pegawai-pegawai masjid di seluruh negara.

vi. Bahagian Perpustakaan Dan Teknologi Maklumat


Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan perpustakaan dan keperluan teknologi
maklumat bagi jabatan dan masjid-masjid seluruh negara.

Dalam konteks pentakmiran masjid, kegiatan menyebarkan ilmu di masjid berupa program
seperti mengaji Al-Quran, kuliah, belajar ilmu ugama seperti fiqh, tauhid dan hadith. Pelbagai
program dan aktiviti perlaksanaan ibadat telah dirancang melalui Bahagian Imarah, seperti
Program Celik Al-Quran, Muqaddam di kalangan kanak-kanak dari umur enam tahun. Bahagian
ini juga mengawal perjalanan, perlaksanaan kelas Al-Quran dan muqaddam di masjid-masjid,
mengendalikan acara-acara keugamaan sempena Hari-Hari Kebesaran Islam dan Hari Kebesaran
Negara, mengadakan bengkel-bengkel kemahiran diri bagi pegawai dan imam masjid,
mewujudkan Program Kumpulan Belia Masjid dan Pusat Khidmat Nasihat Ugama di masjid-
masjid. Begitu juga melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah yang bertanggungjawab dalam
aktiviti-aktiviti pentakmiran masjid khususnya bagi para Muslimah seluruh negara misalnya
kursus, bengkel fardhu ain dan fardhu kifayah, muzakarah, taklimat dan sebagainya (Pusat
Dakwah Islamiah, 2017, 175).

Di samping itu, institusi masjid juga dijadikan pusat kegiatan kemasyarakatan dan acara-acara
suka duka seperti khidmat dan penyempurnaan jenazah, ibadah korban serta majlis-majlis
kenduri. Sesuai dengan peranannya sebagai pusat peribadatan dan pusat kegiatan masyarakat,
kemudahan dan keselesaan beribadat para jemaah adalah sesuatu yang menjadi keutamaan.
Justeru, jabatan ini melalui Bahagian Ri’ayah berperanan untuk memelihara dan membaik pulih
bangunan masjid, memantau kebersihan dan menjaga keselamatan peralatan-peralatan elektronik
yang terdapat di masjid, surau dan balai ibadat.

Salah satu peranan jabatan ini yang paling signifikan dalam perlaksanaan ibadat juga adalah
dalam penyediaan teks khutbah Jumaat mingguan. Sebagai satu media dakwah, jabatan ini
melalui Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan bertanggungjawab untuk memastikan teks
khutbah Jumaat disediakan setiap minggu dalam sembahyang fardhu Jumaat di seluruh negara
disamping penyediaan khutbah Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta
Sembahyang Sunat Istisqa’.

Antara tanggungjawab pengurusan masjid juga adalah melantik imam-imam masjid bagi tujuan
agar rakyat di negara ini tetap melakukan sembahyang fardhu di masjid-masjid atau di surau-
surau dengan berjemaah. Kementerian Hal Ehwal Ugama secara berterusan mengambil langkah
dalam meningkatkan kelayakan pegawai-pegawai masjid menerusi kursus-kursus memantapkan
tugas dan kepimpinan mereka (Pusat Dakwah Islamiah, 2017, 176). Ini untuk memastikan
institusi-institusi masjid akan lebih mantap memenuhi sebahagian fungsinya sebagai pusat
rujukan keugamaan.

Bagi mengemaskinikan dan melaksanakan segala perancangan dan aktiviti agar berjalan dengan
lancar dan teratur, jabatan ini telah menubuhkan cawangan di daerah-daerah. Cawangan ini
diketuai oleh para Pegawai Hal Ehwal Masjid. Bagi dua buah masjid negara pula masing-masing
telah dilantik seorang pegawai khas bagi menguruskan pentadbiran harian dan juga aktiviti-
aktivitinya. Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah diketuai oleh Pegawai Ugama Kanan dan Masjid
Omar Ali Saifuddien diketuai oleh Penguasa Masjid.

5.5 Masjid Dalam Undang-Undang Brunei


Keutuhan dan kemantapan perkhidmatan ugama sepanjang lima dekad pemerintahan (1967-
2017) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam menaiki takhta bukan hanya dilihat dari sudut penyebaran dakwah
dan pengawalannya, pengukuhan dan penyebaran syiar Islam, malah ianya juga perlu dilihat dari
sudut perlaksanaan undang-undang hukum dan penetapan hukum yang dilaksanakan oleh
beberapa jabatan di sektor kerajaan yang diamanahkan untuk mengendalikannya.

Perlaksanaan ini bertepatan dengan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang


memperuntukkan “Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara menurut Ahli Sunnah wal
Jamaah mengikut mazhab Syafie” (Pusat Dakwah Islamiah, 2017, 135). Sebagaimana firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Imran ayat 19:

Tafsirnya: “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam”.
(Surah Al-Imran:19)

Justeru itu, dengan pegangan ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dapat mengesahkan
Islam sebagai sistem yang memandu kehidupan rakyat dan pemerintahan di negara ini. Oleh itu,
segala tindak tanduk yang dilakukan oleh masyarakat Islam di negara ini mestilah berlandaskan
syariat ugama Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagaimana Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada ulilamri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka kembaliah
kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) rasulNya. Jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya.”
(Surah an-Nisaa:59)

Disamping Jabatan Hal Ehwal Masjid, Negara Brunei Darussalam juga mempunyai undang-
undang yang mengatur pentadbiran masjid. Ia bertujuan untuk penyelarasan dan keteraturan
pentadbirannya. Undang-undang ini termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-
Mahkamah Kadi Penggal 77.

Masjid-masjid diperuntukkan dalam bahagian lima dengan 11 bab daripada Bab 123 hingga Bab
133 (Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, 1984, 74-78).
Perinciannya adalah seperti berikut:

123. Majlis menjadi pemegang amanah.


124. Sekatan ke atas masjid-masjid baru.
125. Pembaikan-pembaikan.
126. Penutupan atau perobohan.
127. Sempadang-sempadan mukim.
128. Daftar pegawai masjid.
129. Lantikan Imam.
130. Lantikan pegawai masjid yang lain.
131. Pemecatan pegawai masjid.
132. Kuasa-kuasa dan tugas-tugas.
133. Kehadiran di masjid.

Negara Brunei Darussalam sangat bertuah di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, terdapat
beberapa buah jabatan di sektor kerajaan yang diberikan amanah untuk memikul tugas dan
tanggungjawab dalam memastikan penetapan hukum dan undang-undang dilaksanakan mengikut
ajaran ugama Islam yang sebenarnya.

5.6 Skim Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Masjid

Di Negara Brunei Darussalam lantikan bagi jawatan pegawai masjid seperti imam, bilal dan
merbut merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam yang di luar bidang kuasa Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Jawatan-jawatan ini dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagaimana
termaktub dalam Undang-Undang Negara Brunei Darussalam, Penggal 77, Akta Majlis Ugama
Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Seksyen 129 dan 130 (1984, 76)

Kuasa melantik pegawai-pegawai masjid seperti di atas adalah selaras dengan kehendak agama
Islam kerana sultan itu adalah ketua agama dan pemerintah tertinggi dalam sesebuah negara.
Dengan demikian rakyat atau orang-orang Islam tidak bersusah payah memilih siapa yang
berhak menjadi imam di dalam sesebuah masjid. Jika seseorang telah ditauliahkan dan dilantik
oleh sultan menjadi imam di sesebuah masjid itu, maka imam itu berhak menjadi imam daripada
orang lain, meskipun orang lain tersebut lebih mulia dan lebih pandai daripada dirinya (Akta
Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, 1984, 76).

Adapun tempoh bagi perkhidmatan jawatan-jawatan tersebut adalah mengikut peraturan


perkhidmatan awam biasa iaitu mereka juga akan bersara dalam perjawatan setelah mencapai
usia 55 tahun. Walau bagaimanapun mereka tidak semestinya berhenti terus daripada jawatan
mereka seperti lazimnya pada jawatan-jawatan selain daripada jawatan ini, jika difikirkan tenaga
mereka diperlukan berdasarkan kepada Undang-Undang Negara Brunei Darussalam, Penggal 77,
Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Seksyen 131 (1):

“Setiap pegawai masjid hendaklah memegang jawatannya selama yang disukai oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia dan boleh dipecat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi sebab-
sebab yang difikirkan baik.” (Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi
Penggal 77, 1984, 77)

Jika dilihat dalam peruntukan undang-undang ini, jawatan pegawai masjid terletak langsung di
bawah kuasa sultan yang memerintah. Baginda juga menentukan seseorang itu diteruskan
perkhidmatannya atau ditamatkan. Ini menunjukkan bahawa peranan pegawai masjid dalam
berkhidmat kepada agama, negara, raja dan masyarakat amatlah dituntut dan penting sekali,
sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dalam agama dan masyarakat setempat.

Memandangkan pentingnya peranan pegawai masjid dalam pembangunan masyarakat, usaha ke


arah meningkatkan taraf dan kewibawaan pentadbiran masjid di Negara Brunei Darussalam
sehingga benar-benar berfungsi sebagaimana sepatutnya serta dapat mengimbangi perkembangan
masa, satu Skim Perkhidmatan-Perkhidmatan Imam/Khatib/Bilal/Merbut yang baru telahpun
diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1984. Dalam skim
perkhidmatan tersebut tingkatan dan sukatan gaji bagi pegawai-pegawai masjid adalah seperti
berikut (sila rujuk jadual 5.2):

Jadual 5.2. Skim-Skim Perkhidmatan Tangga Gaji Kementerian Hal Ehwal Ugama

1. Skim Perkhidmatan-Perkhidmatan Imam/Khatib

TINGKATAN KOD GAJI / SUKATAN GAJI


Imam Tingkatan I B2
Imam Tingkatan II C3-4 EB.5
Imam Tingkatan III C1-2 EB.3
Imam Tingkatan IV D4-D5 EB.6
Imam Tingkatan V D2-3 EB.4

2. Skim Perkhidmatan-Perkhidmatan Bilal

TINGKATAN KOD GAJI / SUKATAN GAJI


Bilal Tingkatan I D3-4 EB 5
Bilal Tingkatan II D1-2 EB 3

3. Skim Perkhidmatan-Perkhidmatan Merbut

TINGKATAN KOD GAJI / SUKATAN GAJI


Merbut E2-3 EB 4
Sumber: Skim Perkhidmatan Tangga Gaji Kementerian Hal Ehwal Ugama. Diakses dari
http://www.jpa.gov.bn/Shared%20Documents/Skim%20Perkhidmatan/Senarai%20Skim-Skim
%20Perkhidmatan%20Yg%20Telah%20Diluluskan%20Oleh%20JTG.pdf

PERANAN MENATERI UGAMA BUANG

SUBTOPIK PENTADBIRAN MASJID SEBELUM 1950-2020

PSUBTOPIKENTADBIRAN MASJID DI NBD 1950-2020

LEBIH KEPADA ORANG-ORANG KAMPUNG (Orang Persendirian), peranan mas asdulu atu adalah lebih
keapda nikah akhwin.

Anda mungkin juga menyukai