Anda di halaman 1dari 1

Makluman Mengenai Duti/Cukai Ke Atas Kenderaan Yang Diimport Oleh

Pelajar

Makluman -

1. Semua pelajar yang ingin membawa balik kenderaan import akan dikenakan duti/cukai
kastam.

2. Kadar duti/cukai yang dikenakan ke atas kenderaan import adalah tinggi. Oleh itu jumlah
duti/cukai yang perlu dibayar juga adalah tinggi.

3. Pelajar dinasihatkan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membawa balik


kenderaan kerana liabiliti duti/cukai yang tinggi perlu dijelaskan sebelum pelepasan
kenderaan oleh pihak kastam.

4. Taksiran oleh Pegawai Kastam akan mengambil kira semua pengurangan yang layak diberi
seperti susut nilai mengikut usia kenderaan dan diskaun mengikut tempoh penggunaan
kenderaan di luar negara.

5. Perundangan Jabatan ini tidak memperuntukan budi bicara bagi memberi diskaun
tambahan selain dari yang telah ditetapkan mengikut peraturan penilaian semasa.
Sehubungan itu sebarang rayuan pengurangan cukai tidak akan dipertimbangkan oleh
jabatan.

6. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Kastam berhampiran.

Anda mungkin juga menyukai