Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Surah al-Kahfi adalah Surah yang ke-18 dalam susunan al-Qur’an mushaf Uthmani. Surah al-Kahfi dikategorikan sebagai salah satu
daripada surah Makiyyah iaitu surah yang diturunkan ketika kerasulan Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di Mekah. Surah Al-Kahfi
diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang
dimulai dengan “Alhamdu lilah” (Segala puji bagi Allah). Surah ini mempunyai 110 ayat, dan namanya diambil dari ayat ke-9 apabila disebut
tentang orang orang yang berada di dalam gua (Kahfi).

2.0 Sebab Dinamakan Surah al-Kahfi

- Dinamakan surah ini sebagai al-Kahfi kerana al-Kahfi dalam bahasa arab bermaksud gua. Ada juga beberapa pandangan yang
menamankannya sebagai Ashabul Kahfi yang bermaksud penduduk gua.
- Namun begitu, surah ini lebih sinonim dengan nama al-Kahfi sahaja berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut
tentang kelebihan surah al-Kahfi. (Ia akan diterangkan dalam bab Kelebihan membaca Surah al-Kahfi.)
- Dalam pada itu juga, surah ini dinamakan sebagai al-Kahfi kerana terdapat salah satu kisah utama dalam surah ini di mana sekumpulan
pemuda yang melarikan diri daripada pemerintah yang zalim ke sebuah gua. Ini bagi menyelamatkan akidah dan keimanan mereka
kepada Allah S.W.T.
- Ketika di dalam gua, para pemuda ini ditidurkan oleh Allah S.W.T selama beberapa ratus tahun. Apabila meraka terjaga daripada tidur,
mereka hanya merasakan seperti tidur hanya semalaman sahaja.

3.0 Sebab Penurunan Surah al-Kahfi

- Surah ini diturunkan ketika Rasulullah masih berada di Mekah dalam menyampaikan risalah Islam kepada kaum musyrikin Quraish
disekelilingnya ketika itu. Menurut beberapa riwayat, orang Yahudi meminta kaum musyrikin agar bertanya kepada Rasulullah mengenai
3 perkara iaitu tentang ruh, tentang kisah pemuda gua (Ashabul Kahfi) dan tentang Kisah Zulkarnain. Jawapan Rasulullah terhadap
persoalan tersebut dijawab setelah turunnya wahyu s
- elepas 15 malam penantian baginda.
- Jadi, sebab utama surah ini diturunkan adalah bagi menjawab dua soalan kaum Yahudi dan kaum Musyikin Quraish yang bertanyakan
tentang Ashabul Kahfi dan tentang Zulkarnain. Manakala persoalan tentang roh dijawab dalam surah al-Isra’ ayat 85 iaitu surah sebelum
al-Kahfi.

4.0 Kisah-kisah Yang Terdapat Dalam Surah al-Kahfi

Di dalam surah al-Kahfi terdapat empat kisah utama yang diceritakan melalui bilangan 110 ayat yang diturunkan iaitu:
1. Ashabul Kahfi (Penghuni-penghuni gua)
2. Sahibul Jannatayn (Pemilik dua kebun tanaman)
3. Pengembaraan Nabi Musa bertemu dengan Khidir
4. Kisah Zulqarnain.
i. Ashabul Kahfi (Penghuni-penghuni gua)

- Dalam surah al-Kahfi ayat 9 hingga 26 diceritakan tentang Ashabul Kahfi (penghuni gua). Mereka adalah sekumpulan pemuda yang
beriman yang berada pada zaman kezaliman pemerintahan ketika itu.
- Melalui petunjuk daripada Allah, mereka melarikan diri ke sebuah gua bagi mengelakkan syirik kepada Allah. Ketika di gua tersebut, Allah
menidurkan mereka selama beberapa ratus tahun. Namun apabila terjaga, mereka merasakan hanya tidur semalaman sahaja.
- Melalui kisah ini juga, Allah telah melindungi pemuda-pemuda yang beriman ini daripada mensyirikkan Allah. Ia adalah sebahagian
daripada tanda kekuasaan-Nya terhadap makhluk.

ii. Sahibul Jannatayn (Pemilik Dua Kebun Tanaman)

- Melalui ayat 32 hingga ayat 46 surah ini pula, diceritakan tentang kisah pemilik dua kebun tanaman (Sahubul Jannatayn). Ia adalah kisah
perbandingan antara lelaki beriman dan lelaki yang kufur kepada Allah.
- Lelaki yang kufur mempunyai pelbagai harta dan kemewahan. Antaranya adalah kebun tanaman yang subur. Namun beliau mempunyai
sikap sombong dan bongkak. Beliau berkata sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“dan dia memiliki kekayaan (kemewahan) yang banyak, seraya berkata kepada kawannya yang beriman ketika berbual dengan dia,
hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat.” (Surah al-Kahfi ayat 34)

- Sebaliknya lelaki yang beriman ini adalah seorang yang miskin tetapi mempunyai keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Beliau
memohon kepada Allah (surah al-Kahfi ayat 40.)

Maksudnya: “Maka mudah-mudahan Tuhanku akan memberikan kepadaku (kebun) yang lebih baik daripada kebunmu ini dan Dia akan
mengirimkan petir dari langit, sehingga kebun itu menjadi padang jarak padang terkukur. 

Akhirnya Allah mengabulkan doa lelaki yang beriman ini. Kebun lelaki yang kufur tersebut dipanah petir dan menjadi padang jarak padang
terkukur.

iii. Pengembaraan Nabi Musa Bertemu Dengan Nabi Khidir

- Sementara itu, dalam dalam ayat 60-82, diceritakan tentang Kisah Nabi Musa yang mengembara dan bertemu dengan Nabi Khidir.
- Dalam ayat 61 Surah al-Kahfi, diceritakan tentang tempat pertemuan Nabi Musa dan Khidhir iaitu di suatu pertemuan dua laut. Pada
ketika itu, ikan yang menjadi bekalan Nabi Musa yang dibawa oleh anak muridnya menggelongsor dan masuk ke dalam Laut
Firman Allah yang bermaksud:

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur
menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (Surah al-Kahfi ayat 61)

- Selepas bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa telah melalui tiga peristiwa besar yang menguji kesabarannya.
- Peristiwa pertama iaitu perbuatan Khidhir yang memecahkan sampan. Peristiwa kedua pula Nabi Khidir anak yang kecil. Manakala
peristiwan ketiga Nabi Khidir membantu membina bangunan yang hampir roboh di sebuah kampung.
- Ketiga-ketiga peristiwa tersebut telah mengundang kesabaran Nabi Musa. Ia adalah suatu bentuk ilmu yang Allah tunjukkan kepada
baginda.

iv. Kisah Zulkarnain

- Kisah Zulkarnain diceritakan pada ayat 83 hingga ayat 99. Zulkarnain merupakan seorang raja yang soleh serta mempunyai
kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan beliau memerintah dengan adil.
- Zulkarnain telah mengembara dari Barat hingga ke Timur. Dalam pengembaraannya, beliau telah berhenti di Barat dan bertemu dengan
kaum yang kufur dan ingkar kepada Allah. Zulkarnain memberi pilihan kepada mereka samaada beriman kepada Allah atau mati dalam
keadaan di azab oleh Allah.
- Manakala ketika pengembaraan Zulkarnain ke Timur pula, beliau bertemu dengan penduduk yang meminta kepadanya membina tembok
untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj yang telah menyerang dan melakukan kerosakan di negeri tersebut.

5.0 Kelebihan Membaca Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai beberapa keistimewaan dan fadhilatnya iaitu:


1. Menimbulkan Ketenangan Kepada pembacanya

Sabda Rasulullah yang bermaksud


“Seorang lelaki sedang membaca surah al-Kahfi, disisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awan pun datang menyelubungi,
mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut manakala di pagi hari beliau mendatangi Nabi s.a.w. Dan menceritakan kejadian
tersebut, maka Nabi bersabda: “itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Qur’an.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

2. Menghafal 10 Ayat Awal Dilindungi Daripada Fitnah Dajjal


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi dari fitnah Dajjal.” (Hadith Riwayat Muslim)
3. Membaca 10 Ayat Terakhir Dilindungi daripada Fitnah Dajjal
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka sesungguhnya ia akan dilindungi dari fitnah Dajjal.” (Hadith
Riwayat Nasaie)

4. Diterangi Sinar Cahaya Antara Dua Jumaat


“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diterangi kepadanya cahaya antara dua Jumaat.” (Riwayat al-Hakim)

5. Membaca Pada Malam Jumaat Mendapat Cahaya Kaabah

“Barangsiapa yang membacanya (surah al-Kahfi) pada malam jumaat, Allah akan memberikan cahaya kepadanya jarak di antara dirinya
dengan al- Baitul atiq (Kaabah)” (Riwayat al-Darimi dan Baihaqi)

Sebagai kesimpulannya, Surah al-Kahfi menggambarkan tentang Akidah Islam yang diceritakan melalui kisah-kisah utama sebagaimana
yang disebut di Atas.

Dari segi kelebihan surah al-Kahfi, ia mampu memberi ketentangan kepada orang yang membacanya serta memberi perlindungan daripada
fitnah Dajjal ketika berlakunya Kiamat.
Aluan
1. Ila hadratin nabiyil
2. Al Kahfi 1-10 dan 101-110
3. Selawat mubin
4. Assalamualaikum
5. Auzbillah, Bismilla
6. Alhamdulillahirobila alamin,wassolatu wasalamu....
7. Walahaula wala quata illa billa.......amma ba’d..
8.
Penutup
- Sesungguhnya yang baik datang dari Allah,yang lemah dan kurang datang dari kelemahan saya sendiri
- Kita akhiri majlis ilmu ini dengan tasbih kafarah dan surahtul asr.

Ajarkanlah ilmu yang bermanfaat kepada kami, manfaatkanlah ilmu yang kau berikan kepada kami, tambahkanlah kepada kami ilmu,
amal ibadah dan keikhlasan dalam kehidupan kami, makbulkanlah doa-doa kami ya Allah, himpunkanlah kami dalam syurga firdausmu
ya Allah, tetapkanlah iman kami bersama orang yang kami sayangi.

-tutup-

Anda mungkin juga menyukai