Anda di halaman 1dari 13

BAB 7

INTERVENSI STRATEGIK

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan mengapa perlunya intervensi strategik dilakukan.
2. Menyenaraikan ciri-ciri perubahan berskala besar.
3. Melaksanakan perancangan strategik di dalam organisasi masing-
masing.
4. Melakukan perubahan budaya di dalam organisasi masing-
masing.
5. Menguruskan kerjasama antara organisasinya dengan organisasi-
organisasi lain.

7.1 PENDAHULUAN

Setiap organisasi beroperasi dalam persaingan yang dinamik serta


mencabar. Perubahan-perubahan berlaku dengan pantas mengikut
peredaran masa terhadap perkara-perkara yang berada di sekeliling
organisasi seperti politik, ekonomi, teknologi serta sosial. Selain itu,
pelanggan, pembekal, pesaing, pilihan semasa dan juga pendatang baru
sentiasa memberi ancaman kepada organisasi. Sekiranya organisasi tidak
sensitif terhadap perubahan-perubahan tersebut, besar kemungkinan ia
akan berada pada kedudukan yang tidak stabil.

Oleh yang demikian organisasi perlu melakukan perubahan-perubahan


strategik bagi memastikannya sentiasa boleh bersedia menghadapi
persekitarannya. Strategi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
‘to plan the destruction of one’s enemies through the effective use of
resources’. Perkataan strategi ini pada mulanya hanya digunakan bagi
menghadapi musuh di dalam peperangan. Lama-kelamaan, konsep ini
juga difikirkan sesuai digunakan untuk dunia perniagaan yang juga
mempunyai persaingan yang tinggi. Mana-mana organisasi yang tidak
mempunyai strategi akan ketinggalan, manakala sebaliknya organisasi
yang mempunyai perancangan strategi yang baik akan berupaya maju
walaupun menghadapi persaingan sengit.

77
Bab ini akan membincangkan tentang interveni-intervensi strategik yang
boleh dilakukan oleh pengurus-pengurus organisasi dengan dibantu oleh
agen perubahan atau pengamal OD bagi memastikan sesebuah organisasi
itu sentiasa memiliki dayasaing yang tinggi.

SOALAN DALAM TEKS 7.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan strategik dalam


konteks organisasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.2 KESAN SERTA AKIBAT KELEMAHAN STRATEGIK

Setiap organisasi perlu mempunyai halatuju yang jelas. Halatuju akan


menjelaskan matlamat organisasi, apa yang hendak dicapai, bila,
bagaimana serta berapakah jumlah atau bilangannya. Sama juga dengan
organisasi, seseorang individu juga perlu mempunyai halatuju yang jelas
dalam kehidupannya. Halatuju kehidupan seseorang boleh dikaitkan
dengan halatuju organisasi tempat dia bekerja. Ini menjadikan individu
oekerja tersebut serta organisasinya mempunyai satu garis panduan yang
jelas dalam mengatur setiap langkah kehidupan.

Adalah tidak memeranjatkan sekiranya kita mendapati sesebuah


oragnanisasi itu tidak mempunyai perancangan stategik untuk
menghadapi dunia perniagaan. Ini mungkin berpunca dari para pengurus
tidak mempunyai pengetahuan tentang pentingnya perancangan strategi
serta tidak tahu bagaimana melakukannya. Kesan-kesan yang timbul
akibat tidak mempunyai perancangan strategik ialah

(i) Perancangan strategik menggambarkan halatuju yang


hendak dicapai oleh sesebuah organisasi pada masa
hadapan. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi yang
tidak mempunyai perancangan stretegik tidak mempunyai
halatuju atau matlamat yang hendak dicapai pada sesuatu
masa dan ketika. Ia boleh diibaratkan sebagai sebuah
kapal yang belayar di lautan tanpa haluan.
(ii) Organisasi yang tidak mempunyai sebarang stretegi akan
menjadi lemah untuk bersaing dalam pasaran terbuka. Ia
tidak mempunyai sebarang kaedah untuk menghadapi
perubahan dan cabaran.
78
(iii) Para pengurus serta pekerja tidak mempunyai halatuju
yang jelas. Masing-masing mempunyai matlamat
tersendiri, baik di peringkat jabatan, unit, atau individu.
Apabila matlamat yang berbeza-beza di bawa masuk ke
dalam organisasi, maka akan berlaku berbagai perkara
negatif seperti konflik, salah guna kuasa, politik dan
sebagainya.

Oleh yang demikian, para pengurus dengan bantuan agen perubahan atau
pengamal OD perlu melakukan intervensi strategik setelah diagnosis
yang dijalankan itu mendapati bahawa organisasi berkenaan menghadapi
masalah yang berkaitan dengannya. Beberapa intervensi yang boleh
dilakukan ialah persidangan, perancangan strategik, perubahan budaya,
penggabungan.

7.3 PERSIDANGAN

Salah satu intervensi yang boleh dilakukan ialah mengadakan persidangan


atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai search conference.
Persidangan merupakan intervensi yang sesuai untuk sebarang isu atau
masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi. Ia tidak hanya terhad
kepada masalah yang berkaitan dengan cabaran persekitaran semata-
mata. Persidangan ini boleh dilakukan walaupun pada ketika organisasi
dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

Antara perkara-perkara atau tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh


agen perubahan atau pengamal OD dalam membantu organisasi
pelanggan untuk melakukan persidangan ialah seperti berikut.

1. Langkah 1: Membentuk Jawatankuasa Pelaksana

Sebagai langkah awal, sebuah Jawatankuasa Pelaksana perlu dibentuk


dengan arahan dari pengurusan atasan. Walaupun pembentukan
jawatankuasa ini adalah atasahan pengurusan atasan, namun mereka yang
dilantik sepatutnya menerima tanggungjawab tersebut secara sukarela.
Keanggotaan jawatankuasa ini sebaiknya terdiri dari wakil pelbagai
jabatan, bahagian atau unit dalam organisasi. Jawatankuasa ini berfungsi
untuk menyediakan tema persidangan, melakukan diagnosis awal untuk
mendapatkan gambaran awal tentang masalah organisasi, mengenapasti
tempat persidangan, serta tugas-tugas lain yang berkaitan.

2. Langkah 2: Melaksanakan Persidangan

Setelah semua urusan persediaan dilakukan, maka persidangan pun


dilakukan. Tempat persidangan sebaiknya suatu tempat yang jauh dari

79
lokasi kerja. Ini bertujuan untuk mengelakkan peserta dari gangguan kerja
harian mereka. Para peserta pula boleh terdiri dari semua anggota atau
kakitangan organisasi atau wakil setiap jabatan, bahagian atau unit yang
terdapat dalam organisasi. Adalah lebih baik untuk mengumpulkan
bilangan peserta yang besar dalam persidangan ini bagi mendapatkan
gambaran yang lebih menyeluruh tentang organisasi. Persidangan akan
berlangsung selama dua hingga tiga hari. Peserta akan diterangkan
tentang tujuan persidangan diadakan dan matlamat yang ingin dicapi dari
persidangan ini.

3. Langkah 3: Perpincangan Berkumpulan

Di peringkat pertama, peserta akan dibahagikan kepada beberapa


kumpulan. Keahlian setiap kumpulan boleh terdiri dari kakitangan yang
mewakili pelbagai jabatan, bahagian atau unit. Setiap kumpulan akan
berbincang secara berasingan bagi mengenalpasti tiga perkara, iaitu (i)
kejayaan-kajayaan yang telah dihadapi selama lima tahun kebelakangan,
(ii) kegagalan-kegagalan yang dihadapi lima tahun kebelakangan, dan (iii)
harapan dan impian di masa depan. setiap peserta adalah bebas untuk
memberikan pandangannya tanpa bantahan dari ahli-ahli kumpulan yang
lain. Seorang pencatat akan mencatitkan setiap perkara yang
dikemukakan oleh ahli kumpulan.

4. Langkah 4: Perbincangan Kumpulan Besar

Setelah itu, peserta kumpulan kecil akan bergabung dengan semua


kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil
perbincangan mereka. Semua peserta dikehendaki mendengar dan
mencatat setiap perkara yang dikemukakan. Peserta tidak dibenarkan
membantah atau mempertikaikan perkara-perkara yang dibentangkan itu
walaupun tidak bersetuju. Di akhir sesi ini, satu senarai panjang tentang
kejayaan dan kegagalan organisasi sepanjang lima tahun lalu dihasilkan.
Juga satu senarai panjang akan dihasilkan berkenaan harapan-harapan di
masa depan.

5. Langkah 5: Perbincangan Kedua Kumpulan Kecil

Kumpulan-kumpulan kecil akan bertemu semula dengan membawa tiga


senarai panjang tentang perkara-perkara di atas yang diperolehi dari
kumpulan besar. Kali ini mereka akan membincangkan semua perkara
yang disenaraikan itu dan memilih lima perkara bagi setiap perkara yang
dirasakan utama untuk diberi perhatian oleh organisasi.

80
6. Langkah 6: Mengenalpasti Keutamaan

Kumpulan-kumpulan kecil akan sekali lagi kembali bergabung. Kali ini


mereka akan membantangkan lima perkara setiap satu yang menjadi
keutamaan kumpulan kepada kumpulan besar. Sewaktu pembentangan di
peringkat ini peserta dibenarkan bertanya serta berbincang. Tujuan
perbincangan ini ialah untuk mengenalpasti lima perkara-perkara yang
merupakan keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh organisasi bagi
membaiki keadaan di masa depan serta apakah tindakan-tindakan yang
perlu diambil untuk menanganinya. Inilah merupakan tugasan yang perlu
disiapkan oleh kumpulan besar peserta persidangan ini.

7. Langkah 7: Melaksanakan Tindakan

Setelah persidangan ini selasai, Jawatankuasa pelaksana akan mengambil


tindakan terhadap setiap perkara yang dicapai dalam persidangan
tersebut. Setiap kejayaan atau kegagalan akan dilaporkan kepada
pengurusan atasan. Tempoh perlaksanaan ini bergantung kepada keadaan
sesuatu tindakan yang perlu diambil.

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh


agen perubahan untuk membantu organisasi
melaksanakan intervensi persidangan bagi
menghadapi isu strategik.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.4 PERANCANGAN STRATEGIK

Terdapat tiga langkah dalam merancang strategik sesebuah organisasi.


Langkah pertama ialah menetapkan wawasan, kedua menetapkan objektif
dan ketiga merancang strategi ke arah pencapaian wawasan.

7.4.1 Menetapkan Wawasan

Dalam nenetapkan misi organisasi, Jones dan Kahaner (1995) telah


menggariskan enam peraturan yang boleh diikuti oleh agen perubahan
serta pengurus-pengurus organisasi. Kedua pengarang ini telah mengkaji
kenyataan misi yang dibuat oleh 50 buah organisasi berjaya di dunia
seperti General Electric, Boeing, AT&T, dan sebagainya.
81
Kenyataan misi atau mission statement merupakan kenyataan ringkas lagi
mudah yang menerangkan tentang harapan, impian serta cita-cita yang
ingin dicapai oleh sesebuah organisasi pada masa depan. Kenyataan ini
digambarkan melalui ayat-ayat yang menarik, jelas, padat serta penuh
bermakna. Kenyatan misi bukannya slogan atau kata-kata hikmat yang
selalu kita dengar seperti ungkapan “pelanggan selalu benar”, “kami
berusaha menuju kecemerlangan”, “gaya, mutu, keunggulan”, “kalau
sedap beri tahu kawan, kalau tidak sedap beri tahu kami”, dan sebagainya
lagi.

Beberapa contoh kenyataan misi yang telah dihasilkan oleh beberapa


syarikat ternama di dunia adalah seperti disenaraikan di bawah.

Honda Motor Co. Ltd.

Maintaining an international viewpoint, we are dedicated to


supplying products of the highest efficiency yet at a reasonable price
for worldwide customer satisfaction.

Boeing

To be the number one aerospace company in the world and the


among the premier industrial concerns in terms of quality,
profitability, and growth.

Intel

Do a great job for our customers, employees and stockholders by


being the preeminent building block supplier to the computing
industry.

Dalam proses menggubal kenyataan misi bagi sesebuah organisasi,


pengurus serta agen perubahan boleh mengambil panduan yang
diberikan oleh Jones dan Kahaner (1995) seperti digariskan di bawah.

1. Peraturan 1: Kenyataan Misi Mestilah Mudah

Sesuatu kenyataan misi mestilah mudah dan ringkas. Bagaimanapun ini


tidak bermakna ia adalah pendek. Mudah di sini bermaksud ringkas,
senang dibaca dan difahami, menggunakan perkataan-perkataan serta
ayat-ayat yang mudah serta susunan kata yang menarik. Kenyataan misi
yang baik akan menjawab tiga persoalan tentang organisasi. Soalan
pertama ialah WHAT – iaitu apa yang ingin dicapai oleh organisasi
berkenaan. Soalan kedua ialah HOW – iaitu bagaimana hasrat tersebut
ingin dicapai. Manakala soalan terakhir ialah WHO – iaitu siapakah yang
terlibat dan untuk siapa pencapaian tersebut.
82
2. Peraturan 2: Dapatkan Pandangan dari Segenap Organisasi

Misi sesebuah organisasi adalah milik semua orang dalam organisasi


berkenaan, bukannya milik pengurusan atasan sahaja. Oleh itu, dalam
proses menyediakan kenyataan misi, maklumat, pandangan, maklum
balas serta input dari semua pihak dalam organisasi perlu diambil kira. Ini
akan memberi gambaran yang lebih luas terhadap apa-apa yang hendak
dicapai oleh organisasi. Kenyataan misi ini akan menjadi kenyataan misi
bersama atau shared mission. Banyak kenyataan misi yang hanya dibuat
oleh pengurusan atasan yang mana langsung tidak melibatkan pihak
bawahan. Malah ada kenyataan misi yang langsung tidak diketahui
kewujudannya oleh kakitangan.

3. Peraturan 3: Dapatkan Pandangan Pihak Luar

Selain mendapatkan pendangan dari dalam organisasi, pihak luar juga


boleh memberi gambaran terhadap organisasi. Pihak luar boleh memberi
pandangan yang berbeza dari apa yang diperolehi dari dalam. Ini
membantu mewujudkan satu misi yang lebih realistik. Pihak-pihak luar
yang mungkin boleh diminta pandangan mereka ialah agen perubahan,
pelanggan, pembekal, rakan niaga dan sebagainya.

4. Peraturan 4: Pemilihan Perkataan Serta Nada Ayat Patut


Menggambarkan Personaliti Organisasi

Pemilihan perkataan serta ayat apabila menulis kenyataan misi harus


menggambarkan aspirasi, citarasa serta keperibadian organisasi
berkenaan. Sebagai contoh, sebuah organisasi yang menawarkan
perkhidmatan pelancongan sepatutnya mempunyai kenyataan misi yang
bernada mesra. Manakala organisasi yang menekankan kepada inovasi
serta kepantasan dalam pengeluaran seharusnya mempunyai misi yang
bernada tegas, cepat serta tangkas.

5. Peraturan 5: Berkongsi Kenyataan Misi dengan Semua Orang

Kenyataan misi sesebuah organisasi bukan milik pengurusan atasan


sahaja. Ia adalah milik bersama semua pihak di dalam organisasi. Oleh
yang demikian ia mesti dikongsi bersama dalam pelbagai bahasa, bentuk
serta cara. Ini bagi membolehkannya senang dilihat dan dipraktikkan.
Kenyataan misi boleh dicatatkan pada dinding pejabat, kilang, kemeja T,
mug, dan sebagainya.
6. Peraturan 6: Jadikan Kenyataan Misi Sebagai Panduan
Harian
Kenyataan misi sepatutnya menjadi panduan kepada semua pihak dalam
organisasi dalam operasi harian mereka di samping peraturan serta
83
prosedur yang sedia ada. Sekiranya berlaku sebarang perselisihan faham
atau konflik dalam organisasi, maka kenyataan misi sepatutnya dirujuk
sebagai asas penyelesaian masalah. Misi juga perlu sentiasa “dicabar”,
iaitu mencuba melakukan sesuatu melebihi dari apa yang ditetapkan.
Pencapaian setaiap pekerja juga perlu dinilai berdasarkan kepada misi
tersebut. Apa yang paling penting ialah pihak pengurusan mestilah
bertindak selaras dengan ketetapan di dalam kenyataan misi.

7.4.2 Menetapkan Objektif

Objektif merupakan perkara-perkara yang hendak dicapai secara spesifik


oleh sesebuah organisasi dalam sesuatu tempoh masa tertentu. Objektif
sebenarnya boeh diukur serta dinilai dalam ukuran-ukuran tertentu
seperti kuantiti, peratusan, nilai wang dan sebagainya. Sebagai contoh,
kilang pengeluar perabut seperti dinyatakan dalam contoh di atas
menetapkan beberapa objektif yang hendak dicapainya dalam usaha
menjadi sebuah kilang pengeluar perabot yang ulung di utara
Semenanjung Malaysia. Antara objektif-objektik yang boleh ditetapkan
ialah seperti berikut:

(i) Menguasai 60 peratus pasaran perabot di negrei-negeri


utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan
Perak menjelang tahun 2005.
(ii) Meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak 35 peratus
menjelang Disember 2004.
(iii) Mengeksport perabot ke luar negara menjelang tahun 2010.

7.4.3 Pelan Strategik

Setelah objektif-objektif organisasi ditetapkan, maka berikutnya pelan


tindakan pun dilakukan bagi mencapai setiap objektif. Pelan tindakan
mungkin terdiri dari tindakan-tindakan berhubung dengan pekerja,
peralatan ataupun perbelanjaan. Sebagai contoh, dalam usaha untuk
meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak 35 peratus menjelang
Disember 2004, organisasi mungkin perlu distrukturkan semula, pekerja
mungkin perlu diberi latihan serta kemahiran baru, rekebantuk kerja
disemak dan diperbarukan, perbelanjaan pengiklanan ditingkatkan, dan
mesin serta alatan baru perlu dibeli.

7.5 KERJASAMA

Satu lagi intervensi yang boleh dilkaksanakan oleh organisasi yang


menghadapi isu strategik ialah bekerjasama dengan organisasi lain.
Kerjasama dilakukan apabila organisasi tidak lagi berupaya menghadapi
tekanan yang kuat dari persekitarannya secara bersendirian. Oleh yang
demikian, organisasi berkenaan perlu mencari mana-mana organisasi

84
yang sesuai untuk bekerjasama dengannya bagi memudahkan mereka
menghadai tekanan yang kuat itu. Selain itu, kerjasama juga dapat
meningkatkan kecekapan organisasi-organisasi yang berkenaan untuk
menghadapi glabalisasi dan seterusnya bersaing di peringkat dunia.

Intervensi kerjasama dikenali juga sebagai Transorganizational


Development, atau joint venture, atau partnership. Sebagai contoh,
gabungan beberapa buah organisasi membentuk sebuah konsortium
adalah satu bentuk kerjasama yang sering dilakukan. Intervensi ini
kaitannya dengan struktur rangkaian seperti yang akan dibincangkan
dalam bab akan datang. Perlaksanaan kerjasama adalah seperti
diterangkan dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1
Proses Intervensi Kerjasama

Identification

Who should belong to the transorganizational system (TS)?


• Relevent skills, knowlwdge, and resources
• Key stakeholders

Convention
Should a TS be created?
• Costs and benefit
• Task perceptions

Organization

How to organize for task performance?


• Leadership
• Structure
• Commmunication
• Policies and procedures

Evoluation

How to the TS performing?


• Performance outcomes
• Quality of interaction
• Member satisfaction

Sumber: Diubahsuai dari Cumming, T. G., & Worley, C. G. (2001). Organization


development and change (6th ed.).

85
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1 intervensi kerjasama ini
melibatkan empat langkah utama. Langkah-langkah tersebut ialah

1. Langkah 1: Mengenal Pasti

Langkah ini dilakukan apabila sesebuah organisasi merasakan ia perlu


bekerjasama dengan organisasi lain bagi membolehkannya terus
beroperasi pada tahap yang lebih baik.

2. Langkah 2: Persidangan

Pada tahap ini organisasi-organisasi yang mula mengenali satu sama lain
akan berbincang tentang kerjasama yang bakal dijalankan. Organisasi-
organisasi yang boleh menjalankan kerjasama ialah organisasi yang
mempunyai sifat serta bidang perniagaan yang sama atau berkaitan.
Sebagai contoh, sebuah hotel boleh bekerjasama dengan agensi-agensi
pelancongan, kelab-kelab rekreasi, syarikat-syarikat penerbangan dan
syarikat limosin. Perbincangan meliputi faedah-faedah yang dijangka
diperolehi dari kerjasama ini dan juga beban yang mungkin terpaksa
ditanggung. Selain itu, fungsi serta tugas yang dijangka bakal dilakukan
oleh setiap organisasi apabila bekerjasama nanti akan turut dibincangkan.

3. Langkah 3: Organisasi

Pada tahap ini organisasi-organisasi yang terlibat telah menjalankan


kerjasama antara satu sama lain. Antara perkara yang ditekankan pada
tahap ini ialah tentang kepimpinan, iaitu siapakah yang akan memimpin
tugasan yang bakal dijalankan. Juga bagaimanakah rekabentuk struktur
antara organisasi-organisasi, sistem serta bentuk komunikasi yang akan
berlangsung. Disamping itu, polisi dan juga prosedur kerja akan
ditetapkan. Pada tahap ini penglibatan peguam korporat serta juruanalisis
kewangan diperlukan untuk membantu.

4. Langkah 4: Penilaian

Setelah kerjasama berjalan selama beberapa waktu, organisasi-organisasi


yang terlibat akan menilai kesan serta hasil yang diperolehi dari intervensi
tersebut. Kesan yang boleh dilihat ialah dari segi prestasi organisasi, iaitu
samada organisasi tersebut menjadi lebih baik atau sebaliknya. Perkara
kedua pula ialah dari segi kualiti hubungan sesama organisasi dan juga
sesama kakitangan sepanjang tempoh kerjasama. Manakala perkara yang
ketiga yang dinilai ialah kepuasan semua pihak yang terlibat hasil
kerjasama itu. Pihak-pihak yang terlibat ialah pelanggan, stakeholder,
pekerja, pembekal dan sebagainya. Penilain ini akan membantu
organisasi-organisasi membuat keputusan samada hendak meneruskan
kerjasama ataupun menghentikkannya.

86
SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah perkara-perkara yang dilakukan untuk


menilai pencapaian intervensi kerjasama?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Intervensi kerjasama ini berbeza dengan intervensi penggabungan (merger)


seperti mana yang dilakukan terhadap bank-bank perdagangan di
Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini. Penggabungan adalah
percantuman beberapa buah organisasi menjadi sebuah entiti baru.
Organisasi yang terlibat dengan penggabungan tidak boleh untuk kembali
kepada kedudukan asal sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap
prestasi yang dicapai selepas penggabungan. Manakala organisasi yang
terlibat dalam kerjasama boleh menarik diri sekiranya mendapati
intervensi ini tidak membawa banyak manfaat kepada mereka.

7.6 INTERVENSI-INTERVENSI LAIN

Beberapa intervensi lain boleh dilakukan untuk menangani isu strategi


yang dihadapi oleh organisasi. Ataranya ialah mengubah budaya
organisasi, penggabungan, dan perolehan. Budaya organisasi bermaksud
sistem perkonsian makna yang dipegang dan dikongsi bersama oleh ahli
sesebuah organisasi (Robins, 1996). Budaya organisasi juga merupakan
set rangkaian, kepercayaan dan mempunyai nilai perkongsian di antara
ahli-ahli organisasi dan menggunakan garis panduan sebagai fungsinya
(Gordon, 1999). Budaya yang lemah akan turut melemahkan sesebuah
organisasi. Oleh yang demikian budaya tersebut perlu diubah bagi
menjadikan organisasi berkenaan kuat serta mampu menghasilkan
prsstasi yang tinngi. Manakala penggabungan pula (disebut sebagai
mergers) ialah beberapa organisasi yang mempunyai persamaan akan
digabungkan menjadi satu seperti mana bank-bank perdagangan di
Malaysia digabungkan menjadi beberapa buah bank. Sebagai contoh,
Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan Bank Of Commerce digabungkan
menjadi Bumiputra Commerce Bank Berhad. Selain itu, perolehan atau
acquisition merupakan intervensi yang melibatkan pembelian sesebuah
organisasi oleh organisasi lain. Intervensi-intervensi ini tidak
dibincangkan dalam bab ini.

87
7.7 PENUTUP

Organisasi beroperasi dalam persekitaran yang dinamik. Perubahan-


perubahan terhadap persekitaran seperti politik, ekonomi, teknologi serta
sosial memberi kesan terhadap organisasi. Oleh yang demikian, sesebuah
organisasi perlu melakukan intervensi-intervensi strategik bagi
membolehkannya menghadapi persekitaran yang dinamik tersebut.
Walau bagaimanapun sebelum sesuatu intervensi itu dipilih untuk
dilaksanakan, ia perlulah berasaskan kepada maklumat yang diperolehi
sewaktu melakukan diagnosis. Intervensi tampa maklumat yang
mencukupi akan menyebabkan pembaziran dan usaha-usaha perubahan
tidak akan tercapai. Antara intervensi strategik yang boleh dilakukan ialah
pengurusan strategik, perubahan budaya, dan mewujudkan kerjasama
dengan organisasi lain.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah


organisasi yang tidak mempunyai strategi yang baik dalam
menghadapi cabaran dari persekitarannya.

2. Sebuah organisasi telah menjemput anda sebagai Pengamal OD


untuk melakukan perancangan strategic. Bincangkan bagaimana
anda melakukan tugasan ini.

3. Kerjasama merupakan satu intervensi yang dapat membantu


organisasi menjadi lebih baik. Namun begitu hal sebaliknya juga
boleh berlaku. Bincangkan bagaimana anda selaku Pengamal OD
menghindarinya dari berlaku terhadap organisasi yang menjadi
pelanggan anda.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 7.1

1. Strategi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ‘to plan the
destruction of one’s enemies through the effective use of resources’. Dalam
konteks organisasi dan perniagaan, strategi dapat membantu

88
organisasi menghadapi tekanan dari persekitarannya dengan
berkesan, seperti perubahan dan tekanan politik, ekonomi, social,
dan teknologi.

SDT 7.2

1. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh agen perubahan untuk


membantu organisasi menjalankan intervensi persidangan ialah
seperti berikut:
(i) Langkah 1: Membentuk Jawatankuasa Pelaksana
untuk menyediakan tema persidangan, melakukan
diagnosis awal untuk mendapatkan gambaran awal
tentang masalah organisasi, mengenal pasti tempat
persidangan, serta tugas-tugas lain yang berkaitan tentang
pengendalian persidangan.
(ii) Langkah 2: Melaksanakan persidangan
(iii) Langkah 3: Perpincangan kumpulan-kumpulan kecil
untuk mengenalpasti tiga perkara, iaitu (i) kejayaan-
kajayaan yang telah dihadapi selama lima tahun
kebelakangan, (ii) kegagalan-kegagalan yang dihadapi lima
tahun kebelakangan, dan (iii) harapan dan impian di masa
depan.
(iv) Langkah 4: Perbincangan dalam kumpulan besar
untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan-
kumpulan kecil.
(v) Langkah 5: Perbincangan kumpulan kecil bagi kali
kedua untuk memilih lima perkara bagi setiap perkara
yang dirasakan utama untuk diberi perhatian oleh
organisasi.
(vi) Langkah 6: Kumpulan-kumpulan kecil akan kembali
bergabung untuk mengenalpasti perkara-perkara yang
menjadi keutamaan dalam organisasi mereka.
(vii) Langkah 7: Melaksanakan keputusan serta rumusan
yang dicapai dalam persidangan oleh sebuah jawatankuasa
dibentuk atatu pihak-pihak berkenaan.

SDT 7.3

1. Perkara-perkara yang dilakukan untuk menilai hasil intervensi


kerjasama ialah prestasi yang dicapai oleh organisasi, iaitu samada
organisasi tersebut menjadi lebih baik atau sebaliknya. Perkara
kedua ialah segi kualiti hubungan sesama organisasi dan juga
sesama kakitangan sepanjang tempoh kerjasama. Perkara yang
ketiga ialah kepuasan semua pihak yang terlibat seperti pelanggan,
stakeholder, pekerja, dan pembekal dalam kerjasama itu.

89

Anda mungkin juga menyukai