Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENGENALAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, pelajar seharusnya boleh:


1. Mendefinisi serta ciri-ciri pengembangan organisasi.
2. Menjelaskan tentang organisasi dan persekitarannya.
3. Menbincangkan sifat-sifat serta cirri-ciri bidang pengembangan
organisasi.
4. Menyenaraikan kepentingan bidang pengembangan organisasi
terhadap kemajuan dan pembangunan sesebuah organisasi.

1.1 PENDAHULUAN

Perubahan merupakan satu perkara yang sering dilakukan oleh


kebanyakan organisasi dalam usaha memperbaiki prestasinya ke arah
pencapaian yang lebih gemilang. Ini adalah semata-mata untuk
berhadapan dengan suasana serta persekitaran yang begitu dinamik dan
cepat berubah. Dalam melakukan usaha-usaha perubahan, ada ketikanya
apa yang diharapkan dari perubahan tersebut tidak tercapai. Matlamat
yang ditetapkan melencong dari sasaran. Ada ketikanya keadaan tidak
menjadi semakin baik seperti diharapkan, malah menjadi semakin buruk
dari keadaan sebelum perubahan. Terdapat satu punca utama yang
menyumbang kepada keadaan ini, iaitu ketiadaan pengetahuan serta
kemahiran dalam menguruskan perubahan.

Menguruskan perubahan memerlukan pengetahuan serta kemahiran


tertentu. Perubahan tidak boleh sewenang-wenangnya dilakukan
mengikut perasaan. Inilah yang sering berlaku dalam kebanyakan
organisasi. Para pengurusnya melakukan perubahan tanpa mempunyai
pengetahuan-pengetahuan asas tentangnya. Akhirnya perubahan yang
diharapkan tidak berlaku. Oleh demikian, perubahan perlu dilakukan
dengan teliti serta sistematik. Satu bidang pengurusan yang membantu
pengurus-pengurus melakukan perubahan ialah Pembangunan Organisasi
atau di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Organization Development
atau ringkasnya disebut OD.

1
1.2 ORGANISASI DAN PERSEKITARAN

Setiap organisasi hidup dan berkembang dalam persekitaran yang


sentiasa berubah-ubah. Perubahan terhadap persekitaran akan turut
memberi kesan kepada setiap organisasi. Terdapat perubahan
persekitaran yang memberi kesan positif terhadap organisasi. Juga
terdapat perubahan persekitaran yang memberi kesan negatif terhadap
organisasi.

Persekitaran sesebuah organisasi adalah terdiri dari politik, ekonomi,


teknologi dan social atau ringkasnya disebut sebagai PETS. Setiap
organisasi beroperasi dengan dikelilingi oleh semua factor tersebut.
Menurut Senior (1997), setiap organisasi bertindak sebagai satu sistem
yang menerima input daripada persekitarannya dan mengeluarkan serta
menyebarkan semula outputnya (produk, perkhidmatan atau idea) ke
dalam persekitaran. Nadler dan Thusman (1988) pula menyatakan
bahawa persekitaran adalah semua faktor termasuklah institusi,
kumpulan, individu, peristiwa-peristiwa dan sebagainya yang berada di
luar organisasi dan ia mempunyai potensi untuk mendatangkan implikasi
kepada organisasi.

PETS merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi sesebuah organisasi


dari segi strategi, struktur dan operasi, dan termasuk juga amalan sumber
manusia. Ringkasnya, sesuatu persekitaran seperti sosial dan teknologi
contohnya, sentiasa berubah dan memberi implikasi pada produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi dan juga melihat
bagaimana cara produk itu dioperasikan.

Bagaimana PETS ini boleh mempengaruhi organisasi boleh diterangkan


dalam Rajah 1.1.

Di samping faktor-faktor PETS tersebut, Porter (1980) menyenaraikan


lima lagi factor yang membentuk persekitaran yang boleh memberi kesan
kepada sesebuah organisasi. Faktor-faktor tersebut ialah pelanggan,
pembekal, pilihan sedia ada, pesaing, dan pendatang baru dalam saingan.

Oleh yang demikian, organisasi perlu sentiasa peka terhadap sebarang


perubahan di persekitaran kerana ia boleh memberi kesan atau impak
terhadap organisasi tersebut. Sekiranya kesan yang diberikan itu positif,
maka organisasi perlu mengambil peluang dari perubahan tersebut.
Sekiranya kesan yang diberikan itu negatif, adalah wajar bagi organisasi
untuk mengambil langkah-langkah perubahan menghadapinya. Di sinilah
ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang Pembangunan
Organisasi diperlukan.

2
Rajah 1.1
Organisasi dan Persekitarannya

POLITICAL FACTORS: ECONOMIC FACTORS:


1.Gevernment Legislation 1. Competitors
2.Government Ideology 2. Suppliers
3.International Law 4. Employment Rates
5.Wars 5. Wage Rates
6.Local Regulations 6. Government Economic Policies
7.Taxation 7. Other Countries Economic Policies
8.Trade Union Activities 8. Lending Policies Of Financial Institutions
9. Change From Public to private ownership

Organization

SOCIAL FACTOR: TECHNOLOGICAL FACTORS


1. Demografi Trends
2. Lifestyle Changes 1. Information Technology/ internet
3. Skills Availability 2. New Production Processes
4. Attitudes to work & Employment 3. Computerisation Of Processes
5. Attitudes to minority groups 4. Changes in Transport Technology
6. Gender Issues
7. Willingness and ability to move
8. Concern For The Environment
9. Business Ethics

Sumber: Senior, B. (1997:15).

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan bagaimana faktor-faktor ekonomi


memberi kesan kepada sesebuah organisasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.3 DEFINISI PEMBANGUNAN ORGANISASI

Pembangunan organisasi atau ringkasnya OD adalah merupakan satu


bidang pengurusan organisasi yang agak baru. Ia bermula dan
berkembang mulai tahun-tahun 1950-an di Amerika Syarikat. Ia adalah
usaha-usaha untuk membawa kebaikan kepada organisasi dengan
meningkatkan prestasi kewangan serta kualiti hidup melalui penggunaan
sains tingkahlaku, ataupun sains sosial.

3
Terdapat beberapa definisi awal Pembangunan Organisasi yang diberikan
oleh para pelopor bidang berkenaan pada tahun-tahun 1960-an dan
1970-an. Definisi ini dikekalkan dalam bahasa Inggeris supaya
maksudnya tidak berubah sekiranya diterjemahkan ke dalam Bahasa
Malaysia.

Organization development is an effort (1) planned, (2)


organization-wide, and (3) managed from the top, to (4)
increase organization effectiveness and health through (5) planned
interventions in the organization’s “processes,” using behavioral-
science knowledge.
(Beckhard, 1969)

Organization development (OD) is a response to change, a


complex educational strategy intended to change the beliefs,
attitudes, values, and structure of organizations so they can better
adapt to new technologies, markets, and challenges, and the
dizzying rate of change itself.
( Bennis, 1969)

Organization Development can be define as a planned


and sustained effort to apply behavioral science for system
improvement, using reflexive, self-analytic methods.

(Schmuck and Miles, 1971)

Organization development is a process of planned change –


change of an organization’s culture from one which avoids an
examination of social processes (especially decision making,
planning and communication) to one which institutionalizes and
legitimizes this examination.
(Burke and Hornstein, 1972)

Manakala definisi terkini yang dikemukakan antara tahun 1980-an dan


1990-an pula ialah seperti berikut.

[The aims of Organization Development are] ….. (1)


enhancing congruence between organization structure, strategy,
people, and culture; (2) developing new and creative organizational
solutions; and (3) developing the organization’s self-renewing
capacity. It occurs through collaboration of organizational members
working with
(Beer, 1980)

4
Organization development is an organizational process for
understanding and improving any and all substantive process an
organization may develop for performing any task and pursuing any
objectives …. A “process for improving processes” – that is what
OD has basically sought to be for approximately 25 years.

(Vaill, 1989)

Organization development is a set of behavioral science-


based theories, values, strategies, and techniques aimed at the
planned change of organizational work setting for the purpose of
enhancing individual development and improving organizational
performance, through the alteration of organizational members’ on-
the-job behaviors.
(Porras dan Robertson, 1992)

Organization development is a system wide application of


behavioral science knowledge to the planned development and
reinforcement of organizational strategies, structures, and processes
for improving organization’s effectiveness.

(Cumming dan Worley 2000)

Organization development is a planned process of change in


an organization’s culture through the utilization of behavioral
science technologies, research, and theory.
(Burke, 1994)

Semua definisi di atas bersetuju mengatakan bahawa bidang OD ini


melaksanakan perubahan secara terancang dengan menggunakan sains
tingkahlaku (behavioral science) atau sains sosial. Bidang sains soaial ini
adalah terdiri dari ilmu-ilmu psikologi, psikologi sosial, sosiologi, budaya
dan sebagainya. Sasaran OD ialah untuk mengubah bagi tujuan
penambahbaikan sesebuah organisasi secara total atau di peringkat
sistem, struktur, proses, strategi dan teknologi, yang mana semuanya
bermatlamat untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
organisasi berkenaan, dan juga untuk pembangunan individu pekerja.

1.4 SIFAT-SIFAT PEMBANGUNAN ORGANISASI

Definisi-definisi yang telah diberikan di atas menunjukkan beberapa


perbezaan antara pembangunan organisasi (OD) dengan usaha-usaha
perubahan lain yang mana juga bertujuan ke arah perubahan dan
penambahbaikan sesebuah organisasi seperti memperkenalkan inovasi

5
teknologi, melaksanakan program-program latihan dan pembangunan
kakitangan, dan evolusi organisasi.

Menurut Cumming dan Worley (2001) lagi, terdapat enam sifat OD, iaitu

1. OD Dilaksanakan di Seluruh Sistem Sesebuah Organisasi

Perlaksanaan OD dilakukan di seluruh sistem organisasi. Seluruh sistem


organisasi dimaksudkan dengan seluruh organisasi, seluruh jabatan, atau
seluruh kumpulan kerja. Keadaan ini berbeza dengan kaedah perubahan
lain seperti latihan dan pembangunan yang mana hanya dilakukan pada
sebahagian sistem atau kelompok pekerja. Perubahan yang dilaksanakan
di peringkat sistem organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan
keberkesaanan strategi organisasi. Sebagai contoh, perubahan yang
dilakukan ini difokuskan kepada aspek bagaimana sesebuah organisasi
berhubung dengan persekitarannya dan bagaimana perhubungan tersebut
dapat dipertingkatkan untuk menambahkan lagi kecekapan dan
keberkesanan. Selain itu, OD juga termasuklah melakukan perubahan
terhadap kumpulan pekerja untuk membolehkan mereka menjalankan
sesuatu tugas dengan lebih baik (perubahan struktur), dan juga
perubahan terhadap kaedah komunikasi serta menyelesaikan masalah
(perubahan proses) untuk menyokong perubahan strategi.

2. OD Menggunakan Pengetahuan dan Amalan Sains


Tingkahlaku

Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh OD ini menggunakan


pengetahuan serta amalan sains tingkahlaku atau disebut juga sebagai
sains sosial. Sains tingkahlaku termasuklah bidang-bidang sosiologi,
psikologi, komunikasi, kepemimpinan, kumpulan dinamik, reka bentuk
kerja dan sebagainya. Perubahan ini berkecenderungan menyesuaikan
dirinya dengan kehendak serta tabie semulajadi manusia, yang mana ia
akan dapat merangsang serta memotivasikan pekerja ke arah yang lebih
baik. Perubahan dalam OD tidak dilakukan terhadap hal-hal fizikal
seperti penggunaan mesin dan jentera, pembesaran ruang kerja,
penambahan modal dan sebagainya. Walaupun semua yang dinyatakan
itu merupakan perubahan yang bertujuan untuk peningkatan, namun ia
bukanlah disifatkan sebagai OD.

3. OD Merupakan Perubahan yang Terancang

Perubahan melalui OD tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Ia lebih


terancang dan tersusun. Perubahan OD bersifat adaptasi terhadap
perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran. Ia bukannya
perubahan yang dilakukan kesan tindak balas terhadap perubahan

6
gpersekitaran. Perubahan terancang akan lebih berkesan. Ia dimulakan
dengan mendiagnosis dan mengenalpasti masalah organisasi, memahami
dengan secukupnya isu serta masalah yang dihadapi oleh organisasi
sebelum sesuatu perubahan dilakukan.

4. OD Melibatkan Proses Merancang dan Menguatkuasakan


Perubahan

OD merupakan usaha perubahan jangkapanjang. Ia merancang sesuatu


perubahan serta melaksanakannya untuk kebaikan organisasi. Aktiviti
OD tidak berhenti di situ sahaja. OD juga terlibat dalam memastikan
perubahan-perubahan yang dilakukan itu kekal mantap dalam organisasi.
Keadaan baru yang wujud dalam organisasi kesan dari perubahan
tersebut akan cuba dimantapkan supaya ia tidak berbalik kepada situasi
asal. Contohnya, pelaksanaan pengurusan kerja berpasukan mungkin
difokuskan kepada kaedah di mana supervisor boleh memberi pekerja
lebih kawalan terhadap pekerjaan mereka. Apabila pekerja diberikan
kebabasan, maka usaha ditumpukan bagi memastikan bahawa supervisor
berkenaan terus memberikan kebebasan kepada pekerja mereka. Ini
dilakukan dengan memberi penghargaan terhadap supervisor kerana
mengubah gaya pengurusan terhadap pekerjanya.

5. OD Merangkumi Perubahan Strategi, Struktur dan Proses

OD meliputi strategi, struktur dan proses perubahan, namun perbezaan


program OD mungkin lebih memfokuskan kepada satu jenis perubahan.
Program perubahan menumpukkan kepada strategi mengubah organisasi,
seperti fokus kepada bagaimana organisasi bertindakbalas dengan
persekitaran yang luas dan bagaimana hubungan tersebut boleh
ditingkatkan. Ia termasuk perubahan dalam kumpulan individu yang
melaksanankan tugas (struktur) dan kaedah komunikasi serta
penyelesaian masalah (proses) bagi menyokong perubahan dalam strategi.
Begitu juga program OD yang ke arah membantu pasukan pengurusan
atasan lebih efektif yang berfokus kepada interkasi dan proses
penyelesaian masalah di dalam kumpulan. Fokus ini akan menghasilkan
peningkatan dalam kebolehan pihak pengurusan atasan dalam strategi
penyelesaian masalah organisasi dan struktur. Pendekatan lain dalam
perubahan seperti latihan dan pembangunan biasanya lebih fokus kepada
kemahiran dan pengetahuan ahli dalam organisasi.

6. OD Meningkatkan Keberkesanan Organisasi

OD adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan sesenuah


organisasi. Ia melibatkan dua jangkaan penting. Pertama, organisasi perlu
bersifat efektif untuk menyelesaikan masalahnya sendiri di samping

7
berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan. OD membantu ahli
organisasi memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan
untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka terhadap perkara-perkara
tersebut. Kedua, organisasi yang efektif memerlukan prestasi yang tinggi
termasuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti,
produktiviti yang tinggi, dan pembangunan yang berterusan, dan
peningkatan kualiti dalam Quality Of Work Life. Prestasi organisasi adalah
diharapkan juga oleh kumpulan-kumpulan yang berada di luar organisasi
seperti pemegang saham, pelanggan, pembekal, agensi kerajaan, serta
pihak yang memberi sumber dan kuasa pada organisasi. Di samping itu,
ia mampu menarik dan memotivasikan pekerja lebih supaya efektif dalam
melaksanakan kerjanya pada peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, Harvey dan Brown (1996) juga turut menyenaraikan enam
kriteria yang terdapat pada bidang Pembangunan Organisasi tersebut.
Kriteria-kriteria tersebut ialah

(i) Perubahan terancang - Pembangunan organisasi


merupakan strategi yang terancang untuk membawa
perubahan kepada organisasi. Usaha-usaha perubahan
adalah tertumpu kepada objektif-objektif tertentu dan ia
dijalankan berasaskan kepada masalah-masalah yang telah
dikenalpasti.
(ii) Kolaboratif - Pembangunan organisasi merupakan
pendekatan yang bersifat kolaboratif yang mana ia
memerlukan penglibatan dan penyertaan semua pihak
dalam organisasi yang berkenaan dengan perubahan
tersebut. Tanpa penyertaan semua pihak, usaha
perubahan yang dibawa oleh OD tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
(iii) Prestasi - Program-program dalam pembangunan
organisasi menekankan terhadap cara-cara untuk
memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan kualiti
supaya organisasi sentiasa kekal berdaya saing.
(iv) Kemanusiaan - Pembangunan organisasi bergantung
kepada set nilai-nilai kemanusiaan terhadap pekerja dan
organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan organisasi dengan cara membuka peluang-
peluang baru untuk meningkatkan penggunaan potensi
manusia. Kaedah OD tidak mengorbankan peluang serta
harapan pekerja. Ia juga merupakan satu kaedah yang
harmoni yang sepatutnya diterima oleh semua pihak
dengan rela hati.
(v) Sistem - Pembangunan organisasi merupakan satu
pendekatan sistem yang menghubungkaitkan antara

8
beberapa jabatan, unit, bahagian, kumpulan serta individu
dalam organisasi yang besar sebagai sub-sistem yang
saling berkaitan antara satu sama lain.
(vi) Saintifik - Pembangunan organisasi berasaskan kepada
pendekatan yang bersifat saintifik ke arah meningkatkan
keberkesanan organisasi. Sesuatu usaha perubahan tidak
dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia dilakukan
setelah memperolehi data dan maklumat yang jelas yang
dikutip melalui kaedah yang sainstifik dan sistematik.

SOALAN DALAM TEKS

1. Senaraikan dan bincangkan sifat-sifat pembangunan


organisasi seperti mana yang dikemukankan oleh
Harvey dan Brown.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Seperti yang kita sedia maklum, organisasi perlu menyesuaikan diri


dengan persekitaran. Kepentingan bidang pengembangan organisasi
dapat dilihat apabila ia mampu membantu organisasi untuk bertindak
balas dengan berkesan terhadap perubahan-perubahan persekitaran.
Cummings dan Worley (2001) telah menyenaraikan beberapa
kepentingan bidang pengembangan organisasi.

1. Pembangunan Organisasi berperanan membantu organisasi


untuk berubah. Keadaan ini secara tidak langsung akan turut
membantu organisasi untuk menilai kemampuan organisasi
sendiri dan persekitaran serta kepentingan untuk menilai semula
strategi, struktur dan proses organisasi.

2. Pembangunan Organisasi penting kerana ia juga membantu ahli-


ahli dalam organisasi untuk berganjak lebih jauh dalam
perubahan yang dilakukan yang mana bertujuan untuk mengubah
cara berfikir atau mengubah paradigma serta nilai-nilai yang
mengawal tingkahlaku mereka selama ini.

3. Pembangunan Organisasi turut penting kepada mereka yang


membuat perancangan kerjaya iaitu sebagai ahli profesional
9
dalam bidang ini, baik sebagai pakar runding dalaman organisasi
atau sebagai pakar runding luaran yang boleh menawarkan
khidmat kepada banyak organisasi lain. Memilih kerjaya dalam
bidang OD, membolehkan seseorang individu mendapatkan
pengiktirafan yang tinggi, di samping adanya kerja yang
mencabar dan mempunyai kertas kerja (assignment) yang menarik.
Ianya bertujuan untuk meningkatkan organisasi dan juga work life.

4. Pembangunan organisasi juga dianggap penting kepada mereka


yang tidak mempunyai aspirasi untuk menjadi pengamal OD
yang profesional. Semua pengurus dan pentadbir adalah
bertanggungjawab untuk menjadi supervising dan membangunkan
subordinat dan juga meningkatkan prestasi bahagian atau jabatan
mereka. Keadaan ini samalah dengan semua kakitangan yang
pakar seperti akauntan, penganalisa kewangan, jurutera, pakar
personel ataupun penyelidik-penyelidik yang mana mereka ini
bertanggungjawab untuk menawarkan nasihat dan kaunseling
kepada para pengurus dan juga memperkenalkan kaedah-kaedah
serta amalan-amalan baru dalam menghasilkan sesuatu kerja.

5. Pembangunan organisasi penting kerana wujudnya perubahan


terhadap globalisasi. Ini kerana perubahan globalisasi akan
membentuk perubahan terhadap pasaran dan persekitaran di
mana organisasi beroperasi secara baik seperti mana fungsi
mereka. Kerajaan yang baru, pemimpin yang baru, pasaran yang
baru, dan negara yang baru, akan merekacipta satu bentuk
ekonomi yang global dan sering berubah.

6. Pembangunan Organisasi penting kerana wujudnya perubahan


terhadap IT. IT akan mengubah proses bagaimana sesuatu kerja
itu dilakukan dan bagaimana pula pengetahuan itu digunakan.
Kaedah bagaimana organisasi mengumpul, menyimpan,
memanipulasi, menggunakan dan menyebarkan maklumat akan
mengurangkan kos atau meningkatkan nilai, serta kualiti sesuatu
produk. Sebagai contoh, wujud perubahan dalam eletronik data
yang mana menghubungkan dua organisasi iaitu termasuklah
melakukan perubahan dalam sel data, harga, tahap inventori dan
lain-lain maklumat. Ini boleh membantu perubahan dilakukan
dalam jadual pembuatan barangan, penghantaran perkhidmatan,
aktiviti membangunkan produk baru serta kempen jualan.

7. Pembangunan Organisasi penting bagi inovasi pengurusan


kerana wujud tindakbalas terhadap globalisasi dan teknologi
maklumat yang mempercepatkan kesan ke atas perubahan
organisasi. Muncul bentuk-bentuk organisasi yang baru seperti

10
jaringan, organisasi maya, bekerjasama strategik dan sebagainya.
Inovasi juga turut memperkanalkan kaedah serta tatacara baru
dalam menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

8. Pembangunan Organisasi penting juga kerana ia berorentasikan


untuk meningkatkan keberkesanan organisasi. Terdapat dua
andaian keberkesanan organisasi yang utama iaitu

(i) Tindakbalas yang berkesan mampu menyelesaikan


masalah mereka sendiri dan memfokuskan kepada
sumber-sumber untuk meningkatkan pencapaian
terhadap matlamat yang telah ditetapkan kerana OD
secara tak langsung membantu ahli-ahli dalam
organisasi untuk meningkatkan skill dan pengetahuan
bagi sesuatu aktiviti organisasi.
(ii) Organisasi yang efektif dianggap sebagai organisasi
yang mempunyai prestasi yang tinggi termasuklah
kualiti produk dan perkhidmatan, produktiviti yang
tinggi dan peningkatan prestasi yang berterusan serta
mempunyai QWL.

9. Pembangunan Organisasi juga boleh dianggap penting kerana


ianya membantu pengurus dan kakitangan personel untuk
melakukan fungsi mereka dengan lebih efektif. OD memberikan
kemahiran dan pengetahuan untuk mengekalkan keberkesanan
interpersonel dan membantu perhubungan dalam organisasi. Ia
juga boleh memperlihatkan kakitangan personel proses untuk
melakukan kerja dengan efektif dengan individu lain
menggunakan cara diagnosis secara komplek setiap masalah
organisasi dan mencari penyesuaian. Impaknya, ia membantu
seseorang ahli dalam organisasi untuk menjadi lebih komited
terhadap sesuatu penyelesaian masalah.

Kesimpulannya, pembangunan organisasi adalah penting untuk mereka


yang berada di tahap general manager dan mana-mana senior eksekutif kerana
pembangunan organisasi boleh membantu keseluruhan organsiasi untuk
menjadi lebih fleksibel, adaptable dan efektif.

1.6 PENUTUP

Sesebuah organisasi hidup dan berkembang dalam persekitaran yang


dinamik. Perubahan-perubahan dalam persekitaran seperti politik,
ekonomi, teknologi dan sosial turut memberi kesan terhadap prestasi
organisasi, baik secara langsung atau tidak. Setiap organisasi perlu
merancang serta melaksanakan perubahan demi perubahan untuk

11
menjadikannya lebih berdaya maju di masa hadapan bagi menghadapi
persekitaran yang dinamik. Perubahan tidak boleh dilakukan secara
sewenang-wenang. Perubahan perlu dilakukan secara sistematik dan
terancang. Bidang Pembangunan Organisasi atau dalam bahasa
Inggerisnya disebut sebagai Organization Development atau OD merupakan
satu bidang yang dapat membantu organisasi melakukan perubahan
terhadap strategi, struktur, teknologi serta sistem organisasi tersebut.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Berdasarkan kepada definisi Pengembangan Organisasi atau OD,


bincangkan bagaimana bidang ini dapat membantu organisasi
melakukan perubahan-perubahan untuk keberkesanannya.

2. Bincangkan faedah-faedah yang boleh diperolehi oleh sesebuah


organisasi yang melaksanakan bidang Pengembangan Organisasi.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 1.1

1. Faktor ekonomi memberi kesan terhadap sesebuah organisasi


melalui kewujudan pesaing-pesaing yang menawarkan produk
atau perkhidmatan yang sama, pembekal bahan mentah yang
menaikkan harga atau mengurangkan penawarannya, juga kadar
pengangguran yang rendah turut memberi kesan terhadap gaji
pekerja. Selain itu dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh
kerajaan juga turut memberi kesan. Juga pertumbuhan atau
kejatuhan ekonomi negara-negara lain yang ada hubungan
dengan organisasi berkenaan turut memberi kesan.

SDT 1.2

1. Enam kriteria bidang pengembangan organisasi (OD) yang


dikemukanan oleh Harvey dan Brown ialah

12
(i) Perubahan terancang. Pembangunan Organisasi
merupakan strategi yang terancang untuk membawa
perubahan kepada organisasi. Usaha-usaha perubahan
adalah tertumpu kepada objektif-objektif tertentu dan ia
dijalankan berasaskan kepada masalah-masalah yang telah
dikenalpasti.
(ii) Kolaboratif. Pembangunan Organisasi merupakan
pendekatan yang bersifat kolaboratif yang mana ia
memerlukan penglibatan dan penyertaan semua pihak
dalam organisasi yang berkenaan dengan perubahan
tersebut. Tanpa penyertaan semua pihak, usaha
perubahan yang dibawa oleh OD tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
(iii) Prestasi. Program-program dalam Pembangunan
Organisasi menekankan terhadap cara-cara untuk
memperbaiki dan meningkatkan prestasi dan kualiti
supaya organisasi sentiasa kekal berdaya saing.
(iv) Kemanusiaan. Pembangunan Organisasi bergantung
kepada set nilai-nilai kemanusiaan terhadap pekerja dan
organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan organisasi dengan cara membuka peluang-
peluang baru untuk meningkatkan penggunaan potensi
manusia. Kaedah OD tidak mengorbankan peluang serta
harapan pekerja. Ia juga merupakan satu kaedah yang
harmoni yang sepatutnya diterima oleh semua pihak
dengan rela hati.
(v) Sistem. Pembangunan Organisasi merupakan satu
pendekatan sistem yang menghubungkaitkan antara
beberapa jabatan, unit, bahagian, kumpulan serta individu
dalam organisasi yang besar sebagai sub-sistem yang
saling berkaitan antara satu sama lain.
(vi) Saintifik. Pembangunan Organisasi berasaskan kepada
pendekatan yang bersifat saintifik ke arah meningkatkan
keberkesanan organisasi. Sesuatu usaha perubahan tidak
dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia dilakukan
setelah memperolehi data dan maklumat yang jelas yang
dikutip melalui kaedah yang sainstifik dan sistematik.

13

Anda mungkin juga menyukai