Anda di halaman 1dari 6

PUSAT PENGAJIAN BAHASA

BAHASA ARAB KOMUNIKASI


(UHB 10402)

SEMESTER II
SESI 2020/2021

PROPOSAL PROJEK E-MAJALAH

“MARI BELAJAR BAHASA ARAB”

NAMA NO MATRIK TAHUN


PENGAJIAN
1) SYAMIN ASHRAFF BIN NORDIN AN180228 3
2) MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD TULUS AN180180 3
3) AHMAD AZLAN BIN KAMARUDIN CN200082 1
4) MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD SALIHIN CN200002 1
5) FADLIN AFINA BINTI SUHAIMI CN200091 1
1.0 PENGENALAN

Perkembangan bahasa Arab dan peredaran masa telah meletakkan bahasa al-Quran ini sebagai salah
satu bahasa utama dunia. Malaysia juga telah mengorak langkah dengan memperkenalkan mata
pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pendidikan bermula dari pendidikan peringkat rendah
hingga peringkat pengajian tinggi. Ini jelas membuktikan bahawa pendidikan bahasa Arab di
Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamik dan sentiasa berkembang. Oleh hal yang demikian,
pelbagai perkara telah dan sedang dijalankan melalui rancangan pembangunan negara bagi
memastikan pendidikan bahasa Arab di Malaysia sentiasa mampu bersaing serta mendapat
pengiktirafan di peringkat global seiring dengan perkembangan bahasa-bahasa lain.

Oleh itu, kajian ini akan mengetengahkan satu usaha dalam mempelbagaikan lagi kaedah
pembelajaran bahasa Arab dengan mengaplikasikan penggunaan e-majalah berbahasa Arab. Kaedah
ini telah banyak diguna pakai di beberapa negara luar dan telah memberikan hasil yang positif kepada
para pembacanya. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat memberi satu kelebihan kepada individu dalam
memiliki kebolehan bertutur bahasa Arab.

2.0 OBJEKTIF

1) Menggalakkan rasa keseronokkan belajar Bahasa Arab dalam kalangan masyarakat.

2) Mewujudkan satu platform mudah dan menarik sebagai rujukan untuk mempelajari Bahasa Arab.

3) Menyediakan keperluan dan bahan yang mencukupi kepada para pembaca dari pelbagai peringkat
umur dalam memahami bahasa arab.

3.0 KESAN PROJEK


1) Melahirkan masyarakat yang mengetahui asas berbahasa Arab.

2) Menjadi sumber rujukan pilihan masyarakat terhadap asas Bahasa Arab.

3) Mudah fahami Al-Quran.


4.0 MASALAH MUNGKIN DIHADAPI DAN CARA
MENGATASI

1) Masalah capaian internet untuk mengakses e-majalah : menyediakan e-majalah berbentuk pdf yang
boleh diakses tanpa menggunakan internet secara berterusan.

2) Masalah sistem: Penulis perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan dan bersedia untuk
menyimpan dan menyalin data di tempat yang lebih selamat supaya permasalahan data dapat diatasi
dengan segera.

3) E-majalah menjadi tidak menarik dalam sesuatu tempoh masa: Sentiasa kemaskini e-majalah
dengan sesuatu yang dapat menarik perhatian pembaca (mengikuti trend semasa)

5.0 CADANGAN PENGISIAN MAJALAH

NAMA AHLI RUANGAN DAN HALAMAN DAN ISI


KANDUNGAN
SYAMIN ASHRAFF BIN NORDIN Tatabahasa Arab
Rujukan
MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD TULUS Contoh ayat pendek bahasa arab
Lampiran (Gambar,Video)
AHMAD AZLAN BIN KAMARUDIN Pengenalan, Penghargaan,
Kata-kata hikmah bahasa arab
MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD SALIHIN Daftar kata bahasa arab
Objektif
FADLIN AFIN ABINTI SUHAIMI Kata Sapaan Bahasa Arab
Rumusan/Kesimpulan
6.0 TUGAS AHLI

NAMA AHLI TUGAS


AHMAD AZLAN BIN KAMARUDIN Pengenalan, Penghargaan,
MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD SALIHIN Objektif
SYAMIN ASHRAFF BIN NORDIN Tatabahasa Arab
AHMAD AZLAN BIN KAMARUDIN Kata-kata hikmah bahasa arab
MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD SALIHIN Daftar kata bahasa arab
MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD TULUS Contoh ayat pendek bahasa arab
Kata sapaan bahasa arab
FADLIN AFINA BINTI SUHAIMI
Rumusan
SYAMIN ASHRAFF BIN NORDIN Rujukan
MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD TULUS Lampiran (Gambar,Video)

7.0 SUMBER RUJUKAN

Ali, H. (2012, October). Kaedah dan Teknik Pengajarn Bahasa Arab. Retrieved from slideshare:
https://www.slideshare.net/haniahali/topik-3-kaedah-dan-teknik-pengajaran-bahasa-arab

Aziz, A. R. (2020). Panitia Bahasa Arab. Retrieved from Anyflip:


http://online.anyflip.com/eldls/jjif/mobile/index.html

Othman, M. Z. (2003). Mukhaiyam Bahasa Arab. Retrieved from Laman Web Bahasa Arab
Komunikasi: http://www.sabah.edu.my/csm001/MukhaiyamBAK.htm

Zhar, A. (2019, Julai). Minggu Bahasa Arab. Retrieved from slideshare:


https://www.slideshare.net/kasya/kertas-kerja-minggu-bahasa-arab

8.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, Bahasa Arab perlu menjadi suatu galakan bagi orang muslim dalam
memahami setiap perkataan dan makna terutama ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran. Selain
itu, dengan adanya platform seperti e-Majalah ini pengguna dapat mempelajari dengan lebih mudah
serta dapat menguasai secara asas mengenai penggunaan Bahasa Arab dalam pelbagai situasi.
Dengan kaedah ini, kita juga boleh menjadikan ia sebagai suatu kelebihan yang boleh memanfaatkan
kepada diri sendiri dan masyarakat. Justeru itu, dengan alternatif seperti e-Majalah ianya dapat
diakses dengan lebih pantas dan lebih mesra pengguna selaras dengan kemajuan teknologi semasa.
Malahan juga, platform ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan serta menambahkan lagi ilmu
pengetahuan kepada setiap lapisan masyarakat. Melalui cara ini, ianya dapat menjimatkan masa dan
tenaga berbanding pencarian maklumat ilmiah secara fizikal di perpustakaan mahupun pusat sumber.
Dengan wujudnya platform e-Majalah pengguna dapat memperoleh keperluan dan bahan yang
mencukupi sepanjang proses pembelajaran Bahasa Arab seterusnya menimbulkan rasa minat belajar
yang lebih cenderung di samping pengukuhan kemahiran dalam berbahasa iaitu bertutur, mendengar,
membaca dan menulis Bahasa Arab.

Kesimpulannya, dunia pembelajaran sering berubah mengikut peredaran zaman maka pelbagai
langkah boleh ditangani salah satunya adalah dengan platform e-Majalah. Kebanyakan pelajar lebih
kerap menggunakan laman sesawang sebagai sumber bahan bacaan dan merumus isi-isi penting. Jadi
program seumpama e-Majalah yang sebegini amat sesuai dan lebih interaktif untuk pengguna pada
masa akan datang dalam mempelajari Bahasa Arab.

DISEMAK OLEH:

(ABDUL HADI BIN ABD AZIZ)


GURU BAHASA ARAB

Anda mungkin juga menyukai