Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA


KESENIAN ISLAM BAHASA ARAB KOMUNIKASI
TEMPOH : 20 JAM

1. PENDAHULUAN

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa komunikasi dunia. Ia juga merupakan bahasa
perantaraan untuk mempelajari ilmu-ilmu islam khususnya di dalam menekuni Al-quran.
Justeru itu, pihak Kolej Komuniti Miri akan mengadakan Kursus Latihan 1 Malaysia (Bahasa
Arab Komunikasi), terbuka kepada semua generasi lapisan masyarakat khususnya para remaja
demi memartabatkan Bahasa Arab, bahasa Rasulullah S.A.W. Program ini juga akan
membantu masyarakat berkomunikasi dengan baik apabila berkunjung ke negara luar.. Di
samping itu juga, ianya sebagai nilai tambah kepada para remaja yang ingin melanjutkan
pelajaran samaada di dalam ataupun di luar negara. Secara tidak langsung, ianya dapat
menyemai benih-benih silaturrahim pelbagai kaum dengan bahasa demi mencapai gagasan 1
Malaysia. ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

2. RASIONAL

2.1 Remaja merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang
perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara.

2.2 Remaja adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan
dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan
progresif.

2.3 Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri
serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui program berbentuk
keislaman yang terancang dan bersepadu ini.

3. TEMA

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


4. MATLAMAT

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota masyarakat tentang
kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Arab

5. OBJEKTIF KHUSUS

5.1 Memperkenalkan seni kemahiran berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab


kepada masyarakat khususnya para remaja.
5.2 Memperkasakan lagi kemahiran memahami maksud perkataan di dalam Bahasa
Arab dengan betul dan tepat berpandukan kepada kaedah yang ringkas, mudah dan tepat.

6. KUMPULAN SASARAN

6.1 30 orang peserta

7. PELAKSANAAN

Kursus ini dilaksanakan berpandukan kepada kemahiran berikut :-

7.1 Pengenalan terhadap komponen Bahasa Arab


7.2 Kemahiran perbualan asas bahasa
7.3 Kemahiran penggunaan perkataan harian
7.4 Praktikal komunikasi menggunakan Bahasa Arab dengan betul dan tepat

6. JADUAL KURSUS

Rujuk lampiran

7. KOS PERBELANJAAN

Rujuk lampiran

8. PENUTUP
Semoga penganjuran kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat
demi memartabatkan Bahasa Arab bagi mencapai slogan ”1 Malaysia, Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan”

Disediakan oleh

................................................................
(NAMA)

Anda mungkin juga menyukai