Anda di halaman 1dari 2

Definisi Kebijaksanaan

Kebijaksanaan atau wisdom merupakan integrasi dari aspek afektif, konatif, dan kognitif
dalam kemampuannya menanggapi kewajiban dan masalah hidup, Birrendan Fisher(1990)

Kebijaksanaan dalam pengajian psikologi didorong oleh beberapa kajian saintifik lain iaitu
falsafah, sejarah, dan budaya. Ini kerana perkembangan kajian-kajian ini telah menyumbang
kepada psikologi dalam membincangkan tema ini, Kunzmann & Baltess (2005),

Dalam Handbook Positive Psychology dijelaskan bahawa definisi wisdom terbahagi kepada


dua teori iaitu secara tersirat dan tersurat.

Teori secara Implisit bermaksud kepercayaan atau gambaran mental yang ada pada orang
tentang kebijaksanaan dan ciri-ciri orang yang bijak. Hal ini termasuk komponen kognitif,
sosial, motivasional, dan emosional (Birren & Fisher, 1990; Kramer, 2000).

i) Kognitif - kebolehan intelek, pengetahuan yang kaya dan pengalaman dalam pelbagai
masalah, dan kebolehan untuk menggunakan pengetahuan teori secara praktikal.
ii) Emosi- pengetahuan tentang dunia dan diri, keterbukaan terhadap pengalaman baru,
dan kebolehan untuk belajar daripada kesilapan.
iii) Sosial- kemahiran sosial yang baik, seperti kepekaan dan keprihatinan terhadap orang
lain serta kebolehan untuk memberi nasihat yang baik.
iv) Motivasi- merujuk kepada niat baik yang biasanya dikaitkan dengan kebijaksanaan.

Teori secara Eksplisit berfokus pada pengaplikasian dalam kehidupan nyata. Fokus


aplikasinya pada perancangan hidup (life planning ), pengurusan hidup (life management),
dan pertimbangan kehidupan (life review). Fungsinya adalah untuk membina kehidupan
seseorang.

Aspek-aspek Wisdom (Kebijaksanan)
Ardelt (2003) menjelaskan aspek-aspek dari wisdom ada 3 iaitu:
1.Kognitif - Aspek kognitif adalah kemampuan seseorang untuk memahami yang
terjadidikehidupannya, terutama yang berkaitan dengan hubungan sesame individu dan
hubungan individu dengan kelompok. Kognitif juga menyangkut sifat positif dan negatif
dalam diri seseorang. Dalam aspek iniseseorang dikatakan memiliki wisdom yang baik
apabila lebih bisamemahami kemampuan dan sifat manusia dilingkungan masyarakat.

2.Reflektif - Dalam kehidupannya seseorang harus mampu mengembangkan kesedaran diri


mengenai sesuatu yang ada disekitar kita. Oleh itu, aspek reflektif yang dilakukan akan

mengurangi seseorang dalam mementingkan dirinya sendiri, dan meningkatkan motivasi

seseorang untuk peduli dengan persekitarannya. Aspek reflektif boleh dikatakan bagaimana
seseorang melihat peristiwa yang ada di sekitarnya dengan sudut pandang yang berbeza, dan
mengurangi seseorang untuk menyalahkan orang lain.

3.Afektif - Aspek afektif adalah mementingkan orang lain dan lebih mengerti sikap yang
timbul dari seseorang oleh itu dapat meningkatkan rasa simpatik dan lebih menghargai orang
lain. Rasa afektif pada diri seseorang menimbulkan emosi positif terhadap perilaku orang lain
seperti lebih memahami perasaan orang lain, bertindak simpati, dan lebih menyayangi orang
lain. Selain itu aspek afektif seseorang juga akan mengurangi seseorang untuk bersikap acuh
terhadap orang lain.

Anda mungkin juga menyukai