Anda di halaman 1dari 1

2.

2 CARA MENGATASI ISU PENGHINAAN AGAMA

Bagi mengatasi isu penghinaan agama berdasarkan factor yang sudah dibincangkan di
atas, saya akan mengupas cara mengatasi bagi setiap punca tersebut.

Pertama sekali bagi mengatasi isu penghinaan agama yang disebabkan kemajuan
teknologi canggih pada masa kini, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan dalam hal ini.
Mereka haruslah memantau anak-anak dalam penggunaan telefon pintar seperti melarang
anak-anak melakukan perkara negative di dalam media massa terutama sekali berkaitan
dengan isu sensitive seperti agama. Ibu bapa juga haruslah mengehadkan penggunaan
teelefon pintar anak-anak mengikut keperluan. Anak-anak yang masih di bawah umur tidak
seharusnya memiliki telefon pintar di usia muda mereka.

Seterusnya, untuk mengatasi sistem undang-undang dan hukuman yang tidak


setimpal, pihak atasan atau pihak berkuasa sehrusnya menitik beratkan perkara ini. Pihak
berkuasa tidak seharusnya memandang remeh hal seperti penghinaan agama ini kerana ini
juga dapat mengancam perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia. Pihak berkuasa harus
mewujudkan undang-undang beserta hukuman yang setimpal bagi individu yang bersalah
dalam menghina agama.

Bagi mengatasi perasaan paling benar dalam kalangan rakyat pula, setiap rakyat harus
memiliki pengetahuan agama masing-masing yang cukup dan jelas untuk mengelakkan
mereka daripada salah paham dengan agama yang lain. Sebelum menganggap agama sendiri
paling benar, setiap individu seharusnya bertanya dengan diri sendiri sama ada sudahkah
mereka melakukan yang sebaiknya menurut agama mereka dengan ikhlas dan tulus. Setiap
individu seharusnya meneliti diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai perkara lain.

Tuntasnya, dalam setiap punca atau faktor yang menyumbang kepada isu penghinaan
agama, masih terdapat jalan atau cara membendung isu penghinaan agama selaras dengan
faktor yang sudah pun dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai