Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Terdapat sebilangan kecil pekerja dalam sesebuah organisasi


yang boleh dianggap sebagai pekerja bermasalah. Empat jenis
masalah yang dipersepsikan dalam kajian ini ialah masalah
prestasi, sikap, salahlaku serius, dan displin diri. Antara masalah
yang sering dilakukan oleh pekerja ialah selalu datang lewat ke
pejabat. Hal ini terjadi mungkin disebabkan fakor kesesakan jalan
raya, tak ada kenderaan, bangun lambat ke tempat kerja dan
penampilan yang selekeh. Pekerja sambil lewa dengan
perwatakan sebagai seorang pekerja seperti rambut tak terurus
dan baju yang kedut ketika sedang bekerja. Selain itu, tidur di
tempat kerja juga termasuk dalam masalah utama di tempat kerja.
Waktu lepas kerja tak digunakan sebaiknya malah sering melepak
selepas waktu kerja sehingga lewat malam. Selepas itu, bergaduh
dengan pekerja lain. Bergaduh yang berlaku mungkin dari faktor
tekanan kerja dan sering tidak puas hati dengan pekerja lain
dalam skop tugas yang dijalankan. Kelima, mencuri barang
syarikat. Pekerja yang tidak amanah akan melakukan perbuatan
ini mungkin faktor kekurangan wang untuk menampung keluarga.
5 ISU DISPLIN PEKERJA

Berikut adalah 5 isu displin pekerja yg lazim berlaku pada era


teknologi ini :

a. Selalu datang lewat ke tempat kerja

b. Penampilan yang selekeh

c. Sering melakukan gangguan seksual kepada pekerja


perempuan

d. Bergaduh dengan pekerja lain

e. Tidur ketika waktu bekerja


Berikut adalah 5 gambar isu displin pekerja :
5 FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISPLIN

a) Trafik jalan raya sesak

b) Tidak wang yang cukup membeli pakaian baru

c) Selalu menonton video yang tidak bermanfaat

d) Stress / mempunyai masalah peribadi

e) Tidur lewat
ETIKA DAN KAITAN DENGAN TEORI

Menurut Hasbuan (2007:193) mengemukakan bahawa


kedisplinan adalah kesedaran dan kesediaan seseorang mentaati
sesuatu peraturan perusahaan dan norma-norma sosial yang
berlaku. Kesedaran ialah sikap seseorang yang secara sukarela
mentaati semua peraturan dan sedar akan tugas dan
tanggungjawabnya. Oleh itu, seseorang pekerja itu akan mematuhi
atau mengejerkan semua tugasnya dengan baik, bukan atas
paksaan. Dengan itu, displin kerja memang diperlukan untuk
sesuatu perusahaan dalam kaitannya untuk mempermudahkan
dan melancarkan perusahaan dalam mencapai tujuannya, kerana
displin kerja yang tertanam pada setiap keryawan akan
memberikan kesediaan mereka dalam mematuhi dan menjalankan
peraturan yang telah ditetapkan demi memajukan sesuatu
perusahaan. Hal ini kerana, didalam kehidupan sehari
memerlukan peraturan dan ketentuan yang akan mengatur dan
membatasi setiap kegiatan dan perilaku kita, terlebih dalam
lingkup kerja. Kedisplinan harus ditegaskan dalam sesuatu
organisasi perusahaan. Tanpa dorongan displin karyawan yang
baik sukar untuk mewujudkan tujuannya. Jadi, kedisplinan adalah
kunci keberhasilan sesuatu perusahaan dalam mencapai
tujuannya. Menurut Rivai & Sagala (2013:824) semakin baik
displin yang dilakukan oleh karyawan disesuatu perusahaan, maka
semakin besar prestasi kerja yang dapat dihasilkan. Sebaliknya,
tanpa displin yang baik, sukar bagi perusahaan mencapai hasil
yang optima.
LANGKAH PENYELESAIAN / CADANGAN

a) Selalu datang lewat ke tempat kerja

-Pekerja perlulah bergerak sebelum waktu puncak, pekerja juga


boleh menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.

b) Penampilan yang selekeh

-Syarikat perlu menyediakan uniform, selain itu pekerja perlulah


mematuhi etika pemakaian.

c) Sering melakukan gangguan seksual kepada pekerja


perempuan

-Syarikat perlu memberi amaran keras kepada pesalah jika disabit


kesalahan. Syarikat menghantar pesalah kepada pihak
kaunseling.

d) Bergaduh dengan pekerja lain

-Pengurus syarikat mencari punca salah faham. Syarikat menukar


pesalah ke department lain.

e) Tidur ketika waktu bekerja

-Syarikat perlu memberi amaran lisan. Pengurus perlulah sering


melawat site.
KESIMPULAN

Secara amnya, bukanlah ramai pekerja yang bermasalah


namun mereka juga boleh memberi banyak masalah kepada
pengurus daripada menumpukan kepada fungsian pengurusan
lain yang lebih signifikan dan strategik. Kelakuan masalah perlulah
segera ditangani dengan baik kerana kegagalan berbuat demikian
akan berupaya mengundang masalah personal yang lebih rumit,
masalah berupaya menghakis iltizam dan motivasi pekerja
keseluruhan warga organisasi berkenaan. Pengurus mempunyai
banyak pilihan dalam menangani isu pekerja yang bermasalah,
bermula dari tindakan ringan dengan memberi nasihat sehinggalah
kepada tindakan yang lebih berat sebagai amaran bertulis dan
pembuangan kerja.
Displin kerja adalah sesuatu alat yang digunakan oleh syarikat
untuk berkomunikasi pekerja agar mereka bersedia untuk
mengubah sesuatu perilaku dan meningkatkan kesedaran juga
kesediaan seseorang pekerja agar mentaati semua peraturan dan
norma sosial dalam sesebuah organisasi.

Anda mungkin juga menyukai