Anda di halaman 1dari 1

IKLIM SEKOLAH

Definisi

 Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan
bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana
guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan.
 Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu
yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.
 Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana
sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra,
riang dengan pembelajaran yang lancar.

Ciri-ciri iklim sekolah yang berkesan

 Guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,


 Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,
 Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan
 Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Kepentingan iklim sekolah yang berkesan

 Iklim sekolah yang kondusif turut membantu ke arah mewujudkan sekolah yang berkesan. 
Howard (1974) pula menyatakan  iklim sekolah yang positif boleh merangsang pelajar untuk
belajar secara aktif, kreatif, melahirkan sikap percaya dan yakin pada diri sendiri dan tidak
bergantung kepada orang lain. 
 Bagi Turney dan Jenkins (1975) pula, iklim sekolah adalah faktor utama yang menentukan
keadaan kualiti pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar di sekolah.  Ia adalah faktor penting
di dalam menentukan sekolah berkesan, jikalau keberkesanan itu diukur dengan
pembelajaran murid dan pencapaian di dalam akademik yang cemerlang.

Rujukan

Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi
Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 – 19.

Howard, E.R. (1974). School climate improvemen. Education Digest 39 (8): 333-336.

Anda mungkin juga menyukai