Anda di halaman 1dari 2

Contoh jawapan Latihan 10:

a. Pada pendapat saya, Leila tidak patut menelefon syarikat itu.


Syarikat itu mungkin merupakan syarikat ceti haram. Keselamatan Leila mungkin terjejas
apabila Leila tidak dapat membayar hutang mengikut masa yang ditetapkan. Syarikat itu
mungkin menggunakan cara yang melanggari undang-undang untuk memaksa Leila
membayar hutang. Contohnya, rumah Leila mungkin dicat dengan perkataan kesat dan Leila
diugut untuk membayar faedah tambahan. Kesimpulannya, Leila terpaksa berhadapan dengan
kehidupan yang tidak tenteram.

Tawaran yang diberi oleh syarikat itu merupakan satu penipuan. Maklumat yang dibekalkan
kepada syarikat tersebut mungkin disalahgunakan. Maklumat peribadi Leila mungkin
disebarkan dan diguna dalam aktiviti haram. Contohnya, nombor kad pengenalan Leila
mungkin diguna untuk melakukan jenayah siber. Oleh itu, Leila harus berhati-hati supaya
tidak ditipu oleh syarikat itu.

b. Leila harus berjimat cermat dalam berbelanja. Leila harus membeli barangan keperluan
harian dan bukan barang kehendak. Kuantiti barang keperluan harian yang dibeli perlulah
mengikuti bilangan ahli keluarga supaya tidak berlaku pembaziran. Contohnya, ubat gigi
yang dibeli semasa jualan murah harus diguna sebelum sampai tarikh luput. Dengan ini,
masalah perbelanjaan berlebihan dalam setiap bulan dapat dikurangkan.

Leila harus mendokumentasikan perbelanjaannya. Leila harus menyimpan semua resit


perbelanjaan dan mencatat dalam buku. Leila boleh rujuk buku itu sebelum merancang
perbelanjaan bulanan. Contohnya, Leila dapat mengetahui barangan keperluan seperti sabun
telah dibeli pada bulan lepas dan tidak perlu dibeli pada bulan ini. Justeru, Leila dapat
menggunakan wang dalam perbelanjaan yang sewajarnya.

c. Leila akan berdepan dengan masalah kewangan. Leila terpaksa meminjam wang daripada
pihak bank. Leila dikehendaki membayar hutang pada setiap bulan. Contohnya, Leila
kekurangan wang untuk melakukan aktiviti riadah bersama kawan apabila ingin melepaskan
tekanan di tempat kerja. Akhirnya, kehidupan Leila menjadi semakin bosan akibat tidak
mampu berbelanja.
Hubungan antara Leila dan ahli keluarganya akan terjejas. Hutang Leila terpaksa dibayar oleh
ahli keluarga yang bersusah payah mencari rezeki. Kehidupan ahli keluarga Leila terjejas
akibat perlu melangsaikan hutang Leila. Contohnya, ahli keluarga berasa tidak puas hati
kerana tidak dapat melancong untuk membantu Leila membayar hutang. Ini akan
menyebabkan imej keluarganya terjejas apabila dibandingkan dengan keluarga lain.

Anda mungkin juga menyukai