Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN REFLEKSI PROGRAM PERKHEMAHAN SIHAT SANTAI

Pengenalan

Pada 7 September dan 8 September 2018 telah berlangsung Program Perkhemahan Sihat
Santai yang bertempat di Hutan Lata Belatan, Besut, Terengganu. Peserta program ini
terdiri daripada saya dan siswa guru semester 5 ambilan Jun 2016 yang mengambil elektif
GHSS3013 Gaya Hidup Sihat di bawah kelolaan pensyarah-pensyarah daripada Unit
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB).
Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dikendalikan dengan begitu
cemerlang sepanjang berlangsungnya program ini. Semestinya setiap aktiviti tersebut
secara tidak langsung telah memberi satu impak yang besar kepada diri kami khususnya
dalam pembentukan insan guru yang sihat dan cergas dalam kehidupan seharian.

Rumusan secara holistik melalui penulisan laporan reflektif ini sebenarnya


membantu saya untuk mengukur sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dilakukan dapat
memberikan impak kepada diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru. Jadi, saya
menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) sebagai satu
indikator yang digunakan untuk menulis laporan ini. Berikut merupakan analisis aktiviti-
aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program yang telah dijalankan:

Strength (Kekuatan)

Antara kekuatan yang telah dikenal pasti dalam program ini adalah dari segi
pemilihan ahli jawatankuasa pelaksana. Pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) yang berkaliber
dan sesuai dengan bidang tugas telah menjadi kekuatan yang telah membawa kepada
kelancaran gerak kerja AJK masing-masing. Sebelum pelaksanaan program, mesyuarat
antara AJK telah diadakan beberapa kali. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
mengetahui maklumat terkini berkenaan dengan gerak kerja daripada setiap AJK. Komitmen
yang ditunjukkan oleh setiap AJK telah memudahkan fasa sebelum program berlangsung.
Setiap masalah yang timbul akan disusuli dengan perbincangan yang membawa kepada
penyelesaian. Perkara ini ditambah pula dengan kerjasama mantap yang diberikan oleh
pensyarah.

1
Kekuatan kedua adalah dari pemilihan tempat untuk Program Perkhemahan Sihat
Santai. Hutan Lata Belatan yang mempunyai air terjun, tapak perkhemahan dan tempat
untuk melaksanakan aktiviti lasak seperti jungle trekking sememangnya menepati dengan
objektif program kami iaitu siswa guru boleh bersantai dalam masa yang sama menjaga
kecergasan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti lasak. Tambahan lagi, Pihak Perhutanan
Terengganu Utara juga telah memberikan kerjasama yang baik terutamanya dari segi
penempahan tapak perkhemahan yang telah melancarkan lagi proses sebelum
berlangsungnya program tersebut.

Kekuatan yang seterusnya adalah program ini berjaya memupuk kerjasama yang
utuh antara 35 orang peserta program. Walaupun bilangan kami tidak ramai, tetapi
kerjasama yang ditunjukkan sewaktu memasang khemah, memasak dan aktiviti jungle
trekking telah membuktikan bahawa program ini telah berjaya membentuk satu ukhuwah
yang utuh antara satu sama lain dan memberi pengalaman yang baru kepada semua.
Aktiviti ikhtiar hidup juga telah mengajar siswa guru untuk berfikiran kreatif dalam
menyediakan masakan rimba yang mana bahan-bahan seperti pinggan dan gelas untuk
hidangan perlu dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling. Secara
tidak langsung, aktiviti ini telah menjadikan saya dan rakan-rakan lebih kreatif dan kreativiti
ini dapat diaplikasikan oleh kami di dalam dunia pendidikan yang sebenar.

Weaknesses (Kelemahan)

Manakala kelemahan yang dikenal pasti sewaktu program ini dilaksanakan adalah
dari segi infrastruktur. Infrastruktur yang ada di Hutan Lata Belatan berada pada keadaan
yang sangat tidak memuaskan. Sebagai contoh, tandas yang ada di tapak perkhemahan
tidak di selenggara dengan baik sehinggakan ada tandas tersebut tidak mempunyai pintu
dan juga paip. Hal ini telah mendatangkan kesukaran kepada siswa guru khususnya siswa
guru perempuan sehinggakan mengganggu pengurusan kebersihan diri. Pengurusan diri
yang tidak baik boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan juga menjadi ancaman kepada
peserta program. Dapur yang ada di Hutan Lata Belatan juga serba kekurangan sehingga
menyukarkan proses penyediaan makanan. Sebagai contoh, makanan yang sepatutnya
disediakan untuk makan tengah hari terpaksa dianjak lewat sedikit berikutan kesukaran
untuk memasak.

2
Selain daripada infrastruktur yang serba kekurangan, satu lagi kelemahan ialah
peralatan perkhemahan yang tidak lengkap. Sewaktu aktiviti pemasangan khemah, saya
mendapati ada khemah yang tidak mempunyai pancang. Hal ini secara tidak langsung telah
menyebabkan struktur khemah tersebut tidak kukuh dan boleh mendatangkan kecederaan
sekiranya berlaku hujan ribut sewaktu berkhemah. Oleh sebab itu, saya dan rakan-rakan
telah mengambil inisiatif menggunakan kayu yang berada di sekeliling kami sebagai
pancang khemah. Namun begitu, saya menyedari bahawa semua ini berlaku kerana kami
tidak memeriksa setiap peralatan perkhemahan dengan baik dan mengakui kelemahan itu
datangnya daripada diri sendiri.

Opportunity (Peluang)

Di samping itu, Program Perkhemahan Sihat Santai yang dilaksanakan ini juga
memberi saya satu pengalaman yang baru kerana ia adalah kali pertama saya berkhemah
di kawasan air terjun. Pengalaman yang saya peroleh ini amat berharga kerana ini mungkin
aktiviti perkhemahan secara santai yang terakhir bagi diri saya dan rakan-rakan. Dalam
pada itu, saya juga berpeluang mempelajari dan mengetahui dengan lebih mendalam
berkenaan selok-belok hutan dan juga pantang larang ketika berada di dalam hutan melalui
ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Perhutanan Terengganu. Kami juga mendapat
input bahawa Hutan Lata Belatan merupakan Hutan Simpan yang dikawal dengan baik oleh
Jabatan Perhutanan Terengganu kerana ia akan menjadi tatapan oleh generasi akan
datang. Segala flora dan fauna dijaga dengan baik demi generasi akan datang, supaya
mereka mengetahui khazanah berharga yang ada di Malaysia ini. Seterusnya, aktiviti jungle
trekking juga telah memberi saya peluang untuk merapatkan ukhuwah dengan rakan-rakan,
dalam masa yang sama menguji ketahanan fizikal dan mental sebagai seorang guru yang
bakal menempuhi ranjau duri dunia pendidikan.

Threat (Ancaman)

Seterusnya, setiap program yang dilaksanakan pasti tidak akan lari dari ancaman
yang menjadi asbab dan sebab kepada kelancaran sesuatu program. Ancaman utama
semasa program ini dilaksanakan adalah cuaca. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan
seperti ribut dan hujan telah menyebabkan sesetengah aktiviti tidak dapat dijalankan dengan
baik. Misalnya, aktiviti BBQ yang dijadualkan pada pukul 8.00 malam terpaksa dilewatkan
dek kerana hujan. Proses untuk menghidupkan api juga menjadi sukar terutamanya semasa

3
aktiviti ikhtiar hidup kerana kayu kayan yang perlu digunakan untuk memasak masih lagi
basah dan lembap. Sehinggakan ada siswa guru yang hampir berputus asa dan sanggup
berlapar kerana tidak sanggup lagi untuk menghidupkan api disebabkan kesukaran yang
perlu dihadapi. Walau bagaimanapun, sokongan dan bantuan pensyarah telah
menyemarakkan kembali semangat kami semua dan akhirnya semua kumpulan berjaya
menghidupkan api dan menikmati hidangan.

Rumusan

Berdasarkan kepada dapatan keseluruhan program ini dapat saya simpulkan


bahawa Program Perkhemahan Sihat Santai ini telah berjaya memberi banyak manfaat dan
kelemahan dan ancaman yang ada buka penghalang kepada kejayaan program ini. Pada
sudut pandangan saya, sememangnya program sebegini wajar dilaksanakan bagi
memberikan peluang kepada bakal guru ini berjiwa kental sebagai seorang pendidik yang
cemerlang. Hal ini kerana, guru yang kuat dari segi fizikal dan emosi mampu membantu
mengangkat martabat pendidikan negara.

Dari segi fizikalnya, sebagai seorang bakal guru saya perlu mempunyai ketahanan
fizikal yang baik. Hal ini begitu signifikan bagi seorang guru untuk dapat melakukan adaptasi
terhadap persekitarannya dengan cepat dan tidak mudah jatuh sakit. Contohnya, saya perlu
menjaga kecergasan fizikal saya sebagai seorang guru supaya saya dapat menjadi seorang
guru yang aktif dan bertenaga dalam pengajaran (p&p) mahupun aktiviti kokurikulum. Emosi
bagi seorang guru juga perlu cekal dan kental dengan sebarang masalah dan dapat
mengatasi dengan cara yang terbaik..

Menerusi program ini saya juga dapat merumuskan bahawa guru perlu mempunyai
sahsiah yang cemerlang. Seorang guru menjadi model kepada anak didiknya. Melalui sikap
dan sahsiah yang bagus sebagai seorang guru dapat membantu membina pembentukan
akhlak murid-murid secara tidak langsung. Pada program pada kali ini saya menyedari
bahawa seorang guru perlu mempunyai disiplin yang tinggi seperti menepati masa, tidak
mudah untuk mengalah dan juga boleh melakukan interaksi sosial bersama-sama
persekitaran mereka. Saya tidak perlu mengeluh sekiranya berlaku masalah bahkan saya
belajar daripada program kali ini supaya berfikir secara terbuka dan lebih kreatif. Akhir kata,
diharapkan program ini dapat membantu melahirkan guru yang cemerlang dan seimbang
dari segi fizikal, emosi, intelek dan sahsiah.

4
RUJUKAN

Ahmad, R. B. (2011). Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 5/2011. Contoh


Kertas Kerja, 1-15.

Asiah Mohd Pilus. (2005, April 15). Kesihatan dan gaya hidup sihat. Prosiding
konvesyen kebangsaan kecemerlangan sosial dan pembangunan komuniti,
89-96.

Malaysia, U. K. (2004). Bengkel Penerbitan & Percetakan Kebangsaan . 1-16.

Malaysia, U. K. (2009, September 17). Universiti Kebangsaan Malaysia. Diakses pada 3 12,
2016, dari http://www.ukm.my/kuo/wp-content/uploads/2010/06/CONTOH-MINIT-
MESYUARAT-PENTADBIRAN.pdf

Malaysia, U. K. (n.d.). Universiti Kebangsaan Malaysia. Retrieved 3 12, 2016, from


http://www.ukm.my/kuo/wp-content/uploads/2010/06/PPP-Contoh-kertas-kerja-
program-pelajar.pdf

Ishak, H. M. (2004). Prosedur Perlaksanaan Aktiviti-Aktiviti Luar. 8-9.

5
LAMPIRAN

Gambar 1 : Sesi bergambar sebelum bertolak ke Hutan Lata Belatan

Gambar 2 : Tapak perkhemahan di Hutan Lata Belatan

6
Gambar 3 : Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lata Belatan

Anda mungkin juga menyukai